CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Hudud PAS - Potong tangan guna pakar bedah.

[Copy link]
 Author| Post time 26-4-2014 12:16 PM | Show all posts
'Nak potong tangan pun kena adil'
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
25 April 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services3

    Hudud       

< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Nak potong tangan pun kena adil, demikian peringatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hasrat Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan.

Malah menurutnya, di dalam Islam keadilan yang diutamakan bukan hukum.

"Kalau kita bagi kuasa untuk laksanakan (hudud) kepada orang yang tak faham keadilan... dalam al-Quran disebut 43 ayat yang menyebut tentang keadilan, tapi yang ditumpukan bukan kepada keadilan sebaliknya ditumpukan kepada cara dibicara iaitu kena ada empat orang saksi dan keduanya tentang hukum mestilah berat.

"Dalam Islam itu, bukan hukum yang diutamakan. Keadilan yang diutamakan. Kalau nak potong tangan orang itu, mesti adil," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra selepas merasmikan buku 'Saya, SPR dan Pilihanraya' karya bekas Timbalan Pengerusi Suruhhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, hari ini.

Bukan menolak pelaksanaan hukum hudud namun beliau menyifatkan pelaksana hukum itu masih belum layak melaksanakannya.

Menurutnya, orang Islam sendiri dilihat sering mencabul ajaran agama Islam dan membuat perkara-perkara yang bertentangan.

"Pendirian saya daripada dulu sampai sekarang tak berubah. Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam dan ianya memang baik tapi kebolehan orang Islam melaksanakan hukum hudud mengikut kehendak agama (itu) agak lemah.

"Kita lihat umpamanya, orang Islam selalu mencabul atau mengetepikan ajaran agama Islam... macam-macam yang dibuat bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Tambahnya, "sebab itu saya tak berapa percaya tentang orang yang nak laksana hukum hudud ini. Mereka bukan nak laksanakan keadilan seperti yang dikehendaki hukum hudud Islam tetapi nak laksanakan hukum hudud cara sendiri. Itu yang saya tak bersetuju."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2014 01:05 PM | Show all posts
Thursday, April 24, 2014
PEMBANGKANG KALAH LEBIH BESAR KERANA HUDUD !
DAP hari ini memberikan gambaran bagaimana kekalahan yang lebih besar akan dialami Pakatan Rakyat (PR) dan PAS sekiranya PAS terus berkeras untuk melaksanakan hudud di Kelantan.



Penasihat parti, Lim Kit Siang berkata hudud tidak pernah dan tidak akan memenangi hati pengundi berdasarkan sejarah pilihan raya yang lalu.

“PAS dan PKR menang lapan kerusi Parlimen dan 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) akibat penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi.

“Walaupun enakmen diluluskan pada 2001, PAS dan PKR hanya memenangi 1 daripada 8 kerusi Parlimen dan 4 daripada 28 kerusi DUN pada PRU11 2004," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata kemenangan PAS dan PKR di Terengganu memenangi 4 daripada lapan kerusi Parlimen dan 15 dari 32 kerusi DUN adalah disebabkan tiada kempen melaksanakan hudud di negeri itu.

Katanya, walaupun “5 Janji Awal Manifesto PAS Terengganu” dan “5 Manifesto PRU13” tidak memasukkan hudud namun ia tidak menyebabkan PAS tewas di Terengganu.

"Apa yang menarik adalah walaupun PAS Terengganu memasukkan pelaksanaan hudud semasa manifesto Barisan Alternatif sebelum 2008, ia tidak menjadikan PAS dan PKR menang lebih banyak kerusi di peringkat DUN.

"Bukankah ini satu petunjuk pengundi di Terengganu meletakkan kepentingan kepada isu lain berbanding pelaksanaan hudud?" katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata sekiranya PAS berkeras mahu melaksanakan hudud sebelum PRU13 lalu maka sokongan orang Melayu kepada PR akan berkurangan - TMI
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:09 PM | Show all posts
Bila dah taksub dgn politik sgt mcm tu lah, sebenarnya lebih kpd penentangan terhadap parti politik yg tak disukai, hudud tu dijadikan bahan saja. Boleh nampak kat CI ni mentality yg mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:26 PM | Show all posts
Orange1 posted on 26-4-2014 01:09 PM
Bila dah taksub dgn politik sgt mcm tu lah, sebenarnya lebih kpd penentangan terhadap parti politik  ...

aku pun nmpak camtu.... cakap hudud sana sini kt CI ni, tp sbenarnye sndiri x sokong mna pun, lbih nak kenakan parti lain jah, kosser
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:31 PM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 25-4-2014 06:41 PM
Pemimpin2 Muslim patut start potong kaki tangan anak2 sendiri dulu utk menyakinkan muslim2 lain tent ...

sebab tu la ada pihak tak suka hudud, dan sebab tu la ada negeri tak nak buat kat negeri dia, dan nak buat kat kelantan ja, biaq yg kat Kelantan tu kena potong
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:35 PM | Show all posts
taikor posted on 26-4-2014 01:25 AM
gejala maksiat dan jenayah boleh dikenakan hukuman berat tanpa cara hudud dan nama Islam.

bagai ...

tak baca statistik jenayah ka Malaysia ka?

ingat ada org mencuri RM100, kena potong tangan ka?
nak potong tangan kena bukti kukuh, solid, tak boleh ada kerengganan dlm ruang utk mencuri

buat apa nak kesian dekat org mencuri, dah bagitau jgn mencuri tu kena potong tangan tu bukan bg peluang ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2014 01:44 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 26-4-2014 01:28 AM
ISLAM POTONG TANGAN,KAPIAQ PENJARA

ADILKAH?

ustaz, ustaz
kita buat hudud untuk mencari keredhaan Allah
kalau kita tak buat hudud, org yg buat jenayah akan dipersoalkan diakhirat
mendapat seksa diakhirat lebih teruk dr seksa didunia
adakah org kafir juga terikat dengan 'keadilan' ini?
tak ada, kalau mereka dihukum didunia diakhirat tetap sama
semua ibadah yg kita lakukan utk mencari keredhaan dan kerana patuh kpd agama
ketika zaman nabi, adakah bukan Islam mengingkari nabi? mereka akur dgn undang2 tersebut
masalahnya sekarang mereka di Malaysia bukan Islam tak menerima hukum hudud, jadi kita tak boleh halang mereka untuk menerima apa2 jua undang2 berkaitan mereka
PRIORITI HUDUD adalah utk umat Islam, umat Islam yg wajib melaksanakan, bukan Islam bukannya wajib
tidak melaksanakan HUDUD adalah lebih tidak ADIL, dan kalau sengaja tak laksanakan hudud, tanggunglah dosa diakhirat

sepatutnya ustaz sarankan UMNO tu laksanakan hudud supaya dosa tak ditanggung mereka bukannya membebel samaada hudud ni tak beri keadilan kpd semua


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:45 PM | Show all posts
taikor posted on 26-4-2014 01:40 AM
PAS kena menilai timing untuk laksanakan hudud buat masa ini. pada saya, tidak sesuai

nak tunggu sampai bila? sampai ada org tembak ko ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 26-4-2014 01:31 PM
sebab tu la ada pihak tak suka hudud, dan sebab tu la ada negeri tak nak buat kat negeri dia, dan  ...

Go thru the Parliament la  if u really interested
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:50 PM | Show all posts
mekmalu posted on 26-4-2014 01:26 PM
aku pun nmpak camtu.... cakap hudud sana sini kt CI ni, tp sbenarnye sndiri x sokong mna pun, lbih ...

Khenn? Pendirian tentang sesuatu perkara dipengaruhi oleh parti politik. What a shame!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 02:05 PM | Show all posts
kalau buat gambar macam kat bawah ni...dalam hudud PAS jatuh apa?..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 02:08 PM | Show all posts
Hudud: DAP, PKR perlu hormat hak Pas

KOTA BHARU 26 April - Cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan merupakan hak Pas yang perlu dihormati rakan sekutu parti itu sebagaimana dipersetujui dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Ketika menegaskan perkara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyangkal kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali bahawa majlis tersebut memutuskan untuk menolak pelaksanaan hudud.

"Tidak pernah dibincang dari segi itu (menolak hudud), yang dibincang adalah hudud merupakan hak Pas.

"Malah, kita telah membuat kenyataan bersama bahawa hudud adalah hak Pas yang perlu dihormati kerana ini merupakan agenda kita sebelum wujud Pakatan Rakyat.

"Tidak timbul sama sekali Pas membelakangi DAP dan PKR," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Mengumpul Dana Wisma Ilmuwan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi sedia mengadakan muzakarah dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menerangkan secara terperinci pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan perkara tersebut, sebaliknya meminta UMNO turut memainkan peranan aktif bagi merealisasikan muzakarah tersebut. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... k-Pas#ixzz2zyCFu0bp
&#169; Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 02:57 PM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 26-4-2014 01:49 PM
Go thru the Parliament la  if u really interested

aku tak ada masalah langsung samaada siapa nak laksanakan hudud ataupun tak nak laksanakan hudud
tetapi bosan giler dengan pihak yg cuba menentang hudud, sebelum apa2 lagi dah bising sana sini
kalau tak nak hudud tunggulah bila Parlimen sendiri bahaskan
hudud belum dilaksanakan, apa pun tak buat lagi dah bantah sana sini
sembang kuat cakap pasal demokrasilah, menjaga sensitiviti la, cakap pasal hak, tetapi hipokrit
hak bukan Islam bukan main lagi bising sana sini, hak org Islam nak laksanakan hudud tiba2 ada istilah, hormatilah Perlembagaan


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 26-4-2014 02:57 PM
aku tak ada masalah langsung samaada siapa nak laksanakan hudud ataupun tak nak laksanakan hudud
...

Bosan is just ur problem, bcos this is a democracy country. Why dun u say bosan pasal muslim yg tak pakai otak ingat nak hudud terus boleh dilaksanakan tanpa hormat pada perlembagaan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 04:25 PM | Show all posts
shahx posted on 26-4-2014 11:03 AM
Guna khidmat pemotong daging

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mencadangkan kerajaan PAS Kelanta ...

kalau PAS keluar pakatan UMNO gumbira.  kalau PAS nak stay dia kena tegas dgn DAP & PKR. selama hari ini undi melayu dalam Pakatan Rakyat adalah dari pengaruh PAS.

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 04:26 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 26-4-2014 02:05 PM
kalau buat gambar macam kat bawah ni...dalam hudud PAS jatuh apa?..

buat gambar mcm ni utk najib & mahathir takpa. utk Nik Aziz berdosa tau ...  bila agama dipolitaikkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 04:26 PM | Show all posts
cube bayang..pis kuar pakatan..tapi cina tatap sokong pis...melayu pis tatap sokong pkr sama dap..kah kah kah..meroyan macai ..muahahahahahahahahah kuar je...takde hal la...penyokong pakatan rakyat pandai2 belaka....keh keh keh ...gaduh pasal hudud je pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 04:27 PM | Show all posts
Taknak theocratic state. Prefer secularism with freedom to practise religions. Last edited by flying_cow on 26-4-2014 04:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cupu posted on 24-4-2014 06:24 PM
Aku dok perati macai umno hudud ke hilir hudud ke hulu,motif apa xtau la.

Baiki amalan masing2 je ...

Hanya dorang je yg dpt rasa kepuasan/seronok perlekeh agama sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 05:06 PM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 26-4-2014 04:19 PM
Bosan is just ur problem, bcos this is a democracy country. Why dun u say bosan pasal muslim yg ta ...

SEKARANG NI HUDUD SEDANG DILAKSANAKAN DI KELANTAN KA?

KALAU TAK BERANI JAWAB NI, MEMANG KO NI MANUSIA ULAR SENDUK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.430382 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list