Edited by MekConkey at 9-12-2018 10:02 AM
Ditujukan khas kepada Hajjah Noor Neelofa Mohd Noor, wargaLofaland dan peminat-peminat hajjah…..
I Know What You Did Last April 2018, Wahai Hajjah Neelofa Ku Sayang,
Sedikit Introduction,
Figura terkenal Malaysia Neelofa terus mengembangkan sayapnya dalam tahun 2018. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja aktiviti yang melibatkan ikon Malaysia ini. Tidak ada satu bulan pun beliau senyap dari persada pentas seni mahupun bisnesnya. Bukan sahaja tidak pernah senyap dari aktiviti harian, namanya juga tak pernah ‘senyap’ di persada alam netizen di media sosial dan elektronik.
Begitulah hebatnya ‘Aura’ seorang yang bernama Neelofa. Saya secara peribadi, merasakan yang Neelofa sebenarnya memang ‘ditakdirkan’ untuk menceburi bidang hiburan. Bukti? Sejak dari awal pembabitannya dalam dunia seni pada tahun 2011, ada sahaja kontroversi melibatkan beliau dan setiap kontroversi ini bukanlah sesuatu yang ‘diminta’ atau yang ‘dicipta’ olehnya sendiri. Kehadiran Neelofa di dalam bidang seni ini seolah-olah sentiasa menjadi ‘tarikan’ sesuatu.
Namun, sudah menjadi asam garam kehidupan anak seni, setiap kontroversi inilah yang sebenarnya dapat ‘menaikkan’ atau ‘menghidupkan’ nama seseorang selebriti itu, tidak kisahlah kontroversi baik atau yang buruk, ia tetap diperlukan dalam dunia seni hiburan. Kerana itulah nama Neelofa tak pernah lekang menjadi sebutan. Tapi, tak dinafikan juga bahawa jika selebriti itu hanya kaya kontroversi sahaja tanpa bakat dan produk, tidak bagus juga ( dan semestinya Neelofa bukanlah dari kalangan itu ).
Baiklah, berikut saya simpulkan rentetan perjalanan Noor Neelofa dalam Bulan April 2018 (memandangkan ini adalah bulan tugasan yang diberikan oleh tuan thread ini kpd saya ;p)
Amaran: Diari Hajjah Neelofa ini sangat padat dan teliti, so take your times to read it and enjoy….
<DIARI APRIL 2018 NEELOFA>
1 April 2018: Neelofa balik dari percutian di Chiang Mai,Thailand bersama keluarga tercinta.
2 April 2018:Neelofa menunjukkan di igs bahawa dia sdg menulis di dalam buku bertajuk ‘Story Of My Life:A sentence a day’ sejak dari Nov 2017 (PS: Saya harap, Lofa masih meneruskannya sekarang dan sangat berharap beliau akan berkongsi dengan peminatnya suatu hari nanti. Tak kisah la jika perlu dibeli sekalipun, saya yakin ia pasti laku-keras kan? )
3 April 2018: 2pm: Launching Be Lofa Instant + Perbincangan mengenai ANUGERAH MELETOP ERA di Hotel Sri Petaling KL. 9pm: Mengacara program MELETOP (Beliau mengenakan baju Merah dan berbalut seperti selimut :p)
4 April 2018:
Ptg: Menghadiri Premiere Tayangan Filem Dukun. (PS: Mengikut Neelofa, ini adalah filem pertama selepas kali terakhir menontonnya ketika form 2. Dan dgr khabar juga, sejak menonton Dukun, Neelofa tidur malam sambil 'on' lampu kerana terlalu takut :p)
Malam: Beliau menjadi tetamu jemputan FB Live bersama Faizal Ismail dan Fara Fauzana (Beliau memakai Baju Kelawar Mama Tini)
Highlight Best DalamFB LIVE:
“The fame, rezeki,job, career, bisnes, anak, family semua dari Allah”
“Orangtakut hilang duit, takut hilang anak, hilang fans, takut...takut .Dorang takde penghayatan yang semua tu bukan dari manusia tapi dari Allah swt. So no matter what people say, you assumed, fitnah apa, I know rezeki saya datang dari Allah. Fans saya datang dari Allah, followers saya pun datang dari Allah” – Neelofa
6 April 2018: 1. Fitting session for Anugerah Meletop 2. Interview dengan Kosmo di Naelofar Hijab HQ. 3. Meeting bersama AirAsia Branding & Commercial team. 4. Rehearsal AME

7 April 2018:Rehearsal AME
8 April 2018: Mengacara ANUGERAH MELETOP ERA 2018. Neelofa memenangi Fesyen Meletop, Pelakon Meletop dan Anugerah Top Top Meletop! (PS: Jangan dilupa gimmick Neelofa jatuh dipentas dan sambut Zul Ariffin. Viral jadinya keesokan hari!)


9 April 2018:Shooting for Anti Cyber Bullying Campaign
10 April 2018: Mengacara program Meletop. ( Ditemani Ular Sawa!)
11 April2018: 1. Shoot for Suci campaign (bersama artis-artis seperti Nora Danish,Diana Danielle dll) 2. Malam,menghadiri pertunjukan fesyen Rico Rinaldi dimana neelofa dilantik menjadi ‘Face Of Summeraya’.
12 April 2018: AM: Breakfast di KL! Noon: Transit di Singapore. Lunch di Singapore! PM: Tiba di Koh Samui. Dinner diThailand!
“Dalam satu hari this girl (Neelofa), Breakfast di KL, Lunch di Singapore and Dinner di Thailand!”-Didi
12 April – 15 April 2018: Shoot For NH Raya Campaign di Koh Samui.
16 April 2018: Balik ke KL. Tiba di KLIA, beliau ‘teruja’ melihat poster Oppo F7 beliau mula ‘menular’ di tiang-tiang, billboard KLIA.
17 April 2018: Menghadiri Kempen Anti Buli Siber.
18 April 2018: Menghadiri pelancaran Oppo F7.
22 April 2018: Menganjurkan aktiviti 99 Names bersama PU Rizz diNaelofar Luxe TTDI. (PS: Ketika ini beliau Ayu berbaju Kurung. Beliau juga sangat Cool melayan peminat walaupun tgh period pain ;).
24 April 2018: Mengacara program Meletop
26 April 2018: Menghadiri acara pelancaran Omar dan Hana di Alamanda Putrajaya. Disini dipamerkan 2 video Omar dan Hana yang berkolaborasi bersama NaelofarHijab dan Neelofa turut menyumbang suara.

27 April2018:Shooting for Yes 4G Ad( Beliau menjadi guru sekolah di dalam iklan ini)
29 April2018: Menganjurkan aktiviti 99 Names bersama PU Rizz di Naelofar Luxe Boutique TTDI.
Penutup: Semoga Hajjah Neelofa terus berjaya dan terus memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia pada tahun 2019. Doa kami di sini sentiasa mengiringimu. Teruslah terbang tinggi, tapi jangan sampai lupa jenguk ke bawah sekali sekala.We love you forever.....
-TAMAT-
|