CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Tempatan] Tragedi MH17 V5 : 35 jenazah selamat dibawa pulang termasuk 2 jenazah pd 9/9

[Copy link]
Post time 27-8-2014 12:13 PM | Show all posts
Tabah menanti...

[size=0.9em]Bintulu: “Saya tidak pernah berputus asa, malah sering berdoa semoga ada berita baik mengenai jenazah suami,” kata Simbut Kedit, 39, isteri kepada Meling Mula, 48, yang terkorban dalam nahas Penerbangan Malaysia (MAS), MH17, 17 Julai lalu.
[size=0.9em]Simbut berkata, dia bersama anak tetap tabah menanti berita mengenai pengecaman jenazah suaminya yang masih belum diketahui sehingga kini.

“Setiap kali ada pengumuman mengenai pengecaman mayat, saya sentiasa berharap nama suami ada dalam senarai.

“Namun, setakat ini belum ada perkembangan terbaru mengenainya, saya perlu bersabar dan berdoa semoga semuanya berjalan dengan baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Simbut, ada kalanya dia dan keluarga ternanti-nanti kunjungan kakitangan MAS yang mungkin membawa berita baik mengenai suami.


MBUT bersama anaknya Gabriel melihat gambar Meling, di kediaman mereka di Rancangan Perumahan Rakyat Sungai Plan, Bintulu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 12:51 PM | Show all posts
faint_heart posted on 26-8-2014 11:50 PM
thank you share link .. ya allah sedihnya .. kuatnya ibu bapa dan keluarga meneruskan hidup. 3 ana ...

selain dari mereka ni.. sorang lagi rakyat kita Shaliza Dewa tu pun sekeluarga jugak maut.
dia, suami & 3 anak.

kiranya paling ramai keluarga arwah Tambi Jie (6 org), then arwah Shaliza (5 org).
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 01:09 PM | Show all posts
takde ke owner2 haiwan yg dlm kargo tu tuntut body anjing/parrot mereka?
mcm mana pulak urusan membawak balik haiwan2 ni..ke depa biar je kat padang tu?

seriously, takde owner yg tuntut?? esp anjing2 tu...
kesian depa...depa pun makhluk juga...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 02:38 PM | Show all posts
Alahaii..sendiri tah hape2..nak ajar org..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 03:56 PM | Show all posts
MH17: Proses Kenal Pasti Baki Mayat Masuk Fasa Mencabar

Daripada Mohd Faizal Hassan

THE HAGUE, 27 Ogos (Bernama) -- Proses mengenal pasti identiti baki mayat warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 kini memasuki fasa sukar dan mencabar.

Anggota Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 Datuk Dr Zahari Noh berkata kes itu semakin rumit kerana pakar forensik kini hanya boleh bergantung kepada DNA sahaja yang prosesnya mengambil masa panjang.

"Kini di fasa DNA, proses semakin lebih terperinci. Jika wujud padanan cap jari atau DNA, kes boleh diteruskan untuk pengesahan identiti.

"Ia ambil masa lama, boleh juga sekejap. Ada kes terpaksa dikaji semula. Ada yang (ambil masa) satu hari sahaja sudah selesai proses identifikasinya.

"Pakar kini tidak boleh lagi bergantung kepada padanan seperti cap jari tangan atau gigi seperti pengecaman dan identifikasi jenazah lain sebelum ini," katanya di sini.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang berkata demikian dalam temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pakar forensik itu adalah satu-satunya wakil Malaysia dalam Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 yang ditempatkan di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini.

Dr Zahari menjelaskan dalam menentukan identiti jenazah, ia perlu melalui proses seperti pengumpulan anggota badan, bedah siasat dan rekonsiliasi (yang melibatkan gabungan pengumpulan anggota badan dan bedah siasat menggunakan teknik padanan cap jari, DNA serta patologi).

Katanya selesai sahaja proses tersebut, mana-mana kes yang telah dikenal pasti identiti jenazah itu akan dibentangkan ke lembaga.

Jelasnya, antara tugasnya adalah meneliti setiap kes yang dibentangkan dalam mesyuarat yang diadakan tiga kali seminggu; Isnin, Rabu dan Jumaat untuk tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti.

"Ada tujuh orang di dalam lembaga itu dari pelbagai bidang seperti pendakwa raya dan dari negara lain termasuk Belanda dan United Kingdom.

"Tugas kami adalah bersidang, semak setiap kes, buat presentasi. Bila semua sudah setuju, baru sahkan identiti mana-mana jenazah.

"Apabila ada jenazah Malaysia telah dikenal pasti dan disahkan, saya akan memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di sini yang kemudian akan memaklumkan kepada keluarga dan lain-lain lagi," katanya.

Dr Zahari menarik perhatian, sebaik sahaja jenazah dikenal pasti, pelbagai proses dokumentasi pula diperlukan untuk membawa keluar jenazah ke Rumah Mayat Monuta.

Mengikut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah kemudian perlu melalui lima proses penting.

Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.

Selesainya proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.

Ditanya mengenai rungutan sesetengah pihak mengenai kenapa semua jenazah tidak dibawa keluar secara serentak, beliau berkata setiap proses identifikasi memerlukan masa dan perlu mengharungi pelbagai fasa.

"Umum perlu faham, ada 298 kes dan setiap kali bersidang, cuma 20 kes sahaja dibentangkan. Dari situ, tidak semua yang dikenal pasti adalah warganegara Malaysia.

"Prosedur disini seperti identifikasi dan autopsi adalah berbeza. Kecepatan proses pengenalpastian mana-mana jenazah bergantung kepada selesainya fasa rekonsiliasi," katanya.

Tegas Dr Zahari, mana-mana kes jenazah sama ada lengkap atau sebaliknya yang telah selesai melalui proses rekonsiliasi akan dibawa ke lembaga mengikut giliran dan secara rawak.

"Tidak semestinya setiap kali kami bermesyuarat, akan ada kes yang dibentangkan melibatkan jenazah Malaysia.

"Kita tidak tahu mayat dari negara mana yang datang atau kes apa dibentangkan. Malah ada beberapa kes yang ditahan untuk siasatan lanjut," katanya sambil menambah terdapat 180 dari 298 mayat telah dikenal pasti ketika ini.

Dr Zahari yang telah berkhidmat hampir 27 tahun dalam bidang kesihatan termasuk forensik ini berkata adalah menjadi keinginan dan harapan untuk mengenal pasti dan menemui kesemua mayat warga negara Malaysia dalam kadar segera.

"Walau berdepan kerumitan, saya sering berdoa agar setiap kali mesyuarat, akan ada jenazah dari Malaysia dan dikeluarkan secepat mungkin, barulah lapang dada saya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan sebanyak 31 jenazah rakyat Malaysia telah dikenal pasti.

Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan pada Ahad kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi itu tiba di tanah air.

Satu lagi jenazah tiba pada Sabtu lepas.

Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas.

Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 03:59 PM | Show all posts
Putrajaya: Lima jenazah dan dua abu mayat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 akan tiba di tanahair pada 2 September dan bukan Sabtu ini seperti dijadualkan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, tarikh membawa pulang jenazah ditukar berikutan beberapa urusan perlu dilakukan termasuk pembakaran mayat beragama Buddha dan Sikh.

Menurutnya, proses pembakaran mayat perlu mengambil masa agak lama sekurang-kurangnya 48 jam.

"Sehingga kini, sebanyak 31 jenazah sudah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan 24 daripanya sudah dibawa pulang," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2014 04:01 PM | Show all posts
MH17: More remains to arrive from Netherlands on Sept 2

BY LEE YEN MUN

PUTRAJAYA: The remains of more MH17 victims are scheduled to arrive home from the Netherlands on Sept 2 instead of Aug 30 as previously announced.

This decision was made at the Cabinet meeting on Wednesday, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Dr Wee Ka Siong Wednesday.

"Seven remains are expected to be flown home," he told reporters after the Cabinet meeting.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 04:08 PM | Show all posts
Saya rasa MAS perlu memperlahankan operasi seperti mengurangkan bilangan perjalanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2014 05:52 PM | Show all posts
Rabu, 27 Ogos 2014 @ 5:39 PM
MH17: Lapan jenazah akan dibawa pulang Selasa depan


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lapan jenazah iaitu tujuh warga Malaysia dan seorang Belanda mangsa tragedi MH17 akan dibawa pulang ke Malaysia pada 2 September ini.

Katanya, maklumat terperinci berkenaan lapan jenazah mangsa tragedi itu akan dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 September ini.

Beliau berkata, istiadat penghormatan lapan jenazah berkenaan akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2 September ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 08:09 PM | Show all posts
lapan jenazah...

24 dah dibawa balik. next batch 8 orang (campur warga belanda-1)
ada lagi 12 orang ye yg belum dikenal pasti.
kalau mayat tak jumpa or tak lengkap lambat lagi la nak selesai..

aku rasa sekarang ni..kalau ada family nak cepat urusan ni selesai. bila ada mayat mangsa yg dah boleh bawak balik, terus je bawak balik tanpa melalui istiadat. kiranya buat private. cepat la sikit urusannya. Last edited by fiza1 on 27-8-2014 08:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 09:50 PM | Show all posts
fiza1 posted on 27-8-2014 08:09 PM
lapan jenazah...

24 dah dibawa balik. next batch 8 orang (campur warga belanda-1)

Kalau mampu sewa private jet boleh la kot bwk balik cepat.
Kalau waris tak dpt/mampu nak sewa private jet sendiri, ikut skali la balik sprt yg dah diaturkan dan masih ada pilihan nak istiadat or taknak.



Last edited by biggirlduncry on 27-8-2014 09:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:01 PM | Show all posts
biggirlduncry posted on 27-8-2014 09:50 PM
Rasanya (mengikut pahaman saya la) yg buat lambat sebab tunggu kelulusan dari pihak belanda, bukan ...

kalau tak guna private jet pun takpe.. hantar guna pesawat MAS biasa tapi tak melalui istiadat. rasanya perbelanjaan MAS yang tanggung. macam hari ahad lepas. ada seorang yg tak ikut istiadat tentera.



Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:14 PM | Show all posts
fiza1 posted on 27-8-2014 10:01 PM
kalau tak guna private jet pun takpe.. hantar guna pesawat MAS biasa tapi tak melalui istiadat. ra ...

Ya, makna nya still kena balik skali la satu batch tu, still kena tunggu date yg ditetapkan cuma skip istiadat. Datin sorang tu je yg dibawa balik sendiri 23hb lepas. Kalau bukan sewa private jet pun, Mungkin jugak dia ikut kargo airlines lain, totally private xdak kluar news, alih2 je ada gambar van jenazah kluar paper.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:16 PM | Show all posts
biggirlduncry posted on 27-8-2014 01:09 PM
takde ke owner2 haiwan yg dlm kargo tu tuntut body anjing/parrot mereka?
mcm mana pulak urusan memb ...

kalau ownernya sudah meninggal dalam flight itu,
bagaimana mahu menuntut?

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:30 PM | Show all posts
ladydutch posted on 27-8-2014 10:16 PM
kalau ownernya sudah meninggal dalam flight itu,
bagaimana mahu menuntut?

Anjing black/white nama Quinta tu ownernya takdak dlm flight.. Owner kat msia dok tunggu anjing dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:48 PM | Show all posts
faint_heart posted on 26-8-2014 01:23 AM
salam,

ni interactive seating chart semua penumpang MH17



mata i berair tengok seating plan arwah tambi/ariza ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 10:58 PM | Show all posts
juliez posted on 26-8-2014 11:08 AM
Ada sorang pax msian yg indian actress tu, she hypnobirthing punya geng. I terbaca semalam news pa ...


shuba jay, and her husband, a dutch....

i cam shuba jay ni masa dia mula2 berlakon dalam drama Gadis 3, tayang kat TV3 sekitar tahun 2002 dulu.... sedih jugak tengok dia sekali dengan husband and her baby dalam flight tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah yang akan pulang 2hb ni....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:05 PM | Show all posts
honeybee80 posted on 25-8-2014 01:50 PM
masjid depan shop lots..rumah nya masuk simpang seblah tu depan padang...masuk dlm sket..kalau jal ...

uolls org bkt indah ke? iolls dulu stay taman kosas, selalu juga lalu/joging keliling bkt indah tu.... ingat nak lawat kubur arwah ghafar ni nanti....

sampaikan takziah iolls pada keluarga arwah, walaupun iolls tak kenal mereka, but i can feel their sorrow and sadness...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:05 PM | Show all posts
Yg 8 nie belom bgth sape kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.370587 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list