CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kerill

Tinjau2 Best Dressed retis mesia 2011

  [Copy link]
Post time 29-12-2011 07:57 AM | Show all posts
feeling edward cullen..

lonely_surina Post at 23-12-2011 13:03


Shahir salah paking ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2011 08:40 AM | Show all posts
kerill Post at 23-12-2011 01:39






x tau nak komen apa....huduh fashion dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 08:48 AM | Show all posts
homaigoddd da mcm pokok krismas
addicted_girls Post at 23-12-2011 10:15




ada designer pernah bersungut...siti ni walaupun baju yang dia orang jahit untuk siti dah cukup cantik dah tapi dia mesti nak menokok nambah...
tu yang jadi baju dia penuh dengan manik koran la...bunga2 laa......
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 08:58 AM | Show all posts
yang nie dah ader???


GUA menampilkan lima fesyen paling cun yang pernah digayakan oleh golongan ini. Cuba lihat siapa yang terpilih.

1. Dynas (ABPBH 2010)



Pelakon tinggi lampai ini memang nampak cantik dan anggun setiap kali berjalan di karpet merah. Dynas bijak memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badannya.

Pada acara karpet biru Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) lalu, Dynas mencuri perhatian dengan gaun meleret dan terdedah di belakang. Biarpun ada yang tidak suka dengan penampilan Dynas ini, GUA berpendapat gaun berhias batuan ala permata ini ‘cocok’ dengan bentuk badannya.

2. Fasha Sandha (ABPBH 2010)



Fasha Sandha memang bijak mencuri tumpuan dalam berfesyen. Walaupun penampilannya di majlis pelancaran Majalah Lisa menjadi kutukan ramai tetapi gaun yang digayakan Fasha di ABPBH 2010 April lalu memikat mata memandang.

Walaupun potongan ringkas tetapi gaun rekaan Wanpa ini menonjol dengan rekaan ropol-ropol di bahagian bawah. Tambah menarik, ia dipadankan dengan clutch berona merah terang!

3. Erra Fazira (ASK 2011)



Pernah atau tidak selebriti yang seorang ini tampil dengan fesyen pakaian yang menyakitkan mata? Bagi GUA, Erra Fazira tidak pernah mengecewakan jurugambar yang merakamkan fotonya. Selain bijak memilih persalinan yang sesuai dengan bentuk badan, Erra juga sering muncul dengan rekaan terkini.

Gaun rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan Erra pada Anugerah Skrin 2011 lalu cukup menawan. Pemilihan warna hitam menyerlahkan ciri-ciri klasik dan elegan. Bagi menepati tema pakaian malam itu, Rizman Ruzaini tidak lupa meletakkan perincian berona emas di bahagian bahu dan lengan gaun ini.

4. Neelofa (ASK 2011)



Mungkin ada yang kurang setuju dengan pemilihan busana Neelofa ini. Tetapi tidak boleh dinafikan gaun biru firus ini membuatkan penampilan Neelofa menjadi tumpuan ramai.

Buktinya, ketika Neelofa berjalan di karpet merah Anugerah Skrin 2011 lalu, dia dihujani dengan lensa kamera yang tidak henti-henti merakamkan gambarnya. Potongan gaun yang kembang di bahagian bawah memberi ilusi pelakon ini tampil lebih tinggi.

5. Maya Karin (FFM 24)






Heroin filem pecah panggung ‘Ombak Rindu’, Maya Karin tampil dalam busana moden kontemporari yang cukup memikat di acara kemuncak Festival Filem Malaysia ke 24 baru-baru ini. Gaun berpotongan kebaya moden itu menyerlahkan ciri-ciri kelembutan yang ada dalam diri Maya.

Bagi menyuntik elemen glamor dan mewah, perekanya menggunakan sulaman emas pada perincian gaun berona merah jambu ini. Hiasan pinggang dalam rona berbeza pula menyerlahkan bentuk badan Maya.

via: gua.com.my

Sumber http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/12/gambar-5-fesyen-artis-paling-hot-2011.html#ixzz1hse10zV5
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 10:20 AM | Show all posts
baju Maya Karin macam baju pengantin je... tambah veil + hand flower...
memang baju tu cantik tapi mcm baju nak kawen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 01:18 PM | Show all posts
plg suka baju erra masa ASK...classsss sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2012 03:05 PM | Show all posts
Sesuai gakk masuk cni sbg bahan kutukan, umpatan & kejia kejian

Kata GUA 2011: Fesyen Artis Paling Jelek
      15 Dec 2011, 12:00am   |        Miss Ayu




Fesyen dan artis memang tidak boleh dipisahkan. Oleh sebab itu setiap artis perlu bijak menjaga penampilan agar tidak menjadi bahan umpatan. Selain perlu tampil menawan, artis juga perlu mengambil kira tatasusila kerana  bukan budaya masyarakat Malaysia berpakaian menjolok mata.  Selain itu, ada juga sebilangan artis yang kurang bijak memilih pakaian ketika menghadiri acara karpet merah sesebuah acara hiburan. Bukan sahaja tidak mengikuti tema pakaian yang ditetapkan, malah nampak tidak cocok dengan tubuh badan. Di sini GUA senaraikan lima orang artis yang berpakaian jelek untuk tahun 2011.


1) Miera Lieyana
Teman wanita Shah Jazsle ini membuatkan banyak mata terbeliak ketika dia menghadiri Malam Gala Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 anjuran Rafflesia Mandalay pada Mac lalu. Apa tidaknya, gaun rekaan Wan Huzairil ini jelas mendedahkan bahagian sisi payudaranya. Malah, turut kelihatan alas payudara yang dipakai oleh Miera. Apabila ditanya tentang pakaiannya itu, Miera mengatakan dia memilih gaun itu untuk tampil berbeza. Bahkan, pelakon berusia 18 tahun ini dengan selamba berkata, nampak sedikit sahaja. Walau apa pun alasan Miera, GUA tetap berpendapat gaun ini tidak seharusnya digayakan oleh Miera atau mana-mana artis lain. Ia terlalu menjolok mata!
Thank god, ada lagi yg waras pemikirannya


2) Fasha Sandha
Nampaknya Fasha Sandha melakukan kesilapan besar dalam berpakaian pada tahun ini. Selepas sunyi daripada sebarang gosip panas buat seketika, ratu drama bersiri ini mencipta kontroversi apabila dia tampil separuh terdedah dalam majlis pelancaran Majalah Lisa pada 10 November lalu. GUA tidak boleh menjangka apa yang bermain di fikiran Fasha ketika dia memilih gaun berwarna jingga ini. Hendak katakan rekaannya eksklusif, GUA perhatikan biasa-biasa sahaja. Daya penarik gaun ini hanya terletak pada bahagian belakangnya yang terdedah sehingga ke pinggang. Mungkin Fasha terlalu memuja bentuk badannya sendiri! Kalau diamati betul-betul, Fasha sebenarnya kelihatan berisi dalam gaun ini!
Komen direct to batang hidung


3) Amanda Amani
Pada acara karpet merah Anugerah Skrin 2011 lalu, penyanyi sedang meningkat naik ini membuatkan GUA sedikit hairan kerana tampil santai dengan gaun pendek berwarna kelabu. Sudahlah tidak mengikut tema ‘Golden Glamour’, pakaian yang digayakan oleh Amanda ini memang tidak layak dibawa ke acara karpet merah. Memanglah acara itu bukan untuk golongan penyanyi, tetapi tiada salahnya kalau Amanda tampil lebih bergaya. Gaun kelabu ini GUA katakan jelek kerana ia membuatkan Amanda kelihatan lebih berisi.


4) Nor Syuhada @ Dottie
Gaun dan fesyen rambut yang digayakan oleh Dottie untuk acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 pada Mac lalu memang menyakitkan mata kerana tidak cocok dengan personalitinya. Malah, penampilannya nampak suram kerana warna pakaian yang tidak menyerlah.  Malah, motif bunga-bungaan pada gaun ini membuatkan Dottie kelihatan sarat. Sudahlah begitu, fesyen rambut yang digayakan juga nampak pelik. Senang cakap, macam sarang tebuan (*pitam). Nampaknya, masih banyak yang perlu Dottie pelajari dalam berpakaian.


5) Allana Amir
Anda kenal dengan pelakon ini? Kalau tidak biar GUA perkenalkan dahulu. Allana adalah pelakon yang membintangi drama bersiri Ahmad Albob Yang Punya yang disiarkan di TV3 pada Mei lalu. Dalam drama ini, Allana membawakan watak Ayu Raihana, seorang gadis yang sering dibuli. Jadi, mengapa Allana termasuk dalam senarai ini? Cuba lihat penampilan Allana ketika menghadiri malam kemuncak Anugerah Skrin 2011 pada 4 November lalu. Setuju atau tidak kalau GUA katakan fesyen Allana sangat-sangat tidak sesuai dengan susuk tubuhnya yang langsing. Selain potongannya yang gedoboh,  baju ini juga tidak ada sebarang perincian yang menyerlah. Terlalu polos sehingga kehadiran Allana kurang disedari.

Mcm kain alas meja x brjahit disangkut kat badan jahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 05:02 PM | Show all posts
cantiknyer maya@izzah...
fazura pn cantik juga....
yg lelain malas nk komen pa pe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 05:22 PM | Show all posts
fazura tetap cantik
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 06:24 PM | Show all posts
Retis di majlis kawin "Wedding Of The Year 2011" - baju masuk muzium
Tema hitam/putih ekkk????

Comey gakk, tapi tampalan kat baju ala2 design Kedai jahit Cik Limah Kuala Berang jahh



Kontroversi, too sexy back "Kao ingat ni Hollywood???"
Rangka besar, nampak cam raksaksa
Topi/veil (ke apa benda?) paling cantik dalam gamba2 ni
Membantu menge'tone down' her 'gergasi'ness... kiut jahhh



Nampak gemuk, tapi kat luar ok jahh... montok
ai laikkkk
Baju sgt simple, mebi utk sesuaikan ngan perhiasan anting2/rantai yg sarat overdose
(tajaan lettuww)



Sapa ni??? Muka cam hindustan, baju pon ala2 kain sari/baju keling
BKay Line Clear kah ni?



Not bad - konsep designer play safe aka pemalas



Bulatan2 tu mengingatkan ai pada national costume miss thailand universe 2011
Mekap/rambut/pose - meletopppp
Very kompiden aka pose 'aku cantik'



Baju ni outstanding sket banding ngan yg laen sbb ada juraian renda2 gitu kat bahu & batu2 kristal(?) kat pinggang
Kreatif designernya
ai never tot ai wud like pemakaian jam tangan sbg barang kemas + gaun petang
Jam tu mmbuat sheols nampak cam wanita korporat ala2 CEO gedung kecantikan gitu



Errkkkk.... emmmm... ummmm...
Tapi buah2an beliau meletoppp
Mendada sangats
Kelassss kau nyah



Mekap pucat... again
Bibir kaler pale, mebi sbb nak imbangi ketebalan/kejuihannya
Rambut kusut... again
Nampak tua.. again
Baju not bad
Body melentik.. tetappppp



Yasmin hani ekkkk???
Nampak simple & ala2 malas nak berfesyen/berhias gitu
x tau lah, mebi sbb majlis kawin... x sesuai kalau trlalu bling2 mcm majlis anugerah
Takkan nak overshadow pengantin pulok khennnn
In person dia ni comeyy gakk
Putihh jah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 06:27 PM | Show all posts
tajuk 2011 tapi cta /gambo recyle je
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 07:45 PM | Show all posts
selalu yg cantik LJ, Fazura n erra
dress yg lofa pki pun cantik2 gak
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 08:51 PM | Show all posts
paling ske baju ahkak ziana yg JLo tiru aritu tuuu...cantikkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:30 PM | Show all posts
Reply 190# solstice

Cantiknya Neelofa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:58 PM | Show all posts
ye lah.. kalau ketuk kepala org tu maunya cedera parah
Tebal bukan main lagi kasut sno ...
solstice Post at 23-12-2011 10:11



    rasanya kasut yg faz pakai tu louboutin sebab kat tumit tu tapak dia macam warna merah.daffodil glitter pumps.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:36 AM | Show all posts
Reply 195# tabasco


    ai knoww
Tentunya gaun sendengnya itu sengaja disingkatkan utk menampakkan kasut ittewww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 09:58 AM | Show all posts
sama x :





Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:50 AM | Show all posts
Reply 197# tigerads


    sama...!!!!!

hahahahaha...jahatnya engkau...kekekekekek....
adoila.... {:4_502:}
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:10 AM | Show all posts
Rambut sheolsss ni x lah sarang tebuan


Ni baru betul pesen rambut sarang tebuan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 12:14 PM | Show all posts
Gaya shahir memang cam pondan
solstice Post at 22-12-2011 17:17



    sesuai la kot dengan pasangannya cik ta tu
    make up kadang2 dah macam bapuk jah kekdahnyaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189781 Replies : 4321
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47696 Replies : 320
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 8206 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 7593 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6339 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9405 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3914 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.068290 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list