|
[Tempatan]
Tragedi MH17 V5 : 35 jenazah selamat dibawa pulang termasuk 2 jenazah pd 9/9
[Copy link]
|
|
Itulah..pasl aib mayat ni lebih baik tone down sikit...kita pun x tau kita meningal camner. |
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 28-8-2014 10:51 PM
ada lagi kan baki jenazah/body part yg masih berada disitu... lagipun pihak separatist tu i dont t ...
Ya..mesti ade lg part2 yg tinggal..esp yg rentung..mudah2han kerjasama ikhlas dr deirog semue betul2 clean n clearkan..masih menunggu khabar kapten wan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Video yg gmbr aircraft kite terbang jatuh n terhempas lalu terbakar tu betul ka fake? |
|
|
|
|
|
|
|
Nham22 posted on 28-8-2014 11:53 PM
Video yg gmbr aircraft kite terbang jatuh n terhempas lalu terbakar tu betul ka fake?
a day after the crash, my officemate ada tunjuk video tu, plane tu meletup bila jatuh ke tanah...
tak mau tengok dah video tu, tak dpat bayang perasaan diorg dalam plane tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
oni313 posted on 29-8-2014 12:01 AM
a day after the crash, my officemate ada tunjuk video tu, plane tu meletup bila jatuh ke tanah...
...
Fake kan..sbb elok je landing terus meletop...kalau mh17 ni seolah mayat berterbangan diudara..jatuh bertebaran...so mungkin crash kat langit..iye idak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nham22 posted on 29-8-2014 12:13 AM
Fake kan..sbb elok je landing terus meletop...kalau mh17 ni seolah mayat berterbangan diudara..jat ...
ini link kpd yahoo news... the plane was lose control because of the shrapnel that explode from the bomb....
https://my.news.yahoo.com/mh17-b ... pnel-141830208.html
|
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang posted on 28-8-2014 04:02 PM
ada cerita disebalik pengkebumian arwah hakimi..
citer apa yang? citer la kat we olls. ni yg kluar utusan tu ke? arwah lambat dikebumikan, sbb family tak sempat sampai tanah perkuburan?
http://mynewshub.my/main/2014/08 ... hakimi-cukup-sifat/
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengebumian jenazah Ahmad Hakimi alami kelewatan
PUTRAJAYA 22 Ogos - Suasana tenang di majlis pengebumian jenazah kru teknikal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20 di sini tegang seketika apabila beberapa ahli keluarganya tidak berpuas hati dengan proses pengebumian jenazah yang didakwa dilakukan secara tergesa-gesa.
Jenazah Allahyarham Ahmad Hakimi, 29, yang sepatutnya dikebumikan serentak dengan jenazah seorang lagi mangsa tragedi itu, Allahyarham Nur Shazana Mohamed Salleh sebelum berlangsungnya solat Jumaat terpaksa ditunda sehingga pukul 3.10 petang.
Utusan Malaysia difahamkan, ketika kejadian kedua-dua jenazah tersebut tiba pada pukul 1 petang di tanah perkuburan itu iaitu kira-kira 20 minit sebelum waktu solat Jumaat sehingga menyebabkan ada ahli keluarga mangsa yang tidak sempat menuju ke tanah perkuburan.
Malah difahamkan, kedua-dua jenazah yang tiba di Masjid Putra di sini pada pukul 12.20 tengah hari untuk solat jenazah juga tidak sempat dihadiri oleh sebilangan besar ahli keluarga mangsa sehingga menyebabkan mereka tidak berpuas hati.
Bagaimanapun, jenazah Nur Shazana yang tiba serentak dengan jenazah Ahmad Hakimi dikebumikan mengikut jadual sebaik sahaja dibawa turun daripada van jenazah.
Jenazah Ahmad Hakimi kemudiannya dibawa keluar oleh ahli keluarganya untuk dibawa ke Masjid Putra bagi disolatkan semula selepas berlaku situasi tegang apabila ada rakan mangsa meminta pengebumian itu dihentikan bagi menunggu ahli keluarga lain.
Keadaan itu menyebabkan jenazah terbabit terpaksa diusung ke surau berhampiran sebelum ahli keluarga mereka menukar keputusan untuk membawa jenazah ke Masjid Putra.
Urusan tersebut hanya selesai kira-kira pukul 3 petang dan jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira pukul 3.10 petang sebelum kedua-dua jenazah itu dibacakan talkin oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Hazarudin Baharudin.
Sementara itu, menurut sumber, punca kekecohan itu berlaku selepas terdapat pertukaran pada waktu asal pengebumian kedua-dua jenazah itu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... watan#ixzz3BiLTl1x3
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Mayat arwah semuanya elok
PUTRAJAYA 22 Ogos - Menerima jasad anak dalam keadaan sempurna merupakan satu kelegaan buat ibu bapa salah seorang anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh.
Menurut ibu kepada pramugari itu, Sharom Ibrahim (gambar), 57, walaupun hanya melihat jasad arwah melalui gambar sahaja, namun ia sudah cukup untuk memberikan kelegaan kepada keluarganya.
Dia berkata, penantian lebih sebulan untuk mengetahui keadaan jenazah anak sulungnya itu akhirnya terjawab.
"Hanya suami saya sahaja melihat jenazah anak, dia ada ambil gambar dan menunjukkan kepada saya, tetapi itu sudah cukup sebenarnya.
"Keadaan mayat arwah semuanya elok cuma pada giginya sahaja (mungkin patah), tiada apa-apa yang dapat saya katakan lagi. Semua telah berakhir," katanya dengan nada sebak.
Sharom ditemui pemberita selepas majlis pengebumian jenazah Allahyarham Nur Shazana di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20 di sini hari ini.
Turut dikebumikan di tanah perkuburan yang sama ialah jenazah kru teknikal pesawat MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi.
Kedua-dua jenazah itu tiba di sini pada pukul 1 petang dan kemudian dikebumikan sebelum Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Hazarudin Baharudin membaca talkin dan tahlil.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.
Turut hadir, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Albakri.
Sementara itu, bapa Nur Shazana, Mohamed Salleh Shamsuddin, 54, berkata, dia reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya.
Dia yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui menyifatkan anaknya itu merupakan seorang yang tidak suka menyusahkan orang lain.
Sementara itu bapa kepada Allahyarham Ahmad Hakimi berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan MAS kerana membantu dalam penghantaran dan pengurusan jenazah anaknya sehingga dikebumikan.
Dr. Hanapi Mohd. Noor, 67, memberitahu, dia dan isteri Allahyarham, Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Juneid, 29, berasa lega kerana jenazah selamat dikebumikan pada pukul 3 petang ini.
Allahyarham Ahmad Hakimi, 29, merupakan anak kedua daripada empat beradik meninggalkan Sharifah Asma'a dan seorang anak lelaki berusia lapan bulan, Abderrahman.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -elok#ixzz3BiM1xSII
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
semoga sume baki mangsa warga malaysia dr 43 org dpt dikenalpasti dan ditemui...a very sad tragedy |
|
|
|
|
|
|
|
confirm selasa nanti jenazah semua pilot akan pulang |
|
|
|
|
|
|
|
Nham22 posted on 28-8-2014 09:48 PM
I register okla...dpt tgk byk gmbr clear n dasyatla...tp tula sampai st tahap die xbg tgk dah..kene ...
Ada dia mintak invitation code mcm tu.. so mcm mana i nak dpt code tu? |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 29-8-2014 01:36 PM
confirm selasa nanti jenazah semua pilot akan pulang
mane tau..??? list dh keluar ke..?
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 29-8-2014 01:36 PM
confirm selasa nanti jenazah semua pilot akan pulang
kalau ikut info
5 bodies
2 abu
1 warga belanda
so 3 confirm crew,
1 katanya kanak2..
baki crew : 2 org lagi (shaik & sanjit)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiga jasad dikeluarkan pada Jumaat
THE HAGUE: Tiga jasad dari kumpulan ketiga mangsa nahas pesawat malang Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan dikeluarkan dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini pada tengah hari Jumaat.
Satu sumber yang mengesahkan perkara ini turut memaklumkan bahawa jasad itu kemudian akan terus dibawa ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage kira-kira 90km dari pusat berkenaan untuk upacara pengurusan jenazah mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Difahamkan proses dokumentasi tiga jasad itu telah pun selesai pada Khamis.
Difahamkan juga, terdapat beberapa jasad lagi akan turut dibawa keluar pada Jumaat, namun ia bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada Khamis dilaporkan berkata di Putrajaya bahawa istiadat penghormatan jasad mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2 Sept dijangka melibatkan sembilan jasad termasuk dua warga asing.
Pada Jumaat lalu, kumpulan pertama 20 jasad warga Malaysia yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal telah dibawa pulang ke Malaysia dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas Penerbangan Malaysia.
Satu lagi jasad dihantar pulang pada Sabtu lalu manakala tiga jasad dihantar pulang pada Ahad.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Sembilan mungkin dibawa pulang
Putrajaya: Sebanyak lima jasad dan empat abu jasad mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 mungkin dibawa pulang ke tanah air pada 2 September ini, namun bergantung kepada beberapa faktor.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, daripada jumlah itu, dua daripadanya adalah warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.
Namun, beliau tidak mendedahkan kerakyatan dua mangsa terbabit.
"Kita tidak boleh pastikan lagi sehingga kini sama ada semua sembilan jenazah termasuk abu mayat ini boleh dibawa pulang atau sebaliknya.
"Kemungkinan, ada faktor tertentu lain menyebabkan angka ini akan berubah. Kita percaya pada 1 September ini, akan dapat pastikan berapa sebenarnya yang akan dibawa pulang," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah MH17, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, empat jasad akan dibawa pulang ke Lembah Klang dan satu jasad ke Seremban menggunakan van jenazah.
Katanya, empat lagi akan diterbangkan destinasi masing-masing menggunakan pesawat iaitu tiga ke Pulau Pinang dan satu Teluk Intan.
-------------
*seremban tu capt eugene kan??
teluk intan siapa? firdaus?
|
|
|
|
|
|
|
|
MH17: Istiadat Penghormatan 2 September Dijangka Libat 9 Jenazah
PUTRAJAYA: Istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2 September dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing, kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
"Setakat ini, sembilan jenazah yang berkemungkinan besar akan tiba pada 2 September dan ia tertakluk kepada beberapa faktor. Ada faktor tertentu yang akan menyebabkan angka ini berubah.
"Kami percaya pada 1 September, kita dapat pastikan berapa," katanya pada sidang media selepas mempegerusikan mesyuarat jawatankuasa koordinasi istiadat penghormatan itu di Bangunan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini Khamis.
Beliau berkata persediaan sedang dilakukan bagi menerima sembilan mangsa tragedi itu termasuk lima jenazah dalam keranda dan empat abu dalam kendi dari Amsterdam, Belanda sebelum dikebumikan dan disemadikan.
Satu daripada sembilan jenazah itu ialah kanak-kanak, katanya.
**dari senarai penumpang kita ada 1 je kanak2 kan? mathew - 10 tahun
**anak pensyarah UMS tu dgn anak Shuba - infants.
**anak arwah Tambi kira kanak2 ke?
Zulkifeli berkata dua warga asing itu merupakan suami kepada mangsa MH17 warga Malaysia setelah mendapat kelulusan daripada negara asal untuk mereka dikebumikan di Malaysia bersama isteri masing-masing.
**so confirm suami shuba & cina yg ada restoran tu kan?
Pada istiadat penghormatan berkenaan, dua warga asing itu, termasuk satu dalam kendi akan dilitupi dengan bendera negara asal mereka, katanya.
Zulkifeli berkata tiga pesawat iaitu dua EC725 dan sebuah Charlie 130 bakal digembleng untuk membawa empat jenazah ke Teluk Intan, Perak; Bukit Mertajam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang manakala empat lagi akan dibawa menggunakan kenderaan jenazah ke sekitar Lembah Klang dan satu lagi ke Seremban.
Beliau berkata mesyuarat berkaitan penghormatan jenazah akan diadakan pada 1 Sept yang dipengerusikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan disertai menteri-menteri berkenaan di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Sehingga kini, 24 jenazah mangsa tragedi warga Malaysia telah dibawa pulang. Dua daripadanya tidak didedahkan identiti atas permintaan keluarga.
Last edited by biggirlduncry on 30-8-2014 12:52 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
anarina posted on 29-8-2014 01:48 PM
Ada dia mintak invitation code mcm tu.. so mcm mana i nak dpt code tu?
Ape tu..yg mane yea?sebab i isi je terus bole. Tgk terus
|
|
|
|
|
|
|
|
Nham22 posted on 29-8-2014 06:28 PM
Ape tu..yg mane yea?sebab i isi je terus bole. Tgk terus
Jap i pm u |
|
|
|
|
|
|
| |
|