|
[Tempatan]
Orang kuat SPRM bersuara. SPRM tuntut balik 2 pegawainya dipaksa pindah! #107
[Copy link]
|
|
blastoff replied at 8-8-2015 02:00 PM
Agung di beri kuasa oleh perlembagaan untuk bubar parlimen kalau dia nak buat gitu, tapi dia tak m ...
Dia hanya boleh bubar atas nasihat pm. Ko rase pm nak ke bubar parlimen skrg? |
|
|
|
|
|
|
|
Laknat laknat laknat najib. Moga dikambus sedalam 8kaki : |
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 8-8-2015 05:04 AM
Nabi Muhammad pernah nak di bunuh , malah kat taif dia di hina , di ejek, di kejar di baling batu ...
Ye lah btol tu..
Khalifah harun ar rasyid sendiri takot jd khalifah yg tak ditegur rakyatnya..
Sbb dia takut masuk neraka..
Ada org pulak org buat jahat..kita berdoa je..afa plak mcm tu
Kalau mcm tu nabi x ketuai perang ke atas kaun musyrikin ya.. baik dia berdoa sahaja...
Kalau nak ikut u punya logik la |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara 55 dalam perlembagaan persekutuan membenarkan agung membubarkan parlimen., tak yah tunggu nasihat PM terlebih dulu.
-------------------------------------
Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 55. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen.(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog ( memberhentikan) atau membubarkan Parlimen.
(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.
(4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.
(5) Sesuatu Rang Undang-Undang yang belum diputuskan di dalam Parlimen tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan Parlimen.
(6) (Dimansuhkan).
(7) Sesuatu Rang Undang-Undang yang menantikan perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (4) atau Fasal (4A) Perkara 66 tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan atau pembubaran Parlimen.
|
|
|
|
|
|
|
|
scarflicious replied at 8-8-2015 06:32 AM
Dia hanya boleh bubar atas nasihat pm. Ko rase pm nak ke bubar parlimen skrg?
Dia ingat agung ni power ke? Power raja2 dah distrip oleh seseorang .. i yg muda remaja ni pon tahu
|
|
|
|
|
|
|
|
so apakah bala yang Malaysia dapat hari ne dengan mendapat pemimpin yang sebegini kerana kita sibuk2 dok kutuk2 pak lah dulu dan sibuk2 suruh dia turun takhta?
dan sebelum tuh kita sibuk2 suruh tun det turun takhta sebab kita kata dia maha zalim dengan ISA?..
now dah tarak ISA pun lagi sadis rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada Nabi berdoa aje ke ? Yg dia pi ke taif tu untuk berdakwah yakni menegur la tu . Nabi aktif menegur manusia laa.
Ada aku kata suruh berdoa aje ke ? Menegur memang di suruh oleh Islam, tapi menegur tak boleh di samakan dengan melaknat.
|
|
|
|
|
|
|
|
baca perkara 55 dalam perlembagaan persekutuan tu, dia ada kuasa nak bubar parlimen laa.
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 8-8-2015 06:59 AM
Ada Nabi berdoa aje ke ? Yg dia pi ke taif tu untuk berdakwah yakni menegur la tu . Nabi aktif men ...
Menegur karang boleh kena lucut jawatan....
sambil tu tangguhkan perhimpuangan agung umno....
Kutip pula anggota sprm..
taklama lg tukatlr gabernor bank negara
Jadilah rakyat msia yes man... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 8-8-2015 03:26 PM
Dulu tun di kutuk kaw kaw oleh pembangkang, maha zalim la, firaun la , dia la paling teruk ketika tu , tarak yg lebih teruk dari dia la haih, macam2 dia dapat gelaran buruk.
Di laknat kaw kaw la haih, lani pihak yg dok kutuk dia tu la pakat dok puji dia plak, dan depa harap pada dia laaa untuk tegur najib secara berdepan, padahal dia yg menggedik naikkan najib dulu tu kannn .
Sok sok ni naik PM lagi teruk dari najib, maka dejavu all over again lah plak kang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa alternatif lebih baik yg rakyat ada sekarang ni selain dari terus menegur aje la ? Sebab rakyat memang tak boleh tukar najib kan. Dan dia pun tak mau berhenti. So ?
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 8-8-2015 07:45 AM
Apa alternatif lebih baik yg rakyat ada sekarang ni selain dari terus menegur aje la ? Sebab rakya ...
Pasrah jr la sampai malaysia tergadai
Spertimana kemahuan segelintir.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EJALTI at 8-8-2015 07:54 AM
Hati anak Bahri: Nak suruh ayah tanam pokok?
1:25PM - 8 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/307833
Sepanjang bertugas dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama hampir 33 tahun, Datuk Bahri Mohamad Zin berdepan pelbagai dugaan, termasuk diugut, dipulau dan diherdik.
Beliau yang juga bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM turut diganggu secara sihir termasuk menggunakan santau.
Dugaan itu didedahkan sendiri anak Bahri, Eila melalui kemas kini di Facebook beliau malam tadi.
Namun, kata Eila, semua halangan itu tidak menjejaskan tumpuan Bahri, malah tetap yakin "mempertahankan kebenaran".
"Hidup ni, bukan nak tongkat langit, tapi nak cari sebanyak mana sebab untuk Allah redha," tulisnya.
Semalam Bahri menamatkan tugasnya di SPRM kerana dipindahkan secara mengejut ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sebelum itu beliau lantang mengecam serbuan dan pemeriksaan polis terhadap anggota pasukannya yang kini menyiasat isu dana awam yang dikaitkan dengan perdana menteri.
Bahri juga berikrar - dan bersumpah - untuk mencari dalang kepada gangguan dialami SPRM.
Turut ditukarkan, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, yang menerima kunjungan wakil parti politik pembangkang ke pejabat agensi berkenaan.
"Ayah saya, Bahri Muhamad Zin hampir 33 tahun berkhidmat di SPRM.
"Berpuluh tahun dia bekerja menjalankan amanah rakyat, siasat dan tangkap malaun-maluan (penjahat) yang suka sangat bedal duit haram (hak rakyat).
"Beratus juta juga dia dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang ke tangan-tangan tahi," katanya lagi meluahkan perasan semalam.
"Beratus juta juga dia dan jabatan berjaya selamatkan dari hilang ke tangan-tangan tahi," katanya lagi meluahkan perasan semalam.
Pada tulisan itu juga Eila mendedahkan ayahnya seorang yang tegas terutama dalam soal agama.
Justeru, katanya, dia dan adik-beradiknya terlebih dahulu mengenali Saiyidina Umar al-Khattab berbanding Cinderella.
Sementara itu, Eila juga mempersoalkan pertukaran kerja Bahri ke JPM.
"Saya tahun dia pakar dalam tiga perkara: mengajar agama, siasat, buktikan dan tangkap orang jahat dan tanam pelbagai jenis pokok.
"Apabila ayah dipindahkan, saya terfikir apa yang mereka (orang yang pindahkan Bahri) mahu beliau lakukan.
"Mengajar agama di JPM? tanam pokok di JPM dan hasilnya untuk membayar bil orang kenamaan? atau lagi banyak mereka mahu dia kantoikan orang?," soal Eila. |
|
|
|
|
|
|
|
PDRM tiada kaitan pertukaran dua pegawai SPRM
8 OGOS 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... gawai-sprm-1.417497
KUCHING - Pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri tiada kena mengena dengan Polis Diraja Malaysia, sebaliknya ia merupakan urusan pentadbiran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada arahan dan pekeliling dalam Perintah Am yang ditentukan JPA dan ditandatangani semua pegawai kerajaan yang menerima pelantikan sebagai aku janji.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum berlepas pulang ke ibu negara selepas menamatkan lawatan kerja dua hari ke Sarawak.
Media sebelum ini melaporkan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi, Datuk Rohaizad Yaacob ditukarkan serta-merta ke Jabatan Perdana Menteri dan mereka diarah melaporkan diri Isnin ini.
Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid berkata, beliau memilih Sarawak negeri pertama untuk dilawati selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lepas, sesuai dengan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu negeri Sarawak.
Langkah itu, katanya, khususnya dalam menterjemahkan semua komitmen perdana menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang komited untuk memberi bantuan kepada negeri Sarawak biarpun projek yang diluluskan tiada dalam struktur induk dasar untuk negeri ini.
"Namun di atas keprihatinan kerajaan persekutuan untuk melihat infrastuktur dan elemen pembangunan dalam semua aspek diterjemahkan pelaksanaannya, saya bersama perdana menteri komited untuk melaksanakannya sebagaimana yang diminta ketua menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem)," kata Ahmad Zahid.
Kata timbalan perdana menteri, beliau akan memperbanyakkan lawatan ke Sarawak, khasnya di kawasan sasaran yang dikenal pasti, bagi menentukan pelaksanaan projek yang telah dijanjikan itu.
Sementara itu, Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Sarawak, khususnya Barisan Nasional Sarawak, yang berjaya mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi dalam rayuan berkenaan persempadanan semula kawasan pilihan raya Dun Sarawak di Mahkamah Rayuan semalam.
"Ini menunjukkan keikhlasan menambah bilangan kerusi Dun bukan sahaja mengikuti lunas perundangan yang ada, malah oleh kerana Sarawak negeri terbesar di Malaysia, maka adalah munasabah untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya ini bagi menambah jumlah kerusi sedia ada," katanya.
Mengenai tarikh pilihan raya negeri, Ahmad Zahid berkata ia adalah hak mutlak kerajaan negeri untuk menentukan tarikhnya setelah mengadakan rundingan dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau berkata kerajaan pusat dan BN pusat bersedia dalam apa juga keadaan bagi membantu BN Sarawak dan kerajaan negeri, bukan sahaja meraih sokongan di kawasan yang telah dimenangi pada pilihan raya lepas tetapi turut memenangi kerusi baharu.
"Saya yakin dengan kerjasama erat dan semua program yang disusun, kerusi baharu akan dapat dimenangi oleh BN, malah kerusi tambahan yang selama ini kecundang akan ditebus semula," katanya.
Mengenai kunjungan hormat beliau kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Ahmad Zahid berkata beliau berterima kasih kepada Yang Dipertua Negeri atas nasihat dan pandangan beliau dalam pelbagai aspek.
"Tun lebih berpengalaman dalam menganalisis semua situasi dan saya berharap hubungan peribadi saya dengan beliau akan memperkukuhkan tautan, talian hubungan rasmi antara Kuala Lumpur dan Kuching atau kerajaan pusat dan negeri," katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Muhyiddin tetap pertahan SPRM
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 OGOS 2015
MUAR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal campur tangan menghalang Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkaitan 1MDB.
Muhyiddin berkata, pasukan itu perlu diberikan kebebasan penuhn dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab merungkai permasalahan yang ada.
“Peranan institusi ini untuk menaikkan martabat dan maruah negara dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik bagi menegakkan keadilan.
“Pada masa yang sama, (ia) melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, secara keseluruhannya menjadikan Malaysia sebagai negara bermaruah dan bermartabat,” katanya.
Muhyiddin berkata, pasukan itu mesti dibenarkan menjalankan tugas kerana yang lebih penting bukan kerja mereka tetapi hasil kepada kerja yang dilakukan, sama ada hasilnya baik ataupun sebaliknya.
“Rakyat hendak tahu masalah 1MDB ini dan saya rasa terpanggil untuk menyatakan kebenaran, menggunakan platform parti sebagai Timbalan Presiden Umno.
“Saya hairan apabila bos SPRM boleh melahirkan rasa marah dan kecewa kerana pejabat mereka digeledah untuk mencari maklumat siasatan yang bocor,” katanya.
Beliau berkata, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana dalam agensi perlu saling hormat-menghormati, boleh jumpa ketua-ketua agensi untuk berbincang secara tertib serta berhemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Belum pernah terjadi polis tahan SPRM
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
8 OGOS 2015
PUTRAJAYA - Aktivis, Datin Paduka Marina Mahathir menyifatkan tindakan polis menahan dan menyoal siasat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan terhadap skandal rasuah belum pernah terjadi dalam sejarah.
Menurutnya, rakyat perlu berdiri teguh di belakang SPRM agar suruhanhjaya itu dapat melaksanakan tugas dengan telus.
“Kami tidak pernah melihat ini di mana-mana, orang-orang yang ditugaskan untuk melakukan kerja sedang dihukum kerana menjalankan tugas mereka,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi aktivis, Animah Kosai berkata, rakyat menyanjung keberanian dan kewibawaan SPRM terhadap tekanan yang sedang dihadapi.
“Segala yang berlaku memberi gambaran jelas mengenai kepentingan kebebasan institusi awam,” katanya.
Menurutnya, SPRM juga perlu diberi pengasingan kuasa berbeza dengan jabatan awam lain.
“Lumrah dunia yang menunjukkan sebenar-benarnya wira. SPRM hanya datang dalam keadaan genting,” katanya selepas menyerahkan memorandum sokongan rakyat semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 8-8-2015 04:07 PM
time tun dulu jadi PM pun ramai rakyat kena tahan haih, boleh bersuara secara lantang dengan aman ka ketika tu ? Petugas SPRM atau rakyat , semua manusia la, tak lebih baik status haih. Kalau kena tahan tu maka sengsara serupa tu la jugak tak kira sapa, tak gitu ?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|