CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: beta_carotene

[ALL ABOUT AF2014] ~ TERATAK GOSIP LELUHUR V2 (Minggu 3: AF All Stars Recap)

 Close [Copy link]
Post time 22-9-2014 04:28 PM | Show all posts
cemolot posted on 22-9-2014 04:24 PM
selain dari kelab iSawan, meols juga ingin mencadangkan kelab2 lain ditubuhkan seperti:

i) Jom An ...

kerlasnya nama muaahahahhaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 04:28 PM | Show all posts
fredbok87 posted on 22-9-2014 04:27 PM
mawi no 2 ni.... hahaha... suara dia sedap but no x factor....dan tkde faktor wowww

uols nak masuk tak kelab iSawan...banyak jawatan tertinggi masih kosong ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:29 PM | Show all posts
mat_arof posted on 22-9-2014 04:18 PM
Undian aman sahaja yg mampu memintas undian Azwan buat pertama kaki dlm minggu 3 Ni
Undian pelajar ...

nak dekat ujung2 keluar la si azwana tu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
fredbok87 posted on 22-9-2014 04:27 PM
mawi no 2 ni.... hahaha... suara dia sedap but no x factor....dan tkde faktor wowww

Mawi x gayah coverina


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:29 PM | Show all posts
#AF2014: Farez Dapat Petanda Sebelum Tersingkir

22/09/2014



Pelajar #AF2014, Farez atau nama sebenarnya Muhammad Fareezuan Adnan seakan-akan dapat merasakan akan tersingkir pada konsert ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad.

Menurut Farez, sebelum konsert bermula perasaannya kuat mengatakan dirinya bakal tersingkir selain mengalami mimpi yang sama selama tiga hari berturut-turut.

“Sebenarnya saya memang dah rasa yang saya akan tersingkir minggu ini… Perasaan itu semakin kuat apabila selama tiga hari berturut-turut saya bermimpi mengenai penyingkiran saya.

“Perasaan tidak selesa itu saya luahkan kepada Abang Azwan, namun Abang Azwan meminta supaya saya tidak berfikir bukan-bukan.

“Selain itu, saya juga tidak tahu kenapa saya terlalu rindukan ibu saya dan dengan penyingkiran saya ini nampaknya firasat saya tak salah,” katanya ketika ditemui semasa majlis sidang media pelajar #AF2014 yang tersingkir di MBSA pada Ahad.


Walaupun berpuas hati dengan persembahan yang diberikan namun Farez mengakui sedikit terkilan kerana belum sempat untuk menonjolkan bakat dan juga kehebatan nyanyiannya.

“Tipulah jika saya rasa tak sedih, saya akui perasaan terkilan itu ada kerana saya rasa saya telah menghampakan cikgu-cikgu saya.

“Namun walaupun saya tersingkir, tetapi tidak mengapa kerana mungkin ini bukan rezeki saya.

“Tersingkir tak bermakna saya akan lupakan cita-cita saya, sebaliknya saya akan terus mencuba dan tidak sesekali berputus asa,” ujar pelajar yang berusia 19 tahun itu.

Selain itu, Farez juga tidak akan menolak sekiranya ada tawaran nyanyian yang diberikan kepadanya dan berterima kasih kepada peminat yang mengundi serta menyokongnya sepanjang perjalanan di dalam #AF2014.

Dengan tema ‘Hits Fantasia’, Farez atau nama sebenarnya Muhammad Fareezuan Adnan telah menyampaikan lagu ‘Awan Nano’ nyanyian asal oleh juara Akademi Fantasia 7 iaitu Hafiz Suip.

Penyingkiran Farez telah diumumkan oleh hos #AF2014 iaitu Zizan Razak dan Faizal Ismail sebagai pelajar kedua tersingkir dengan peratusan undian sebanyak 2.8%.


http://www.astrogempak.com.my/Ar ... B-u4j4nsRo.facebook
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:30 PM | Show all posts
seroja23 posted on 22-9-2014 03:17 PM
dhani tu puaka kl kt porum ni...jaoh sekali ngn aman tu..
tp muka depa mcm nk sama dh...dgn kerem ...

hahah gi mana budak dhani ni...dulu dok melahar dgn dia.... mmg budak tk cukup suku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2014 04:31 PM | Show all posts
mat_arof posted on 22-9-2014 02:13 PM
Bagi lagu rancak ok juga untuk aman tu
Bagi hilang kemaluan dia

hilang kemaluan nak projek mcm mana ?....hahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 22-9-2014 04:29 PM
#AF2014: Farez Dapat Petanda Sebelum Tersingkir

22/09/2014

Eeeeee... Abg Azwan lerr

Dia dah berambus kuar
Harap Jgn lar pula si Azwana Ni nk terkam aman pula .. Ye lar aman Hemsem ... Jambu
Hahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 04:34 PM | Show all posts
cemolot posted on 22-9-2014 04:28 PM
uols nak masuk tak kelab iSawan...banyak jawatan tertinggi masih kosong ni..

hahaha..bayor pun kita tak nak...choyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:48 PM | Show all posts
mat_arof posted on 22-9-2014 04:33 PM
Eeeeee... Abg Azwan lerr

Dia dah berambus kuar

ziha tuh yg akan terkam aman dulu..dia kan minat yg jambu cam izzue islam..so aman le ziha minat..selamat KECAMAN dr dot dot dot..hahah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:48 PM | Show all posts


Badrul: Konsert Ketiga #AF2014, Macam Kena Bomoh!


Konsert Minggu Ketiga #AF2014
Serius, macam pelik bila tengok konsert ketiga Akademi Fantasia! Pelajar macam tak bermaya. Tidak seperti konsert sebelumnya, semangat juang mereka nampak lemah. Macam saya kata, seperti kena bomoh! Kalau kita dah dua kali pergi makan kat kedai yang sedap, kali ketiga kita pergi dengan harapan yang tinggi, tiba-tiba semuanya rasa hambar. Padahal kita tahu makanannya lazat, menunya menyelerakan. Tapi semua tu macam hilang. Dan kita tidak tahu apa puncanya. Begitulah yang saya rasa untuk konsert minggu ketiga ini!


Pembukaan konsert dengan persembahan bekas-bekas juara seperti Mawi (Kian), Zahid (Milikku), Faizul (Perempuan), Mila (Persis Mutiara) dan Hazama (Malaikat) membawa tanda tema konsert minggu ini. Kehadiran Datuk Aznil Hj. Nawawi sebagai juri jemputan juga sebagai pelengkap tema hits Akademi Fantasia.

Adel – Jahat (Stacy)
Mimik muka Adel mungkin lebih baik daripada minggu sebelumnya. Tetapi negatifnya bila Adel mendapat lagu Stacy, perbandingan secara langsung pasti berlaku apatah lagi kedua-duanya dari Sabah. Paling menonjol apabila stamina Adel jauh dan tidak termampu untuk menggerakkan lagu 'Jahat'. Boleh nampak dia termengah-mengah. Pancit di separuh persembahan. 'Jahat' yang tidak cukup 'jahat'nya.
2 1⁄2 bintang

Firman – Relakan Jiwa (Hazama)

Persembahan Firman semakin baik dan dia mampu memberikan rasa pada lagu yang disampaikan. Penyampaiannya jujur tetapi dia mungkin terlupa bahawa ini juga adalah pertandingan. Dia perlu menyanyi kepada penonton. Kelemahan ketara adalah dari sudut sebutan yang tidak jelas. Tapi bukan masalah yang besar untuk diperbaiki.
3 1⁄2 bintang

Zarif – Aduh Saleha (Mawi)

Minggu lepas saya ada sentuh tentang 'make-over' untuk Zarif dan terima kasih kerana ada orang yang mendengar. Sudah hilang kumis tipis Zarif yang meletakkan dia antara remaja dan tua. Sekurang-kurangnya sudah nampak sedikit nilai-nilai komersial pada Zarif. Dia boleh sampaikan low note dengan baik, tetapi Zarif perlu menyanyikan lagu dengan gaya yang tersendiri. Dia masih tercari-cari. Terlalu biasa sangat persembahannya.
2 1⁄2 bintang

Muna – Percayalah (Indah)

Saya sempat Afundi10 Muna minggu ini. Saya melihat graf persembahan Muna sentiasa meningkat saban minggu. Saya rasa mungkin Dato' Ramli MS salah dengar persembahan Muna minggu ini, mungkin ada sedikit kerosakan pada 'headphone' beliau. Saya pasti kalau 'headphone' Dato' diperbetulkan, dia akan kata suara Muna secantik pakaiannya. Terus terang saya katakan, kawalan suara Muna bagus. Mungkin key suaranya tidak setinggi Indah, tetapi dia menyanyikan lagu 'Percayalah' dengan baik dan tidak 'over'.
4 bintang

Farez – Awan Nano (Hafiz)

Silap besar bila Farez mengakui tidak suka dengan lagu Awan Nano. Dia sepatutnya lebih arif dengan pertandingan. Tidak menyukai lagu yang menjadi juara pelbagai anugerah, nyanyian penyanyi yang memenangi vokal terbaik pelbagai anugerah dan ditulis pula oleh sifu terkenal (yang mungkin juga merupakan satu anugerah) seolah-olah 'membunuh' afundi diri sendiri. Sayang sekali, kerana Farez ada tone suara yang bagus, tetapi 'tidak profesional' dalam menerima cabaran. Minggu lepas saya sudah sentuh soal menjadi sedikit hipokrit. Mudah sahaja penilaian saya, apa yang diutarakan di dalam diari memakan dirinya sendiri.
3 bintang

Ziha – Hatimu Milikku (Nera)

Lagu ini sedap, tetapi bukan lagu pertandingan kerana lagu ini tidak mencabar vokal. Tetapi bila lagu yang tidak mencabar vokal pun tidak mampu dipersembahkan dengan sempurna apatah lagi lebih bagus, maka tidak ada apa yang mampu dinilaikan. Saya juga rasa kalau topeng Izzue Islam dibuka ketika Ziha masih lagi menyanyi, mungkin dapat membangkitkan lagi semangat atau sekurang-kurangnya menambah lagi sorakan, tetapi dibuka selepas habis menyanyi tidak meninggalkan kesan yang sama.
2 bintang

Nina – Ilusi (Adira)
Kalau lah... Kalau lah... Kalaulah saya boleh menukar siaran! Agak perit telinga mendengar persembahan Nina! Seperti persembahan talent-time di sekolah! Terlalu amatur. Kadang-kadang saya rasa seperti ada orang lain sedang membuat persembahan, lalu memanggil seorang penonton (Nina) untuk menyanyi bersama. Maaf Dato' Hattan, yang ini memang ke laut!
1 1⁄2 bintang

Aman – Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
Memang Aman tidak mampu! Adakah lagu ini terlalu besar untuk Aman? Saya sendiri masih cuba nak memahami apa tujuan Aman memasuki Akademi Fantasia? Mahu jadi penyanyikah? Atau mahu mencari outlet untuk membuang perasaan malu? Persembahan  Aman hanya seperti orang menyanyi di karaoke. Mana perginya keistimewaan yang dilihat ketika audition? Banyak sangat persoalan yang tidak dapat saya jawab.
2 bintang

Ewal – Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)
Sekurang-kurangnya Ewal tahu bahawa konsert Akademi Fantasia adalah satu pertandingan. Bukan setakat mahu terima sorakan penyokong dan teriakan peminat. Sekurang-kurangnya Ewal memberikan sedikit kelainan pada lagu yang disampaikan. Menambah warnanya yang tersendiri. Tidak sempurna, tetapi jauh lebih bagus daripada kebanyakan persembahan sebelumnya. Mungkin dari segi Afundi, dia tidak begitu berjaya, tetapi percayalah, bila keluar dari Akademi nanti, dia akan berdiri di kategorinya yang tersendiri.
4 bintang

Nuha – Aku Lebih Tahu (Mila)
Sangat terkilan dengan persembahan Nuha kali ini. Kelebihan vokalnya tidak digunakan sebaik mungkin. Bila terlalu 'playful' dia sendiri yang membuatkan persembahannya menjadi hambar. Ketahanan mental juga tidak kuat. Bila dia melakukan kesalahan akibat tercepat, terus tumpuannya terganggu. Saya pun menjadi lupa tentang betapa uniknya vokal Nuha. Sayang!
2 1⁄2 bintang

Azwan – Izinku Pergi (Kaer)
Hanya persembahan biasa daripada Azwan. Masih tercari-cari kehebatannya. Masih ternanti-nanti keunikannya. Masih tertanya-tanya punca Afundinya tinggi. Betulkah kerana keenakan vokalnya? Mungkin saya masih belum nampak, tetapi saya amat berharap supaya saya akan nampak. Sekurang-kurangnya biarlah saya mampu melihat auranya sebagai penghibur.
3 bintang.

Persembahan Iwere dengan lagu rap kelantan dan dikir baratnya seolah-olah memecah jampi serapah! Hebat! Sangat menghiburkan. Saya bukanlah orang yang begitu 'faham' tentang hiphop, tetapi persembahan Iwere benar-benar membawa semangat yang tinggi selepas persembahan hambar para pelajar minggu ini.

Ewal dan Muna menjadi pilihan pelajar terbaik saya. Juga, kalau nak ikutkan kepada persembahan mereka pada minggu ini, tiga peserta terbawah yang saya pilih adalah Nina, Ziha dan Aman, tetapi apa nak buat, 'kerana mulut badan binasa'. Walaupun saya tidak rasa Farez memberikan persembahan yang teruk, tetapi terimalah hakikat. Farez terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia. Mungkin dia akan belajar daripada kesilapan bila sudah berada di dalam industri nanti.



Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
abahma27 posted on 22-9-2014 04:48 PM
ziha tuh yg akan terkam aman dulu..dia kan minat yg jambu cam izzue islam..so aman le ziha minat.. ...

Tu lar agaknya aman pun awal awal dah tahu kot sbb tu ngendeng dgn Ziha

Habislah ewal
Ish
Jauhkan lar ewal tu dari Azwana coverina tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak agak lagu pe ye minggu Ni mereka dpt
Huhuhu Last edited by mat_arof on 22-9-2014 05:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 22-9-2014 04:48 PM
Badrul: Konsert Ketiga #AF2014, Macam Kena Bomoh!




Mmg mcm kena bomoh pun
Pengetua pun sama bias kt pelajar yg dia suka je ......

Mmg konsert paling teruk aku tgok
Sbb bomoh kot sampi aku tertido

Harap tiada pelajar yg dpt rewards minggu Ni
Sbb semua cam hareeeem nyanyi

Klau pengetua bg juga
Nmpk bias

Last edited by mat_arof on 22-9-2014 04:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 22-9-2014 04:29 PM
#AF2014: Farez Dapat Petanda Sebelum Tersingkir

22/09/2014

Sapa yg nak tawar kan dia nyanyi ni oi..leh nangis aku baca ayat dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
fredbok87 posted on 22-9-2014 04:27 PM
mawi no 2 ni.... hahaha... suara dia sedap but no x factor....dan tkde faktor wowww

Mawi tak gayah
Mawi ada wow value
Mawi ada aura

Hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
xtau kenapa aku rasa aman mcam ada x-factor dlam af wlau suara dia bese2 je... ke sebab org selalu highlite yg dia pemalu so ramai mcm bg perhatian kt dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:17 PM | Show all posts
azie.dz posted on 22-9-2014 05:13 PM
Sapa yg nak tawar kan dia nyanyi ni oi..leh nangis aku baca ayat dia


dia bkn ke ahli SitiZoners....mana lah tau kot2 Tok Ti nak jadikan dia rakan duet nanti....hehe.. Last edited by achik2009 on 22-9-2014 05:27 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan aman buat drama spt di arah kan oleh astro...buat drama malu malu gittew

Juara terancang kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 22-9-2014 05:17 PM
dia bkn ke ahli SitiZoners....mana lah tau kot2 Tok Ti nak jadikan rakan duet nanti....hehe..

Nangis aku hahahahahahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.553743 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list