CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN by Ruhil Amani

   Close [Copy link]
 Author| Post time 24-8-2010 11:58 AM | Show all posts
ko jgn nak bg alasan... sblm tgk post aku tu pun ko mmg dah x berapa nak perasan screen komputer ...
mikoodette Post at 24-8-2010 11:46



hahaha...yg tu kesilapan teknikal la miko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2010 12:02 PM | Show all posts
hahaha...yg tu kesilapan teknikal la miko
bunick Post at 24-8-2010 11:58



dan dan dan laaa nak nyalahkan si "teknikal" yg x tau ape2 tu.......  
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 12:10 PM | Show all posts
next!!!!!!!!!!! next!!!!!!!!!!!!!!!!! next!!!!!!!!!!!!next!!!!!!!!!!! next!!!!!!!!!!!!!!!!! ne ...
mikoodette Post at 24-8-2010 11:42


cayalah miko...
i loike.....

bunick!!!!
aku tak berpinao pun mata....
suka aku tgk posting si miko neh...

miko!!!
give me 5...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 12:18 PM | Show all posts
cayalah miko...
i loike.....

bunick!!!!
aku tak berpinao pun mata....
suka aku tgk posting ...
chengkeh Post at 24-8-2010 12:10


i loike it too my dear chengkeh.....

itulaaaaaaaaa, aku pun x berpinao......
aku pun suka.....

aku nak kasik ko 10 terus chengkeh..!!!!!!!!!!!!! yeay!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2010 12:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 24-8-2010 12:25

“Kau ni kenapa sengih sorang-sorang ni Miko?” Chengkeh tanya Miko sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat terawih. Kia dan Bunick turut mennati jawapan dari Miko. Dari malam tadi lagi mereka perhatikan Miko bagaikan berada di awang-awangan, tidak berpijak di bumi yang nyata. Makan sahur pagi tadi pun dia boleh senyum kat ikan goreng yang tergolek dalam pinggan nasi dia.


“Mana ada…” Jawapan Miko langsung tak ikut skema yang digariskan oleh tiga dara pingitan itu.


“Kau buka puasa dengan siapa semalam? Lepas balik buka puasa tu lah kami tengok kau dah lain macam.” Tambah Bunick pula.


“Pandai-pandai je korang ni buat fitnah kat aku. Aku okey je, tak ada apa-apa yang luar biasa pun.”


“Baik kau cakap Miko, kalau tak aku cucuk pinggang kau sampai kau pengsan.” Ugut Kia sambil mengacah-ngacah untuk mencucuk pinggang Miko.


“Tak baik kau ni Kia main kasar macam tu. Ye la ye la, jap lagi aku cerita. Balik rumah dulu.” Miko cepat-cepat jalan, takut kena cucuk dengan Kia kat tengah-tengah jalan ni. Tak pasal-pasal pulak satu taman ni boleh dengar dia melatah.


Sampai sahaja di rumah, Kia, Bunick dan Chengkeh terus tarik Miko duduk atas sofa. Tak sabar sungguh anak dara bertiga tu nak dengar cerita Miko.


“Semalam aku jumpa dengan mamat eksyen tu…” Miko mula bercerita.


“Mamat ikan lompat tu ke?” Chengkeh mencelah.


“Chengkeh, kau tak payah nak menyampuk. Bagi Miko cerita sampai habis dulu. Kalau ada yang tak faham, lepas Miko cerita baru boleh tanya.” Bunick tepuk kuat peha Chengkeh. Menyeringai Chengkeh bila tangan kecil Bunick singgah di pehanya. Perit!


“Ish korang ni, nak gaduh ke nak dengar cerita aku?” Miko dah marah dah.


“Nak dengar cerita kau la. Kami dah diam dah ni.” Kia tolong jawab bagi pihak Chengkeh dan Bunick.


Miko mula bercerita apa yang terjadi antara dia dan Hijjaz, dan ketiga-tiga housematenya terus melopong apabila mendengar ceritera Miko dan Hijjaz itu. Tak sangka, insiden tertukar beg telah merapatkan silaturrahim antara minah kerek dan mamat eksyen itu. Walaupun pada mulanya kedua mereka saling membenci antara satu sama lain, namun siapa sangka perhubungan itu telah berkembang ke fasa yang lebih mesra. Siapa tau, lepas ni Miko dan Hijjaz akan upgrade hubungan mereka ke jinjang pelamin pula.


“Kau suka kat dia ke Miko?” soal Kia selepas Miko habis bercerita.


“Entahlah Kia, aku pun tak tau. Hijjaz tu bukan teruk sangat pun.” Luah Miko perlahan.


“Sah, kau dah jatuh cinta kat ikan lompat tu Miko.” Jerit Chengkeh.


“Diorang belum kahwin la Chengkeh, mana boleh sah lagi.” Bunick buat lawak negara Asean.


Bunyi telefon bimbit Chengkeh membantutkan hasratnya meningkah gurauan Bunick. Cepat-cepat dia tekan butang hijau dan mula bergerak menjauh dari kelompok rakan serumahnya itu.


“Waalaikummussalam….” Chengkeh jawab salam yang diberikan oleh pemanggil. Hati dah kembang setaman bila dengar suara Hadif di hujung talian.


“Baru balik terawih ke?” soal Hadif Iman.


“Dah setengah jam dah balik. Awak baru balik ke?”


“Baru sampai rumah, hari ni saya ikut adik saya pergi solat terawih kat Masjid Negara.”


“Seronokkan kalau dapat solat terawih kat masjid yang berlainan…”


“Awak nak ikut saya pergi terawih tak? Malam esok saya ingat nak pergi terawih kat Masjid KLCC.”


“Jauhnya…..”


“Kalau awak nak ikut, saya ambil awak kat ofis. Then saya hantar awak abalik rumah.”


“Habis tu kereta saya macam mana?” Chengkeh buka peti ais dan keluarkan botol air. Dia berjalan ke arah kabinet dan capai sebiji gelas.


“Pagi lusa saya hantar awak pergi kerja la…”


“Awak tak kerja ke lusa tu nak hantar saya pergi ofis?” Chengkeh tanya Hadif sambil tuang air dalam gelas.


“Saya dah berhenti kerja…”


“Berhenti? Sayangnya, orang lain bersusah payah nak kerja gomen, awak senang-senang je berhenti. Habis tu awak nak buat apa lepas ni?”


“Saya nak kahwin dengan awak…”


Tersembur air yang dihirup oleh Chengkeh bila dengar Hadif Iman cakap macam tu.


“Awak okey ke?” Hadif Iman tanya Chengkeh, dia agak risau bila dengar Chengkeh yang tiba-tiba terbatuk.


“Saya okey je, cuma terkejut dengar awak buat lawak tadi. Ada ke patut ajak saya kahwin malam-malam macam ni….”


“Saya serius Chengkeh, saya memang nak kahwin dengan awak. Saya tak bergurau.” Hadif Iman sudah meluahkan hasratnya kepada Chengkeh.


Terkedu Chengkeh bila Hadif Iman melamarnya. Errrr…..boleh kira lamaran ke macam ni? “Awak ni main-main la…”


“Saya tak main-main Chengkeh. Saya memang tengah melamar awak ni. Sudi ke awak kahwin dengan saya walaupun saya ni dah tak kerja kerajaan macam awak?” Soal Hadif Iman lagi sekali.


Muka Chengkeh sudah memerah. Hadif Iman ni biar benar, takkan melamar dalam telefon je. Paling tidak pun bagi la cincin belah rotan ke…bagi bunga ke…..Ini melamar cakap dalam telefon je.


“Awak fikirlah dulu, saya bukan nak jawapan sekarang. Tapi date kita malam esok jadikan?” Hadif Iman memecahkan kebisuan antara mereka berdua. Dia yakin yang Chengkeh mesti terkejut bila tiba-tiba je dia ajak Chengkeh kahwin. Declare girlfriend boyfriend pun tidak, alih-alih dia terus ajak Chengkeh kahwin.


“Pukul berapa awak nak ambil saya kat ofis besok?”


“Pukul enam boleh?”


“Okey, saya tunggu kat ofis.” Chengkeh tekan butang merah pada telefon. Dia tersenyum sambil menebarkan pandangannya pada langit. Muncul wajah Hadif Iman sedang tersenyum dibalik taburan bintang di dada langit.


“Wei, ada orang berangan bersanding kat langit la…” Bunick dah berdiri di sisi Chengkeh. Miko dan Kia tidak ketinggalan untuk mendengar berita sensasi itu.


“Mamat JPJ tu ajak kau kahwin ye Chengkeh?” Kia tidak sabar-sabar bertanya.


Chengkeh hanya mengangguk.


“Kau setuju la ni?” Miko tanya Chengkeh lagi.


“Entah, aku baru je kenal dia. Keluar dengan dia pun baru berapa kali je, tup tup dia terus ajak aku kahwin.”


“Masa bukan ukuran Chengkeh. Ada orang dah kawan berbelas tahun, at last berpisah tak jadi kahwin jugak. Ada orang kenal sebulan terus je kahwin. Dah jodoh masing-masing kan.” Kia cakap kat Chengkeh.


“Kot ye pun aku nak kena tau latar belakang dia jugak. Entah dia tu anak buluh betong ke, anak sultan ke…Takkan nak main rembat macam tu je.”


“Betul jugak tu, mana tau mamat JPJ tu dah kahwin ke. Tak pasal-pasal kau dapat madu pulak. Tapi kan, kalau dia dah kahwin, mesti isteri dia tu tak boleh beranak.Sebab tu dia nak kahwin dengan kau, nasiblah kau Chengkeh nak kena jadi kilang anak.” Bunick dah mula speku.


“Ish kau ni Bunick, suka sangat merapu. Bersangka baik tak boleh ke?” Miko cubit lengan Bunick.


“Aku cakap je….tapi macam-macam boleh jadi kan. Lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat pun.” Bersungguh-sungguh Bunick membela dirinya sendiri.


“Habis tu kau cakap apa kat dia Chengkeh?” Kia buat tak tau je kat Bunick.


“Aku tak cakap apa-apa pun lagi. Esok dia ajak aku pergi buka puasa dengan dia.”


“Baguslah tu, mungkin dia nak cerita pasal family dia esok. Mungkin dia tu jodoh kau kot.” Miko bagi sokongan moral pada Chengkeh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2010 12:26 PM | Show all posts
cayalah miko...
i loike.....

bunick!!!!
aku tak berpinao pun mata....
suka aku tgk posting ...
chengkeh Post at 24-8-2010 12:10



wah, beras cap rambutan ni memang betul2 dah berpakat ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-8-2010 12:27 PM | Show all posts
i loike it too my dear chengkeh.....

itulaaaaaaaaa, aku pun x berpinao......
aku p ...
mikoodette Post at 24-8-2010 12:18



korang ni memang tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 12:27 PM | Show all posts
ehem3........ ade kenduri mkn nasi minyak laa lepas niee....  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2010 12:31 PM | Show all posts
korang ni memang tau
bunick Post at 24-8-2010 12:27


ntah... aku tak tauuuu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2010 12:33 PM | Show all posts
ntah... aku tak tauuuu...
mikoodette Post at 24-8-2010 12:31



ooo.....buat2 x tau
kena luku mau?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 12:36 PM | Show all posts
aku merindui n3 mu bunick.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2010 12:36 PM | Show all posts
aku merindui n3 mu bunick.....
chengkeh Post at 24-8-2010 12:36



kan aku dh letak n3 br tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2010 12:38 PM | Show all posts
korang, aku nk kuar jap
karang sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 12:41 PM | Show all posts
ooo.....buat2 x tau
kena luku mau?
bunick Post at 24-8-2010 12:33


luku tak mau...
kalo duku, mau...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 12:45 PM | Show all posts
korang, aku nk kuar jap
karang sambung lagi
bunick Post at 24-8-2010 12:38


wokeh dear.. dah balik kang roger2 laa yek...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 12:48 PM | Show all posts
korang, aku nk kuar jap
karang sambung lagi
bunick Post at 24-8-2010 12:38



orait...nanti sambung letak n3 lagik ek.....
panjang2 tau.....lap u lah bunick....

aku nari sket untuk ko...

           
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2010 01:01 PM | Show all posts
salam sume...

kelakorlah... n sweetss nye ayat en hadiff tuu....
cengkeh sampai tersedak hadif lamar dlm phone..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 01:02 PM | Show all posts
nick...dah kluar tu nanti..
pandai pandai yea.. tepek.. n3 pnjang tau...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 01:16 PM | Show all posts
“Saya dah berhenti kerja…”

“Berhenti? Sayangnya, orang lain bersusah payah nak kerja gomen, awak senang-senang je berhenti. Habis tu awak nak buat apa lepas ni?”

“Saya nak kahwin dengan awak…”

Tersembur air yang dihirup oleh Chengkeh bila dengar Hadif Iman cakap macam tu.

bunick Post at 24-8-2010 05:20


suka part ni.... terkuat pulak gelak marcell...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 02:27 PM | Show all posts
chengkeh pun suka....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.244550 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list