CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

   Close [Copy link]
Post time 8-6-2010 06:01 PM | Show all posts
umh sebelah banyak ni, yang mn 1..??
blh tlong bgtau...nk ambik mood jgk ni.....aww..
b_n_c Post at 8-6-2010 14:00
rmh akak blings kiter la..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 11:05 PM | Show all posts
Uwaahhh masih x jumpa lagi si LALA???
Ingat akak masuk mlm ini si LALA dah jumpe.. YEM dah lebih 24 jam
kena report polis ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 12:14 AM | Show all posts
ko ni kaypo asyik makan,....minum...makan...minum.... mai secawe aku dah sakit perut ni tunggu si yem nak gi cari lala........
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 06:55 AM | Show all posts
mana la, la la, yem dan smiley pergi................hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 09:28 AM | Show all posts
Kak juna pun nyorok sekali ngan Lala erk.....kena report gak nie...dah 2..3 hari tak de n3....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 09:33 AM | Show all posts
juna.. nak lagi..
haiya.. yem..yem.. kan naj dah lari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2010 09:57 AM | Show all posts
Lala x jumpa lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 10:07 AM | Show all posts
manalah Lala pi?? Janda baik kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2010 10:08 AM | Show all posts
tak de new n3 lagi ka
mana si lala lari nih....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 10:32 AM | Show all posts
lala p mn?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 11:03 AM | Show all posts
lala merajuk....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 11:32 AM | Show all posts
Weh lebih seminggu lala x muncul
kita kena report polis ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 11:59 AM | Show all posts
Weh lebih seminggu lala x muncul
kita kena report polis ...
qimi08 Post at 9-6-2010 11:32



    Tunggu dulu... Juna tengah pujuk Lala tuu... sebab tu Juna tak dak niih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 01:45 PM | Show all posts
lala lari.....
juna pon lari........due2 majuk....lme nyer xder n3.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 03:49 PM | Show all posts
Reply 2032# qimi08
dh report ke blm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 03:50 PM | Show all posts
Reply 2035# midar

belum siyasmin srh tunggu dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2010 03:58 PM | Show all posts
Weh lebih seminggu lala x muncul
kita kena report polis ...
qimi08 Post at 9-6-2010 11:32


report kat Inspektor Irfan....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 04:23 PM | Show all posts
report kat Inspektor Irfan....
kaypo Post at 9-6-2010 15:58



    Dia tengah asyik bercinta.................
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 06:45 PM | Show all posts
hai yemmm hang nak biaq si naj lari sampai mana,,,,,,,,tak muncuq2 lagi no.....

arjunnn NNNNN333333333
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2010 06:52 PM | Show all posts
Sambung sikit je
bila dah ada krisis, smiley sendiri pun mati akal
takde mood nak sambung

.......................................................................................................................

Sejak pagi Najlah memandu tanpa haluan. Kereta Honda Jazz nya membelah lebuhraya dari KL ke Putrajaya, kemudian ke Seremban. Bila masuk waktu solat dia singgah di kawasan rehat lebuhraya. Dia bergerak seperti zombie tanpa mempedulikan orang di sekelilingnya. Entah bila kali terakhir dia makan dan minum, dia sendiri tak pasti. Gerak gerinya macam autopilot.  Akhirnya dia menghala ke KLIA. Dia memakir kereta dan menuju Mc Donalds untuk mengisi perut.

Sambil mengunyah Fish fillet dia mula memikirkan langkah yang perlu di ambil. Tiada gunanya dia bergundah gulana kerana si buaya darat yang tak sedar dosa pahala. Hidup mesti di teruskan. Apa yang harus aku buat sekarang? Kalau di ikutkan hati, aku beli saja tiket sehala ke mana mana destinasi. Mesti Adham gembira bila aku tiada di sini. Aku pun dah tak sanggup memandang mukanya. Dengar suaranya pun aku tak ingin. Jelek! Geli! Jijik!

Tapi aku masih lagi ada ibubapa dan saudara mara. Aku ada tanggungjawab dan amanah di tempat kerja selagi aku belum letak jawatan. Najlah bermonolog. Nak tak nak aku kena bersemuka dengan Adham dan selesaikan semuanya secepat mungkin. Walaupun pahit tapi aku terima hakikat yang jodoh aku dengan Adham cuma sampai di sini. Dia menyeka airmata. Tak berbaloi aku menangis dan meratap  lelaki keparat itu. Dalam dunia sekarang kalau jadi janda pun bukan mengaibkan lagi. Seangkatan dengan Nora Danish dan  Rozita Che Wan, babe. Tambah pula aku baru kahwin tiga bulan, alignment masih tak lari jauh lagi. Apalah aku merepek ni? Najlah meraup muka. I have to be strong. Dia terus ke kaunter tiket dan menempah tiket ke Langkawi. Hajat di hati nak pergi lagi jauh, ke New York atau Brazil lagi bagus. Tapi duit pula tak cukup.

Selesai urusniaganya, telefonnya berbunyi. Kalau semalam Adham tidak menjawab panggilannya , sekarang giliran dia pula untuk membisu. Sudah lima kali Adham menelefon. Di jenguknya skrin. Kali ini bukan Adham tapi Mak Tam.

“ Lala, Mak Tam dah ada di KL. Lala di mana? Mak Tam telefon rumah tapi tak ada orang angkat”

Alamak , aku terlupa yang Mak Tam nak datang hari ni. Anak buah kawan baiknya akan berkahwin di KL.
“ Sorry Mak Tam. Lala keluar sebab ada hal. Mak Tam ada kat mana sekarang?” Sudah sah Adham masih tak balik rumah. Entah entah dah kena cekup dengan pegawai pencegah maksiat. Padan muka kalau kena masuk lokap.  PFFFFRTTTT!

“ Mak Tam ikut Cikgu Salmah ke rumah  adik dia di Kampung Baru. Saja tengok tengok apa yang nak tolong.  Sempat lah buat bunga telur dengan bunga pahar. Mak Tam nak pergi rumah Lala tak reti jalan.”

“ Kalau macam tu, Lala jemput Mak Tam sekarang.” Nampak gayanya tak jadi lah aku lari dari rumah hari ini. Tak mengapa , esok masih ada. Apa agaknya reaksi Mak Tam kalau dia tengok gambar anak buah kesayangan dia dengan Liza. Hmm…. Apa kata aku hantar gambar mereka berdua pada dia. Tapi tak sanggup pula rasanya. Takut kalau Mak Tam masuk hospital.  Aku akan berlakon baiik punya depan Mak Tam. Dia menghantar mesej pada Adham sebelum bergegas menuju ke kereta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048582 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list