CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
 Author| Post time 10-3-2022 11:09 AM | Show all posts
ipes2 replied at 10-3-2022 01:43 AM
beli dekat mana
pasar malam dah bukak ke

Order kat foodpanda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 12:31 PM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 10 Mac 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)


BY DG OF HEALTH ON MARCH 10, 2022


PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 9 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:


Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tujuh (7) negeri iaitu Kelantan (79%) WP Kuala Lumpur (73%), Johor (68%), WP Putrajaya (67%), Selangor (66%), Pulau Pinang (51%), dan Perak (51%) menunjukkan peratusan pengisian≥ 50%;


Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Selangor (100%), Perlis (95%), WP Putrajaya (96%), Perak (87%), WP Kuala Lumpur (87%), Terengganu (86%), Sarawak (80%), Kelantan (77%), Melaka (69%), Pulau Pinang (61%), Johor (61%), dan Pahang (59%) menunjukkan peratusan pengisian   ≥ 50%;


Katil PKRC: Hanya satu (1) negeri iaitu Melaka (63%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%; dan


Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 225 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator25%.








Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2  di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.





KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Pada 9 Mac 2022, sebanyak 1,929 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital (Rajah 1) dengan kategori berikut:


734 kes (38.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan


1,195 kes (61.9 peratus) adalah kategori 1 dan 2.





Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 9 Mac 2022:


Kes sembuh: 26,653 kes [3,367,542 kes kumulatif          (90.7%)];


Kes baharu: 30,246 kes (3,711,199  kes kumulatif);


Kes import: 418 kes [388 warganegara (92.8%); 30 bukan warganegara (7.2%)];


Kes tempatan: 29,828 kes [29,029 warganegara (97.3%); 799 bukan warganegara (2.7%)];


Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 388 kes (158 kes disahkan COVID-19; 230 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan


Kes memerlukan bantuan pernafasan: 225 kes (93 kes disahkan COVID-19; 132 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).


PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 30,246 kes harian yang dilaporkan pada 9 Mac 2022:


Kategori 1: 9,797 kes (32.39%);


Kategori 2: 20,226 kes (66.87%);


Kategori 3: 115 kes (0.38%);


Kategori 4: 54 kes (0.18%); dan


Kategori 5: 54 kes (0.18%).


Daripada 223 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 9 Mac 2022:


58 kes (26.01%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;


107 kes (47.98%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);


58 kes (26.01%) telah menerima dos penggalak (booster);


120 kes (53.81%) berumur 60 tahun dan ke atas;


53 kes (23.77%) mempunyai komorbid; dan


1 kes (0.45%) adalah ibu megandung.


KLUSTER COVID-19


Jumlah kluster: 6,865 kluster;


Jumlah kluster baharu: 5 kluster;


Jumlah kluster yang telah tamat: 6,441 kluster; dan


Jumlah kluster aktif: 424 kluster


NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 9 Mac 2022
NEGERINILAI RTSarawak1.36WP Kuala Lumpur1.19Terengganu1.16Perak1.14Negeri Sembilan1.07Kedah1.05Selangor1.05Melaka1.05Pahang1.04Pulau Pinang1.02WP Putrajaya1.01Perlis0.99Johor0.99Kelantan0.97WP Labuan0.91Sabah0.79MALAYSIA1.06
SITUASI TERKINI PELAPORAN KES KEMATIAN COVID-19 PADA 9 MAC 2022
Dimaklumkan bahawa pada 9 Mac 2022, sebanyak 113 laporan kematian yang telah diumumkan dan ini menjadikan jumlah kematian yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 33,497 kematian.
Sejak 1 Mac 2022, proses pengumuman laporan kematian yang disebabkan oleh COVID-19 telah ditambah baik di mana kematian perlu dilaporkan dalam tempoh 72 jam dengan sasaran yang ditetapkan adalah 80% daripada jumlah kes kematian. Ini akan mengurangkan pelaporan lewat kes kematian atau ‘backlog’.
Secara purata, dari 1 Mac 2022 hingga 8 Mac 2022, sebanyak 77% daripada laporan kematian adalah menepati tempoh ini. Ini menunjukkan bahawa pematuhan kepada pelaporan kematian dari lapangan didapati kian bertambah baik daripada sebelum ini. Walau bagaimanapun, pada 9 Mac 2022, daripada 113 kematian yang diumumkan, didapati hanya 65 kematian (58%) yang dilaporkan adalah menepati masa pelaporan dalam tempoh 72 jam. Manakala selebihnya iaitu 48 kematian (42%) telah dilaporkan melebihi 72 jam (Rajah 2).





Semakan KKM dengan semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mendapati bahawa kelewatan pelaporan kematian ini adalah disebabkan oleh faktor teknikal. Sebagai contoh, kes-kes kematian yang berlaku di hospital daerah yang terletak di kawasan pedalaman termasuk kes Brought in Dead (BID) yang memerlukan siasatan lanjut dan laporan daripada pakar perlu dikendalikan oleh hospital besar yang berdekatan.
Namun begitu, faktor kelewatan ini telah diteliti dan langkah penambahbaikan telah diambil bagi memastikan ketepatan masa atau ‘timeliness’ pelaporan kematian COVID-19 di Malaysia dapat dipertingkatkan lagi.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;


Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);


Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;


Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;


Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;


Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;


Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;


Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan


Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.


Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
10 Mac 2022 @ 10.00 pagi
Lampiran 1
Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana)
Kategori 2AKategori 2BSakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuhBatuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dadaHilang deria bauTidak boleh makan atau minumCirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidurLoya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalanKelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusanSakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 12:33 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 10-3-2022 07:48 AM
Good morning kaka! Tak sabarnya nak habis kuarantin. Breakfast apa tu?

Bos belanja moi sup bergedil...lunch nasi lemak ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 10-3-2022 12:33 PM
Bos belanja moi sup bergedil...lunch nasi lemak ni

Sedapnya. Terbayang2 bergedil tu. Diam tak diam lagi berapa hari je nak puasa kan kaka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 01:44 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 10-3-2022 12:29 PM
Sedapnya. Terbayang2 bergedil tu. Diam tak diam lagi berapa hari je nak puasa kan kaka.

24 lagi kan? Ni semlm...

Countdown Ramadan ✨
25 Hari lagi !

Ayuh persiapkan diri kita untuk menghadapi ramadan ini dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT.


ًاَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَعْبَانَ، وَ بَلِّغْنَارَ مَضَانَ
"Ya Allah, kau berkatilah kami pada bulan Syaaban, dan kau pertemukan kami dengan bulan ramadan"


#Biaga21/22
#Agamadihatisiswajauhari

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 07:36 PM | Show all posts

oo nak check out lah foodpanda nye website
saja nk tgk apa org order
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2022 07:39 PM | Show all posts
seribulan replied at 10-3-2022 08:09 AM
Sini x buka pasar malam/pagi, kat kampung buka je semua cam biasa

tempat awak belum bukak ya pasar malam?
sy dengar some places memang dah buka
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 10-3-2022 07:48 AM
Good morning kaka! Tak sabarnya nak habis kuarantin. Breakfast apa tu?

Dah ada thread borak baharu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 10-3-2022 06:39 PM
tempat awak belum bukak ya pasar malam?
sy dengar some places memang dah buka

Haah...ni dah buka thread borak baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 2.232214 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list