|
Jika lelaki dapa bidadari di syurga, wanita dapat apa?
[Copy link]
|
|
orangbesi posted on 18-11-2013 10:13 PM
Nk ilmu kena cr....
Allah kn takkn ubah nasib sesuatu kaum melainkn kaum tu yg ubah sendiri...
k ...
Maksudnya xfaham? Segolongan wanita xmo dgn bidadari? |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 18-11-2013 10:49 PM
ade ke wanita xmo dgn bidadari
maksudnya golongan ni
Hmm..masuk syurga mmg asyik dgn tuhan kan?
Pening dah saya..... |
|
|
|
|
|
|
|
mommymonster82 posted on 18-11-2013 10:54 PM
Hmm..masuk syurga mmg asyik dgn tuhan kan?
Pening dah saya.....
Dalam syurga terdapat banyak nikmat yang Allah janjikan,
dan tiada lah menjadi kesalahan menikmati nikmat2 tersebut dalam keadaan Allah redha ke atas kita , dan kita pun redha pada Allah.......
Allah yang bagi dan memang kita akan menyukainya......
cuma antara semua nikmat2 itu, yang paling tinggi ialah melihat wajah Allah....
. Dalam hadits yang shahih dari seorang sahabat yang mulia, Shuhaib bin Sinan radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika penghuni surga telah masuk surga, Allah Ta’ala Berfirman: “Apakah kalian (wahai penghuni surga) menginginkan sesuatu sebagai tambahan (dari kenikmatan surga)? Maka mereka menjawab: Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam surga dan menyelamatkan kami dari (azab) neraka? Maka (pada waktu itu) Allah Membuka hijab (yang menutupi wajah-Nya Yang Maha Mulia), dan penghuni surga tidak pernah mendapatkan suatu (kenikmatan) yang lebih mereka sukai daripada melihat (wajah) Allah Ta’ala”. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat tersebut di atas (Hadis Muslim dalam “Shahih Muslim” (no. 181).
Di antara hadits-hadits tersebut adalah dua hadits yang sudah kami sebutkan di atas. Demikian pula hadits yang diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian (Allah Ta’ala pada hari kiamat nanti) sebagaimana kalian melihat bulan purnama (dengan jelas), dan kalian tidak akan berdesak-desakan dalam waktu melihat-Nya…”
( HSR al-Bukhari (no. 529) dan Muslim (no. 633).
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 19-11-2013 10:25 AM
Dalam syurga terdapat banyak nikmat yang Allah janjikan,
dan tiada lah menjadi kesalahan menikm ...
Terima kasih atas perkongsian...
mendengar sj pon rs gembira dan bahagia....
Kalu betul2 terjadi nanti..mcm mnlah kedaannya...
Allahurabbi...Allahuakhbar
|
|
|
|
|
|
|
|
mommymonster82 posted on 19-11-2013 10:30 AM
Terima kasih atas perkongsian...
mendengar sj pon rs gembira dan bahagia....
Kalu betul2 terjadi ...
tulah,
insyaAllah, moga2 kita semua tergolong dalam orang yang Allah redha kita melihat wajahNya......
di syurga nanti.....
sama2...kita berharap pada Yang Maha Pemurah.....
kita tak tahu, doa yang mana /harapan yg mana akan dikabulkan.....
moga2 harapan/doa kita hari ini dan seterusnya bila2 masa) insyaAllah dimakbulkan.....oleh yang Tuhan yang sifatnya Maha Memakbulkan doa....
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 19-11-2013 10:41 AM
tulah,
insyaAllah, moga2 kita semua tergolong dalam orang yang Allah redha kita melihat wajahN ...
Insyaallah... Amin ya rabbal alamin...
Syukran jazilan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun dah berzaman wondering pasal benda nie. Kenapa habuan wanita ahli syurga tidak sebut, padahal utk lelaki ianya jelas disebut. Lelaki ahli syurga mempunyai kekuatan 33 ekor kuda dan dianugerahkan sekurang2nya 70 org bidadari yg setiap satunya beribu-ribu-ribu kali lebih cantik dari manusia tercantik di dunia... |
|
|
|
|
|
|
|
Bell posted on 20-11-2013 11:14 AM
Aku pun dah berzaman wondering pasal benda nie. Kenapa habuan wanita ahli syurga tidak sebut, padaha ...
aku pun masih wondering lagi tentang perkara ni. tapi ade satu benda je yang aku yakin- Tuhan tu maha Adil dan maha Mengetahui tentang makhluk2 Nya. jadi bersandarkan kepada fakta tersebut, aku cuba melenyapkan rasa kurang pasti dalam hati aku sikit demi sedikit. sebab, nikmat syurga kita xdapat nak bayangkan. keindahan nya tak dapat digambarkan.
bagi aku kita sebenarnya tak tahu apa yang kita betul2 mahukan, apa yang kita benar2 inginkan, mungkin di dunia kita merasakan kita mahukan cinta sejati, cinta seorang lelaki yang hanya untuk kita. namun setelah kita masuk syurga (jika Tuhan izinkan), baru kita sedar sebenarnya ada perkara yang lebih kita mahukan/ kita inginkan di sana, sebab di dunia kita xtahu pun ade nikmat tu, jadi kita xpernah menginginkan nya. kita hanya bersandarkan kepada pengetuan kita yang sangat2 cetek dan dangkal sebagai manusia di dunia ini, dan mengishtiharkan itu adalah apa yang kita mahukan di syurga. tapi mgkin kenyataannya di syurga adalah berbeza sama sekali. sesungguhnya nikmat syurga tu adalah rahsia Tuhan yang xpernah kita manusia biasa dapat ungkapkan.
secara jujurnya, dalam fikiran aku masih ada persoalan tentang apa yang wanita syurga akan nikmati, tetapi aku xmahu berfikir banyak tentang itu sekarang, sebab sebagai hamba Nya, aku yakin kita wajib bersangka baik kepada Nya... dan Tuhan tidak ada berat sebelah dalam memberi balasan kepada hamba2 Nya samada lelaki atau wanita. aku yakin Dia akan memberi kita apa yang kita mahukan sebenar2 nya sesuai dengan pengetahuanNya sebagai Pencipta. hanya Dia yang mengetahui apa sebenarnya kita sebagai makhluk, samada lelaki, mahupun perempuan, mahukan di dalam syurga nanti
itu apa yang aku fikirlah...
|
|
|
|
|
|
|
|
hani85 posted on 9-11-2013 06:36 PM
ok la aku paham apa yang korang nak sampaikan. tapi aku masih xjumpa jawapan nya. asik2 benda yang s ...
aku setuju dgn ko. aku pon rasa unfair. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam syurga tu..nak apa pun dapat..mintalah gigolo syurga ke..lelaki nigeria ke..mesti dapat punya.. |
|
|
|
|
|
|
|
hani85 posted on 6-12-2013 04:45 PM
aku pun masih wondering lagi tentang perkara ni. tapi ade satu benda je yang aku yakin- Tuhan tu m ...
Tuhan itu maha adil, keadilannya tidak dapat dipersoalkan kerana amat-amat adilnya. Namun ada beberapa persoalan yang belum ditemui jawapannya. Kita perlu lihat dari dua sudut iaitu dari sudut nyata dan ghaib, dari sudut nyata ia dapat dilihat keadilanya melalui ciptaan-ciptaan dan peraturannya, dari sudut ghaib maha luas lagi, melampaui sempadan kefahaman manusia. Yang ghaib hanya dapat dicerap melalui iman sahaja. Dengan keadilannya semua manusia akan tunduk dan amat-amat puas hati, sehingga calon neraka akan masuk neraka dengan puas hati atas keadilan tuhan dan mengakui kesalahan-kesalahan mereka. Ahli surga lagi-lagilah puas hatinya, buat 1 diganda 10 hingga 700 ribu dan kekal pula.
Dari itu kita fahami pasti ada jawapan untuk persoalan kita, cuma ia masih tidak ditemui lagi. Jika kita renungkan perkataan "Surga", namapun surga, sedangkan dunia ini penjara bagi orang mukmin, terikat dengan peraturan yang menguji iman dan banyak bertentangan dengan kehendak hawa nafsu kita. Kalau kita ikutkan nafsu sudah semestinya dunia ini tidak dapat memuaskan segala keinginan nafsu kita, nafsu manusia tidak ada batasan dan luasnya tanpa sempadan. Jadi, dunia ini tidak dapat menampung keinginan nafsu walau seorang manusia pun. Tempat bagi nafsu bukan didunia, tapi disurga, hanya di surga sahaja yang dapat menampung segala keinginan nafsu manusia tanpa batasan. Sebab itulah sewaktu didunia manusia selalu berkeluh kesah, kerana banyak perkara yang terbatas. Walaupun surga itu tempat sesuai bagi nafsu, tapi memasukinya ia jiwa yang telah disucikan. Dicabut semua perasaan mazmumah dan keinginan yang keji, menjadikan penghuni surga semuanya bersifat yang mulia dan terpuji.
Dari klu-klu diatas...ada maksud tersirat yang mahu saya sampaikan. Harap yang tersirat itu dapat difahami dan menjawab persoalan apa yang wanita dapat dalam surga.
Last edited by zamkumis on 19-2-2014 10:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bell posted on 20-11-2013 11:14 AM
Aku pun dah berzaman wondering pasal benda nie. Kenapa habuan wanita ahli syurga tidak sebut, padaha ...
Ada sebabnya kenapa habuan wanita ahli syurga tidak disebut secara spesifik. Mungkin kita belum/tidak akan tahu.
Tetapi jika persoalan itu dilihat dari sudut adakah wanita dan lelaki akan mendapat habuan yg adil, maka jawapannya sudah tentulah ya. Lihat Surah ke-25, Al-Furqan ayat 16 http://www.surah.my/25#16
Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing). Ayat tersebut jelas menunjukkan penduduk syurga boleh meminta apa yg mereka kehendaki. Oleh yg demikian, walaupun Allah swt meletakkan secara spesifik habuan utk orang lelaki, kaum wanita juga boleh meminta habuan yg sepadan (equivalent) di syurga nanti berdasarkan ayat di atas.
Berdasarkan ayat di atas juga, anda akan dapati bahawasanya ada sedikit kekeliruan berlaku mengenai interpretasi habuan yg Allah swt terangkan utk orang lelaki di dalam Al-Quran. Hakikatnya, Allah swt hanya menerangkan apakah antara habuan utk orang lelaki tetapi bukannya bermaksud tiada habuan utk wanita atau habuan utk wanita adalah sedikit berbanding orang lelaki. Hakikatnya, ayat Al-Quran tersebut langsung tidak mengatakan utk wanita, habuannya adalah sedikit atau tiada habuan langsung, tetapi disebabkan sedikit kekeliruan, ada yg berintepretasi sebaliknya.
Saya tag sekali @Czaziq dan @hani85
Last edited by mashimaru83 on 21-2-2014 10:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mashimaru83 posted on 21-2-2014 10:31 PM
Ada sebabnya kenapa habuan wanita ahli syurga tidak disebut secara spesifik. Mungkin kita belum/ti ...
ok tq mashimaru83 |
|
|
|
|
|
|
|
Insyaallah kalau aku masuk sorga, aku xmo bidadari lain.. I only want to be with my beloved wife and kids.
Ada la tidak adil dan xmsk akal utk aku bercanda ngan ramai pompuan pastu ngaku I only love my wife. That is bullsh.it and all guys knew it. |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah salahnya bila kita beriman kerana syurga,seeloknya kita buat baik didunia kerana ia adalah sesuatu yg baik. kalau takde syurga pon kita akan buat baik.Byk sgt hadis yg diragui kesahihannya terutamanya tentang syurga. Hadis yg bias kepada kaum arab hadis yg bias kepada lelaki, Ada otak fikir sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
janganlah dihentam orang yang bertanya..semoga perkongsian rakan2 boleh membuang prasangka buruk terhadap Allah. Dulu saya pun pelik, kenapa di syurga banyak sebut ganjaran kepada lelaki, kenapa dlaam AL-Quran banyak sebut tentang lelaki, kenapa di dunia kita kaum wanita bermati2an melawan hawa nafsu dan api cemburu dalam hidup bermadu, tapi di syurga Allah bagi lagi ramai bidadari kepada suami. Semua ni tak tercapai oleh ilmu kita...apa2 pun bersangka baik semula pada Allah sebab Allah dah janji di syurga kita tak akan dizalimi walau sedikit pun. Ingat kembali darjat wanita syurga yang dijanjikan Allah, darjat yang jauh lebih tinggi berbanding bidadari kerana wanita syurga pernah melalui ujian2 di dunia sedangkan bidadari tidak. Lelaki inginkan wanita, perempuan inginkan kecantikan, status dan kasih sayang suami. Insyaallah wanita syurga membuat suami tak tertoleh kepada bidadari kerana kecantikan dan darjatnya. Insyaallah di syurga tidak sama seperti di dunia di mana kita tiada perasaan cemburu, iri hati dan sebagainya. Bidadari bukan manusia,ia ganjaran Allah kepada lelaki, jadi tak wajarlah kita cemburu kepadanya. Apa yang penting, kita tahu sekalipun wanita mudah ke syurga namun tak ramai yang berjaya...dan kaum lelaki pula sekalipun ganjarannya hebat tak ramai yang berjaya mendapatkannya..hanya yang benar2 layak sahaja.. Jadi perbaiki dahulu diri masing2 dan ikhlaskan hati dalam beramal soleh kerana Allah ( bukan kerana bidadari sekalipun itu galakkan ye..hehe) supaya kita layak mengecap nikmat syurga nanti..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Qudsi Fasal; Dalam 1000 orang 999 akan memasuki neraka..
Daripada Abu Sa'id katanya; Rasulullah saw bersabda; "Allah berfirman; "Wahai Adam!" Adam menjawab; "Aku sambut seruanmu, Ya Allah... aku sambut seruanMu dan Engkau telah membahagiankan daku dengan kebahagiaan justeru kemuliaan dan ketinggianMu."
Allah berfirman; " Pisahkanlah ahli neraka (dari zuriatmu)." Adam bertanya: "Bagaimanakah pemisahan itu." Allah berfirman; "Dari setiap 1000 orang, 999 orang (memasuki neraka)." maka itu terjadi di waktu kanak2 berubah menjadi tua dan wanita yg mengandung anaknya melahirkan anaknya dan kamu lihat manusia seperti orang2 gila sedangkan mereka tidak gila akan tetapi azab Allah amat dahsyat sekali."
Lalu para sahabat merasa amat terkesan dengan apa yg diberitahu oleh Rasulullah saw itu. Mereka pun berkata; "Ya Rasulullah, siapakah di kalangan kami si lelaki itu (yg memasuki syurga dari setiap 1000 org).?
Rasulullah saw bersabda; "Gembiralah kamu bahawa nisbah bilangan Ya'juj dan Ma'juj berbanding dengan orang2 beriman ialah 1:1000 (1000 Ya'juj dan Ma'juj dan seorang mukmin, iaitu nisbah yg hadir pada hari kiamat)."
Kemudian baginda saw bersabda; " Demi Dia Yang memegang jiwaku di dalam tanganNya, sesungguhnya daku ingin sekali agar bilangan kamu menjadi 1/3 ahli syurga."
Kata Abu Sa'id; "Maka kamipun memuji Allah serta bertakbir." Kemudian baginda saw bersabda; "Dan demi Dia Yang memegang jiwaku di dalam tanganNya, sesungguhnya daku amat ingin sekali agar bilangan kamu menjadi separuh dari ahli syurga. Sesungguhnya perumpamaan kamu di kalangan umat2 ialah seperti sehelai bulu puith pada kulit seekor lembu jantan yg berwarna hitam atau kesan yg ada pada kaki keldai."
Hadis sahih. Dikeluarkan oleh Al Bukhari dan Muslim. |
|
|
|
|
|
|
| |
|