|
DIRANG MATI DIBAKAR: IBUNYA TERKILAN BILA PESALAH DIHUKUM 1 BULAN PENJARA ! post
[Copy link]
|
|
Sedih dan sayu je tgk wajah abg arwah Dirang....... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa tragedi arwah dirang nih langsung tak terkesan langsung dalam ati ibu bapa kat malaysia nih ..... contoh tiap2 petang aku pegi kuarters penjawat awam kat KL nih amik anak, aku tengok budak2 sekecik 3-4 tahun main2 kat kawasan kaki lima tanpa pengawasan orang dewasa .... diorang turun naik lif sendiri, mengacah2 kita yang tengah drive nih .... agaknya kalau dalam kawasan kuarters tu 100% selamat kot? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa tragedi arwah dirang nih langsung tak terkesan langsung dalam ati ibu bapa kat malaysia nih ...
daisies85 Post at 21-3-2012 09:09
sebab tu lah mcm saya cakap sebelum ni, bukan semua rakyat malaysia baca suratkhabar atau tonton berita kat tv atau baca berita kat internet.
jadi utk war2 kan kisah2 begini, rasanya wajar dimasukkan dalam silibus kursus nikah kahwin, "cara2 menjaga keselamatan anak2 kelak" dan sertakan keratan2 akhbar insiden2 yang lepas tunjuk kat bakal ayah dan ibu tu. rasanya now kat malaysia non-muslims pun dah ada kursus sebelum kahwin kan? jadi insiden2 ni akan dapat diketahui oleh bakal2 ibu dan ayah yang kemungkinan selepas kahwin tak ambil tahu isu semasa tempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu lah mcm saya cakap sebelum ni, bukan semua rakyat malaysia baca suratkhabar atau tont ...
mclaren Post at 21-3-2012 09:16
memang patut ada tindakan yang harus diambil ... tp tu lahhhh .... takde sape yang kisah .... ko jaga anak ko, aku jaga anak aku, apa-apa jadi pada anak masing-masing, sendiri tanggung .... sedih plak bila tengok keadaan macam nih dalam malaysia ... aku rasa kalau kat jepun mesti dah ada tindakan drastik yang diambil ... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana Mimie ni? Nak tahu apa yg sipembunuh ni buat kat Dirang yang menyebabkan kematiannya selain cek ...
kalwawi65 Post at 20-3-2012 17:57
Tunggu masa perbicaraan mahkamah nanti
Segalanya akan di dedah
Ahkak Mimi tu cleaner jerr kat balai polis tu
Mungkin dah dihalang dari akses internet
*matilah* |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 pompuan yg selotep mulut bayu kat PERMATA dolu pon geng2 ni
Mentaliti PPRT kaedahnya
Kes tu kat Kota Masai
Area yg sama lettewwww
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu masa perbicaraan mahkamah nanti
Segalanya akan di dedah
Ahkak Mimi tu cleaner jer ...
solstice Post at 21-3-2012 09:29
tu laaa.. gigih bebenor menafikan dirinya seorg anggota PDRM |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dia gi temankan si dirang tu... dengan dia2 sekali kena bakor!
mysara Post at 21-3-2012 10:06
Nyaris jerr... sbb lepas sejam Dirang x balik mak dia ni kerahkan pulak abg dia turun cari Dirang
Dah lah mamat pembunuh tu tengah high
Memang dia target anak2 depa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nyaris jerr... sbb lepas sejam Dirang x balik mak dia ni kerahkan pulak abg dia turun cari ...
solstice Post at 21-3-2012 10:25
tu la pasal... mak dirang ni tak perasan kot dan terlalu bersangkan baik sgt dlm dunia yg kelabu ini!
anak2nya comey2 .. mesti gila perut maknya... dah tak nak cakap pasal kesilapan maknya sbb dah ribu riban post ttg tu |
|
|
|
|
|
|
|
Xtau nak kata apa dah... Melimpah-ruah.. Moga jgnlah ada sapa2 berniat nak cuai terhadap membesarkan anak2 demi bantuan yg mcm2.. Ibu2 yg kematian anak yg lain mcm manalah nasib mereka?
Juita sedia bantu ibu Dirang
Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2012
PASIR GUDANG - Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Johor (Juita) bersedia untuk membantu ibu Nurul Nadirah Abdullah di bawah projek Juitaku Sayang.
Bantuan itu akan diberikan kepada Roselyn Alan, 25, untuk membolehkan ibu terbabit dapat menjana dan meraih pendapatan sendiri.
Penolong Setiausaha Kehormatnya, Datin Naini Drahman berkata, pihaknya berhasrat untuk menyenaraikan nama Roselyn untuk menyertai projek Juitaku Sayang XII yang menumpukan kepada penjanaan pendapatan ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah.
“Walaupun Roselyn bukan ibu tunggal, namun Juita berhasrat untuk menyenaraikan namanya untuk menyertai program menjana pendapatan sekiranya dia berminat.
“Menerusi projek ini, Roselyn akan diberi kursus kemahiran seperti menjahit, penjagaan bayi, urutan tradisional, kursus kecantikan serta penyediaan makanan, minuman dan pembungkusan.
“Selepas tamat kursus, dia akan ditawarkan pekerjaan oleh syarikat-syarikat tertentu yang boleh dilakukan di rumah tanpa perlu meninggalkan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membawa rombongan Juita melawat keluarga Dirang di Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini, semalam.
Pada kunjungan berkenaan, Naini bersama rakan-rakan Juita lain berkesempatan beramah mesra dan bertanya khabar dengan Roselyn selain menyampaikan sumbangan sebagai tanda sokongan dan simpati atas kejadian yang menimpa keluarga Dirang.
Naini berkata, Juita juga mahu menyenaraikan nama ibu Dirang ke dalam Projek Juitaku Sayang VI iaitu kemahiran ilmu keibubapaan bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai asuhan dan didikan anak-anak.
Selain itu, katanya, Juita turut sama merasai pemergian Dirang malah berharap sumbangan disampaikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sedih keluarga terbabit.
“Kami (Juita) sebagai seorang ibu, amat faham perasaan dialami ibu Dirang iaitu kehilangan anak. Justeru, dengan kunjungan dan sumbangan dihulurkan ini, sedikit sebanyak dapat menghilangkan kesedihan keluarga dan semoga Roselyn bersabar atas ketentuan Ilahi,” katanya.
Sementara itu, Roselyn ketika ditemui merakamkan ucapan terima kasihnya kepada semua pihak yang banyak membantu keluarga mereka sejak kehilangan Dirang termasuklah Juita.
Katanya, tawaran untuk menyertai Projek Juitaku Sayang itu diterimanya dengan hati terbuka, namun meminta kelonggaran untuk memberi tumpuan penuh kepada penjagaan dua cahaya matanya iaitu Mohd Hafis Abdullah, 6, dan Ainul Suhada yang berusia dua bulan.
“Peluang yang diberikan oleh Juita ini memang saya berminat untuk menyertainya, tetapi kalau boleh saya mahu membesarkan Hafis dan Suhada,” katanya |
|
|
|
|
|
|
|
hhrmmm makin lemak laaa mak si dirang ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Xtau nak kata apa dah... Melimpah-ruah.. Moga jgnlah ada sapa2 berniat nak cuai terhadap membesarkan ...
Manami Post at 21-3-2012 10:31
Depa ni kalau nak betul2 tolong sila buat ceramah kesedaran jaga anak pada seluruh warga PPRT area tu
Juga sila benteras penagih2/pusher/bohsia bagai |
|
|
|
|
|
|
|
okie le si juita tu sbb kasi pancing kat mak dirang
semoga dgn musibah ini menjadi pengajaran kpdnya sekeluarga
dgn kemahiran dan pekerjaan yg diberi nanti
akan mengubah nasib diri dan keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu masa perbicaraan mahkamah nanti
Segalanya akan di dedah
Ahkak Mimi tu cleaner jerr kat balai polis tu
Mungkin dah dihalang dari akses internet...
solstice Post at 21-3-2012 09:29
tau tak pe..
neh pun pinjam kawan (makcik buat teh) punya note..
boleh lah skodeng kejap2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2020# Manami
bodoh!:@ |
|
|
|
|
|
|
|
aiikkkkk mak dirang je kah yang dapat peluang bantuan ni?
kata kak mimik, ramai lagi warga flet tu yang dah ke laut.. patut bantu jugak yang lain2 tu. terutama 2 budak remaja yang tgh high dadah yang ayah dia sekat kak mimik kat tangga tu suruh tengok hal anak2 dia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aiikkkkk mak dirang je kah yang dapat peluang bantuan ni?
kata kak mimik, ramai lagi warga f ...
mclaren Post at 21-3-2012 10:52
kannnnnnnnn? aku tak faham la malaysia nih ... sungguh aku tak faham ... yang menyebabkan kematian anak sendiri dibantu macam tu sekali .. bukan lar aku kata tak payah bantu tp tolong la bagi kesedaran dulu pada mak si arwah nih pasal penjagaan anak2 sebelum ko tabur bantuan macam2 .... kalau dah macam nih, eloknye si pembunuh tu ko bagi la bantuan sekali ... kesian dia ye ... bukan salah dia pun bunuh arwah ... dia tengah high ... sama la macam tengah ilang ingatan .. ye dak? takde sape2 pun yang bersalah dalam hal ni agaknya ... semua tu takdir ..... adui laaaah ... sabarkan je la ati aku nih .... |
|
|
|
|
|
|
| |
|