CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: btho

MERGED : All About Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat [badai007]

 Close [Copy link]
Post time 28-3-2010 11:39 AM | Show all posts

pertunjukan tarian kebudayaan minangkabau..menari di atas kaca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2010 11:42 AM | Show all posts

order teh tarik..tapi kena bancuh sendiri..apadaaa..hhehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 11:47 AM | Show all posts

sulaman di kedai putri minang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 09:53 PM | Show all posts
hari tu masa blk nmpk ramai junjung kotak gmbar christen hakim, pelakon popular dulu. kat luar kotak tls krepek berlado x silap, dr pdg tu kat bkt tinggi x jumpa.

sy x tgk pun kain2 ela kat sana memng x nk bli kain, kat jkrta pun cuma Japanese cotton yg brkenan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 01:52 PM | Show all posts
lama dah x jenguk sini... kakpah xde story ke dr bukittinggi?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 02:18 PM | Show all posts
1980# zie67

teringat kenangan mandi di swimming pool nuansa maninjau yg freezing cold! hehhe
keje gile tul masa tu..menggigil2  kami semua swim..
then masuk steam room lak..hangatkan badan kekke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2010 03:20 PM | Show all posts
wahhh tgk info pasal bkt tinggi nie....macam best...........byk view yg menarik nie tuk ambil gambo.....tp tak byk tempat leh shopping lak erk...........pikir2 dulu..........heheh
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 05:38 PM | Show all posts
1980# zie67

teringat kenangan mandi di swimming pool nuansa maninjau yg freezing cold! hehhe
keje gile tul masa tu..menggigil2  kami semua swim..
then masuk steam room lak..hangatkan badan kekk ...
n23 Post at 5-4-2010 14:18

memang betul n..anak zie x sampai 5 mint kuar balik..tapi mmg best kat sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2010 12:38 AM | Show all posts
1985# ienazarina

Salam semua, salam ienazarina.... Alhamdulillah, kak pah dan suami selamat sampai ke malaysia pada pagi sabtu 3 hb. April 2010.  Letih sampai kehari ni....  Hari ni, (isnin) masih bercuti sebab kaki sakit ,  banyak berjalan masa di bukit tinggi tempohari....

Pengalaman...? wow sungguh menyeronokkan... Kak pah dan suami dikira beruntung sangat kerana jambatan di Ambruk (jambatan yang menghubung padang dengan bukit tingg) terputus  akibat hujan lebat, perjalanan dari padang ke bukit tinggi yang biasanya mengambil masa 1 jam telah mengambil masa 4 jam untuk sampai kesana melalui kampung kampung yang dilanda musibah tempohari.  Jalan yang kami ambil ni, memang tak de dalam list .... Pemandu sendiri kata jalan yang diambil ni, dikira jarang sekali digunakan...jalan lencongan yang berbahaya.... Kami melalui Kota Pariaman, Melilau, Solok dan entah apa lagi namanya....

Kak pah dan suami sebenarnya pergi tanpa pemandu pelancong, kita orang redah je... Ambik maklumat kat forum ni dan terus tawakal, menyerah diri pada takdir.  Kita orang sebaik saje sampai di airport padang, terus ambil bas trinex. Terdapat 1 kali transit sebelum sampai ke bukit tinggi.. Kami cuma membayar 74,000 untuk tambang berdua dari padang ke bukit tinggi dimana kalau naik teksi, tambangnya lebihkurang 300,000 .  Alhamdulillah, orang orang disana semuanya baik dan ramah ..sering membantu bila diperlukan.... Kak pah rasa terhutang budi dengan penduduk disana.

Untungnya , semasa dalam perjalanan dapat melihat retakan rumah akibat gempa...dan yang paling menyayat hati melihat kawasan 3 buah kampung yang tertimbus semasa kejadian tersebut..Terasa insaf betul... Bas yang kami naiki ( actually bukan bas pun, kalau disini panggil mini van) lalu betul betul sebelah curam dan gaung yang dalam, memang menakutkan.... Lajunya kenderaan ni, jangan dicakaplah..kalau masuk grand prix, rasanya boleh kalah semua orang.... Perjalanan 4 jam itu memang meletihkan..... tapi dalam masa yang sama ...amat menyeronokkan...  Nanti kak pah tepekkan gambarnya.

Kami turun bas di Aur Kuning dan ambik teksi ke Bukit Tinggi dengan bayaran 30,000.  Semasa di Bukit Tinggi , kami duduk di Royal Denai dengan kadar bayaran 450,000 semalam tapi receptionist bagi discount 100,000 sekiranya menetap 2 hari..jadi dapat 350,000 semalam. Hotelnya agak mewah... Sebenarnya kami ingin menginap di Hotel Kartini tetapi pemandu teksi tak tahu lokasinya dan bawa kami ke beberapa hotel yang kurang memuaskan.  Nak tak nak pun, selepas 3 buah hotel kami tinjau, akhirnya kami memilih Royal Denai kerana berpuashati dengan kebersihan dan ianya hotel baru dibina.  Semasa di sana, ada group kelantanese yang datang menginap sama...Bising dan riuh rendah gelak tawa dia orang tapi menghiburkan setidak tidaknya kami tidak terasa duduk dinegeri orang.... Hari pertama dek keletihan yang amat sangat, (sampai jam 1 tgh) kami check in, dan berehat di bilik sehingga jam 4 petang.  Kalau ikutkan hati memang tak nak kemana mana tapi kerana perut dah berbunyi terpaksa keluar mencari makan.  Secara kebetulan terdapat Rumah Makan Famili di hadapan hotel kami , lalu kesitulah kami mengenyangkan perut.  Dukacita dimaklumkan kepada adik adik disini, kami terasa seperti ditipu kerana di caj begitu mahal padahal kami cuma makan nasi berlaukkan daging dendeng dan ayam goreng seketul dan airnya air suam.  Tak berbaloi membayar 69,000 untuk makanan sebegitu.

Selepas makan, kami menyusur jalan menuju ke Pasar Atas dan Pasar Bawah untuk melihat dan meninjau harga.  Selepas itu kami ke Jam Gadang yang terletak tidakberapa jauh dari situ.  Kemudian kami ke Pasaraya Ramayana kerana ada sales tahunan..tapi tak beli apa apapun kerana barang barang murah yang ditawarkan tidak memenuhi citarasa kami...  Setelah hampir maghrib, kami balik ke hotel dengan menaiki kereta kuda dengan bayaran 50,000.  Memang mahal tapi kerana inginkan pengalaman, soal duit diketepikan.  Selepas menimba pengalaman menaiki kuda, kak pah berjanji tidak akan mengulangi lagi pengalaman itu kerana perasaan kasihan pada sang kuda yang berkerja bermatian dan diberikan makan dan minum cuma sekali sehari.. Kak pah rasa itu adalah sesuatu yang amat kejam diperlakukan manusia terhadap sang kuda....
Balik kehotel kakpah mengadap tv..... rata rata setiap stesyen berkisarkan cerita Pak Gaius yang ditangkap polis kerana pecah amanah... Kes tersebut melibatkan beberapa orang penting di Indonesia.  SElain itu, ditunjukkan siaran langsung perkahwinan Bawang Merah ( yang memegang watak jahat dalam sinatron Bawang Putih Bawang Merah) Aduh meriah betul acara perkahwinannya yang mengambil masa 2 hari 2 malam yang melibatkan bayaran hampir 300 juta...  Dia berkahwin dengan anak orang yang paling kaya di Indonesia..Memang pasangan ideal..sama cantik dan sama lawa...  Pasangan nya sebelum ni berpacaran dengan Manohara sebelum Manohara berkahwin dengan kerabat Kelantan.  

Esok kak pah sambung lagi pengalaman merantau di Bukit Tinggi ya.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 08:43 AM | Show all posts
1989# KakpahMan

x sabar nk tunggu cte seterusnye dr kakpah ;)
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 03:44 PM | Show all posts
1990# ienazarina

Salam iena... kalau tak silap kak pah, iena nak pergi ke bukit tinggi bulan 5 ni kan?  Jangan risau, kak pah gerenti iena sukanye pergi ke sana... Ok kita sambung cerita kita semalam ya....

Hari kedua...selepas kak pah suami isteri bersarapan pagi lebih kurang jam 8 pagi waktu dissana, kak pah berjalan kaki turun ke bandar untuk cari angkut.... Tambang angkut ke aur kuning lebihkurang 2000 seorang... Tika itu hujan gerimis tapi kami terpaksa redah juga sebab takut tak sempat membeli telekung dan kain sulam memandangkan esok kami harus berangkat balik ke padang... Dalam banyak banyak kedai yang kami tanya, terdapat sebuah kedai yang menjual kain sulam yang lebihmurah harganya dari kedai yang kebanyakan ada disitu.  Setelah puas tawar menawar, dapatlah membeli sehelai kain sulam yang dijahit tangan di dalam harga 140,000.  Kak pah beli lebihkurang 20 pasang untuk dibawak balik ke sini..Telekung kak pah beli di kedai berhadapan kedai sulam dengan kadar harga 90,000.  Telekung ni bukan jenis sulam yang biasa kita lihat.. Telekung yang kak pah beli ni, keluaran terbaru disana..memang selepas balik padang, kak pah ke jalan TAR, mencari kot kot telekung tu ada, tapi memang takde... setidak tidaknya kak pah tidak tertipu.. Puas rasa hati bila mengenangkan pembelian telekung tu.  Sayangnya kak pah cuma dapat membeli sebanyak 11 helai je ...Jenuh jugak kak pah cari di merata rata kedai di aur kuning tapi tak jumpa telekung yang sama.  Hari semakin gelap jadi selepas membeli kak pah dan husband terus balik ke hotel.  Opsss, sebelum balik, disebabkan hari hujan dan perut lapar, kita orang singgah di sebuah gerai di situ, makan nasi padang... ada telur goreng, ada daging dendeng, ada sayur..ada ikan goreng, dan minumannya air teh o ais... bayaran nya hanya 20,000 bersamaan RM7.40...memang berbaloi baloi makan disitu..dahlah murah, sedap pulak tu..

Sampai dihotel, kak pah mengadap tv balik...lintas langsung acara perkahwinan hari kedua si bawang merah... waduh waduh, memang meriah...semuanya mengikut adat sunda...tapi satu perkara yang kak pah perasan, adat dia orang ni banyak mengikut tradisi orang hindu... mandi sampat yang menyaksikan si anak memohon restu ibu bapa dengan membasuh kaki kedua orangtuanya  .... memang meriah dan menggunakan wang yang banyak... one thing about indonesia ni, kalau kaya, kaya sangat, tapi kalau miskin, papa kedana betui...

Malam selepas magrib about 6.30 waktu tempatan, kami menyusor balik jalan ke bandar tapi kali ini ikut jalan lain.. dan terjumpa hotel kartini yang diwar warkan di dalam forum ni...Memang cantik hotel ni..bersih..dan berhadapan dengan masjid... aisayman, bila tengok sign harga, rasa sesalnya kalau dibandingkan dengan harga di hotel royal denai... ...Yang penting , kata husband kak pah, keselesaan... Yelah, terpaksalah akur cakap dia, nak kata apa lagi, kan....{:1_137:} Malam tu kami makan di sebuah gerai berdekatan dengan hotel kartini..sedap masakan dia..... makan malam tu harga nya pun 20,000.  Memang berbaloi baloi... Tuanpunya gerai tu duduk dengan kita orang, peramah orangnya... Menurutnya gempa bumi terjadi di sana kerana keengkaran penduduknya kepada ajaran Allah.  Bayangkan punya banyak masjid yang ada, bila hari Jumaat tak sampai sukupun yang hadir...Masjid untuk upacara akad nikah je...Kaum lelaki menghabiskan masa di gerai gerai semasa sembahyang jumaat...dan lagi satu yang paling mengejutkan, bila dikabarkan terdapat jugak maksiat berlaku disini dimana anak anak luar nikah banyak yang dibuang di merata rata..ada yang mati dan ada yangmasih hidup... Tak sangka kan..ingatkan di malaysia je ada perkara mungkar sebegitu... Kia spend lama di gerai tersebut.... bersembang tentang ugama... sedar tak sedar hari dah jauh malam....kami menyusor balik ke hotel... Memang gentar sebab jalan yangkami lalui itu gelap dan takde lampu jalan....tapi Alhamdulillah...selamat semuanya.....

Tengoklah kalau tak busy malam karang, kita sambung lagi ya..kalau tak esok je...itupun kalau nak lah.....  nanti kalau betul eina nak kesana, kakk pah bagi tips ... takpayahlah sewa travel agensi bagai, pergi sendiri  lagi best, lagi save.....cuma yang perlu ada keberanian.....Kakpah dan husband tak berjalan kemana-mana sebab teringat kat anak... ingat kalau ada rezeki nak pergi lagi bawak budak budak tu... dok tengok kat air asia punya website, masih mahal lagi... Salam dari kak pah untuk eina dan adik adik kat sini.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 04:05 PM | Show all posts
salam Kak pah.

Boleh tak bagi nama kedai telekung tu. Chah insyaallah akan ke sana sabtu ni.
Macam mana dgn jambatan/jln yg runtuh tu?

tk.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 04:12 PM | Show all posts
1992# chah_61

Jambatan tu sedang dibaiki masa kak pah balik hari sabtu lalu...tapi masa lalu kat jambatan tu, terasa chuak jugak sebab macam tak selamat je... bila bila masa kalau hujan, boleh berlaku land slide lagi.. Memang menakutkan.......sepanjang perjalanan kak pah tengok pokok pokok besar tumbang, batu batan yang besar besar jatuh...ialah kejadian camni jarang kita jumpa kat sini, tu yang buat kita rasa one kind tapi pada mereka disana, ia adalah perkara biasa....  so jangan risau ya...

Kakpah tak ingatlah chah nama kedai dia.... nanti kak pah cari resit dia... insyaalah ada tu....Seronoknya kalau dapat join .... ikut travel agency ke atau redah macam kak pah?  Kak pah doakan semuanya selamat pergi dan balik...Amin
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 04:57 PM | Show all posts
1993# KakpahMan
tk kak pah.
Chah pegi guna Raunsumatra tapi free & easy.
Cadang nak cari Langsir dan baju utk persiapan raya kat aur kuning.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 05:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by speedial at 6-4-2010 17:33

1991# KakpahMan

seronok baca citer kak pah....menarik....

lagik menarik kalo kak pah tepek gambo.... tepek ler skali gambo telekung tu...daku nak beli anak2 buah kirim kat mak buah ni belikan...adeiiihh jenuh....

jgn lupa nama kedai kain sulam & telekung tu yer kak...saya pun nak tau gak...

byk plak permintaan daku ni ...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 08:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2010 08:58 PM | Show all posts
1994# chah_61 Salam chah.... nak cari langsir? memang ada kat aur kuning tu tapi entahlah rasanya sama je macam kat nagoya , i think (ini pandangan kak pah lah) nagoya nyer langsir lagi better quality dari yang ada kat sana... Tapi macam kakpah kata, masing masing nyer citarasa...mungkin tak cantik pada kak pah, cantik pada mata chah...  Begitu jugak dengan pakaian, kalau blouse atau t shirt , kak pah rasa tempat kita lagi best.... lagi cantik... Cuma yang menarik telekung dan kain sulam je.... Ini my personal oppinion.....  Kak pah balik je dari office tadi terus memunggah mencari resit tapi tak jumpa jumpa, kak pah pun tak ingat letak kat mana....  Benda kalau dicari dalam keadaan gopoh gapah, duduk didepan matapun tak nampak...hehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 09:04 PM | Show all posts
inilah sebbahagian daripada jambatan yang runtuh sedang diperbaiki...

[http://i910img]
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 09:07 PM | Show all posts
[
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 09:15 PM | Show all posts
[
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 23693 Replies : 10
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 53719 Replies : 228
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 1376 Replies : 5
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 311336 Replies : 8974
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 1890 Replies : 14
PADU:Rafizi kata jika anda bimbang kebocoran data lebih baik anda kembali duduk dalam gua
YgBenarPADU:Rafizi kata jika anda bimbang keboc
Views : 57048 Replies : 43
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 17243 Replies : 4
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50855 Replies : 194
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 36623 Replies : 61
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 41408 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.426952 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list