CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN by Ruhil Amani

   Close [Copy link]
Post time 24-8-2010 04:51 PM | Show all posts
bunick!!!!
mana ko bunick???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2010 05:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 24-8-2010 17:19

Miko tergesa-gesa turun dari pejabatnya setelah menerima panggilan dari Hijjaz Amin sebentar tadi. Mamat tu buat lawak apa pulak terpacak kat ofis dia petang-petang macam ni.


“Hai Miko…” meleret segaris senyum dari Hijjaz bila melihat Miko yang baru keluar dari pintu kaca bangunan setinggi 16 tingkat itu. Pastinya Miko terkejut bila dia menelefon dan memberitahu bahawa dia sedang menunggu Miko di bawah.


“Awak buat apa kat sini? Tak kerja ke?” Tercungap-cungap Miko dibuatnya. Dah la bulan puasa sekarang ni.


“Sayaada hal kat bangunan sebelah tu, alang-alang dah sampai sini saya call la awak. Minggu ni saya tak fly ke mana-mana pun.”


“So, awak nak apa ni?” Miko hairan urusan apa agaknya Hijjaz ni. Kawasan ni kan kawasan free zone. Lainlah kalau kat sebelah ni bangunan LHDN ke, Imigresen ke…Jabatan Pendaftaran Negara ke…...Logiklah jugak. Ah, apa-apalah Hijjaz!


“Saya nak ajak awak buka puasa. Boleh?” soal Hijjaz dengan penuh gaya menggoda.


“Hari tu kan dah buka puasa sama-sama.” Miko jual mahal sedikit. Takkan nak main setuju je. Haruslah main tarik tali.


“Hari tu…..sekarang ni hari ni. Awak belum habis kerja ke?”


“Saya balik pukul lima. Sekarang ni baru pukul 4.30.”


“Okey, kalau macam tu saya tunggu awak habis kerja dulu.” Hijjaz tengok jam. Sembahyang Asar dulu pun sempat sementara nak tunggu Miko habis kerja.


“Saya tak kata nak pergi buka puasa dengan awak pun.”


“Saya tetap nak tunggu jugak.”


“Kalau saya tak nak ikut macam mana?”


“Kalau saya paksa awak ikut saya macam mana?”


“Kalau awak paksa, terpaksalah saya ikut.” Miko mengulum senyum. Panahan mata Hijjaz menikam sehingga ke dalam dada membuatkan dia tidak mampu untuk menolak pelawaan Hijjaz.


“Yes!” Hijjaz senyum gembira. “Kat sini ada surau tak? Saya nak solat Asar sementara tunggu awak habis kerja.”


“Kat dalam bangunan ni ada surau, kat tingkat tiga.” Miko cakap kat Hijjaz sambil berjalan memasuki bangunan. Dia menekan lif. Nasib baik orang tak ramai kat lobi, nanti tak pasal-pasal pulak heboh satu pejabat Miko ada skandal.


Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kedua mereka memasuki lif tanpa sepatah kata pun. Masing-masing hanya melayan perasaan. Pintu lif terbuka di tingkat tiga dan Hijjaz melangkah keluar.


“Awak!” Miko panggil Hijjaz sebelum pintu lif tertutup.


Cepat-cepat Hijjaz tahan pintu lif dengan kedua belah tangan. “Saya tunggu awak kat tempat tadi okey.” Hijjaz macam tau je Miko nak tanya apa.


“Okey,see you.” Pintu lif tertutup dan meluncur laju naik ke tingkat sepuluh.


Tepat jam lima, Miko tanpa berlengah terus keluar dari pejabat. Sebaik sahaja azan Asar berkumandang dari radio di atas mejanya, dia terus ke surau di aras yang sama untuk menunaikan solat Asar. Dia tidak mahu membiarkan Hijjaz menunggunya terlalu lama di bawah.


“Shall we?” soal Hijjaz sebaik sahaja Miko menghampirinya.


“Kita nak berbuka kat mana ni?” Miko tanya Hijjaz yang mula memandu.


“Rahsia…”


“Serius boleh tak?” Miko dah cuak dah. Mana tau Hijjaz ni nak culik dia lepas tu jual kat sape-sape entah. Nauzubillah minzalik….Menyesal pulak dia bersetuju nak ikut Hijjaz tadi.


“Cik Miko kita ni takut ke? Jangan takutlah, saya tak jual orang pun.” Hijjaz dah gelak kecil. Kasihan pulak dia tengok muka Miko yang dah berkerut seribu tu.


“Mana ada takut. Kalau saya takut saya tak ikutlah awak naik kereta ni.” Miko buat-buat berani.


“Okey, kalau tak takut awak duduk diam-diam.” Hijjaz menekan rapat pedal minyaknya.Kereta Toyota Estima itu meluncur laju di celah-celah kesibukan jalan raya dan Miko mula mengucap di dalam hati. Bawak kereta dah macam bawak jet mamat ni. Mentang-mentanglah dia tu pilot…..


“Okey, kita dah sampai dah.” Hijjaz mencuit Miko yang masih memejamkan matanya. Tadi bukan main lagi cakap tak takut, tapi pejam mata macam tengok cerita hantu je.


“Kita kat mana ni? Kata nak pergi buka puasa?” Miko meninjau kawasan perumahan elit di atas bukit itu.


“Kita nak buka puasa la ni. Jom!”


“Rumah siapa ni? Kita nak berbuka kat sini ke?” Miko membuka klip seat belt. Pintu kereta sebelahnya sudah dibuka oleh Hijjaz dari luar.


“Yup, kita berbuka kat sini.” Hijjaz menekan remote kereta dan pintu pagar automatik tiba-tiba terbuka.


Aduh mamat ni….rumah siapa la dia bawak aku ni. Miko dah merungut sorang-sorang.


“Cepatlah Cik Miko, awak takut ye?” Hijjaz memperlahankan langkah bila dia melihat Miko yang teragak-agak untuk masuk ke dalam kawasan rumah banglo itu.


“Rumah siapa ni awak?” Miko tanya Hijjaz sekali lagi.


“Rumah mak saya. Jomlah masuk.” Hijjaz sudah melaungkan suara memberi salam. Kereta abangnya sudah terparkir elok, maknanya abang juga sudah sampai. Hmmm…makin meriahlah buka puasa petang ni.


“Masuk, jangan malu-malu.” Hijjaz menolak belakang Miko untuk masuk ke dalam rumah besar itu. “Mak! Mak!”


“Ha, dah sampai pun adik. Ni kawan adik tu ye?” Datin Suziyah keluar dari dapur dan meluru ke arah Miko.


Adik? Dah tua bangka macam ni pun panggil adik lagi ke? Miko rasa nak tergelak, nama manja mamat kerek ni kat rumah adik rupanya. Dia tahan gelak, janganlah dia terguling-guling kat depan mak si adik ni sudah.


“Apa khabar Puan?” Miko menghulurkan salam.


“Alhamdulillah sihat. Jangan panggil puan, panggil makcik je.” Datin Suziah menepuk mesra bahu Miko. “Jom kita masuk, kawan abang pun ada kat dapur tu.” Datin Suziah menarik tangan Miko ke dapur dan Hijjaz terus berlari naik ke tingkat atas. Sengaja membiarkan ibunya mengulit mesra bakal menantunya itu. Amboi Hijjaz, bukan main lagi berangan ye….


Miko mengikut langkah Datin Suziah ke dapur dan hampir sahaja dia berhenti bernafas bila ternampak Chengkeh sedang menyusun agar-agar di dalam piring.


“Chengkeh, ni makcik kenalkan kawan adik, Miko.” Datin Suziah memperkenalkan Chengkeh kepada Miko.


Chengkeh yang leka menyusun agar-agar hampir saja terduduk bila tengok Miko sedang memberikan isyarat peace kepadanya.


“Kamu berbuallah. Makcik nak naik atas sekejap.” Datin Suziah meninggalkan kedua anak dara itu di dapur.


“Kau buat apa kat sini Chengkeh?”


“Kau pulak buat apa kat sini?”


“Hadif ajak aku buka puasa kat rumah dia. Sebab tulah aku ada kat sini.” Chengkeh tarik Miko ke arah penjuru dapur. “Kau?”


“Hijjaz ajak aku buka puasa, tau-tau je dia bawak aku ke sini.”


“Jangan-jangan Hadif dengan Hijjaz ni….”


“Hai girls..” Hadif yang baru masuk ke dapur hairan melihat Miko dan Chengkeh yang sedang berbisik-bisik di penjuru dapur.


Kedua gadis itu berpaling ke arah Hadif. Miko dah sinsing lengan baju. Keringat mula membasahi dahinya. “Awak nak buat apa dengan kawan saya ni Hijjaz?”


“Miko, nama dia Hadif la, bukan Hijjaz.” Cepat-cepat Chengkeh mencelah. Dia sendiri naik gerun tengok Miko yang bila-bila masa nak mengamuk tu.


“Chengkeh, kalau kau nak tau mamat eksyen ni nama dia Hijjaz. Ni mesti dia nak balas dendam kat aku ni.”


“Wo…wo….Sabar, sabar…” Hadif dah angkat kedua tangannya ke udara.


“Ni mamat ikan lompat ke Miko? Kau yakin ke ni?” Chengkeh pun turut sinsing lengan bajunya.


“Aku yakin sangat-sangat Chengkeh. Dia memang sengaja nak mainkan kita ni.” Miko dah bercekak pinggang ke arah Hadif Iman.


“Apahal bising-bising ni bang?” Tiba-tiba muncul Hijjaz Amin dari belakang Hadif Iman.


Kedua anak dara itu tercengang bila melihat seorang lelaki yang sama muncul. Eh, ada dua orang Hijjaz Amin ke ni? Ke ada dua orang Hadif Iman? Miko dah macam putus nafas. Chengkeh pulak rasa macam tak cukup oksigen. Macam mana boleh ada dua orang lelaki yang sama, di tempat yang sama dan waktu yang sama ni?


“Korang confuse ye? Kami ni kembar. Hadif Iman abang. Dan saya Hijjaz Amin adik.” Hijjaz melingkarkan tangannya di atas bahu Hadif Iman.


“Samakan?” soal Hadif Iman pula.


“Kembar?” Miko dan Chengkeh bersuara serentak.


“Yup, kembar!” pasangan kembar seiras itu menjawab.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2010 05:11 PM | Show all posts
bunick!!!!
mana ko bunick???
chengkeh Post at 24-8-2010 16:51



aku ada, baru siap letak n3
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 05:14 PM | Show all posts
adoiii!!!!!!!!!!!!!!!!!! KEMBAR ke!!!!!!!!!??????????????? harus tertukar laa nnt..............
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 05:15 PM | Show all posts
sggh tragis kisah cintaku kali ini............................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2010 05:15 PM | Show all posts
adoiii!!!!!!!!!!!!!!!!!! KEMBAR ke!!!!!!!!!??????????????? harus tertukar laa nnt..............
mikoodette Post at 24-8-2010 17:14



seprais!!!!!!
habis lah korang lps ni tertukar laki
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-8-2010 05:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 24-8-2010 17:19
sggh tragis kisah cintaku kali ini............................
mikoodette Post at 24-8-2010 17:15



mna ada tragis miko
okey pe, ko ngan chengkeh osmet, pastu kapel ngan pasangan kembar
so sweet
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 05:18 PM | Show all posts
seprais!!!!!!
habis lah korang lps ni tertukar laki
bunick Post at 24-8-2010 17:15


adehhh!!!!! x mau aku...... oh tidakk!!!!!!!!!!!!!!!

mna ada tragis miko
okey pe, ko ngan miko osmet, pastu kapel ngan pasangan kembar
so sweet
bunick Post at 24-8-2010 17:16


bape byk miko daaa??????? so sweet ke ape nye...??? igtkan adik beradik jek.. nie siap kembar bagai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2010 05:20 PM | Show all posts
ok laa gengs, aku nak off dulu.. ade jemputan berbuka puasa kat luar hari nie...

Selamat Berbuka Puasa yek..... bye.... Assalammualaikum wbt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2010 05:20 PM | Show all posts
adehhh!!!!! x mau aku...... oh tidakk!!!!!!!!!!!!!!!  



bape byk miko daaa??????? so  ...
mikoodette Post at 24-8-2010 17:18



alamak, salah taip plak
adik badik tu biasa, aku buat luarbiasa sikit kali ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2010 05:21 PM | Show all posts
ok laa gengs, aku nak off dulu.. ade jemputan berbuka puasa kat luar hari nie...

Selamat Berbuka  ...
mikoodette Post at 24-8-2010 17:20



wslm
okey, aku pn nk blk dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 06:10 PM | Show all posts
Habis pun baca.. he, he.. cerita empat gadis yg comel, kecoh dan teruna idaman masing-masing memunculkan diri.
Seronok baca di bulan Ramadhan dikala suhu mencecah 38c. Beri sejuk sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 07:52 AM | Show all posts
morning uols!!!!
miko terkejut!
sungguh aku terkejut.....
kembar rupanya hadif ngan hijjaz neh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 07:52 AM | Show all posts
ick nak n3 lagik....
sambung tau.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2010 07:57 AM | Show all posts
morning uols!!!!
miko terkejut!
sungguh aku terkejut.....
kembar rupanya hadif ngan hijjaz neh...
chengkeh Post at 25-8-2010 07:52



moning chengkeh
assalamualaikum
abis la pasni korang tertukar laki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2010 07:58 AM | Show all posts
ick nak n3 lagik....
sambung tau.....
chengkeh Post at 25-8-2010 07:52



amboi, masuk2 jek trus mintak n3 ko ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 08:03 AM | Show all posts
adoiii!!!!!!!!!!!!!!!!!! KEMBAR ke!!!!!!!!!??????????????? harus tertukar laa nnt..............
mikoodette Post at 24-8-2010 17:14



hadif cool sket.... cam affan
hijjaz aktif.....cam iddin...

pepandai jek aku...


marcell jangan marah...
sesaje suka2....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 08:06 AM | Show all posts
moning chengkeh
assalamualaikum
abis la pasni korang tertukar laki
bunick Post at 25-8-2010 07:57



kalau tgk perangai kenal la kot...
kalau muka payah la kalau dah sama sebijik sebuntat....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 08:10 AM | Show all posts
amboi, masuk2 jek trus mintak n3 ko ni
bunick Post at 25-8-2010 07:58



hehehehe....
bek aku mintak n3...
page pun dah 80++...
ko kena habiskan kat unah
neh jugak bunick cete neh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2010 08:16 AM | Show all posts
hehehehe....
bek aku mintak n3...
page pun dah 80++...
ko kena habiskan kat unah
neh juga ...
chengkeh Post at 25-8-2010 08:10



aku rasa cte ni dh nk abes dh pon
tggl nak kawenkan korang jek lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.084548 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list