" Apabila hati dah mula suka, dia tak kisah jika orang yang dipujanya itu sudah menjadi milik orang lain. Inilah yang dilakukan seorang artis lelaki yang ‘kemaruk’ dengan seorang artis wanita walaupun dia sudah tahu wanita itu sebenarnya sudah dimiliki.
Menurut sumber yang rapat dengan artis lelaki itu, segala kata-kata yang ditujukan kepada artis wanita itu dalam satu laman sosialnya bukanlah gurauan seperti yang dia katakan pada semua orang sebelum ini, tetapi dia benar-benar me–nyukai wanita itu. "