|
Selamat Pengantin Baru #LanaDavid. Akad Nikah #243 Resepsi #299
[Copy link]
|
|
moge kekal...InsyaAllah
hensem bkl suaminyer |
|
|
|
|
|
|
|
Lana ni cantik. Attitude dia pun ok. Yela dia asik kena kecam sebab imej seksi meksi. Tapi hati dia baik kot, xde nak carut orang balik & ramai lelakis sangkut kat dia. Means orang senang dengan dia.
Moga bahagia hingga ke syurga cik lana oi. |
|
|
|
|
|
|
|
Lana ni buat nose job ke eh |
|
|
|
|
|
|
|
nampak cantik pulak lana ni kan. semalam tgk interview kat hlive pun mcm berseri-seri. seri nak kawin kot. |
|
|
|
|
|
|
|
yupp doakan utk u sirap..
but kenapa erkk bila kita kawin dengan non malay asyik kena kutuk jerkk.. lepas tu kena perli-perli..
kekadang perlian tu bau 18sx.. kurang ajaq tauu..rase nak tampar jerkk.. yg paling geram kalau ckp
kita tak mampu bimbing org baru ni.. ohhh plss...
|
|
|
|
|
|
|
|
rezeki lana lah dapat bakal somi matsalih gred A. Serious emsemmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dia kenakan si zuan seketul... Tanya soalan skema..soalan bdk tadika pun boleh jwp... Berubah muka mangkuk tu td.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zuan is soooo typical Malay man. No respect to ladies.
Seb baik Abe Daud tu tak paham cakap melayu, kalau dia paham harus dibelasah Zuan kat situ juga. Berani la zuan nak melaser dlm melayu, apsal tak laser dlm english? takut lettew..
Anyway, Lana sangat best jawab. Dalam dok perli dia pun still dia cool and gelak gelak je. Not her lost at all. Abe Daud tu serious charming, asyik gelak je and dia jawab pun sangat cool, revert because of Islam.. not because of marriage. Dia revert dulu, baru propose... awww.. *melt*
Selamat pengantin baru Lana. Me likey.........
|
|
|
|
|
|
|
|
KucingBiru replied at 29-3-2015 01:45 PM
Zuan is soooo typical Malay man. No respect to ladies.
Seb baik Abe Daud tu tak paham cakap mela ...
Kannn... Padan muka kena seketul..kdg2 heran retis lain mcm dungu je jwp soalan2 bodo dia tu... Mcm la kalau kasi seketul kat mangkuk tu media prima ban korg ke...bagusla ada jenis2 lana yg couldnt be bothered... Kena cekik dgn Mas idayu aritu pun terus x keluar mentor lagi.. Ganti dgn michelle... Aman2 jah muka dia xde lg.. Lg satu soalan psl bimbing...lg seketul kena.. Lana jwp tu antara dia dgn suami & rumah tangga dia... Berubah lg sekali muka mangkuk tu...mesti nyesal interbiu lana |
|
|
|
|
|
|
|
Nak LIKE seribu kali
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka sangat Lana Nordin ni. dia matang & professional. Bisneswoman lagi. Bertuah sangat dia dikurniakan ilham oleh Allah s.w.t. utk pilih lelaki kokesen utk dijadikan suami instead of lelaki Melayu yg manjang nak manipulasi kan perempuan je... stok2 pemalas & king.
Atlet bola keranjang US lagi.. pasni ko migrate ke US plak kan... best! curlasttt ko Lana!
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 22-3-2015 10:18 AM
paling tipikal asal bini mabuk teruk peknen atau beranak
anto blk kg..
kalo 3 bln mabuk, 3 bln l ...
Dh jd budaya..laki2 melayu akn jd malu.sbb org skeliling lh.
budaya kita ni suami suka tlg bini.mksudny suami keNa QC.
tgk juga didikn mak pak.mujur suami aku masa bsalin sume keje buat.sggup blik tgahari hnto mknan.pantang nk jaga sdiri.sampai skrg keje rumh yg xselesai dia buatkn.tiap waktu nmpk aku letih urutkn kaki.org yg xtahu ngt kita plk arah2 kn laki.padahal aku dh penat ckp xpyh mcmtu.aku segan..sbb yg kena mengata aku lh. |
|
|
|
|
|
|
|
wowww ramai je bersuamikan kokosen. jelessss.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ni umur 25 tahun kan |
|
|
|
|
|
|
|
wah hensem la bakal suami dia......tapi mekap lana tuh tebal 12 inci....kalo kurengkan sikit baru la x nmpk macam hantu....huuuu |
|
|
|
|
|
|
|
dia pun kurang terbimbing... harap suami dapat membimbing dia
|
|
|
|
|
|
|
|
INSAN yang tabah adalah mereka yang berjaya meneruskan langkah kehidupan. Biarpun hayunan langkah acap kali tersadung dek ranjau onak yang berduri ketika memburu cinta sejati sebelum ini, setiap luka bagaikan tidak meninggalkan sebarang kesan parut yang berbekas di hati.
Tiada lagi rajuk yang diundang, tiada lagi air mata yang bertandang. Segala-galanya kerana senyuman sang pengganti. Andai yang patah tumbuh kelihatan berbeza zahirnya berbanding terdahulu, itu bukan alasan untuk serik menyulam bentuk-bentuk bahagia.
Asalkan sesuatu yang digelar cinta berjaya dipertahankan sehingga ke hujung nyawa, perjuangan untuk hidup bersama pastinya akan diteruskan bersama si dia yang teristimewa buat selama-lamanya.
Bukan sedikit duka yang pernah bersarang di kotak hati aktres bernama Lana Nodin ini sebenarnya. Tiada lagi gunanya mengenang kisah cinta lama yang tidak bermakna, pemilik nama sebenar Mazlina Hasan Nodin, 35, kini membuka lembaran babak baharu dalam kamus kehidupannya sebagai seorang wanita yang lemas dalam lautan cinta.
Benar, rasa dimiliki dan memiliki itu sebenarnya cukup indah. Tinggal kurang dua minggu sebelum diijabkabulkan, tidak mustahil ia mengundang sesuatu debar di hati Lana tatkala menghitung detik untuk disatukan bersama jejaka pilihan, Mohd. Daud McKienzie Abdullah, 36, di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada 15 Mei ini.
“Alhamdulillah, persiapan setakat ini berjalan lancar. Saya juga tidak berdepan sebarang masalah ketika menyelesaikan setiap prosedur yang diperlukan sebelum mendirikan rumah tangga.
“Sudah tentu saya sangat teruja kerana bakal diijabkabulkan, namun tidak dapat menolak perasaan gementar. Cuma, saya percaya bakal suami lebih gementar berbanding saya ketika akad nikah nanti,” katanya berbunga girang kepada Sensasi Bintang.
PASANGAN bahagia ini akan diijabkabulkan di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada 15 Mei ini.
Impian Wedding of the Year
Usia perkenalan yang singkat bermula pada Oktober tahun lepas juga bukan alasan buat pasangan ini memerlukan masa dan ruang bagi menamatkan zaman bujang, tambahan pula keluarga enggan lagi melewat-lewatkan perkara baik seperti ini gara-gara faktor usia.
Bagaikan pinang dibelah dua, harapan peminat yang menyifatkan persandingan mempelai ini seolah-olah Wedding of the Year 2015 gara-gara sama-sama cantik dan sama-sama padan. Bagai-mana-pun Lana enggan dijulang sehingga membelah langit ke tujuh.
“Saya tidak berharap supaya segala-galanya sempurna. Asalkan selamat diijabkabulkan, itu sudah cukup buat saya.
“Lisdawati (pelakon) akan merancang majlis perkahwinan ini sambil dibantu oleh dua ‘orang kuat’ saya,” jelasnya.
Sambil memanjatkan rasa syukur, Lana juga mengakui terkejut apabila hampir 90 peratus majlis bersejarahnya nanti bakal mendapat tajaan pelbagai pihak.
“Insya-Allah, satu sidang akhbar khas bagi mengumumkan kesemua pihak penaja juga akan diadakan di Kuala Lumpur pada 5 Mei nanti (Selasa ini),” ujarnya.
Bercerita lanjut, Lana memberitahu, dia bakal memakai busana pengantin rekaan Altelia Amani sementara pakaian pengantin lelaki pula ditaja oleh Jakel Textile.
“Saya akan memakai tiga pasang baju iaitu ketika pernikahan, resepsi dan ketika majlis memotong kek. Berhubung warna, biarlah rahsia,” ujarnya tertawa.
LANA dan Mohd. Daud akan bermastautin buat sementara waktu di Amerika Syarikat sebelum kembali ke Malaysia.
Rahsia Mohd. Daud terbongkar
Kesungguhan Mohd. Daud atau namanya sebelum ini iaitu David McKienzie memeluk Islam selepas dua bulan berkawan pada 5 Disember tahun lepas jelas membuka hati Lana menerima lamaran menjadi isteri ketika mereka menikmati makan malam di New York, Amerika Syarikat pada 3 Januari lalu.
Keperibadian sebenar buah hatinya yang juga bekas pemain bola tampar Amerika Syarikat itu juga terbongkar sedikit demi sedikit sebaik mengenali hati budi masing-masing sebelum ini.
Yang paling penting, Lana turut berkongsi rahsia berhubung bagaimana ruang hatinya berjaya diisi Mohd. Daud secara total.
“Selepas mengenalinya, saya lihat dia seorang yang cukup bertanggungjawab dan setia. Dia juga cukup matang ketika membuat sebarang keputusan, selain seorang yang baik serta sangat jujur ketika bercinta.
“Apa yang paling membuatkan saya ‘ngam’ dengannya ialah dia suka bergurau termasuk boleh menerima kawan-kawan saya seadanya,” getusnya.
Ungkap Lana, sikapnya yang mementingkan kesempurnaan setiap kali melaksanakan sesuatu perkara juga menyenangkan Mohd. Daud.
“Dia cukup senang dengan sikap saya yang tertib ketika menguruskan kewangan, selain menyokong minat saya yang gemar dekorasi rumah.
“Bab masakan, saya belum berkesempatan memasak untuknya. Cuma, dia paling suka makan nasi kandar dan masakan pedas,” ceritanya lagi.
Antara bermastautin, cahaya mata dan bertudung
Mengulas lanjut, Lana menjelaskan, dia dan bakal suami terlebih dahulu akan ke Manila, Filipina selepas bernikah memandangkan Mohd. Daud berkursus di sana sebelum bermastautin buat sementara waktu di Los Angeles, Amerika Syarikat.
“Selepas ke Manila, kami mungkin berbulan madu di Amerika Syarikat. Lagipun, dia terlibat dengan pertandingan bola tampar pantai di sana sebelum kami dijangka kembali ke Malaysia sekitar Ogos atau September depan,” jelasnya.
Biarpun terlalu awal untuk berbicara mengenai cahaya mata, Lana tidak menolak impian untuk memiliki keluarga yang besar suatu hari nanti.
“Kami menyerahkan perkara itu kepada Yang Maha Esa. Kalau boleh, saya inginkan empat orang anak.
“Mohd. Daud juga tidak kisah mengenai jumlah bilangan anak, cuma dia mahukan anak lelaki,” akuinya jujur.
Sengaja ditebak sama ada dia akan bertudung selepas bernikah nanti, ini jawapan Lana.
“Mohd. Daud lebih suka jika saya bertudung, namun dia enggan memaksa dan terserah kepada saya suatu hari nanti. Insya-Allah,” katanya menutup bicara.
|
|
|
|
|
|
|
|
yang dok kutuk2 lelaki melayu ni bapak uoll orang apa
ke ramai2 ni bapak omputih
apapun aku suka lana nodin..muka dia manis
bakal somi dia ensem |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 27-3-2015 01:25 PM
Lana ni cantik. Attitude dia pun ok. Yela dia asik kena kecam sebab imej seksi meksi. Tapi hati dia ...
Setuju..kaka suka lakonan brsahaja dia.. respek dia blh bespren dgn lisda wlupun abam poji stok2 miang gitu hehe |
|
|
|
|
|
|
|
enchikfitz replied at 3-5-2015 01:02 PM
INSAN yang tabah adalah mereka yang berjaya meneruskan langkah kehidupan. Biarpun hayunan lang ...
hrp sis lana klu dok obersea jgn la jd mcm dramatis azah aziz.. moga lana istiqomah berubh mnjd lbih baik wlu kt mna pun dia migrat |
|
|
|
|
|
|
| |
|