CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Inessa

| V5.0 LOFALAND | Tentang Neelofa {2018}

 Close [Copy link]
Post time 7-12-2018 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Inessa replied at 7-12-2018 09:58 PM

Camna nak post igs?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cicisweets replied at 7-12-2018 11:20 PM
Camna nak post igs?

Inessa upload gambar macam biasa la cici. SS dari igs dan upload kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink bangga dgn cara hajjah bekerja dan cara hajjah jalinkan hubungan dengan semua reporter. Dengan jemput mereka semua makan bersama,berborak secara santai disamping berjumpa face to face dgn reporters dgn ini semua reporters dpt info yg sama, bukan dgr atas dengar atau cedok info dari sumber medsoc yg tak sepatutnya macam ig,igs dsbnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2018 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Cicisweets replied at 7-12-2018 11:20 PM
Camna nak post igs?

Screenshot Cici. Hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 10:13 AM | Show all posts

#repost  from @molliejdd I met the most precious soul today—@neelofa you are beautiful inside out. A real kindred spirit: smart and bold, yet ever so gentle and wise. I praise you for the woman that you are and for the amazing work that you do. Thank you for coming to #longchamp  #spring2019  luncheon. I am so happy that our paths have crossed. Rock on gorgeous lady 🙏🏻 #instahappy  #instagood  #instafashion  #fashion  #fashionblogger  #wkualalumpur  #instalove  #soulful_moments  #longchampss19  #womenempowerment

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 10:25 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2018 10:36 AM | Show all posts
Inessa replied at 8-12-2018 10:10 AM
Screenshot Cici. Hehehe.

Celah bedah  mana link igs
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 10:40 AM | Show all posts
Morning semua
Selamat berhujung minggu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2018 10:43 AM | Show all posts

Baju yg lofa pkai nie pernah npk misha omar pkai time nyanyi MM33 semifinal....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 10:57 AM | Show all posts
Buka igs lofa ramai nya org kasi gift dkat dia yg kelakar ade student dr uitm rembau buat kad utk dia aww so sweet....!tapi gift dr mizznina i like sbb dia kasi buku2 ugama & cd mufti menk ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 11:32 AM | Show all posts
IGTV hajah guysssss!

Hajah naikk MRT ke tuu?

Teringatt citee janji jujur sepii



#hajahberbawal
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat berhujung minggu semua minggu ni minggu paling sebuk. Phewww . Syukur Alhamdulillah semuanya semakin baik untuk hajjah, hajjah pun nampak happy dengan single life dia, busy dgn kerjaya dan keluarga , paling best tahun ni dia boleh luangkan masa dgn ramai baby, baby J, baby Ameena, anak sharmeela tahun depan adik baru inara
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqo replied at 8-12-2018 11:32 AM
IGTV hajah guysssss!

Hajah naikk MRT ke tuu?

Comel kan macam budak #form3
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapz replied at 8-12-2018 10:57 AM
Buka igs lofa ramai nya org kasi gift dkat dia yg kelakar ade student dr uitm rembau buat kad utk di ...

Tu la tengok td ramai bagi gift kat hajjah, 1 orang tak suka dia ramai lagi yg sayang sangat kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 01:37 PM | Show all posts
pinklepie replied at 8-12-2018 01:27 PM
Tu la tengok td ramai bagi gift kat hajjah, 1 orang tak suka dia ramai lagi yg sayang sangat kat d ...

Pink,ade haters lofa da jadi confused fans la hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 01:39 PM | Show all posts
pinklepie replied at 8-12-2018 01:23 PM
Selamat berhujung minggu semua minggu ni minggu paling sebuk. Phewww . Syukur Alham ...

Wah!hajjah lofa kite dikelilingi ngan babies
jgn fly lama sgt ye aunty oppa nanti semua anak2 buah rindu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2018 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapz replied at 8-12-2018 01:37 PM
Pink,ade haters lofa da jadi confused fans la hahaha!

Lalang dan semut ramai rapz, mana ada angin ada gula tumpah yang tu la dia ikut hehe. Takpa lah asal dia orang bukan kaki kutuk dan fitnah hajjah sudah.. Dia org nak suka ke tak nak pada hajjah terpulang pada minat masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 8-12-2018 01:25 PM
Comel kan macam budak #form3

Aku tgok bukan mcm budak #form3 daaa.. tp da mcm babyyyy J tahapp kecomelannn dia tuu..

Babyyy J comelll gilerrr kannn.. muke sebijikk mcm mama diaa..

#sismmgoverrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 02:01 PM | Show all posts
Sentiasa cari idea baru


Share


Tweet


Share













NEELOFA













Ramlah Zainal
[email protected]



Namanya tidak pernah sunyi dengan kontroversi sejak berkecimpung dalam dunia fesyen Muslimah lima tahun lalu.
Namun, pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa tidak pernah gentar untuk terus mengembangkan jenama dan empayar perniagaannya ke peringkat antarabangsa.
“Setiap kali saya muncul dengan fesyen terbaru, orang kita susah mahu terima dan akan melemparkan kecaman demi kecaman.
“Namun, apa yang saya perhatikan sejak dua tahun lalu, lama-kelamaan orang sudah mula menerima fesyen yang saya peragakan itu kerana ia pembaharuan dalam dunia fesyen dan suntikan daripada pereka fesyen antarabangsa,” katanya.
Oleh itu, kata pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 29, ini segala kritikan tidak sedikit pun menjejaskan usahanya untuk membawa jenama Naelofar Hijab ke pasaran global.
“Contohnya, macam mana orang kecam gambar saya dengan beg kertas yang turut menjadi tular sebelum ini, jenama dan fesyen Muslimah yang saya gayakan terus diterima di peringkat antarababangsa.
“Ketika isu terbabit tular, saya berada di Paris untuk bertemu pihak agensi di sana dan ternyata kecaman yang diterima di sini tidak beri kesan pun terhadap jenama di luar negara,” katanya ketika sesi temu bual bersama pihak media di hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebagai ikon fesyen, Neelofa juga sentiasa mahu mencari idea baru dengan sentuhan gaya pereka antarabangsa.
“Contohnya, gaya turban yang menjadi ikutan sekarang. Saya sentiasa membuat kajian dengan mengikuti Minggu Fesyen luar negara dan sesuaikan dengan gaya terkini,” katanya.
Lebih memberangsangkan, Neelofa bakal menandatangani kontrak dengan dua agensi di United Kingdom (UK) dan Perancis untuk mengembangkan karier dan perniagaannya di Eropah pada tahun depan.
Katanya, kedua-dua agensi itu bakal mewakilinya dalam bidang fesyen dan kecantikan selain mengembangkan rangkaian tudung jenamanya ke pentas antarabangsa.
“Insya-Allah, saya akan berlepas ke sana minggu depan untuk menandatangani kontrak bersama dua agensi terbabit yang akan mewakili saya mengembangkan rangkaian fesyen dan kecantikan di sana.
“Impian saya untuk membawa imej Muslimah dan berhijab dalam dunia fesyen kerana gaya sederhana semakin mendapat tempat di Eropah,” katanya.
Hakikatnya, Neelofa sudah lama mengimpikan mengembangkan karier dan perniagaan di luar negara tetapi tidak mengetahui saluran tepat untuk berbuat demikian.
“Ia berjaya dilakukan dengan bantuan ejen dari Amerika Syarikat, Norman yang kini berkhidmat sebagai pengurus global syarikat.
“Mengikut perancangan, saya akan ulang alik dari Kuala Lumpur ke United Kingdom dan Perancis serta akan berada di sana untuk tempoh dua hingga tiga minggu pada tahun depan.
“Selain urusan bisnes, saya juga merancang menyertai Minggu Fesyen di Milan dan Paris nanti,” katanya yang turut mengikat kontrak dengan Swarovski.
Masih bersama Meletop
Sekalipun sibuk dengan bisnes, Neelofa mengakui dia masih setia mengacarakan program Meletop sejak enam tahun lalu.
“Saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan program Meletop kerana ia sudah sebati dengan diri sejak dulu.
“Jika artis lain bertungkus-lumus untuk dikenali, saya pula sangat bersyukur kerana hanya bergantung pada satu program saja seperti Meletop untuk peminat tidak berganjak dari stesen televisyen setiap minggu,” katanya.
Ditanya sampai bila dia akan mengacarakan program Meletop, Neelofa belum ada sebarang perancangan.
“Sebelum ini, saya pernah terfikir untuk meninggalkan Meletop kerana penat dengan kecaman netizen dua tahun lalu. Namun, saya tetap teruskan kerana rezeki dalam bidang seni.
“Saya juga sudah beritahu pihak produksi Meletop mengenai perancangan untuk menandatangani kontrak dengan agensi di luar negara dan mereka juga sudah beri kelonggaran dengan jadual saya,” katanya.
Mengenai bidang lakonan pula, kata Neelofa, dia masih meminati cabang seni itu.
“Buat masa ini, sukar untuk saya komited kerana jadual padat dengan pelbagai aktiviti termasuk kerap ulang alik ke Eropah pada tahun depan,” katanya.
Antara lakonannya sebelum ini ialah Suri Hati Mr Pilot (SHMP) dan Ti Amor Sweetheart 100 Hari bergandingan dengan Zul Ariffin serta Red Velvet bergandingan dengan Alif Satar untuk slot mega drama Astro.




Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Disember 2018 @ 6:00 AM







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 02:04 PM | Show all posts
adeqo replied at 8-12-2018 01:58 PM
Aku tgok bukan mcm budak #form3 daaa.. tp da mcm babyyyy J tahapp kecomelannn dia tuu.. {:childlik ...

Ramai ckp muka baby J ada mcm lofa skit2...comel,cerdik & bulat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.654634 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list