CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_death

hepi new year...meh borak sampai lebam@hp

 Close [Copy link]
Post time 8-1-2012 07:17 AM | Show all posts
daaaaaaaah....imam muda ari ni...
monorail Post at 8-1-2012 07:14


iman tua nya mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2012 07:18 AM | Show all posts
mana best gitu...tertanya-tanya jer..
monorail Post at 8-1-2012 07:17

jgn ler ter tanya2..senyum2 jer{:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 07:21 AM | Show all posts
iman tua nya mana?
moyas Post at 8-1-2012 07:17
heheh....ari ni giliran dia....


sebenarnya semalam giliran imam muda tu..tapi dia g mana tah...ada keje kot sebab dia tu jurunikah kan JAWI. so imam sorang lagi tu amik tmpt dia...so ari ni dia terpaksa ganti lah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 07:22 AM | Show all posts
jgn ler ter tanya2..senyum2 jer
moyas Post at 8-1-2012 07:18

suruh kita senyum....tapi dia gelak tak sedar dunia...haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 07:32 AM | Show all posts
salam 14 safar 1433H semua kawan2 ku

AIR ZAM-ZAM



AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding  air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik,  termasuk sarjana Barat. Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi  Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah  air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi  segala penyakit.”

Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah  kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari,  terutama pada musim haji.  Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah  bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji  dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum  air zamzam.  Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum  dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus  selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang  walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: “Aku pernah  mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk  keperluan apa saja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan  rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika  meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan  mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit,  maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.

Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang  mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam.  Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu diminum mengikut apa  yang diniatkan atau dikehendaki. ” (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas,  lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli ilmu meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa  berkata: “Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia,  berharga dan disukai.  “Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin  Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka, pertolongan seperti itu juga  boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja  yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.

“Ramai ulama meminumnya kerana sesuatu hajat dan mereka berhasil  memperolehnya.”
Disebut pengarang kitab al-’Aqdus Sameen bahawa Ahmad bin Abdillah  Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Makkah meminum air  zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta.  Lalu, dengan izin Allah, beliau sembuh. Menurut pengarang kitab ini  lagi, bahawa kejadian itu dikhabarkan sendiri gurunya, al-Fufti  Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.  Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: “Maknanya,  barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya  itu.

“Hal ini, dicuba ulama dan orang soleh bagi segala hajat mereka,  sama ada hajat akhirat mahupun dunia. Alhamdulillah, semuanya  memperolehnya. ” (Lihat Tahzibul Asma Wal-Lughat 3/139).
Al-’Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: “Saya dan juga  orang lain mencuba berubat dengan air zamzam. “Saya berubat  dengannya dalam banyak penyakit dan sembuh dengan izin Allah.  Demikian juga saya menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa  dengan air zamzam hampir setengah bulan atau lebih, tetapi tidak  lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli  isterinya dan berpuasa.”

Al-’Allamah seterusnya berkata: “Sudah berlaku kepada diri saya  sewaktu di Makkah, saya sakit. Pada masa itu, saya benar-benar  ketiadaan ubat dan doktor.  “Maka, saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air  zamzam dan bacakan di atasnya berulang kali. Kemudian, saya minum  lalu mendapati kesembuhan yang sempurna.

“Sejak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya  memberi sebesar-besar manfaat.” (Lihat Zadul Ma’ad 4/718)
Berkata pula Al-Hakim: “Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar  bercerita mengenai Ibnu Khuzaimah (Ibnu Khuzaimah ialah seorang  ilmuwan besar), katanya: “Saya mendengar orang bertanya kepada lbnu  Khuzaimah: “Daripada manakah tuan memperoleh ilmu?” Jawab lbnu  Khuzaimah: “(Bukankah) Rasulullah pernah bersabda: “Air zamzam itu  diminum mengikut apa yang diniatkan?” (Lihat Sairul A’Iam an-Nubala  14/370).

AI-Jalal as-Suyuti juga menceritakan mengenai dirinya,  katanya: “Dengan memuji Allah, saya sudah musafir ke negeri Syam,  Hijaz, Yaman, India dan Maghribi.  “Apabila saya menunaikan haji, saya minum air zamzam bagi beberapa  perkara yang berikut, antaranya: Agar saya mahir dalam ilmu fiqah  hingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
“Dalam ilmu hadis hingga saya mencapai martabat al-Hafiz lbnu Hajar.  Ada pun, semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah ke  atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah.

“Apalah yang ada untuk dimegahkan di dunia ini, sedangkan saat  kembali semakin dekat dan uban pun mulai subur.” (Lihat Husnul  Muhadharah 1/215 dan 2/296).
Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka  nyata, yang amat mustahak itu adalah niat dan keimanan yang seikhlas- ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu.

FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam
â

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 07:41 AM | Show all posts
Salam dan samat pagi sumer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2012 07:42 AM | Show all posts
Salam dan samat pagi sumer..
medangmru Post at 8-1-2012 07:41

wa'alaikum mussalam dan samat pagi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 07:49 AM | Show all posts
heheh....ari ni giliran dia....


sebenarnya semalam giliran imam muda tu..tapi dia g mana tah... ...
monorail Post at 8-1-2012 07:21

giliran abg long bila?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2012 07:51 AM | Show all posts
Salam dan samat pagi sumer..
medangmru Post at 8-1-2012 07:41

w/slm dan selamat berhujung minggu chipmed. jum g kg baru. mkn nasik lemak
tqsm kedit tue
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 07:52 AM | Show all posts
suruh kita senyum....tapi dia gelak tak sedar dunia...haha
monorail Post at 8-1-2012 07:22

mana der gelak. senggeh jer la
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 07:59 AM | Show all posts
giliran abg long bila?
moyas Post at 8-1-2012 07:49

giliran saya tetiap waktu........makmum....haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:01 AM | Show all posts
mana der gelak. senggeh jer la
moyas Post at 8-1-2012 07:52

senggeh ke....tu yg tergulin guling tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:06 AM | Show all posts
giliran saya tetiap waktu........makmum....haha
monorail Post at 8-1-2012 07:59

lelama nati tiap2 hari imam la tu. insyaalah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:07 AM | Show all posts
senggeh ke....tu yg tergulin guling tu....
monorail Post at 8-1-2012 08:01

tue emot yg buat. mukan moy
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:09 AM | Show all posts
tue emot yg buat. mukan moy
moyas Post at 8-1-2012 08:07 AM



   salam moy...rail.....udah bekpes??
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:10 AM | Show all posts
w/slm dan selamat berhujung minggu chipmed. jum g kg baru. mkn nasik lemak
tqsm kedit tue{: ...
moyas Post at 8-1-2012 07:51 AM


semalam dah makan nasik lemak yg diidamkan lebih dr 2 bulan lepas....semalam br dapat lampiaskan nafsu itewwwwwwwwww..

alhamdulillah.....skang kondisi bertambah baik....udah boleh berjalan tanpa pakai tongkat ( tp slow2 arrr )....dan kalau nak pergi mana2.////hanya guna satu tongkat jer....tak perlu 2 tongkat dah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2012 08:25 AM | Show all posts
lelama nati tiap2 hari imam la tu. insyaalah
moyas Post at 8-1-2012 08:06

tak sampai ke tahap tu rasanya....jahil nih....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:27 AM | Show all posts
salam moy...rail.....udah bekpes??
medangmru Post at 8-1-2012 08:09

wa'alaikum mussalam...baru lepas...ex-gf buat burger....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:32 AM | Show all posts
nnt nak g wangsa walk...nak tgk tab...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:36 AM | Show all posts
semalam dah makan nasik lemak yg diidamkan lebih dr 2 bulan lepas....semalam br dapat lampiaskan ...
medangmru Post at 8-1-2012 08:10

nasi lemak mana yg di idam2 oleh chipme tu? sedap sangat erk? cer - cerita nk try la...
cepat juga recover kaki chipmed tue. camni b4 mac da leh masuk keja daaa{:4_189:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.063382 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list