|
"Sememangnya majoriti umat Islam menghormati al-Qur’an sebagai sebuah kitab suci. Akan tetapi sayang sekali boleh dikatakan bahawa penghormatan kepada al-Qur’an adalah sesuatu yang dilakukan tanpa menelaah kandungannya, jauh sekali daripada mempraktikkannya. Sejak kecil kita diajar untuk menghormati al-Qur’an semata-mata kerana ia adalah al-Qur’an, bukan kerana pengetahuan tentang apakah al-Qur’an dan peranannya kepada kita sebagai seorang Islam. Sekali-sekala kita mempraktikkan al-Qur’an, namun yang dipraktikkan bukanlah ajarannya tetapi ayat-ayatnya yang diperalatkan untuk tujuan tertentu seperti hiasan dalam rumah, menghalau gangguan makhluk ghaib, melariskan jualan, menyembuhkan penyakit, lulus peperiksaan, memagari rumah dan sebagainya.
Ini bertentangan sama sekali dengan tujuan penurunan al-Quran itu sendiri..." - petikan ucapan YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob di Majlis Makan Tengah Hari Meraikan Peserta dan Hakim Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 3 Syaaban 1434H bersamaan 12 Jun 2013M bertempat di Dewan Jamuan Utama, Kota Darul Naim, Kota Bharu
|
|