update
Surat Cerai Dedah Joy Revfa Isteri Orang Masa Kahwin Hafiz[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 22 Ogos 2017 12:31 PM
[size=0.75em]Hafiz dan Joy berkahwin pada 1 Mei lalu.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KEMELUT keretakan rumah tangga pasangan penyanyi Hafiz Hamidun dan isteri, Joy Revfa terus berpanjangan apabila surat perceraian pengasas produk kecantikan itu dengan bekas suami tersebar. [size=0.98em]Menerusi surat yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Thailand, tarikh perceraian perkahwinan pertama itu ialah pada 13 Julai lalu. [size=0.98em]Ia sekali gus menjelaskan Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, masih bergelar isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu. [size=0.98em]Penyebaran surat itu juga menjelaskan kemelut sebenar masalah rumah tangga pasangan itu.
[size=0.98em]Terdahulu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz.
[size=0.98em]Surat perceraian yang didakwa milik Joy dengan bekas suami pertama tersebar. [size=0.98em]Joy ketika ditemui berkata, dia terpaksa membuat permohonan itu selepas Hafiz, 33, mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah. [size=0.98em]Dalam pada itu, Hafiz menerusi Instagram miliknya pada malam Isnin memberitahu akan memberi kenyataan berhubung isu itu pada hari ini (Selasa). [size=0.98em]Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz. [size=0.98em]Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017. [size=0.98em]Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun. [size=0.98em]Dalam perkembangan berkaitan, Hafiz dijadual akan mengadakan sidang media bersama peguamnya berhubung perkara itu pada petang Selasa.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... mUrjkgYZ6TfOLsmz.99
|