CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bdk2

All About Perth, Australia Part III

   Close [Copy link]
Post time 24-10-2014 01:39 PM | Show all posts
zueu8 posted on 24-10-2014 01:02 PM
SALAM nak tya bulan berapa best gi perth . cadang g dlm bulan April next year. time tu best tak ? fi ...

zueu..kat first page ada musim2 di perth..rasa saya bulan april autumn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 01:59 PM | Show all posts
babytitot posted on 24-10-2014 01:39 PM
zueu..kat first page ada musim2 di perth..rasa saya bulan april autumn...

oo yer ker..thxs. spa plan nk g bulan april ..leh gather gather...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 02:50 PM | Show all posts
zueu8 posted on 24-10-2014 01:02 PM
SALAM nak tya bulan berapa best gi perth . cadang g dlm bulan April next year. time tu best tak ? fi ...

kalau suka tgk bunga tulip, datang dalam hujung bulan 8 ke bulan Sept.
Ada tulips kat Araluen.
Tu hari sy ingat sempat la tgk tulips, tp tak sempat dah. sbb tulips tu sekejap je musimnya.
Sangat kecewa. Huhu.

Terus rasa nak repeat lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 09:21 AM | Show all posts
lavender posted on 24-10-2014 02:50 PM
kalau suka tgk bunga tulip, datang dalam hujung bulan 8 ke bulan Sept.
Ada tulips kat Araluen.
T ...

lavender bila nak update?

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:35 PM | Show all posts
going in december. jenuh nak katam ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:44 PM | Show all posts
bungaros posted on 28-10-2014 04:35 PM
going in december. jenuh nak katam ni

wah, berkuntum kt sini rupenya kakak munge


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2014 04:47 PM | Show all posts
sakura2503 posted on 28-10-2014 04:44 PM
wah, berkuntum kt sini rupenya kakak munge

baru masuk ni. tu la...kot2 boleh dpt info yg boleh diguna pakai. setakat ni mmg blur lagi. apa taknya kali ni main redah je beli tix. masa yurop dulu berbulan buat homework ngalahkan thesis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:49 PM | Show all posts
bungaros posted on 28-10-2014 04:47 PM
baru masuk ni. tu la...kot2 boleh dpt info yg boleh diguna pakai. setakat ni mmg blur lagi. apa ta ...

x pe kaka munge, insyallah sempat lgi tu..
fighthing!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 04:51 PM | Show all posts
sakura2503 posted on 28-10-2014 04:49 PM
x pe kaka munge, insyallah sempat lgi tu..
fighthing!!

wish me luck!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:21 PM | Show all posts
Huhu.. sori @civicvtech2.0  .. lambat plak nak update.
Update kat FB, update kat blog..terus sini terlupa pulak..

Oke lah.. ni sy cerita ringkas2 je la ye.. kang panjang pulak.
Actually me tak pergi jejauh pun.. me round2 area CBD..
Tapi ada amik tours ke Wave Rock. Sbb ada masa lagi satu hari tu kan.

So, flight dari KL jam 8.50am, touch down jam 2.00pm.
Alhamdulillah.. proses imigresen berjalan lancar. Takde kena buka beg apa pun. Kalau tahu semua ku hangkut. Haha. Me cuma bawak canned food (sambal tumis ikan bilis n chicken curry) tapi tak makan pun kat sana. Siap bawak balik sini. Pastu bawak megi cup, instant mushroom soup, breakfast cereal yg kotak kecik2 tu.

Pastu keluar je terus beli simkad vodafone. Ada promo tau vodafone sekarang ni. $15 dapat 1GB dan buleh call ke Msia 2 jam. Ha.. mmg berbaloi sbb tak abis pun 1GB tu. Siap dapat guna as GPS lagi.

Kami naik bas je. Mula naik bas free ke terminal domestic. Dari situ naik bas transperth no. 37 (no. 40 pun buleh, tapi yg tu sampai dulu..naik je lah) Tambang $4.40 (kegunaan di zon 2, limit 2 jam)  Tak ambik family rider since dah petang and takde plan nak ke mana lagi dah.

Masa tu ada 3 orang gadis bersama kami. Tanya derang nak ke mana.. derang kata nak ke M'sia Hall. Jadi tahu lah itu grup @abil_tetra   .

Utk ke Msia Hall kena tukar bas lagi. Naik Blue Cat pulak utk ke MHall. Blue Cat ni free je. Tapi masa tu hujan.. bertabah je jalan kaki dalam ujan sambil menarik beg.. huhu



Dah check in, mandi apa semua.. terus keluar balik. Sbb lapau. Tapi masa ni dah nak petang. Kedai pun byk tutup jadi, kami makan di rest Indonesia Indah. Nasi goreng seafood $14.90. Share sbb banyak giler. Tu pun makan berdua tak abis.


Oke. Abis hari pertama..   Last edited by lavender on 29-10-2014 12:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:37 PM | Show all posts
Oke.. untuk hari ke dua pulak.
Plan adalah nak ke Rockingham. Nak pergi Penguin Island. Samada nak tgk dolphin atau pun pergi terus pulau penguin. Tapi hujan
(Sila refer web ramalan kaji cuaca.. sbb effect yer pada itinerary kita.. ni utk yg travel sendiri lah kan)

Jadi, terus ke Freemantle.
Naik tren.. patut ambil lah family rider kan. Tp tersilap..ter beli tiket biasa. Padan lah muka.. huhu.
On d way tu singgah Subiaco Station Street Market.
Kat sini ada jual buah2 yg fresh. Ada juga kedai makan Msia - Love n Care Cafe.
Kami singgah sini tak plan pun. Ni pun sbb ada chinese Msian yg tegur kami masa nak naik tren. Dia nak pergi subiaco..so, follow dia.


Lps tu tgk2 kami teruskan pergi Freemantle.


Memula jalan kaki ke market dia. Market macam Subiaco jugak. Ada jugak cenderahati semua. Ala ala CM. Tapi tak beli pun.
Lps tu pergi E-Shed. Hah! kat sini la shopping bagai nak rak. Giler lama kot pusing2 kedai Megabes tu. Masuk je kedai mmg uncle tu akan tegur kita in BM. Hihi. Tak tanjat pun uncle sbb mmg dah tahu. Siap dia ajak pergi kedai dia yg kat Malaga tu. Eh. Betul ke Malaga.

Mmg murah lah Megabes tu. Depan dia kedai Aussin. Pun sama lebih kurang. Tapi cam syok lagi kedai Megabes lah.

Lps dah shopping baru pergi makan Fish n CHip kat Cicerellos.
Hujan lagi masa ni. Mmg tak dapek la nak makan kat luar kan. Huhu.



Pastu naik bas CAT yg free tu pusing2 freemantle. Stop kat tren station. Pergi balik E-Shed sbb macam ada souvernir tak cukup.

Then naik tren, balik semula ke Perth City. Singgah semula di Subiaco sbb nak beli epal. Epal dia sedap wess..

Sampai je, cari Yellow Bas nak pergi Harbour Town pulak. Sini macam JPO lah.. byk jugak yg best, tp masa tu mood tak berapa nak best.. jadi, tak beli apa pun.

Dah nak petang.. balik lah ke MH. Last edited by lavender on 29-10-2014 03:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:54 PM | Show all posts
Hari ketiga. Isnin.
Hari ni weols sewa kereta.
Sewa kat Aries. Sehari $60. Pastu amik GPS $10.
Deposit $400. Swipe je CC. Tp dia release balik dalam masa 7-10days. Tak berapa berkenan yg ni.. tp apa nak buat.. mujo jugak masih tak masuk bulan lain..if not, sure kena caj kan..
Dapat kereta comel Nissan Pulsar. Husband kata sedap bawak..


Lesen lama diterima ya.. mula ingat tak buleh. Kalau tak buleh, me la drive sbb me dah ada lesen baru. Tp dia terima lesen lama, jadi husband lah drive.

Memula plan nak ke Danish Pattiserie. Tapi dah lewat. Ambik kereta pun dah dkt pukul 9. Jadi, shoot terus ke Caversham.

Ya Allah...best kot Caversham ni.. paling best adalah bagi makan kanggaro.
Ambik je lah makanan dia dalam tong yg disediakan.


Kami kat situ dalam 2 jam lebih. Dapat la tgk show apa semua.

Settle situ terus ke Choc Factory. Dekat je ngan Caversham. Beli coklat and air coklat yg sedap hoi!

Then, baru lah ke Danish Pattiserie tu. Sebenarnya plan nak ke Araluen Botanical Garden. Tp husband mcm nak hantar kereta petang tu jugak.. dia malas nak carik parking, bayar parking utk semalaman kan.. so, akur je lah. Lagipun, takde tulip dah pun.. Beli n lunch je kat Oscar tu (Danish Patt)



Lps tu pergi Belmont Forum. Pegi Big W.. tengok corelle. Diner set dia tak  berapa menarik. Tp beli gak lah bakeware set. $35 sahaja. Sbb kat sini tak pernah pun nampak orang jual. Husband kata beli je, kang balik Msia termimpi2 plak. huhu.

Kat sini gak beli perfume kat Priceline.

Settle semua, balik ke MH, hantar barang. Then pergi hantar kereta.
Dah hantar, lepak2 tepi swan river since kedai sewa kereta ni mmg dekat dah nak jalan pergi ke tepi swan river yg cantik banget tu.


Lps tu jalan2 sampai la ke Swan Bell, jalan2 ke London Court dan balik ke MH.

Fuh.. nak lunch dulu.. nanti kita sambung pulak utk hari seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 02:26 PM | Show all posts
lavender posted on 29-10-2014 12:54 PM
Hari ketiga. Isnin.
Hari ni weols sewa kereta.
Sewa kat Aries. Sehari $60. Pastu amik GPS $10.

semakin berkobar2 nak ke Perth ni..countdown lagi 10 hari.. btw tq @lavender for the tips and sharing..saya ada pm, nak request something.. tq!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 02:55 PM | Show all posts
oke sambung lagi eh..
Hari ke empat (21.10.2014)

Hari ni Alhamdulillah cuaca baik.
Hari ni free n easy saja.
Pergi Univ of Western Australia. Naik bas saja. Tambah dari Wellington Stn $2.90 (limit 2 jam dalam zon 1).

Cantik banget Uni nih.. Ya Allah.. terus rasa nak buat post-grad kat sini. Terus kobar2 nak mintak HLP next year. Haha. Husband pun kata kalau belajar sini mesti best je nak study. Ye lah, keluar sket dari Uni tu dah nampak pemandangan swan river.. best gilak!

Lps tu jalan2 tepi swan river sampai lah jumpa blue boat house nih.

Ni mmg impian dari Msia lagi. Nak bergambar kat sini. Kena.. wajib.. jadi, tercapai lah impian.
Tapi gayat kot nak pergi dedekat rumah tu.. air berombak kuat.

Dah settle capai impian, pulang semula ke Perth City. Naik je bas. Tunjuk je tiket. Berhenti kat Esplanade Busport, tukar bas Blue Cat - pergi Barrack St. Makan kat Restoran D'Ancasa. Nasi goreng sambal belacan katanya. Haha. So, Malaysian kan.. sampai ke Perth carik sambal belacan.

Kami ada pergi sykt tours sbb nak ambik tour utk hari esuknya. Mula ingat nak pergi Pinnacles tapi hari Rabu dia tak pegi. Yang pergi - Wave Rock. Sebenarnya tak berapa nak pergi Wave Rock ni, tp memandangkan kita nak "bunuh masa" jadi ambik je lah full day tour ke Wave Rock tu.

Lps dah beli tour, pergi ke Kings Park. Apa lah erti ke Perth kalau tak pergi Kings Park kan. Sebenarnya kalau dari UWA tu dah dekat ke Kings Park. Tapi takpe lah. Naik bas je. Dari perth city (St George Tce), bas transperth tu free je. Nanti dia drop terus dalam Kings Park. Tak perlu naik tangga tinggi.

Kings Park ni luas amat. Pitam nak habiskan seluruh. Tapi kami jalan jugak lah smpai ke jambatan tu. Glass bridge ke apa ntah namanya.

Dah lelepak tu balik ke area Hay St, jalan2 jap. Then balik ke MH sbb nak kemas bag since esuk pepagi ada orang pick up utk tour pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 03:30 PM | Show all posts
Early December agak2 panas tak kat Perth tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dah settle dah eta...alhamdulillah Ok to board sumer ahli rombongan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 12:39 PM | Show all posts
selamat bercuti audetom...nnt share info pulak ye..cam lavender...syoknye dengar semua dah ready nak berangkat....have fun..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
babytitot posted on 30-10-2014 12:39 PM
selamat bercuti audetom...nnt share info pulak ye..cam lavender...syoknye dengar semua dah ready nak ...

sy dlm 3 mgu lg...ermmm, tak sabar rsnya. Tp adik sy tup tup peknen ler plak...harap2 dia tak mabuk teruk ler..kang spoil plak mood memasing.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:46 AM | Show all posts
TQ Lavender bagi info.... lagi 1 minggu... bedebar2 ni....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:32 AM | Show all posts
civicvtech2.0 posted on 24-10-2014 10:02 AM
oo..kalau macam murah lah perfume di perth ni..boleh lah usha2 nanti.
Ni off topic sket.Nak cerit ...

tapi kalo bawak baby lepas je kalo bawak air more than 100ml....... xde masalah...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 1.252828 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list