CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Modngengade

[Jenayah] KES KEMATIAN PELAJAR UPNM VOL 4: CASH ITU PASTI !

 Close [Copy link]
Post time 17-6-2017 08:50 AM | Show all posts
13 penuntut UPNM dibenar sambung belajar


Kesemua 13 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang masing-masing dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah sehingga sebutan semula kes pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, dibenarkan menyambung semula pengajian di universiti itu.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata keputusan itu diambil pihak UPNM bagi memberi peluang kepada penuntut berkenaan untuk menyambung pengajian mereka sehingga mahkamah membuat keputusan terhadap dakwaan membabitkan mereka.

“Tiga belas pelajar yang dibebaskan masih penuntut sah UPNM. Mereka berhak dilayan sebagai pelajar.

“Kesemua mereka akan dibantu kaunselor bagi mengatasi masalah gangguan emosi dan trauma sekiranya ada,” katanya selepas menghadiri Majlis Iftar Semarak Kasih Majlis Profesor Negara (MPN) di ibunegara semalam.

Mangsa, Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lepas, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan pada 22 Mei lalu.

Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap.

Berikutan kes itu, 13 penuntut terbabit yang kesemuanya berumur 21 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada 14 Jun lepas bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan 13 tertuduh, masing-masing diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Julai untuk sebutan semula kes itu.

Berkaitan kes sama, selain mereka, lima lagi penuntut UPNM turut dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seorang lagi didakwa bersubahat bersama lima tertuduh membunuh Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman serupa.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula kes itu membabitkan enam penuntut itu.

Idris menegaskan bahawa buli bukanlah suatu budaya bagi mana-mana penuntut universiti kerana ia boleh membawa kesan buruk sehingga meragut nyawa.

“Ia (buli) seharusnya tidak boleh berlaku di mana-mana pusat pengajian kerana gejala itu hanya berlaku di peringkat sekolah,” katanya.
Terdahulu di majlis itu, Idris melancarkan Buletin MPN (Pemikir Negara) yang merupakan cetusan idea para ilmuwan bertujuan menjayakan agenda pembangunan negara serta melaporkan aktiviti dan program golongan ilmuwan.

– Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kekgebu replied at 16-6-2017 11:56 PM
Next u online kena panjat rumah baru pulak. Hehehhe. Nanite

Belum lagi  
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
MissMamamia75 replied at 16-6-2017 11:56 PM
Ye..hoping yg dah bebas 13  org tu betul2 xterbabit... diorg smua sebaya anak buah akak...panjang  ...

Macam forummer kata, kena jaga depa ni leklok sebab takut ada pihak lain yang kacau saksi ni.. kes ni kes berat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 17-6-2017 12:06 AM
ok...jgn lupa punch card ok...satgi acik oren pulak masuk...shift dia dlm sejam dua lagi

Pagi ni i masuk punch card kejap.. belum tentu siang nanti ada masa nak join.. weekend for family  
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 17-6-2017 12:11 AM
Mak you garang sebab stress ke?
Mak aku masa kecil dulu pun garang.. rotan, maki hamun, halau ak ...

Betul-betul... i pun selalu teringat masa silam. Bila i nak marah anak, i ingat balik apa yang i lalui.... dan apa effect pada i.

Bila dah tua ni, i jadi cool dah. Tapi i sekarang makin rapat dengan my mum. I lupakan semua.. dia jaga anak i pastu sayang gile anak i.. kiranya dia tebus balik silap dia dulu kat anak i..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 17-6-2017 08:53 AM
Macam forummer kata, kena jaga depa ni leklok sebab takut ada pihak lain yang kacau saksi ni.. kes ...

Ye betul..diorg kena betul2 avoid to be in the spotlight..xyah bersocmed sgt..mcm si Fittri totally delete belaka apa2 gamba related to UPNM.. mcm fobia gayanya ..

Diorg kena fokus pd life yg ada dan jgn takut berkata benar bila tiba masanya...


#justiceforfarhan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 17-6-2017 08:40 AM
Cedok sini ke

http://amazingnara.com/tertuduh-ingin-rawat-kesan-melecur-pada-tubuh-pegawai-kad ...

Xde langsung kredit ke forum CI #acidhood ni :

Dasar kopipes..kaki cedok...kemain lagi menulis ye..

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
perembes replied at 17-6-2017 01:07 AM
bencii la baca komen2 kat fb psl jgn dedah aib pesalah ... mcm mn nak tutup aib mcm ni? ini kes bunu ...

Kan... meluat i. Koser aciksetajah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2017 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
13 yg bebas dan sambung belajar semula tu pun kena hati2. Kang jd lauk jgk.. selagi belum bicara mmg byk provokasi..
Ko jd saksi org nak dihukum mati.. apa ko expect.. belum lg geng brotherhood 6 jahanam dan sedara mara depa kacau lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:12 AM | Show all posts
Bipolajourney replied at 16-6-2017 11:03 PM
Hal hal yang i tulis di atas adalah ciri ciri psikopat tapi nak tentukan dia real psikopat tu hanya  ...

orang yg waras tp nak mengelak dari kene hukum sanggup mengaku sakit jiwa
bila dok hospital sakit jiwa, orang tu akan end up jadi gila..
ingat senang ddk kt hospital orang gila..
dengan makan ubat. ubat diorg tu klu orang normal makan
lama2 mmg akan sakit otak..

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:14 AM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 16-6-2017 11:39 PM
Sabar uols... aufa ni yang offer diri nak jadi saksi. Dia, mubin semua tu.. maybe diorang takde da ...

yeah.. xsilap i baca dekat nst dia antara 6 orang yg dibebaskan tanpa apa2 dakwaan mcm okt yg sabit 330 tapi bebas sebab jadi witness... tp dia kena reman sebab dia offer diri untuk bagi keterangan.. tu memang standard sop mana2 kes untuk reman saksi mcm kes chinese girl yg kena kidnapped lepas tu pakcik taxi jumpa... pakcik taxi tukan kena tahan lokap bebeapa hari which is netizen mengamuk sebba kata orang buat baik pun kena masuk lokap.. lepas tu pdrm buat statement itu memang SOP baru semua terdiam...maksudnya memang dia betul2 xterlibat... maybe dia pun xder masa benda tu berlaku.. klu x, xkan senang2 polis nak bebaskan dia clean & clear...


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:15 AM | Show all posts
maknanya saksi uama si aufa aiman tu pun sambung belajar upnm balik ke? ye ke dia saksi utama? ada apa2 yang aku terlepas? maklumlah thread ni laju sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
MissMamamia75 replied at 17-6-2017 09:03 AM
Ye betul..diorg kena betul2 avoid to be in the spotlight..xyah bersocmed sgt..mcm si Fittri totall ...

Kaaannn kena fokus la belaja org dh bg 2nd chance leh blaja kat uni kena buat bebetul n jgn bersocmedia sampai dh lulus bebetul n insaf ats apa yg terjadi to arwah kwn sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 17-6-2017 09:11 AM
13 yg bebas dan sambung belajar semula tu pun kena hati2. Kang jd lauk jgk.. selagi belum bicara mmg ...

Hope diorg be extra extra carefull n sokongan family, upnm, peers, saudara mara amat penting so that diorg akn jd saksi yg akan membela seorang FARHAN
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 17-6-2017 07:33 AM
Akak mmg dah black list byk klinik kat bangi ni kerana servis mereka yg hauk dan sendu di pagi ray ...

Tq Modngengade.. noted..
Ntah2 kita pernah berselisih kat bangi..
And next month i byr sewa tapak ye  
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
intnjuliet replied at 17-6-2017 09:12 AM
orang yg waras tp nak mengelak dari kene hukum sanggup mengaku sakit jiwa
bila dok hospital sakit ...

Pengakuan nurse di hospital tanjung rambutan. Masuk ok keluar kena makan ubat mental sampai kena E.T
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2017 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 16-6-2017 07:54 PM
Me saspek ada lg ni ..bukn dorg ni sj...

Sbb dasyat sgt sampi nk hack ig justice for farhan..

Ini mmg kes dendam ni. Ada satu cerita tersembunyi disebalik laptop hilang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
#JUSTICE4FARHAN

semoga farhan tenang disana...insyaAllah keadilan akan ditegakkan ...kalau x didunia di mahkamah Allah nnt
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:50 AM | Show all posts
kwn i nurse dkat hospital atm. dia kata kalau paan dihantar terus ke hospital atm konfirm kes ni ttp. i was like WHATTT??????
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
heywana replied at 17-6-2017 09:50 AM
kwn i nurse dkat hospital atm. dia kata kalau paan dihantar terus ke hospital atm konfirm kes ni ttp ...

What??
Nasib baik la hantar hospital serdang..
Kebanaran akan terungkai jua..
#justiceforfarhan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.883673 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list