CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
 Author| Post time 23-7-2013 12:21 PM | Show all posts
haduh...sedapnya.......karipap pusing. dah lama saya tak buat karipap ni. sampai ada org request pun saya xleh buat. huh kalau kena mak labu yang minta...alahai kena buat jugalah Last edited by wipers81 on 23-7-2013 12:22 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2013 01:45 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


BAB 19


             Hari ini, aku akan pulang ke kampungku. Hatiku berdebar kerana tidak tahu bagaimana dengan penerimaan keluargaku di sana? Aku bersyukur kerana keluarga Ammar sudi menerima kehadiranku. Ayah dan emak mertuaku bersetuju mengikut aku pulang ke kampung. Kata mereka, Maklong dan PakUda turut menjemput mereka kerana ada kenduri doa selamat yang akan di buat di rumah atuk. Ammar memandu kereta ayah.

           Sehingga hari ini, aku masih cuba menyesuaikan diri dengannya. Sangatlah kekok aku rasakan bila setiap kali hanya kami berdua sahaja di rumah itu. Setakat hari ini, aku masih lagi dapat melepaskan diri. Tapi sampai bila??

            “ Nak ambil jalan yang mana satu sayang?” Sedikit tersentak aku dengan pertanyaannya.

             Sepanjang perjalanan, aku lebih banyak mendiamkan diri sahaja. Tak tahu topik apa yang nak disembangkan. Sepanjang bersama keluarganya, telingaku sudah semakin sebati dengan panggilan sayangnya itu. Aku dah malas nak bertekak dengan dia hanya kerana panggilan itu.

            “ Awak ikut sign board yang bertulis Batu Pahat. Tak jauh dah rumah atuk saya tu” balasku.

             Ayah dan emak mertuaku memberi peluang aku duduk di sebelah Ammar yang mempelawa diri untuk memandu. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan kedua mertuaku sedang tertidur di kerusi belakang. Sebenarnya perjalanan ke rumah atuk dari rumah mereka tidaklah jauh mana. Hanya mengambil masa lebih kurang dua jam sahaja.

            “ Ammar, simpang kanan di depan tu. Awak belok sana.” Arahku. Semakin dekat kelihatan rumah atuk semakin kuat debaran di hati ini.

             Kelihatan di laman rumah atuk, terdapat beberapa buah kenderaan. Ada tiga buah khemah di tengah laman. Dalam hati terdetik, kenduri doa selamat apa yang besar sangat ni? Sampai tiga khemah semuanya? Ammar memarkirkan kereta di belakang kereta abang Iman. Aku kenal sangat aku dengan kereta satrianya yang bewarna hitam itu. Apa khabar semua orang di sini? Debaran dihati kian rancak.


Last edited by wipers81 on 23-7-2013 01:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 02:08 PM | Show all posts
owh.. cemberut laa muka iman nanti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 02:17 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


             “ Sampai juga anak Maklong ni hah. Mak, Zaki, Salmah mari tengok siapa yang datang ni.” Ceria aku dengar suara Maklong.

              Tak sangka begitu teruja dia bila dia nampak aku. Kelihatan juga kakakku, Liana berlari menuruni tangga meluru ke arahku dan terus sahaja memelukku.
            
           “ Aku rindu sangat kat kau dik. Aku minta maaf banyak-banyak dik sebab aku tinggalkan kau macam tu saja. Aku kakak yang tak guna dik. Sepatutnya aku tolong kau..” sedih aku bila kakakku berkata demikian. Aku tidak menyalahkannya atas apa yang telah terjadi.

            “ Hesy…apa yang kau cakap ni kak? Janganlah macam ni. Kau tak buat salah pun kat aku kak. Aku yang salah sebab tak dapat penuhi janji aku pada mak untuk jaga kau. Aku yang salah kak. Aku minta maaf kak. Semuanya berlaku dengan pantas. Aku tak  mampu mengelak kak.” Air mataku mengalir.

            Sepatutnya aku menjaga kakak. Aku teringat akan janjiku pada Fahim ketika aku menolak cintanya dulu. Aku kononnya bertegas menolak cintanya kerana mahu menjaga kakak, tetapi aku telah memungkirinya. Munafikkah aku……maafkan aku Fahim. Semuanya bukan dalam kawalanku.

            “ Liana, sudahlah tu. Mari adik, kak Ika bawa adik ke atas.”

            Tiba-tiba sahaja kak Ika muncul lalu menarik tanganku mengikutnya. Aku dan kakak berlalu mengikutnya. Pandai-pandailah kau bawa diri Ammar. Aku hanya mengangkat keningku kepadanya sebaik melintas di hadapannya. Dia hanya tersenyum padaku. Aduh…cair hatiku dengan senyumannya yang menggoda itu. Aku akui, selepas kejadian di rumahnya tempoh hari, hati aku mula berlembut dengannya.

**********************

Last edited by wipers81 on 23-7-2013 02:20 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 02:21 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 23-7-2013 02:08 PM
owh.. cemberut laa muka iman nanti...

bukan je cemberut.....nantikan apa yang akan terjadi cmf_conan.....stand by tisu tau


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 03:03 PM | Show all posts
wipers81 posted on 23-7-2013 12:21 PM
haduh...sedapnya.......karipap pusing. dah lama saya tak buat karipap ni. sampai ada org request pun ...

Lama kan tak makan karipap ni? hmmmm...macm susah nak nampk...

Sambung lg sayang...suspen jek ni.... akak dah siap tisu gulung lagi...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-7-2013 09:57 AM | Show all posts
sellie003 posted on 24-7-2013 03:03 PM
Lama kan tak makan karipap ni? hmmmm...macm susah nak nampk...

Sambung lg sayang...suspen jek n ...

HUHUHU....kak sellie ni


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 10:02 AM | Show all posts
wipers81 posted on 25-7-2013 09:57 AM
HUHUHU....kak sellie ni

dah kata sedia kan tisu...akak dah standby siap2...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2013 10:04 AM | Show all posts
sellie003 posted on 25-7-2013 10:02 AM
dah kata sedia kan tisu...akak dah standby siap2...

hehehe...takpe. akak tunggu. ada yang menanti di bab 22 kalau tak silap. stand by lah tisu banyak2


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 10:08 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

         
             “ Taraaaa…cantik tak bilik pengantin yang kami hias untuk kau dik?”

              Hampir menjerit aku dibuatnya. Terkejut bukan kepalang jadinya aku dengan apa yang ada di depan mataku ini.

Bilik di rumah atuk yang jarang diguna itu telah dihias dengan indah sekali. Dinding kayu bilik itu ditutupi dengan kain satin berwarna putih berselang seli dengan warna merah dari fabrik yang sama. Cadar katil berwarna perak keemasan, di sudut kanan bilik terletak meja solek dan sejambang bunga dihias indah dalam pasu. Sungguh cantik bilik itu. Aku sebenarnya jarang masuk ke bilik ini dari dahulu lagi. Tak sangka pula aku dalam bilik itu ada set bilik tidur antik rupanya. Bilik itu sentiasa gelap, jadi bagaimana aku nak perasan selama ini.

            “ Wah…Subhanallah…cantiknya. Kak Ika dengan kau ke kak yang buat semua ni?  Chup..chup.. adik tak faham, untuk apa semuanya ni? Di laman depan ada khemah, dalam ni dah jadi bilik pengantin…jangan kata yang….” Ayat ku tergantung. Tak terkeluar perkataan itu dari mulutku.

            “ Yup…majlis perkahwinan kau yang akan diraikan esok. Surprise!! Sebenarny adik, mak akak yang rancang semuanya ni dengan bantuan ayah dan mak mertua kau yang nak join di saat akhir tau. Pak Uda dengan Mak Uda pun banyak membantu kami tau hias bilik ni. Tak ketinggalan juga abang Eddy dan abang Iman.” Kata kak Ika.

           Biar betul mereka ni! Tak sangka aku yang abang Iman juga terlibat. Bagaimanakah dengan abang Iman? Kecewakah dia denganku? Semasa sampai tadi, dia  langsung tidak memandang ke arahku. Ah…apa yang aku fikirkan ni. Jangan nak perasanlah Yana.

            “ Apa maksud akak bantuan dari mak dan ayah mertua adik di saat akhir? Hesy...peninglah kak Ika. Cubalah straight to the point. Orang sekarang dah banyak guna highway okay bukan jalan lama lagi.” Mujur dapat kawal nada suaraku.

            Hampir pening-pening lalat dibuatnya aku. Aku menggaru kepalaku. Ya, memang tengah pening ni…

            “ Ish…sengal sangat kau ni Dayana oi. Sejak jadi bini orang ni jadi lambat tangkap pula. Selalunya pick up dia yang cepat, hari ni dia lambat pulak.” Dengan selamba Liana menuturkan ayat itu.

Last edited by wipers81 on 25-7-2013 10:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 10:09 AM | Show all posts
wipers81 posted on 25-7-2013 10:04 AM
hehehe...takpe. akak tunggu. ada yang menanti di bab 22 kalau tak silap. stand by lah tisu banyak2 ...

kenapa agaknya?....kot2 yana sedih sbb fahim atau fahim sedih sbb yana...atau ammar sedih sbb yana...atau lagi yana sedih sbb ammar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 10:13 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


             Terus kakak tepuk lembut bahuku. Amboi, ayat kau Liana…bukan main lagi kakak aku ni sekarang.  

            “ Ni bukan soal pick up  siapa yang lambat tau tak? Cepatlah cerita pada aku apa makna semua ni?” Naik juga darah aku ni karang.

             Sempat pula dua-dua makhluk depan aku ni sengih macam kerang busuk. Sabar saja aku dengan mereka berdua ni.

            “Macam ni dik, sebenarnya mak akak dah rancang pada mulanya nak buat majlis doa selamat je untuk kau dan suami. Yelah, masa tu mak mertua kau.. alah…kau pun tahukan macam mana dia mengamuk sakan pasal peristiwa tu. Minggu lepas, ayah mertua kau ada telefon, kata nak datang sama ke majlis ni. So dia bersetuju membiayai separuh dari perbelanjaan kenduri ni tau.” Sambung kak Ika lagi…

            “Dia kata alang-alang, buatlah majlis perkahwinan besar-besaran untuk menantu dia ni. Mak mertua kau pun dah bersetuju. Diorang dah ceritakan hal sebenar pada kami. Jadi, betullah memang bukan salah kau. Kami semua pun berpakat nak adakan majlis bersejarah ni untuk kau tau. Ingat senang ke nak prepare semua ni dalam masa yang singkat. Kau kena berterima kasih tau pada kami.” Ewah..ewah kak Ika ni.

            “Hai, bunyi macam tak ikhlas saja. Siap paksa orang berterima kasih pulak…huh tak malu...”  Aku berpura-pura mengejek.

            “ Aik, mengejek kita pula. Yelah..tak nak terima kasih sudahlah. Penat kita ni, tiada siapa nak hargai, kan kak Ika. Jomlah kita keluar. Orang dah ada suami sekarang, lupa dah kat kita….”  Aik…siapa yang merajuk ni sebenarnya???

            “ Janganlah kata macam tu kak. Sedih aku. Aku….” Terus sahaja aku menangis. Tersentuh dengan kata-kata Liana walaupun dia hanya bergurau.

            “ Alamak…dik aku minta maaf. Aku tak sengaja. Aku melawak je tadi. Maaflah dik.” Dia memelukku. Tiba-tiba….

            “ Apa yang korang buat lama-lama dalam bilik ni? Tu kat luar, mak andam dah lama tunggu pengantin kita ni hah. Balik pula orang tua tu nanti. Hah…tunggu apa lagi cepatlah...”  Mak Uda bersuara.

            Apa lagi, kelam-kabut kami meninggalkan bilik itu.

Last edited by wipers81 on 25-7-2013 10:15 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 10:18 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            Sampai di ruang tamu, ku lihat suamiku sedang berbual dengan abang Eddy dan abang Iman. Di luar pula, kelihatan kedua mertuaku sedang beramah mesra dengan Maklong, Paklong, Pak Uda dan atuk. Beberapa orang kampung sedang sibuk merewang.  Sudah hampir waktu tengahari sekarang.

            “ Sini wahai pengantin perempuan. Mari, cuba baju ni. Kalau tak padan sempatlah akak nak betulkan. Nah, pergilah kamu berdua cuba dalam bilik tu. Nak malu apa, dah jadi laki bini pun.” Suruhnya.

             Aku hanya menelan air liur. Biar betul Kak Rozi ni? Nama mak andam yang sempat kak Ika bisik padaku tadi. Sedangkan sebelum ni pun aku gugup sebilik dengan dia, inikan pula nak salin baju sebilik.

            “ Tunngu apa lagi, cepatlah tunjukkan laki kau mana bilik pengantin. Cepat..” sergah atuk.

             Terkejut aku. Memang betullah penyakit latah aku dah hilang. Lantas aku bangun dan memberi isyarat pada Ammar mengikut aku. Ammar juga bangun dan mengambil baju yang dihulurkan oleh kak Rozi, lalu mengikuti langkahku dari belakang. Kalau boleh lari, dah lama aku salin baju kat bawah. Nak buat macam mana, bilik pengantin bukannya jauh dari atuk, tak pasal-pasal aku kena berleter nanti. Tawakal ajelah.

              Dayana tidak perasan, ada hati yang sedang berduka bila mengetahui gadis yang menjadi pujaannya sejak kecil telah menjadi milik orang. Memang dia tidak nafikan bahawa jejaka yang berjaya memiliki gadis pujaannya itu mempunyai daya penarik tersendiri walaupun dia masih muda lagi. Bagaimana dia harus menerima semua ini yang berlaku dengan pantas. Jika dia berada pada malam keramat itu, sudah tentu dia dengan rela menikahi gadis itu.

            Namun, semua itu sudah berlalu. Hatinya dipaut rasa cemburu yang sangat membuak-buak. Meronta-ronta segala rasa yang bercampur baur dalam hatinya sekarang. Apa agaknya yang berlaku dalam bilik pengantin tu? Ikutkan hati Iman, mahu saja dia merempuh masuk ke dalam bilik itu. Iman menjerit di dalam hati, melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya.

Last edited by wipers81 on 25-7-2013 10:23 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 10:25 AM | Show all posts
ok, setakat sekarang. nanti saya sambung lagi....apa agaknya yanr terjadi dalam bilik tu kan?? hehehehee..selamat berpuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:14 PM | Show all posts
wipers81 posted on 25-7-2013 10:25 AM
ok, setakat sekarang. nanti saya sambung lagi....apa agaknya yanr terjadi dalam bilik tu kan?? heheh ...

ntah2 ada perang bilik melanda...Selamat Berpuasa juga....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 01:06 PM | Show all posts
sellie003 posted on 25-7-2013 12:14 PM
ntah2 ada perang bilik melanda...Selamat Berpuasa juga....

hahaha...akak ni...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2013 01:33 PM | Show all posts
nice

lama tkde kembali menjelma

sebut tang karipap pusing ni
org umah sy terer buat
memang sodap dan tersohor kt opis sy ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 02:14 PM | Show all posts
mat_krai posted on 25-7-2013 01:33 PM
nice

lama tkde kembali menjelma

wah...bagus mat_krai...sedapnya....yg penting kelim dengan tangan bukan acuan ek...hihiihih

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 03:02 PM | Show all posts
wipers81 posted on 25-7-2013 01:06 PM
hahaha...akak ni...

dah yg pasti...yana ditgh2...main tarik menarik... amar tarik tagn kanan & mamat misteri tuh tarik tgn kiri yana...yana kat tengh2 dah terjerit2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2013 03:07 PM | Show all posts
sellie003 posted on 25-7-2013 03:02 PM
dah yg pasti...yana ditgh2...main tarik menarik... amar tarik tagn kanan & mamat misteri tuh tarik ...

nak sambungan x


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.304959 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list