CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikna99

Bloggers Gardening Member (Ver.4)

 Close [Copy link]
Post time 27-10-2009 10:44 AM | Show all posts
Shida,

akak bagi cash....by hand kalu pergie kuantan akak ikut....balik kampung MIL mesti somi akak suka sesangat...dapat jumpa mak dier lagie...gader2 pun pasal..

Khairi,
nak ikut jugak ker....boleh bawak kita semua Triang Botanical...hehehe...

enie,
umah MIL kat Jenga 1,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 11:03 AM | Show all posts
keciannya bdk2 tu. miss tgkkan org kita nie lebih pentingkan org luar. bila ada bencana luar negara sibuk nak derma itu ini. yg dok ada lam negara sendiri terbiar jek. padahal berapa byk warga emas yg hidup melarat. anak2 yatim perlukan bantuan pong byk tapi tulah anak kera di hutan disusukan anak sendiri dibiar kelaparan...

shida.. sedihnya bila bc citer pasal perempuan terbakar tu. sampai hati dorang tgk saja dia terbakar. menitis gak air mata. nanti miss masukkan pitis tuk budak2 tu. tapi tak dpt byk ler coz lom dapat gaji. takat mana yg ader jek
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:44 PM | Show all posts
1999# alifinara

alif...kat surat kabar mana part ni...saya cari tadi tak jumpa.  Nampak kesan accident tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:05 PM | Show all posts
2003# Sunor

Kosmo. Paper lain saya lom baca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2009 02:25 PM | Show all posts
1988# alifinara
simpati dgn mereka...
shida, cikna by hand bole ke..CIMB tak dak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 03:19 PM | Show all posts
dah jumpa berita tu...saya pun nak mintak maybank acc shida kalo ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2009 03:23 PM | Show all posts
Sunor,

PG 79 ada shida punya acc no....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 04:17 PM | Show all posts
Maybank saya takde, selain CIMB ada BSN. Cikna nak by hand boleh juga....nanti leh pass cik bella sekali.

Sunor, kalau takde CIMB, saya dulukan boleh tak? Nanti saya ambik duit kemudian.....
p/s:rumah belakang tu berapa squarefeetnya? 18x60 atau 22x60?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 04:18 PM | Show all posts
Alhamdulillah, kutipan setakat ini telah melonjak RM330. Syukur.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 05:48 PM | Show all posts
1970# alifinara

Ok shida..sat g kalau dapat online saya transfer yer..(sekali ngan duit catt ari tu)..phone tgh charge nih
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 08:40 PM | Show all posts
2001# sofiera


Triang Botanical? OK jersaya kalau nak melawat tengok koleksi yg tak seberapa......saya balik  boleh dikatakan setiap minggu ke sana... sabtu tiada sebab ada kat tempat satu lagi sehari suntuk..hari ahad baru buat kerja kerja taman di TBV..separuh hari hari....petang lepas zohor balik ke Klang balik..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 09:33 PM | Show all posts
salam,
maaf lama tak melepak kat sini...
officially sy dah jd suri rumah sepenuh masa ..
masih pelik nak adapt ngan suasana jd housewife nih ...
rasa pening2 lalat plak ..
laman makin tak berjaga plak sbb asyik mengeram dalam rumah .. tehehe ...

ok ..nk p meninjau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2009 10:43 PM | Show all posts
2008# alifinara
shida...
hubby kata dia nak bank in kan esok...nanti cikna bagitau kalu dah bank in ye...
thanx bella... shida punye hoya kita sihatkan dulu ya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 08:49 AM | Show all posts
2012# tteja

Aik, Tteja cuti belajar atau quit?

Aduhai, cemburunya dgn surirumah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 08:50 AM | Show all posts
2013# cikna99

Bella tu nak ke tanak atau kemudian?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 09:16 AM | Show all posts
2008# alifinara

boleh jugak nak dahulukan shida...nanti kutip ngan saya yer...heheeh. Jgn lupa pulak dah ler
BSN/CIMB saya ada...cuma nak menuju tu time keje patah kaki. Petang2 balik pun kul 7.  Kalo maybank laju jer boleh online.

*nanti kita pi ukur rumah tu dulu....tak sempat jenguk lagi.  Husband kata mmg market price dah tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2009 10:24 AM | Show all posts
bila shida nak jumpa kak  sofie ye..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 12:29 PM | Show all posts
2017# anggerikrimba

Hujung minggu ini. Insya-Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 04:15 PM | Show all posts
2018# alifinara

ok...

tadi call anak...minggu depan ada camping katanya..terus sy tanya camping kat mana..mujur kat padang sekolah saja...
lega rasa..
sy  simpati pd keluarga mangsa kejadian jambatan runtuh di kuala dipang. masih ramai yg belum dijumpai..
mudah2an anak2 tersebut selamat....
mungkin ini takdir tp pada sy ini adalah akibat dr kecuaian dan sikap sambil lewa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 09:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by khairimhd at 28-10-2009 21:42

Post Last Edit by khairimhd at 28-10-2009 21:41

2019# anggerikrimba


Nak tahu selanjutnya..ni le dia kisah jambatan tu...JKR tak luluskan pembinaannya..ni daripada malaysiakini..


Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

"Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat," katanya ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.

Pelan pembinaan jambatan yang dibina merentasi sebuah sungai berhampiran sekolah itu di Kampar sepatutnya dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum diluluskan, tambahnya.

"Kalau ikut amalan biasa, kena rujuk kepada JKR terlebih dahulu," kata Dr Safry.

Jelasnya lagi, JKR seharusnya dirujuk memandangkan jambatan itu dibina dalam sebahagian kawasan sekolah.

"Kawasan tapak perkhemahan di seberang sungai itu juga termasuk dalam kawasan sekolah," katanya, sambil menambah struktur itu dibina tanpa merujuk sebarang agensi teknikal.

Jambatan baru sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

Dr Safry, yang bakal menganggotai jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian berkenaan seperti diumumkan timbalan perdana menteri semalam, juga berkata:

"Setakat ini kita cuma dapat tahu tiangnya tercabut bersama dengan sangganya, sebab-sebab lain kita belum dapat pastikan lagi.

"Kita akan tengok aspek-aspek teknikal, butir-butir terperinci dalam pembinaannya serta integriti strukturnya."


P/S: Akhirnya siapa jadi mangsa...rakyat jelata jua....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.682421 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list