CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariapersanta

Ilmu dan Penyakit Mistik , method, rawatan dan cara pencegahan nya

  [Copy link]
 Author| Post time 18-4-2012 02:25 PM | Show all posts
Pendamping atau dampingan
Satu isu yang sangat sinonim dengan ilmu persilatan , perbidanan tradisonal dan juga perawatan tradisional.
Bila menyebut tentang ilmu silat atau perubatan majoriti rakyat Malaysia akan meyebut dua perkara iaitu jin (pendamping ) dan sesat  (bercanggah dengan Islam)
Apakah itu pendamping?
Pendamping ialah makhluk halus yang mendampingi manusia atas beberapa sebab
1.        Warisan keluarga (terikat denganperjanjian dan sumpah)
2.        Diseru untuk menjadi pendamping (menggunakan amalan dan ritual tertentu)
3.        Secara sukarela menjadi pendamping atas dasar minat atau manusia itu beramal tanpa sanad dan guru yang muktabar.
4.        Diwariskan (biasanya melalui amalan dan juga rawatan)

Pendamping terdiri dari
1.        Jin  (dari kalangan jin fasik (islam ) dan kafir
2.        Bunian
3.        Makhluk rohaniah  (khadam dan muakal)
4.        Pendamping asli iaitu Qarin
Ada pelbagai perkara yang boleh diambil kira sebelum kita pergi menuntut ilmu (mistik) atau berubat (rawatan alternatif dan tradisional)
1.        Adakah syarat dan pantang yang tertentu yang pelu diikuti sepanjang masa belajar atau berubat?
2.        Mengetahui secara jelas maksud dan makna setiap zikir dan doa yang diberikan oleh guru ataupn perawat.
Antara tanda tanda mempunyai pendamping
1.        Selalu mengalami mimpi yang pelik
2.        Selalu mendengar bisikan dan arahan
3.        Naluri , hati dan akal senantiasa berperang atas satu satu urusan
4.        Sering lupa dan selalu berkhayal.
5.        Panas baran tanpa sebab
6.        Sedih tanpa sebab
Dan beberapa perkara lain.
Cara cara menagani masalah pendamping
1.        Sabar
2.        Tawakal
3.        Merujuk kepada yang faham.
Terdapat perbezaan pendamping warisan (saka) dan juga pendamping yang menumpang.
Selalunya perawat yang tidak jujur akan mengambil kesempatan diatas kes seumpama ini untuk mengaut keuntungan.
Soalan umum
“Saya mengamalkan doa dari ayat ayat Al Quran , kenapa saya menjadi resah, panas dan keliru, bukan kah sepatutnya saya akan menjadi lebih tenang?”
Soalan ini merangkumi apa yang dinyatakan ayat2 tertentu dalam Al Quran ada yang panas dan ada yang sejuk. Penjelasan yang mudah ialah perumpamaan tubuh itu adalah gelas air yang kotor dan berdebu sedangkan Ayat Al Quran itu adalah air yang bersih apabila air yang bersih dimasuk kan kedalan berdebu dan kotor maka ia tidak memberi berkat malah menyebabkan lebih banyak masalah.
Jadi kesimpulan nya tiada ayat Al Quran yang panas atau sejuk , yang menjadi isu ialah tubuh badan manusia yang mengamalkannya.
Sepatutnya ayat Al Quran atau Zikrullah adalah medium untuk mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu Wataala, ramai yang keliru dan mengambil ayat Al Quran untuk maksud lain.
Dengan maksud lain inilah yang selalunya mendatangkan Khadam
Seperti contoh amalan Surah Al Ikhals 21, 000x dengan niat untuk bertemu dengan khadam bernama Syeikh Abd Wahid atau Al Fatihah dengan bilangan dan doa tertentu untuk bertemu khadam nya iaitu Syeikh  Rofurul Ukhdoir
Wallahu Alam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2012 08:28 PM | Show all posts
Reply 181# ariapersanta

Salam. Tread ini sangat menarik.

Tang isu pendamping dan tanda2 mempunyai pendamping nih,
Seram gak sbb EmakBonda ada keenam2 tanda2 tersebut.
Especially part mimpi2 pelik tuh. Dari teenage sampai lar skrg!


Baik dalam keluarga EB, Mertua EB, even my own, anak kedua meninggal kecik...
Maknanya - Adik EB, Abang Hubby, Anak kedua EB meninggal dalam perut... Pelikkan?


.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 12:30 AM | Show all posts
Reply 182# EmakBonda


   memang pelik hurmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 12:32 AM | Show all posts
EmakBonda anak ke berapa
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 09:45 AM | Show all posts
maka
aku muncullah
dengan senyum sumbang kat sini
ok ke

ok kannnn
ngacau2 je kerja aku
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 11:51 AM | Show all posts
kacau jgn tak kacau...
ni bukan jembalang dah ni...
ni hantu orang orang, kekekeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2012 06:17 PM | Show all posts
Reply 186# sehLemahAbang


    JENG JENG JENG

   kisah pun akan bermula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 10:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariapersanta at 19-4-2012 22:42

Putra ialah singkatan kepada perubatan tenaga rohaniah dan alam. Ia diasaskan oleh TKS Datuk Paduka DR Azam Zulkifli berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah beliau pelajari. Kaedah rawatan ini adalah kedah rawatan tanpa sentuhan yang mana aliran tenaga dari tubuh perawat akan dialirkan kedalam tubuh pesakit , tenaga itu diolah dalam pelbagai bentuk dan kegunaan dan biasanya ia di olahan dalam bentuk penyembuhan.
Penyembuhan mengikut pandangan pengamal PUTRA ialah membangkitkan sistem pemulihan diri individu tersebut. Sekaligus pemulihan dengan cara PUTRA ialah cara yang paling semula jadi.

Tenaga terdapat disekeliling kita dari pelbagai punca dan manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi mampu menggunakannya untuk pelbagai tujuan dan cara. Apa yang perlu dilakukan hanyalah membuka beberapa kunci yang menghalang diri manusia itu dari  menggunakan segala tenga di alam semesta

Cara yang paling popular pastinya dengan amalan dan ritual tertentu seperti meditasi , bacaan mantra dan lain lain. Cara ini sebenarnya hanyalah membangkitkan apa yang dinamakan tenaga kebatinan seseorang itu. Dengan cara ini manusia masih belum mampu menggunakan tenaga Alam semesta. Ini kerana manusia itu belum mampu berkomunikasi dengan Alam semesta.
Komunikasi dengan alam ini hanya mampu dilakukan oleh mereka yang melepasi tahap minda bawah sedar. Segala kelebihan minda bawah sedar sebenarnya hanyalah cebisan dari sesuatu yang teramat hebat.

Cara mencapai tahap ini biasanya dilakukan sendiri oleh pengamal namun ia mengambil masa yang agak panjang.
Kaedah lain ialah pembukaan makam tenaga, kaedah ini dijayakan dengan memberi sedikit kejutan kepada makam tenaga tersebut , kejutan ini akan menghasilkan tenaga yang akan menggerakkan makam itu supaya aktif. Makam tenaga atau cakra ini telah banyak dibahaskan di pelbagai forum dan adalah sesuatu yang diperakui dan digunapakai oleh semua bangsa dan aliran.
PUTRA menggabungkan kaedah pernafasan tenaga dalam untuk menjana kekuatan dari tenaga hayat , meditasi dan ritual untuk mengunakan tenaga alam semesta dan rohaniah.

Meditasi yang dilakukan ialah meditasi melayu purba satu seni yang tidak terkenal kerana disimpan sebagai rahsia oleh pengamal pengamalnya.  

Gabungan tiga jenis tenaga ini mampu menerbitkan satu kekuatan yang mampu merangsang sistem pemulihan tubuh ketahap super.

Suatu waktu dahulu seni meditasi melayu dikaitkan dengan pertolongan tenaga ghaib makhluk halus seperti jin dan juga lain lain semangat. Ia dikatakan satu kaedah yang terlalu banyak bercampur unsur tahyul dan mitos.
TKS Datuk Paduka Dr Azam adalah mahaguru pertama yang cuba mengkaji sistem purba ini dan memberikannya beberapa penerangan yang mungkin sesuai dengan pemikiran masyarakat morden.

Antaranya ialah kaitan perlakuan dan kebolehan paranormal dengan tahap penguasan kesedaran minda.
Perincian tenaga. Pintu pintu tenaga pada tubuh manusia, semua ini di garap sebahagianya didalam pelajaran PUTRA.
Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini PUTRA adalah kaedah rawatan tampa sentuhan, tenaga dipindahkan dari jarak jauh tanpa perlu menyentuh tubuh pesakit. Kaedah ini membolehkan pengamal PUTRA menyisihkan aura negatif dan menggantikanya dengan unsur positif. Tenaga yang dialirkan bukanlah bertujuan memulihkan tetapi lebih kepada penyisihan tenaga negatif yang menghalang penyembuhan semula jadi didalam tubuh. Tenaga yang dialirkan kedalam tubuh pesakit itu juga bertujuan merangsang sistem tubuh supaya berfungsi dengan normal.

Keseimbangan ini lah kunci kepada kesihatan seseorang.

Dengan gabungan tenaga hayat rohaniah dan alam semesta tadi pengamal PUTRA juga mampu mempunyai mata ketiga yang mampu mengimbas tenaga negatif.

Tenaga negatif ini kadangkala disalah ertikan sebagai hantu atau syaitan. Bagaimanapun kadangkala kita tidak mampu menolak bahawa adanya pengaruh element tidak diketahui yang secara mudahnya dikenali sebagai makhluk halus. Namun adalah sukar sebenarnya untuk menilai kes paranormal sebenar dan juga halusinasi atau masalah minda.

Kadangkala berlaku gangguan pada sesuatu tempat seperti penampakan bayangan yang menakutkan dan lain lain sedangkan ianya hanyalah memori tempat itu terhadap sesuatu perkara buruk yang pernah berlaku. Ianya bukanlah hantu.
Kes paranormal sebenar seharusnya menepati beberapa ciri ciri dan disinilah terletaknya cabaran bagi sesorang pengamal rawatan alternatif.

Gabungan tenaga alam, hayat dan roh yang dikuasai pengamal PUTRA  adalah salah satu cara menilai adakah laporan kes paranormal itu benar benar paranormal atau hanya sekadar halusinasi atau memori tempat.
Bagaimanakah gabungan tiga tenaga itu dapat membezakan kes paranormal sejati , serba sedikit diterangkan sekadar yang diizinkan oleh guru ( kami orang melayu masih lagi mengamalkan budaya mentaati guru)
Gabungan tiga tenaga itu tadi mampu membawa manusia itu ketahap kesedaran yang lebih tinggi dari kesedaran bawah sedar, pada tahap itu manusia tersebut mampu berkomunikasi dengan alam. Dan gangguan dari alam lain ( makhluk ghaib) dapat dikesan.
Kebolehan ESP ini sebenarnya ada didalam setiap manusia , dan setiap manusia mampu menggunakanya.
Seperti mana yang telah dinyatakan tadi PUTRA adalah hasil dari kaedah Meditasi Melayu Purba, ianya tidak dapat dipisahkan, Meditasi Melayu Purba adalah pokok, PUTRA hanyalah salah satu dari cabangnya. Bagi mereka yang berminat dengan rawatan. Pengkhususan bagi pengamal putra ialah rawatan penyakit moden dan paranormal.

Bagi masyarakat timur sihir dan ilmu hitam masih menjadi amalan dan adalah tidak bijak bagi seseorang untuk menolak bahawa wujud satu aliran yang mempergunakan tenaga alam semesta dengan pertolongan makhluk ghaib kearah kerosakan dan kebinasan.

Peperangan antara baik dan jahat berlaku sejak dulu , bahkan ia berlaku setiap detik didalam diri setiap insan.
Hukum alam ialah setiap sesuatu terdiri dari unsur positif dan juga negatif.
http://ariapersanta.blogspot.com/p/artikel.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2012 12:06 AM | Show all posts
Apa itu Highest concious mind ada diterangkan didalam thread tafakur melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 12:13 AM | Show all posts
Sekadar selingan .... namun hayati lirik lagu ini hehehe off topik
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 07:58 AM | Show all posts
seronok baca tread ni harap banyak lg maklumat dapt disampaikan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 09:01 AM | Show all posts
EmakBonda anak ke berapa
ariapersanta Post at 19-4-2012 00:32


Salam...EB anak sulung dari 3 beradik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 12:16 PM | Show all posts
Reply 192# EmakBonda


   jadi logik la kalaupun ada gangguan, tapi mungkin tak semua mungkin kebetulan je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 12:20 PM | Show all posts
Reply 191# kukukatablog

saya hanya menyampai bukan untuk membuat orang taksub dengan mistik tetapi sekadar renungan supaya kita faham dan sedar akan kekuasaan dan kebsaran Allah...medium ini adalah jalan bagi saya untuk berdakwah...
dengan cara saya sendiri dan harapan saya cara saya tidak akan menyakiti hati orang dan membuatkan saya muflis di akhirat kelak
wallahu alam
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 12:25 PM | Show all posts
maka
aku muncullah
dengan senyum sumbang kat sini
ok ke

ok kannnn
ngacau2 je kerja aku
orangbesi Post at 19-4-2012 09:45



die dh mai dh....
senyum sumbang tu lagu mane ropenye???
senyum sumbing tau lah cek..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 02:14 PM | Show all posts
lau anak ke 3 cemana pulak.. ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2012 05:55 PM | Show all posts
anak ke 3 ? kenapa dengan anak ke 3? kalau masih dalam persoalan pendamping ianya hanya satu faktor , banyak lagi faktor lain bilangan dalam keluarga hanya menyumbang
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 09:28 PM | Show all posts
Reply 181# ariapersanta

salam, daripada kesemua tanda2 diatas lebih dari 3 ada saya alami. semoga Allah beri saya kekuatan untuk berhadapan dengan semua ujian ini. dan semoga Allah permudahkan segala urusan InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 11:42 PM | Show all posts
Reply 198# magpie5672


   kalaupun semua tanda tanda itu ada tetapi belum pasti ianya benar benar pendamping
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 03:24 PM | Show all posts
Reply 199# ariapersanta

alhamdulillah... legalah kalau macam itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.060981 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list