CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azmira81

TRYING TO CONCEIVE (TTC) V3~~Pengalaman anda

   Close [Copy link]
 Author| Post time 25-2-2012 12:22 PM | Show all posts
Aliran haid yang banyak dan lama



Kebanyakkan  wanita mengalami kadar aliran lebih kurang 2 atau 3 sudu darah setiap  bulan. Mereka yang melalui haid yang banyak boleh kehilangan 5 sudu atau  lebih darah pada setiap bulan. Apabila anda kehilangan darah yang  berlebihan akan menyebabkan anda kekurangan zat besi yang diperlukan  oleh badan untuk menghasilkan hemoglobin iaitu molekul yang membantu  sel-sel darah merah mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan anda.  Tanpa zat besi yang cukup, jumlah sel darah merah anda akan jatuh dan  ini akan membawa kepada anemia.

Tanda-tanda  anemia termasuk sesak nafas yang luar biasa, kulit menjadi pucat dan  keletihan. Jika anda mempunyai aliran haid banyak dan lebih panjang dari  kitaran sebelumnya, berjumpalah dengan doktor dengan segera.

Beberapa masalah lain yang menyebabkan aliran haid anda banyak termasuklah;                                            
  • Fibroid
  • Polip Endometrial (ketumbuhan kecil pada lapisan rahim)
  • Gugur atau Kandungan luar rahim
  • Penggunaan ubat-ubatan (termasuk pencair darah atau steroid)
  • Penyakit yang menghalang pembekuan darah, seperti penyakit Von Willebrand
  • Kanser Uterus

                                
Anda  boleh mengagak berapa banyak haid anda dengan memerhatikan berapa  banyak tuala wanita yang anda telah gunakan. Sekiranya tuala wanita anda  penuh dibasahi dengan darah dan anda perlu menukarnya setiap satu jam  atau keluar darah dalam bentuk ketulan yang besar dan berterusan,  pendarahan haid anda sememangnya luar biasa. Anda perlu berjumpa doktor  anda dengan segera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2012 12:24 PM | Show all posts
Reply 2119# azmira81

ahaa... lebih kurang mcm tu.semalam eni terus pegi klinik kesuburan kat area rumah ni utk buat tvs.
dia scan, cakap takde telur matang..
dia cakap, datang balik isnin nanti..
eni test ovulation test arini (pagi tadi, tak menyabo walaupun rasa waktu yg terbaik test pkl 2-2.30pm) cuma ada garis kabur.. maknanya ada present LH tapi tak cukup tinggi utk any ovulation.
sedih jugak. tapi hari ni baru hari ke-13. insyaAllah akan teruskan check..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 02:18 PM | Show all posts
dua tiga menjak ni sentiasa raye loya2. tp x sakit kepala. breast pun x sakit.. hormon x stabil ke. perut rase x selesa. blm piod lagi. da nk masuk 9 mggu x piod. cek pakar 17hb 2 baru ni blm ada ape2. hrp2 loya ni petanda baik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:16 AM | Show all posts
Aliran haid yang banyak dan lama



Kebanyakkan  wanita mengalami kadar aliran lebih kurang 2 at ...
azmira81 Post at 25-2-2012 12:22


hai mira...ieka nk update dah 8week...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:20 AM | Show all posts
semenjak peggy nie,ieka x de mood nak bersama dengan suami..dah la selepas nie x jumpa lg kalo ieka x balik umh suami...kesian suami...x dapat layan dia..ada x tips mcm ne nak atasi masalah nie...ieka langsg xde nafsu nak bsama...kalo dah kesian sgt kami terpaksa gunakan pelincir...ada x sesiapa yg boleh bantu..?khamis nie suami dah balik utk bekerja...mcmne nk buat yer...suami siap ckp nie la nasib bila isteri mgandung...sabar jelah...tp ieka kesian kat die...ieka taw batin die terseksa...lg2 baru kwin...dah ler duk jauh..huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 11:32 AM | Show all posts



Senarai bakal2 ibu

1. ONJES (33 weeks)
2. mamaredrose (28weeks)
3.  villossa_blue (31weeks)
4. haitt (22 weeks)
5. hafizah66 (13 weeks)
6. dynaz_zhalia (8 weeks)
7. Tas296 (24 weeks)
8. biyuti (18 weeks)
9. ZaujahAsyraf (9 weeks)
10. anarina (7 week)
11. iekamiss (8 weeks)


Senarai berusaha keras

1. liz8484 (2weeks)
2. ajercrazy (1 weeks)
3. hamizaron (2 weeks)
4. naniey12 (4 week)
5. nurulqisztyna (1 weeks)
6. cmf_shya (4 week)
7. mmelonberries (2 weeks)
8. murninurani (3 week)
9. deq_ain (1weeks)
10. cikticer ( 1 weeks)
11. yetta (1 week)
12. eniliana (1weeks)
13. nov_rain_gur (2weeks)
14. syasyafina (2weeks)





senarai yang berusaha keras dikira dr start hari pertama period.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2012 09:50 AM | Show all posts
saya nak mintak bantuan...ni 1st time nk mkn clomid..semlm period tp sikit sgt yg kuar..dot coklat jer..pagi ni cek bersih jer..mcmne ye..sbb dr bgtau mkn hari yg kedua? kalau 2nd day pun kuar yg coklat2 jer boleh terus mkn ke? ke kena tunggu smpai kuar darah period..tq.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 10:37 AM | Show all posts
saya nak mintak bantuan...ni 1st time nk mkn clomid..semlm period tp sikit sgt yg kuar..dot coklat j ...
ayuazman Post at 28-2-2012 09:50


makan je..... jangan stop. biasanya pas makan hari ke 3 ke 4 akan banyak....

mira pernah makan masa day 2 period. day 4 dah kering. masa tu baru hari ke3 makan clomid. so habiskan pai bijik yan ke 5 walaupun dah kering
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2012 10:38 AM | Show all posts
ayu,

makan malam ke siang clomid tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 03:10 PM | Show all posts
ayu,

makan malam ke siang clomid tu?
azmira81 Post at 28-2-2012 10:38
ayu blm mkn lg..ayu ade terbaca mira suggest mkn mlm..so mlm ni baru nak start.. thanks sgt2 mira
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 05:34 PM | Show all posts
Senarai bakal2 ibu

1. ONJES (33 weeks)
2. mamaredrose (28weeks)
3.  villossa_blue (31week ...
azmira81 Post at 27-2-2012 11:32



    mira, update berusaha keras, 7 minggu
period tak datang2 lagi ni... cek UPT -ve
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2012 01:45 PM | Show all posts



Senarai bakal2 ibu

1. ONJES (33 weeks)
2. mamaredrose (28weeks)
3.  villossa_blue (31weeks)
4. haitt (22 weeks)
5. hafizah66 (13 weeks)
6. dynaz_zhalia (8 weeks)
7. Tas296 (24 weeks)
8. biyuti (18 weeks)
9. ZaujahAsyraf (9 weeks)
10. anarina (7 week)
11. iekamiss (8 weeks)


Senarai berusaha keras

1. liz8484 (2weeks)
2. ajercrazy (1 weeks)
3. hamizaron (2 weeks)
4. naniey12 (4 week)
5. nurulqisztyna (1 weeks)
6. cmf_shya (4 week)
7. mmelonberries (2 weeks)
8. murninurani (3 week)
9. deq_ain (1weeks)
10. cikticer ( 1 weeks)
11. yetta (7 week)
12. eniliana (1weeks)
13. nov_rain_gur (2weeks)
14. syasyafina (2weeks)





senarai yang berusaha keras dikira dr start hari pertama period.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 10:45 PM | Show all posts
sy blm piod lagi ni.last piod 23-29/12/2011...last upt 26/2 still -ve. 1/3 gi brurut. mira..nk tye. keputihan menggnggu kesuburan x?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 02:29 PM | Show all posts
mira nak join jugak...

ida 31weeks now....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 12:58 PM | Show all posts
salam sume..
nak update.. hari berusaha memasuki hari ke 22 (3 weeks).

sejak dari hari ke-12, hari2 check guna ovulation test kit. sampai lah sabtu dah mula rasa takmo check..huhuhu.. tapi check juga hari Ahad. +ve.

check hari ni -ve balik.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 03:28 PM | Show all posts
nk tny la, mane bole dapat pil clomid tu ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 03:46 PM | Show all posts
Senarai bakal2 ibu

1. ONJES (33 weeks)
2. mamaredrose (28weeks)
3.  villossa_blue (31week ...
azmira81 Post at 2-3-2012 13:45


mira..nk update...dah 9 weeks...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:40 PM | Show all posts
Salam. Nak join the club. Manis br disahkan +ve, 5 wks. Alhamdulilah.... Dah hampir 2 thn tunggu. But ada jg kerisauan dhati sbb pernah keguguran pd usia kandungan 6wks.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 07:31 AM | Show all posts
Salam All...
Ngalir juge airmata ni bila baca smorg punye post kt sini..
Ogino dah nikah 3 tahun.Masih blom ada rezeki nak dpt bb.
Mcm2 ikhtiar dah cube..
Ni serba sedikit perjalanan to conceive Ogino:

Nikah pada September 2008,duk berjauhan ngan suami,jmpe time wiken je.
After 1 year dapat duk sama..sampai skrg blom bljaye conceive.
Antara ikhtiar Ogino selama ni:
1. Mengurut ngan bidan kampung (setakat ni dah 5 org bidan)
2. Makan Clomid
3. Jmpe pakar (setakat ni dah mencuba dgn 2 org pakar)
4. HSG
5. Jus Bidadari (ni ambil selama 6 bulan berturut-turut,x kira pun brp botol)
6. Berubat ngan ustaz kerana dikatakan Ogino terkena santau angin
6. Now sedang ikhtiar dgn JMD (masuk bulan ke2 skrg makan pil JMD)

Doakan rezeki Ogino ye kawan2..bestnye dpt kongsi ngan yg memahami..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 08:18 AM | Show all posts
Salam. Nak join the club. Manis br disahkan +ve, 5 wks. Alhamdulilah.... Dah hampir 2 thn tunggu. Bu ...
manisma Post at 5-3-2012 17:40



   tahniah manis...x mo fikir negatif ok...think +ve....insyallah...dah buat buku merah?better g awal sbb doc akan pantau kandgn kita...die jg akan bg ubt utk janin kita...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.156415 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list