CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[Tempatan] banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2

[Copy link]
Post time 10-12-2013 08:12 PM | Show all posts
Malaysian Meteorological Department
Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Jingga)

Dikeluarkan pada: 06:10pm pada 10 Disember 2013

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

Dikeluarkan pada : 12:17 pm pada 10 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Putih, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu, 11 Disember 2013.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikeluarkan pada : 12:17 pm pada 10 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) mulai Rabu, 11 Disember 2013 sehingga Khamis, 12 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikemaskini pada : 6:10 pm pada 10 Disember 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Perak (Daerah Batang Padang), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat), N. Sembilan (Daerah Jelebu, Jempol, Tampin, Kuala Pilah dan Rembau), Melaka, Johor (Daerah Ledang, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) dan Pahang (Daerah Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin) dijangka berterusan sehingga awal malam, Selasa 10 Disember 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Perak (Daerah Kampar dan Hilir Perak) dan Johor (Daerah Segamat).

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2013 08:15 PM | Show all posts
Just want to share. . dari fb budak pantai timur

Gua perati..disaat saat kritikal mcm banjir teruk di beberapa buah negeri... Waktu inilah paling senang org2 tertentu nak dapat publisiti. Nak dapat pujian. Nak dapat tepukan gemuruh. Dan dan mereka2 ini tahu macamana nak dapatkan semua tu.

Angkat satu baby yg sedang pakai lampin sarat kencing hingus meleleh, peluk rapat sikit..flash kamera lip lap lip lap...headline " so and so penyayng perihatin berjiwa murni "

Hulur pampers roti sebuku, air sebotol, cecah kaki dalam air separas buku lali..kasik basah sikit hujung seluar atau kain.." so and so terbaik dgn berjiwa rakyat membantu di kala susah"

Gambar dirakam Duduk bersembang borak kosong senyum lebar sambil tepuk tepuk bahu kak muslimah dari pekan pahang yg tidur melata di dewan serbaguna dgn kain hampir terburai x de khemah nak berlindung tukar coli.." so and so dpt gambar dishare beratus kali"

Memang mudah...dan memang inilah saat dan ketika nak bina rapport kalau dah masam atau busuk sebelum ni.

Tp jangan lupa boh..itu mmg tanggungjawab yg x perlu snap gambar beratus kali... Itu tanggungjawab ihsan perikemanusiaan bg yg mampu utk menolong yg memerlukan.

Itu pahala. Itu sedekah.

Ramai yg muka x dpt snap dan aksi x masuk buku atau wall atau paper...dan mereka2 ini hanya nak buktikan pada tuhan bahagian mereka. Gua salute!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 08:54 PM | Show all posts


MESRA … Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertanya khabar kepada mangsa banjir ketika melawat Kampung Lamir yang ditenggelami banjir dekat Pekan, pada Selasa. Perdana Menteri turun padang bagi mengetahui perkembangan terkini banjir di Pahang yang dilanda banjir luar biasa pada tahun ini. -Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 09:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 09:09 PM | Show all posts
STONER posted on 10-12-2013 05:41 PM
ni aku dah buat kajian

Cepat benor ko buat conclusionnya.  


Btw harap mod @NIXAR kredit byk2 ke @miawpink @tuanwu dan lain2 yg tempek gambar.  Kpd yg bergaduh bermaki2an harap mod potong kredit.

@C.K
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 09:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2013 09:28 PM | Show all posts
sayang_mulut posted on 10-12-2013 06:50 PM
najib ni kalau berdiri mmg jenis kepit telur eh?

Tahan kenceng kotzzz. @selipargombak
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 09:52 PM | Show all posts
Beberapa gambar Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di naiki air pada pagi tadi yang bertarikh 10/12/2013,Selasa.Antara bangunan yang terjejas di Ipd Dungun, kediaman rumah pegawai,berek anggota,serta surau Al-hidayah Ipd Dungun.Jalan utama turut dinaiki air dan mengakibatkan aliran trafik dari kedua-dua arah bermasalah.Untuk makluman terakhir kali kejadian ini berlaku pada tahun 2005.

PolisDungunTerengganu













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2013 09:55 PM | Show all posts
mampos lah sabery kena hamun kalu video ni sampai ke pengetahuan wak zahid
polis pun kena mintak bantuan dgn pas kemamang
perumahan polis pun putus bekalan bantuan tak sampai2
parokkkk parokkkkkkk


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 10:03 PM | Show all posts
hzln posted on 10-12-2013 09:55 PM
mampos lah sabery kena hamun kalu video ni sampai ke pengetahuan wak zahid
polis pun kena mintak ba ...

Budak2 unit amal datang...waktu itu ada air lagi ga shilap saya...mereka tidak dpt bekalan makan selama 3 hati...bila budak2 ini masuk mereka terus marahkan budak2 ini....karena mereka igt budak2 ini dari badan kerajaan negeri ...sekali budak2 ini cakap...kita bukang org kerajaang..kita orang pah...kita dok au benda...kita mari sebak orang wi bantuang....diamlah org yang marahkan budak2 pas ini...dtg naik bot jika saya ga salah...ke sudah reda airnya...kurang perasan tika budak2 ini balik cerita...hehe salute budak2 ini

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 10:04 PM | Show all posts
Rasanya 5 hari ga dpt bekalan yang dekat kuarters kerajaan itu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 10:13 PM | Show all posts
sooooo...

@MelahJanda, ada ke takde bajet utk penempatan banjir ni... nak bagi khemah pun terkemut2 jer Mr Cheek tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 10:47 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 10-12-2013 09:09 PM
Cepat benor ko buat conclusionnya.  

lepas tu jangan ada yang sentap buka thread baru.... kata momod hazab....


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 10:48 PM | Show all posts
hzln posted on 10-12-2013 09:55 PM
mampos lah sabery kena hamun kalu video ni sampai ke pengetahuan wak zahid
polis pun kena mintak ba ...

ikut teman dengor dah tiga hari yer kata pak polis tu...

kena tahan naik pangkat la lepas ni pak polis ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 10:53 PM | Show all posts
Tengok TV Online
Tengok TV Online

Eksklusif: Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara sekolahkan ahli politik & keyboard warrior
Sensasi
10.12.13

Share on printPrint Share on emailEmail


Sejak kebelakangan ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati banyak pihak mengambil peluang untuk memberikan pandangan dan tidak kurang juga kritikan berhubung pelaksanaan operasi pengurusan banjir terutama di Pahang dan Terengganu. Justeru, MKN terpanggil untuk memberikan respon terhadap surat terbuka daripada Nur Adilla Abd Rahim bertajuk "Surat terbuka kepada Majlis Keselamatan Negara" bagi menjelaskan keadaan sebenar serta menangkis persepsi negatif terhadap jentera pengurusan bencana negara yang dicanang pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu.


Penulis menyatakan kehairanan beliau terhadap tahap ketidaksiagaan badan-badan kerajaan tertentu sedangkan Malaysia menghadapi situasi banjir saban tahun. Luahan beliau, hanya apabila Ahli Parlimen Kuantan membawa perkara mengenai banjir di Kuantan ke Dewan Rakyat barulah ia mendapat perhatian pemimpin tertinggi negara. Hal ini memperlihatkan bahawasanya kedua-dua penulis dan Ahli Parlimen Kuantan tidak mengikuti perkembangan semasa.

Banjir yang berlaku di Kuantan bermula pada 2 Disember 2013 dan Ahli Parlimen Kuantan hanya membawa perkara ini ke Dewan Rakyat pada 4 Disember 2013. Pada waktu YB Fuziah Salleh mengutarakan usul berkenaan, anggota tindak balas sudah pun beroperasi selama dua hari bagi mengeluarkan mangsa untuk dipindahkan ke pusat pemindahan dan mangsa yang berjaya diselamatkan adalah seramai 13,460 orang di Kuantan sahaja. Pemindahan seluruh negara setakat jam 12.00 malam 4 Disember 2013 melibatkan 21, 253 mangsa. Sebenarnya, Puan Nur Adilla dalam tulisan ini memberi gambaran bahawa YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan tidak turun ke padang sewaktu banjir mula berlaku serta tidak mengikuti perkembangan banjir di kawasan Parlimen Kuantan yang beliau wakili.

Adalah tidak adil bagi penulis untuk menyimpulkan bahawa operasi menyelamat, memindah, dan pengagihan keperluan kepada mangsa banjir hanya dilakukan oleh MKN setelah ditekan dan didesak oleh ahli politik. Perlu dijelaskan di sini bahawa MKN menguruskan bencana tanpa dipengaruhi sebarang fahaman politik mahupun individu berkepentingan. Prioriti utama adalah menyelamatkan nyawa tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, serta fahaman politik seseorang.

Dakwaan penulis dan juga Ahli parlimen Kuantan turut memperlihatkan ketidakfahaman mereka tentang sistem pengurusan bencana negara yang setaraf dengan sistem antarabangsa seperti badan-badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) yang meliputi aktiviti sebelum, semasa dan selepas berlakunya sesuatu bencana.

Walhalnya, sebelum dicadangkan oleh penulis sekali pun, MKN saban tahun mengambil langkah melakukan persiapan sebelum berlakunya bencana banjir. Hasil daripada post-mortem pengurusan banjir bagi musim tengkujuh lalu digunakan bagi memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti supaya jentera pengurusan banjir akan datang lebih berkesan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Sejurus negara menghampiri musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut 2013/2014, MKN mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) pada 24 September 2013 sebagai langkah persediaan awal. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan sebanyak 4 hingga 5 episod hujan lebat akan berlaku dalam tempoh sehingga Mac 2014. Episod hujan lebat yang menyeluruh selama 3 hingga 7 hari akan menyebabkan risiko berlakunya banjir. Melihatkan keadaan ini, MKN mengarahkan supaya agensi serta aset pengurusan banjir diletakkan dalam keadaan bersiap sedia. Untuk makluman, wakil kerajaan Negeri turut dijemput untuk menghadiri Mesyuarat JPBP bagi berkongsi maklumat mengenai persediaan jentera pengurusan banjir serta ramalan keadaan cuaca. MKN negeri juga mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di negeri masing-masing bagi menyelaraskan persediaan di peringkat negeri dan daerah.

Pendek kata, kerajaan melalui pelbagai agensi pengurusan bencana termasuk MKN melakukan semua persediaan yang perlu bagi memastikan operasi menyelamat dan perpindahan dilakukan sepantas mungkin bagi mengelak kejadian tidak diingini serta memastikan bekalan dan keperluan di pusat pemindahan adalah mencukupi.

Untuk makluman penulis, seramai 56,997 anggota daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta Jabatan Pertahanan Awam di seluruh negara diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk memberikan bantuan. Selain itu, aset kerajaan yang boleh dikerahkan untuk operasi banjir di seluruh negara ditempatkan mengikut zon. Melihat kepada keadaan banjir semasa di pantai timur, MKN dan agensi-agensi tindak balas berkaitan mengambil tindakan untuk menggerakkan kekuatan dan aset di negeri-negeri yang tidak dilanda banjir bagi meningkatkan keupayaan agensi tindak balas dalam operasi banjir di kawasan yang terjejas banjir.


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan di pusat-pusat pemindahan mewartakan sebanyak 4,696 pusat pemindahan di seluruh negara yang boleh menempatkan seramai 1.3 juta mangsa. 54% daripada pusat pemindahan yang dikenal pasti adalah Kompleks Penghulu, Dewan Orang Ramai, Pusat Komuniti, dan lain-lain. Selebihnya adalah sekolah. Selain itu, JKM juga menubuhkan Depot Simpanan Keperluan Bencana dan Stor Bencana Negeri di beberapa lokasi strategik di Pengkalan Chepa, Kemaman, Bedong, Sungai Buloh, dan Muar. Selain itu, terdapat 513 Pangkalan Hadapan bagi menyimpan stok barangan makanan dan barangan bantuan bencana ke kawasan yang berisiko terputus hubungan atau terputus bekalan.

Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Perancangan dan persediaan tidak selalunya berjalan lancar terutama dalam keadaan dunia yang mengalami perubahan iklim. Penulis seharusnya sedar cabaran yang dihadapi oleh agensi pengurusan bencana apabila terpaksa berdepan dengan cuaca ekstrem yang membawa kepada bencana. Dalam kes di Kuantan, rekod cerapan hujan dari 1 hingga 3 Disember adalah sebanyak 900 mililiter. Cerapan ini adalah tiga kali ganda daripada jumlah cerapan sepanjang Disember bagi 2012 iaitu 330 mililiter sebulan. Faktor ini, ditambahkan dengan fenomena air pasang besar menyebabkan air naik dengan mendadak sekali.

Sistem ramalan awal Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) setaraf dengan negara maju. Namun, apabila melakukan ramalan bagi cuaca tropika seperti di Malaysia, ia ternyata agak sukar dan ini turut diperakui oleh pakar-pakar meteorologi dunia. Ramalan berlakunya episod hujan walaupun dapat dilakukan 7 hari ke hadapan namun ia tidak dapat menentukan lokasi tepat kejadian hujan, sebaliknya hanya secara umum. Lanjutan daripada ramalan JMM, amaran awal disebarkan melalui media termasuk media elektronik dan bantuan polis supaya penduduk di kawasan berisiko berjaga-jaga. Sejurus air mula naik, agensi penyelamat melakukan operasi pemindahan.

Mengenai dakwaan tentang bantuan yang lambat tiba serta keadaan yang teruk di pusat pemindahan, ia harus dicerna dengan minda yang rasional. Harus difahami bahawa kerja pemindahan memerlukan masa berikutan keadaan cuaca, jumlah mangsa, serta faktor yang tidak dapat dielakkan. Terdapat mangsa yang enggan berpindah meskipun dipujuk dan akhirnya terkandas berikutan air naik terlalu dalam.

Peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir melebihi jangkaan awal menyebabkan keadaan agak tidak tersusun di pusat-pusat pemindahan pada peringkat awal. Ekoran daripada kenaikan aras air yang tinggi akibat hujan ekstrem dan air pasang besar, terdapat beberapa pusat pemindahan turut dibanjiri. Mangsa di pusat pemindahan berkenaan terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan lain yang menyebabkan sedikit kesesakan.

Berikutan situasi ini, JKM juga terpaksa mengambil langkah menyusun semula pengagihan bekalan makanan dan bahan mentah bagi memastikan keperluan mencukupi. Selain itu, pihak berkuasa turut mengalami cabaran daripada segi logistik bagi menghantar bekalan berikutan keadaan cuaca yang buruk serta jalan raya ditenggelami air. Namun, ini hanya berlaku pada peringkat awal pembukaan pusat pemindahan sahaja dan keadaan kini lebih stabil dan bertambah baik serta bekalan keperluan adalah mencukupi. Bagi kawasan yang terputus hubungan, bantuan dihantar melalui helikopter.

Melihatkan keadaan semasa banjir yang melanda negara, MKN perhatikan ramai yang cuba membandingkan Malaysia dengan negara Jepun yang dikatakan lebih unggul dalam menguruskan bencana. Walaupun ia adalah suatu perkara yang positif bertujuan penambahbaikan, namun adakah mereka ini sedar bahawa apabila negara Jepun dilanda bencana, semua pihak di segenap lapisan masyarakat meletakkan perbezaan fahaman politik dan ideologi mereka ketepi dan berganding bahu untuk menangani krisis yang dihadapi.

Kerajaan Jepun seperti lain-lain negara yang dilanda bencana yang diluar jangkaan atau berskala besar turut mengalami masalah untuk menguruskannya di peringkat awalan. Menyedari hakikat ini, masyarakat setempat serta organisasi sukarelawan tempatan memainkan peranan mereka sebelum ketibaan pihak berkuasa. Mereka ini mempunyai kesedaran tinggi peranan dan tanggungjawab yang seharusnya mereka mainkan tanpa menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Ini membolehkan negara mereka untuk bangkit kembali dengan pantas selepas berlakunya musibah. Masyarakat Jepun sama ada orang awam atau parti politik tidak memijak di atas kepala agensi dan anggota penyelamat untuk mendabik dada sendiri.


Dalam keghairahan kita untuk membandingkan situasi dalam negara dengan negara luar yang dirasakan lebih ke hadapan, seharusnya kesediaan masyarakat untuk turut sama menggalas perubahan juga harus diambil kira.Tahap kesedaran rakyat Jepun terhadap pentingnya untuk bersedia menghadapi bencana adalah amat tinggi. Menyedari bahawa mereka tinggal di kawasan yang berisiko menghadapi bencana alam, mereka memberikan kerjasama dalam melaksanakan langkah persediaan termasuk mengambil insurans bagi melindungi harta benda mereka.

Mengenai bantuan berupa wang berjumlah RM500 yang didakwa penulis sebagai terlalu sedikit, ingin diperbetulkan di sini bahawa ia bukanlah sebagai pampasan atau ganti rugi kepada kerugian yang dialami mangsa. Terma yang sebetulnya bagi pemberian wang kepada mangsa ini adalah sumbangan Bantuan Wang Ihsan kerana ia hanya bagi meringankan beban kepada mangsa atas dasar keprihatinan kerajaan bagi membolehkan mereka ini memulakan kehidupan sejurus selepas berakhirnya banjir.

MKN juga mengambil kesempatan ini untuk menjawab tohmahan kononnya Bantuan Wang Ihsan terlebih dahulu masuk ke dalam poket segelintir pihak yang tamak. Sebagai makluman, sumber kewangan bagi peruntukan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa bencana adalah daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang tertakluk kepada tatacara kewangan kerajaan sedia ada dan proses pengauditan.

Proses penyerahan Bantuan Wang Ihsan juga tidak dilakukan sewenang-wenangnya, dan memerlukan dokumen pengenalan diri selain hanya empunya diri iaitu ketua keluarga yang disahkan dibenarkan untuk mengambilnya. Semua keluarga yang layak akan diberikan Bantuan Wang Ihsan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik waima mereka mengenakan pakaian melambangkan parti yang disokong sekalipun semasa proses penyerahan. Hasilnya, akaun KWABBN bebas daripada sebarang komen audit yang negatif berikutan ia diuruskan dengan baik.

Sebagai makluman, negara pernah mengalami situasi banjir yang lebih buruk dan menyeluruh di seluruh negara melibatkan lebih daripada 230,000 mangsa yang berpindah pada 2010, selain daripada 140,000 mangsa pada 2006 dan 100,000 mangsa pada 2005. Namun, situasi banjir semasa yang diperlihatkan adalah seolah-olah kerajaan tidak berdaya untuk menguruskannya, sedangkan mangsa yang terlibat pada ketika ini berjumlah sekitar 50,000 orang iaitu jauh lebih sedikit. Hakikatnya, realiti di peringkat lapangan, keadaan ini masih boleh dikawal dan ditangani dengan baik walaupun terdapat gangguan dan cabaran logistik pada peringkat awal.

Tujuan MKN mengemukakan respon bukan disebabkan tidak boleh menerima kritikan tetapi bagi memperbetulkan salah faham serta kesalahan fakta yang didakwa oleh banyak pihak termasuk penulis sendiri. MKN menghargai segala pandangan konstruktif yang diutarakan. MKN sentiasa berusaha untuk memantapkan dan memperbaiki sistem pengurusan bencana dalam keadaan perubahan iklim dan senario pembangunan negara yang rancak. Namun, ia juga perlu mengambil kira keupayaan dan kapasiti negara selain melihat kepada kebolehmampanan kepada sesuatu usaha yang dilakukan.

Semua pihak dipohon untuk tidak melihat dari jauh dan mempolitikkan pengurusan bencana serta mengambil tindakan menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan kestabilan dan kelancaran operasi banjir yang boleh merendahkan moral petugas yang sedang bertungkus-lumus memberi khidmat terbaik kepada masyarakat. Sebaliknya, semua pihak perlu berganding bahu bagi membantu jentera pengurusan bencana di peringkat tempatan. Nur Adilla Abd Rahim adalah seorang yang terpelajar. Justeru MKN yakin puan faham dengan maksud "Good deeds should be spotlighted and not laserred". – 10 Disember, 2013.

Datuk Mohamed Thajudeen
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 10:56 PM | Show all posts
Zack Rahim

Ahli Parlimen Kuantan, Pn Fuziah Salleh bertungkus lumus untuk cuba sampai kepada mangsa2 banjir walau apa cara sekalipun sejak hari pertama banjir melanda Kuantan sehinggalah saat ini. Sewaktu saya disana, saya turut berbincang dgnnya untuk membuka Bilik Gerakan Banjir di Surau Medan Warisan, Jalan Gambang. Malah pagi2 hari pertama saya sampai, beliau menelefon saya beri taklimat keadaan banjir disana dan bantuan yg perlu kami hulurkan. Hanya tengah malamnya baru dpt berjumpa dgnnya di surau utk berbincang dgn lebih lanjut. Semoga Allah berkati segala usahanya dan anak2 buahnya di Kuantan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2013 10:57 PM | Show all posts
Awani Pahang

NAK TANYA SIKIT BOLEH ?
Anda nak terima tak bantuan dari orang yg anda tak suka?

Tanpa cenderong pada mana-mana parti politik, saya kira tak salah jika mereka letak logo pada 'bantuan' sebab ini adalah normal.... malahan sebuah pasaraya pun akan iklankan pasarayanya dalam hal yg sama..

Lagi pun mana ada prosedur kata tidak boleh. Ini adalah atas dasar niat pihak pemberi. Semua orang atau organisasi punya niat tertentu. Yang mana satu betul, itu adalah pada pandangan pihak yang menerima. Semua parti politik samada BN, UMNO, PKR, PAS pun akan buat benda yg sama berdasarkan kemampuan mereka. Malahan NGO pun buat benda yg sama. Siap posing lagi bergambor dgn barang bantuan macamlah YB, YB!!!.

Soklannya adalah, kenapa mereka buat gitu? Adakah nak nama? Adakah nak publisiti? atau adakah nak kempen atau iklan? (...dan Kebanyakannya nak publisiti....)

Bagi kita penerima, mudah sangat.... Kalau rasa pihak pemberi tu tak ikhlas, tak usah kita terima. Mudah bukan? Yang penting, janganlah kita hingga nak lemas tenggelam air pun, tak mau sambut tangan yang menghulur hanya kerana tak suka orang itu atau kerana pelampung ada cop logo parti orang lain.(rasa kelakar pun ada).

Yang moleknya, dalam hal-hal bencana, kecemasan dan kematian.... tak perlulah di politik..... terima saja lah bantuan dari sesiapa pun... PEACE!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 11:00 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 10-12-2013 09:28 PM
Tahan kenceng kotzzz. @selipargombak

telur dia kecut laa masuk dalam perut.. sebab tuh kepit... tuh juga salah satu dia takut turun dalam banjir, sejuk.. lagi kecut nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 11:03 PM | Show all posts


sumber : wwcm Last edited by asrisha on 10-12-2013 11:06 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 11:04 PM | Show all posts


Fuziah Salleh
Panggilan SOS dari Paloh Hinai ptg tadi. Kawasan ni dlm Parlimen Pekan. Mrka dah terkepung ...kampung mrka dah jadik pulau. Saya pergi hulur bantuan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.216542 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list