|
LIVERPOOL FC : Mistake By Toure - LFC (1) vs W.Brom (1) Ian Ayre Suck - YNWA
[Copy link]
|
|
punkerzoe posted on 2-1-2014 02:03 PM
gua da rase assaidi tu memang bagus....
cume nape tah pokcik BR tu tamo gune khidmat die...
tu la..tgok stail dia men mmg bagus pn..
cuma cara men agak lembut..
sama cam alberto..
mmg bagus BR loan dia kat stoke..
sb stoke nih cara men agak keras..
so bleh upgrade gameplay dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
antagenaiz posted on 2-1-2014 02:27 PM
tu la..tgok stail dia men mmg bagus pn..
cuma cara men agak lembut..
sama cam alberto..
ye ade betulnye jugak tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
(Ulasan ini dari Blog Liverpoolkita)
LIVERPOOL 2-0 HULL
Misi balas dendam tercapai. Dan begitulah misi individu Suarez untuk menjadi penjaring terbanyak separuh musim dengan 20 gol. Dia meninggalkan pencabar Kun Aguero dengan 7 gol Saya rasa dengan kembalinya watak penting seperti Gerrard dan Sturridge, Suarez akan lebih selesa ronda diatas kerana sepanjang minggu lepas, Suarez terpaksa keseorangan diatas untuk merekacipta peluang dan gol sendiri.
Kecederaan kepada Sakho dan Allen, membuatkan rombakan pemain dengan kemasukan Cissokho dan Aspas. Formasi lebih kepada 4-2-3-1, dengan Skrtel ,Kapten Agger, Johnson dan Cissokho sebagai 4 bek utama. Lucas dan Henderson berkawal ditengah memberikan Sterling dan Aspas merondan dari sayap dan coutinho bermain dalam lubang dibelakang Suarez. Formasi ini lebih nampak berterabur diawal permainan kerana beberapa individu kurang selesa dengan pertukaran posisi.
Jujur saya cakap sepanjang setengah jam, suasana kemurungan melanda sebab Liverpool tak nampak lansung nak menyerang. Hanya sekali peluang itupun gol Suarez tak dikira keran curi ayam. Lagi satu peluang terbuka Sterling yang terlepas gagal melepasi bek Hull yang cermat. Namun cermat mereka ada penghujung juga apabila sepakan penjuru Coutinho dicapai oleh Kapten Agger dengan tandukan padu, sambil Henderson membuat kacau hinggakan Goli dan bek terakhir Hull dah tak mampu nak selamatkan bola.
Kalau ikutkan peluang memang banyak dan pemain kita nampak gopoh bagi kes Henderon dan Coutinho. mungkin nampak selesa atau terlebih yakin tak tahulah. Sebab itulah dengan pasukan kuat kita tak boleh memang sebab bila ada peluang dan kita tak boleh sempurnakan. Keyakinan depan gol kena ada sebab itulah kita nampak pemain paling berkeyakinan depan gol macam Suarez pun ikut-ikut peluang tak banyak tapi sentuhan gol mereka memamg hebat.
Suarez menjadi sasaran tindakan agresif pemain Hull. Sebab itulah dia nampak tak begitu licik sepanjang perlawanan namun lebih bertindak sebagai pemain sasaran sahaja untuk berikan Aspas dan Sterling ruang keatas. Bila dah bertaraf pemain kelas dunia, tak boleh buat gol dari peluang terbuka, Suarez gunakan kesempatan dari sepakan percuma akibat kekasaran yang dia sendiri kena untuk meledak gol nombor 20 musim ini.
Saya nak sentuh sedikit tentang Aspas. Perlawanan dengan Hull yang tak berapa bagus, patutnya dia kena main tenang dan gunakan kesempatan untuk beri aksi yang sebaiknya. Ada yang cakap dia berkarat dan perlu diberi peluang banyak lagi. Dia memang patut diberi peluang dan saya nampak Piala FA lawan Oldham dia kena main dan lepas itu kita boleh buat pendirian samada Aspas boleh kekal atau pergi ke kelab lain di Liga Perdana secara pinjaman.
Cuba bandngkan Cissokho dengan beliau, Ally pun tak banyak dapat perhatian malah dia juga dapat komen negetif. Tapi adat dalam bolasepak jika dapat peluang dan gunakan kesempatan yang ada, peminat yang kondem ramai-ramai akan tutup mulut juga. Ally sendiri pun tak yakin yang beliau boleh kekal pinjaman di Anfield, namun dia lebih berusaha berbanding seorang lagi pinjaman yakni Moses. Moses saya tak kisah sangat kerana posisi beliau sangat terhad dek kerana kehebatan Sterling.
Kapten Gerrard dah kembali, walaupun masih tak cergas namun kita nampak kemasukan beliau Liverpool nampak lebih yakin mengungguli penguasaan bola. Malah diberitakan Sturridge dah pulih dan bakal beraksi beberapa minggu lagi, nampaknya tahun baru 2014 memberikan harapan yang lebih cerah. Tambahan dengan pintu perpindahan yang telah dibuka, untuk penambahbaikan pasukan yang masih memerlukan beberapa pemain untuk memastikan sasaran ke Liga Juara-Juara tercapai.
|
|
|
|
|
|
|
|
selepas torres blah,jerni no 9 macam bawak suwey
kerol tak jadi,aspas ke laut |
|
|
|
|
|
|
|
Next Match
The FA Cup 2014 : 3rd Round
LIVERPOOL vs Oldham
Date : 5 January 2014 | Ahad
Kick Off : 10.55 PM
Venue : Anfield Stadium
|
|
|
|
|
|
|
|
Oussama Assaidi enggan kembali ke Liverpool semula.
Pemain sayap Liverpool yang dipinjamkan ke Stoke City mengakui dia bahagia bersama Stoke dan ingin kekal di sana jika diberi peluang.
"Saya sangat bahagia disini (Stoke). Di sini saya diberikan kepercayaan dan peluang beraksi secara kerap. Mark Hughes memberikan saya keyakinan dan dia sangat yakin dengan potensi yang ada pada saya".
"Brendan Rodgers sering menghubungi saya. Dia sering mengucapkan tahniah jika saya menjaringkan gol dan dia berharap saya akan membawa sentuhan gol ke Liverpool. Namun saya tidak pasti masa depan saya bersama Liverpool. Saya tidak mendapat peluang bersama Liverpool. Setiap pemain perlukan peluang dan kepercayaan daripada jurulatih untuk berjaya".
-Oussama Assaidi-
baik bawak dia nih balik n bg pluang main..lg bagus dr si moses tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jumlah Cleensheets yang dilakukan oleh keper BPL :
Szczesny (9 kali)
T. Howard (8 kali)
Jaaskelainen (8 kali)
Lloris (8 kali)
Cech (7 kali)
MIGNOLET (6 kali)
Begovic (6 kali)
Boruc (6 kali)
Guzan (6 kali)
Krul (6 kali)
Ruddy (6 kali)
De Gea (5 kali)
Mannone (5 kali)
Marshall (5 kali)
McGregor (5 kali)
Speroni (5 kali)
Vorm (5 kali)
Joe Hard (4 kali)
Myhill (3 kali)
Pantilimon (3 kali) |
|
|
|
|
|
|
|
FT : Liverpool 2 - 0 Oldham
Iago Aspas (55') J. Tarkowski (82')og
Last edited by antagenaiz on 6-1-2014 12:59 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool akan berjumpa Bournemouth/Buton pada pusingan ke empat nanti untuk FA cup . |
|
|
|
|
|
|
|
NO LIVE NO PROBLEM
kalo live tp kena kitai pun tarak guna |
|
|
|
|
|
|
|
antagenaiz posted on 6-1-2014 09:50 AM
oi..oi..pedih hulu hati kalu jiran bace nanti..
takde lagi ke review dan gif games semalam?
|
|
|
|
|
|
|
|
Anton Micheal Rodgers, 26 January 1993, Central Midfield, No17
kredit : KPLM FB
anak heols rupanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|