CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: naen

[LUBUK] Lubuk Kredit BORAK 2

   Close [Copy link]
Post time 16-4-2012 02:41 PM | Show all posts
dah petang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2012 04:06 PM | Show all posts
belum ada soklan ke??still menunggu..hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 04:57 PM | Show all posts


**BiNtAnG gArDeN terbuka untuk semua forumer

**soalan akan dikemukakan dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian

**semua soalan adalah berkaitan tentang tumbuhan/bunga/pokok/herba/sayur/buah


**tidak dibenarkan mengedit jawapan



Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 05:14 PM | Show all posts
belum dpt soklan dah pitam...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 01:50 PM | Show all posts
dah nak masuk petang kedua dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 01:59 PM | Show all posts
Reply 1985# ciksurie


    lame lagi kot ni.. jom carik donut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2012 02:02 PM | Show all posts
Reply 1986# Spiral


   cari donut tue wat lapar jah tgk gambar semua tangkap leleh
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 02:52 PM | Show all posts



soalan BG17/4

berdasarkan pic di bawah,



(5-25 kredit)

pilih salah satu bahan daripada 9 bahan di atas dan nyatakan;

a. namanya
b. terangkan proses pertumbuhannya (penerangan beserta grafik akan mendapat extra markah)
c. sertakan gambar pokoknya
d. nyatakan menu masakan yg boleh dihasilkan olehnya beserta resepi dan gambarnya


dengan syarat, jawapan anda adalah tidak sama dengan jawapan yg lain. 9 peneka tepat akan diberikan kredit mengikut kreativiti jawapan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2012 08:46 AM | Show all posts
Reply 1986# Spiral


    soklan dah ade le
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 08:47 AM | Show all posts
Reply 1985# ciksurie


    pagi ketiga
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 08:47 AM | Show all posts
belum dpt soklan dah pitam...
ariani83 Post at 16-4-2012 17:14



    jgn pitam dulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 09:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by ciksurie at 18-4-2012 09:46

soalan BG17/4

berdasarkan pic di bawah,




(5-25 kredit)

pilih salah satu bahan daripada 9 bahan di atas dan nyatakan;

a. namanya
b. terangkan proses pertumbuhannya (penerangan beserta grafik akan mendapat extra markah)
c. sertakan gambar pokoknya
d. nyatakan menu masakan yg boleh dihasilkan olehnya beserta resepi dan gambarnya


dengan syarat, jawapan anda adalah tidak sama dengan jawapan yg lain. 9 peneka tepat akan diberikan kredit mengikut kreativiti jawapan


Bawang Merah ( Shallot )

nama saintifik ~ Allium cepa L. dan dalam keluarga Alliaceae

Proses pertumbuhannya :~

Bawang Merah merupakan tanaman umbisi yang boleh ditanam di Malaysia.

Proses pertumbuhannya agak mudah


Ulas Bawang merah yang bercambah disemai kedalam pasu

gambar diatas merupakan cambahan bawang merah yang berusia seminggu

cambahan setelah 10 hari

ianya boleh dituai dalam masa 10-12 minggu

Pokok Bawang Merah



Resepi

Sambal Udang Recipe (Prawn Sambal Recipe)



5 tbsp cooking oil

500g shrimp(shelled and deveined)

2 cups water

2 tbsp tamarind pulp (mixed with 1/2 cup water & strained)

3 kaffir lime leave (sliced thinly)

2 tsp salt

1 tsp sugar



Spice paste


10 dry red chilies (soak in water before grinding)

10 shallot (skin peeled and sliced)

30g belacan
(Malaysian shrimp paste)


Method:


1. Combine all spice paste ingredients in a blender and blend well.

2. Heat up cooking oil, add in the blended spice paste and stir-fry until fragrant.

3. Add in shrimp & continue to stir-fry for about 2-3 minutes.


4. Add in water, tamarind juice, bringing it to a quick boil. Add in salt, sugar & kaffir lime leaves. Dish out & serve hot.

credit to blog ini







senget benget

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 11:36 AM | Show all posts
Reply 1992# ciksurie


    gud gud..

masih menanti yg lain menjawap..

bawang merah sudah dijawap
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 12:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by kecikgurl at 18-4-2012 12:40

soalan BG17/4



a. namanya


   cili hijau atau Capsicum annuum var. grossum




b. terangkan proses pertumbuhannya (penerangan beserta grafik akan mendapat extra markah)   






bunga cili yg masih belom berkembang







bunga sudah muncul






cili yg baru berbuah






cili yg sudah matang dan boleh dipetik





c. sertakan gambar pokoknya







RESIPI






Bahan2:


300g udang tanpa kulit


7-8 tangkai cili hijau-cuci bersih dan hiris sedikit memanjang(buang biji)


1-2 tangkai cili merah(boleh tambah cili padi ikut tahap kepedasan sendiri)


2 ulas bawang merah


2 ulas bawang putih


1/2 labu bawang besar-hiris


Garam secukup rasa


secubit gula


Sedikit minyak masak untuk menumis



Cara2:


Tumbuk lumat cili bersama bawang merah dan bawang putih.


Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi dan masukkan bawang besar yang sudah dihiris. Kacau goreng sebentar sehingga naik bau dan sedikit keperangan.


Masukkan udang,kacau goreng lagi dan masukkan garam dan gula/perasa secukupnya.


Akhir sekali masukkan cili yang sudah dihiris dan kacau goreng sehingga sebati.


Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 12:58 PM | Show all posts
Reply 1994# kecikgurl

orait...

bawang merah n cili sudah berjawap...
masih ade lagi 7
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 01:07 PM | Show all posts
Mas....
sourplum Post at 12-4-2012 01:33 PM


sour  
Jom pi minum Jus Sourplum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2012 02:11 PM | Show all posts
soalan BG17/4

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 06:31 PM | Show all posts
[quote]soalan BG17/4

berdasarkan pic di bawah,



(5-25 kredit)

pilih salah satu bahan daripada 9 bahan di atas dan nyatakan;

a. namanya
Lada Hitam
b. terangkan proses pertumbuhannya (penerangan beserta grafik akan mendapat extra markah)

Cara penanaman biasa Lada Hitam
Semaian Benih dari batang yang di cantas dari gambar 3.Apabila ia mula berakar dan pucuk baru telah  tumbuh,ia akan dipindahkan ke kawasan kebun,seperti dalam gambar 2 di bawah..                                   (2)
semaian di tanam pada tiang sokongan(biasanya kayu Belian),ditutupi dengan daun Resam sabagai naungan dari panas matahari...
Pokok yang telah berusia antara 6-8 bulan,sedia untuk di 'potong' dan di jadikan benih seperti dalam gambar (1).Tujuan utama ia di potong adalah agar pokok lebih banyak mengeluarkan dahan dan lebih produktif..
Gambar Lada yang telah di 'potong' yang mula mengeluarkan pucuk baru.Selalunya,3-4 pucuk saja yang di dibiarkan naik.Terlalu banyak pucuk akan menyukarkannya untuk di ikat ,berserabut dan gelap.Keadaan ini akan mudah di serang kulat dan serangga perosak.
Pucuk yang naik akan di ikat menggunakan sejenis tali khas yang di perbuat dari kulit kayu.Tali Rafia juga boleh di gunakan..
Setelah 8 bulan lepas di 'potong',pokok lada telah cukup matang utk mula mengeluarkan hasil dan di baja dengan baja buah NPK



c. sertakan gambar pokoknya

d. nyatakan menu masakan yg boleh dihasilkan olehnya beserta resepi dan gambarnya

Daging Black Pepper
Bahan-bahan :

Daging - direbus hingga empuk (500 gm)

Bawang holland - (1/2 labu) dipotong ring

Bawang merah - dihiris nipis (2 ulas)

Bawang putih - dihiris nipis (2 ulas)

Sos lada hitam - (2 s/b)

Serbuk lada hitam - (1 s/k)

Sos tomato TAMIN - (1 s/b)


  

Sos tiram TAMIN - (1 s/b)

  

Kicap lemak manis TAMIN - (1 s/b)

Lada benggala merah + hijau - dipotong dadu (saiz sederhana)

Daun bawang - dipotong (saiz 1/2 inci)

Garam halus TAMIN (secukup rasa)

Minyak masak - untuk menumis

Sedikit air rebusan daging


Cara Penyediaan :  
1. Rebus daging selama 1 @ 2 jam.2. Panaskan minyak,tumis bawang merah,bawang putih.

3. Kemudian masukkan sos lada hitam,serbuk lada hitam,sos tomato,kicap lemak
     manis & kacau.
4. Masukkan garam & daging.Kacau sebati.5. Masukkan sedikit air rebusan daging,lada benggala.
5. Akhir sekali masukkan bawang holland,kacau sebati.6. Sedia untuk dihidang.


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 06:32 PM | Show all posts
Tunggang langgang!

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 09:55 PM | Show all posts
s:BG17/4

REMPAH RATUSSS



LADA HITAM
Lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum merupakn sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi.Ia biasanya dikeringkan dan digunakan sebagai rempah dan perasa. Jenis yang ditanam ialah jenis Kuching yang berasal dari India.
Benih diperolehi dari keratan pucuk batang (terminal stem) yang mengandungi 7 buku.  Keratan-keratan disemai selama 8 minggu sebelum ditanam ke ladang. Keratan mula tumbuh selepas 7-10 hari di tapak semaian.
3 atau 4 dari buku keratan semaian yang telah berakar ditanam dan tanah di sekeliling keratan dikejapkan.  Bahagian atas keratan diikat longar-longar ke kayu penyokong sementara atau penyokong tetap.  
Masa yang sesuai untuk memetik buahnya ialah 8-9 bulan selepas berbunga. Bila sebiji buah lada hitam dalam satu tangkai menjadi masak merah maka keseluruhan tangkai boleh dipetik.



BUNGA CENGKIH
Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica).Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Di Malaysia Barat jenis yang ditanam ialah berasal dari Moluccas.
Tanaman cengkeh biasanya dibiak melalui biji.  Biji-biji dipilih dari pohon-pohon yang subur, cukup matang dan banyak buah dan ditabur dengan secepat mungkin.  Kulit buah cengkeh dibuangkan dan biji-biji ini diletakkan melintang di atas tanah gembur berpasir dalam kotak-kotak atau batas-batas semaian. Dalam masa 3-4 minggu, biji-biji akan cambah dan anak-anak semaian ini diubahkan ke dalam beg-beg plastik apabila telah mempunyai 4 helai daun.  Anak-anak semaian sedia ditanam di ladang apabila berumur lebih dari satu tahun.



CILI HIJAU
Cili hijau atau lada hijau (Capsicum annuum var. grossum) ialah salah satu kultivar lada Capsicum annuum. Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah.
Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  



BUAH KERAS
Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana.
-Teknologi Budidaya Tanaman Kemiri- (buah keras)
Buah yang masak dapat diperoleh setelah 3-4 bulan dari masa berbunga, buah masak akan jatuh. Buah yang berbiji satu disebut biji jantan bentuknya bulat dan lama berkecambahnya lebih panjang dari biji betina.
Beberapa cara perlakuan yang dapat dilakukan sebelum biji disemai antara lain.
Biji direndam dalam air dingin 15 hari, kemudian dipukul dengan palu kecil hingga biji retak.  Sesudah +/- 45 hari semai siap disapih dan dilaksanakan seleksi semai dan yang harus diperhatikan pilih semai yang tegak lurus, sehat dan sehat dan ketika dilakukan pencabutan agar hati-hati agar akar tidak rusak/luka.
Biji yang diperoleh di semaikan dengan media tabur dari tanah dan pasir dengan perbandingan 1 : 2 dan campuran ini disaring dengan kawat saringan berukuran 2 mm. Kemudian campuran ini sebaiknya disterilkan dengan cara digoreng sebelum dimasukkan kedalam bak plastik dengan tujuan agar bebas dari bibit penyakit. Biji kemiri disemai sedalam +/- 2,5 - 10 cm.
Penanaman dilakukan pada awal musim hujan dan dengan menimbun sampai batas leher akar, hati-hati akar jangan sampai bengkok. Jika ada akar yang sudah keluar sebaiknya dipotong.



BAWANG PUTIH
Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik , dan kucai.
Terdapat 2 jenis bawang putih yang popular di Korea iaitu varieti bawang putih tangkai keras dan tangkai lembut. Jenis tangkai keras sesuai ditanam pada musim sejuk sementara jenis tangkai lembut sesuai pada musim panas dan kawasan yang berhampiran dengan khatulistiwa.



BUAH PALA
Buah pala (bahasa Inggeris: nutmeg) ialah satu genus tumbuhan tropika yang pokoknya malar hijau. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia. Buah pala penting untuk dijadikan sebagai rempah.
Elakkan tanah yang terlalu berpasir dan tanah yang bertakung air.
Buah pala biasanya dibiak melalui biji benih.  Biji yang cukup matang dan besar dipilih dan disemai secepat mungkin.  Biji-biji benih disemai di batas atau di dalam kotak-kotak semaian yang berisi dengan pasir dan ditutup dengan guni. Apabila biji-biji telah bercambah, anak-anak semaian diubah ke dalam beg-beg plastik yang berisi tanah campuran apabila tingginya 5-8 cm (2-3 inci).  Anak-anak semaian diletakkan di tempat yang mempunyai saliran yang sempurna dan juga perlindungan yang cukup.



BAWANG MERAH
Bawang merah dikelaskan dalam keluarga Alliaceae dalam order Asparagales. Nama saintifik adalah Allium cepa var. aggregatum. Di Malaysia terdapat beberapa jenis bawang merah yang ditanam iaitu jenis Siam, Indonesia dan India.
Tanah gambut juga didapati sesuai dan keasidan tanah ialah antara 6.5-7.8.  
Amalan memotong di bahagian atas hujung bebawang sebelum menanam tidak menunjukkan kesan dalam mempercepatkan percambahan, sebaliknya cara ini akan menggalakkan jangkitan penyakit seperti jangkitan Fusarium.  



WIJEN
Wijen (Sesamum indicum L. syn. Sesamum orientalis L.) adalah semak semusim yang termasuk dalam famili Pedaliaceae. Tanaman ini cukup tahan terhadap kondisi kering, meskipun hasilnya akan turun jika kurang mendapat pengairan.
Mula-mula tanah dipacul sampai gembur. Buatlah lubang-lubang sedalam 2½ cm, lalu isilah dengan 4 – 5 biji wijen. Pada umur lima hari biji sudah tumbuh dan bila sudah agak besar, maka tanaman diperjarang jadi dua batang.
Pada waktu berumur dua minggu, tanaman harus disiangi dari rumput-rumput liar. Ini merupakan keharusan, agar sumber makanan di dalam tanah jangan sampai direbut oleh rumput-rumput liar tadi. Pada umur dua bulan, tanaman wijen sudah berbunga dan pada umur 4 – 5 bulan sudah dapat dipanen.



DAUN PANDAN
Pandan wangi (atau biasa disebut pandan saja) adalah jenis tumbuhan monokotil dari famili Pandanaceae yang memiliki daun beraroma wangi yang khas.  
Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di permukaan keliling anak pokok.
Sekiranya menanam dalam pasu, gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.  Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubang dan padatkan permukaan keliling pokok.
Siram anak pokok apabila perlu.  Cabut dan buang rumpai yang tumbuh keliling pokok.  

RESEPI-BUBUR LABUK (BERGABUNG)



Ramuannya:

3 kg Beras - dibersih berasingan
20 lit Air
10 cawan Minyak Masak-WIJEN
8 kg Daging - dikisar ( Minced Meat )
2 kg Sayur Campur dinginbeku ( Frozen mixed vegetables )
2 cawan Bawang Putih - dikisar
6 cawan Bawang Merah - dikisar
1 cawan Halia- dikisar
3 btg Serai - dikisar
3 cawan Buah Keras - direndam dan dikisar
3 helai Daun Pandan
1 cawan Daun Kari
2 sudu makan Buah Pelaga
2 sudu makan Kulit Kayu Manis
2 sudu makan Bunga Lawang
1 sudu Makan Bunga Cengkih
1 cawan Serbuk Jintan Manis
1 cawan Serbuk Jintan Putih
1 cawan Serbuk Lada hitam
2 cawan Serbuk Rempah Sup/ Kormah
5 lit Santan Pekat
8 kuib Serbuk Pati Daging
2 cawan Garam/secukup rasa
1 cawan Gula
3 biji Air Limau Nipis
Sedikit serbuk buah pala

Hiasan: Bawang Goreng dan Daun bawang dihiris
             Lada hijau

Cara Pembuatan:
Campurkan jintan manis, jintan putih, ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk rempah dan 8 cawan air.
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun pandan, daun kari, buah pelaga, bunga cengkih, dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan rempah dan kacau. Letakkan sedikit air.
Masukkan beras dan biarkan. Masak sehingga reneh hingga menjadi bubur.
Masukkan santan, buah keras, air limau, biar reneh selama 30 minit.
Akhir sekali...masukkan garam dan gula secukup rasa...hias mengikut tahap kreativiti

P/S: saje buat versi ala MB-MUSANG BERJANGGUT (MODEN) gitew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.127412 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list