|
Reply mamiayu
jangan lorrrr....takut pula smiley
kang semua bini2 terajang laki masing2 bila g ...
sang_arjuna Post at 12-6-2010 12:01
hahahhahaa juna, mami cuma nak pinjam nama2 yg lala sebut tu je, sebab mami tak pandai sangat nama2 indon ni, cuma nama2 dalam cinetron taulah.... kira nama klasik tu yg lala sebut, sempat jugak dia pikir nama2 klasik tu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by yasmin08 at 12-6-2010 23:10
Reply sang_arjuna
aduh, sakit perut den,
mulut t ...
cmf_azure Post at 11-6-2010 22:27
Aaah... mcm biasaa... Sang Arjuna akan menggunakan bahasa2 lawak selambanya..Mmg tergelak sorang2... Sib baik aku tak tau yg kerispatih(!!!) tuuh... ada dlm sinetron Indon ngupanya...Kalu tidak aku akn menambahkan ketawa yg ada... lucu yg bertambah lucu ( betul ka aku niih...) dah ter bawak2 lak dgn gaya bahasa Juna... maaf ekk...
Kalu ikan patin yg cmf azure tulih ni aku tau le.. Apa pun, terus lah Juna berkarya yg me 'letup' gini... TK Juna... |
|
|
|
|
|
|
|
pagi semua... blm ade lagi ke? lamanye kami semua tggu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 13-6-2010 12:46
Reply 2142# yasmin08
sang - dari sang arjuna
kerispatih - nama band lagu femes dia Tapi Bukan Aku,skrg dah kurang ngetop
buwono - teringat Sultan Hamengku Buwono ( bangsawan indonesia kot , kurang pasti la) |
|
|
|
|
|
|
|
sambung sket
.........................................
Pusat membeli belah di kawasan perumahan elit itu mula di penuhi pengunjung yang bergaya mewah. Kereta kereta mahal tersadai di perkarangan pintu masuk. Liza menyilang kakinya seraya membiarkan pehanya yang gebu menjadi tontonan mata liar lelaki yang lalu lalang di depan Bangsar Shopping Centre. Dia tersenyum. Pasti rancangannya untuk memporak perandakan perkahwinan Najlah dan Adham sudah berjaya. Sebab itu Adham beria ria nak jumpa dengan aku hari ini. Kedatangan Adham di tunggu dengan tenang. Pasti Adham akan merayunya untuk membetulkan keadaan. Senyuman kecil bermain di bibirnya. Huh… baru mereka sedar siapa Liza. Macam mana lah agaknya reaksi Najlah bila mendapat tahu yang suami tercinta tidur bersama aku. Padan muka Adham. Bertahun aku menunggu, kau buat aku macam sampah. Sekarang baru kau tahu langit tinggi atau rendah.
Liza menyelak majalah untuk membunuh masa. Tak sampai lima minit, terdengar suara lelaki memberi salam.
Liza mendongak dan membetulkan duduk. Musykil, suara Adham ceria dan wajahnya tenang. Tiada riak seperti orang bermasaalah pun. Firasat Liza mengatakan ada sesuatu yang tak kena.
“ Seorang saja?” tanya Adham sambil menarik kerusi. Dia menanggalkan sunglasses Rayban Wayfarer. Free show yang di tayang Liza dengan blaus jarang hingga menampakkan coli hitam menjadi sajian mata. Perempuan macam ini yang Datuk Shakir nak buat bini? Hairan aku, desis hatinya.
“ Ya. You pun sorang saja?” Liza tersenyum nakal “ Bergaduh dengan bini you?”
Adham menentang mata Liza. Hatinya menggelegak. Jangan masuk perangkap, ingat skrip.“ Bergaduh? Kenapa pula I nak gaduh dengan Najlah? Gaduh gaduh manja cubit cubitan senggol senggolah adalah.”
“ Er.... Kalau tak gaduh , baguslah.” Liza kecewa campur geram. Mungkinkah MMS aku hantar tak sampai pada Najlah? Aku silap tekan nama penerima kah?
Pelayan Dome menghampiri meja mereka. Adham memesan cappuccino sementara Liza memesan Earl Grey. Masing masing melayar pandang ke sekeliling. Adham mencari kelibat seseorang. Harap harap segalanya berjalan seperti yang di rancang. Timing is very important.
“So kenapa you nak jumpa I?”
“ I nak minta nombor telefon Datuk Shakir. I nak ajak dia keluar lunch dengan Datuk Badri sekali. Who knows there could be business opportunities.” tipu Adham. Dia berjaya mendapat maklumat tentang Datuk Shakir dari sepupu Shahrul. Berasal dari keluarga susah, Datuk Ahmad Shakir Hashim sekarang memegang jawatan Pengarah Urusan Kinetics Engineering, salah satu syarikat kejuruteraan terbesar. Sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak. Perniagaan yang di terajui sekarang di warisi dari keluarga mertuanya Tan Sri CM Kadeer, hartawan terkenal dari Pulau Pinang. Isterinya , Datin Zulaikha pemegang saham terbesar dalam Kinetics Industries. Mustahil Datuk Shakir sanggup meninggalkan isteri dan semua kemewahan untuk Liza. “ Perisik” Adham menjalankan tugas dengan baik. Besok atau lusa beberapa gambar Liza dengan Datuk Shakir akan sampai ke tangan Datin Zulaikha. Tapi sebelum itu Liza harus di ajar cukup cukup.
“ Oh…. Itu saja?” Dia menghantar nombor telefon Datuk Shakir pada Adham.
“ Datuk Shakir is a nice guy. Kau dengan dia serious kah?”
“ Of course. Kenapa? Kau menyesal? Dulu masa single kau tak nak kahwin dengan aku.” Ketawa Liza sungguh jelek di telinga Adham. Uwekk… buat apa aku nak bayar maskawin untuk barang yang orang lain dapat rasa free.
“ Tak adalah. Aku happy tengok kawan aku jadi Datin. Bila kau nak kahwin?”
“ Dua minggu lagi, its short notice tapi nak buat macam mana. Datuk dah tak sabar nak kahwin dengan aku. My mother nak buat kenduri besar besaran. Menteri Besar Pahang pun di jemput. Jangan lupa datang.” Liza bercerita dengan bangga. Sebentar lagi Datuk Shakir akan datang menjemputnya ke Pavillion untuk mencari barang hantaran. Mesti terbeliak mata orang Kampung Selamat nanti.
” Insyaallah aku datang. Kalau kau jadi kahwin lah.” Liza menjeling tajam.
“ Of course aku jadi kahwin. Kalau boleh Datuk nak kahwin lagi cepat. Cuma Mak aku minta lambatkan sebab banyak persiapan kena buat”
Adham senyum penuh makna sambil mengetuk jarinya di meja.
“Hmm….macam mana kalau aku hantar gambar kita kat dia. Aku rasa dia kagum dengan kehebatan kau. Dua lelaki dalam satu malam woo. Mesti dia tambah wang hantaran. ”
Rahang Liza terjatuh. Betulkah apa yang aku dengar? Takkan Adham sekejam itu.
“ What?! No! Jangan. Jangan buat macam tu, Yem. Aku minta maaf, aku cuma bergurau. Aku tak bermaksud apa apa bila aku ambil gambar tu. Its just a joke. ” Terketar ketar bibirnya yang merah menyala. Kenapa aku tak delete gambar itu selepas aku hantar pada Najlah? Bodohnya aku.
Just a joke kepala hotak kau !Kalau talak di tangan perempuan, aku dah jadi duda. Dari tempat duduknya Adham nampak Datuk Shakir memberi kunci kereta Mercedes sportsnya pada valet dan berjalan ke arah Dome. Perfect timing!
“Aku pun tak bermaksud apa apa. Mungkin Datuk Shakir pun akan anggap its just a joke.” Jarinya di butang handphone, mengacah Liza.
“ Wait… tunggu. Yem, jangan hantar gambar tu. Pleeeeease. Aku sanggup buat apa saja. Aku tak nak kehilangan Shakir.” Shakir lombong emas aku. Lagipun aku dah termakan budi, tergadai body. Secara refleks , dia memegang perutnya. Tak lama lagi hasil perbuatan terkutuknya akan mula nampak.
“Okay, aku bagi kau 3 jam. Kau cari Najlah dan terangkan pada dia apa yang kau dah buat. If I don’t hear from her , this picture will be sent to Datuk.”
“ Yem, aku akan buat apa saja yang kau suruh. Please don’t tell Shakir” raung Liza tanpa mempedulikan orang di meja sebelah yang memerhati drama sebabak. Airmata berjuntaian di pipinya.
“ Don’t tell Shakir what?” Tuan empunya nama mencelah. Datuk Shakir kelihatan segak dengan kemeja linen dan seluar khaki. Penampilannya menampakkan dia jauh lebih muda dari usia 48 tahun.
Liza menoleh. Mukanya pucat “ Bi.. bila you.. you sa..sampai?”
Adham menghulurkan tangan. “ Hi Datuk. Apa khabar? Kami baru bercakap tentang perkahwinan Datuk”
Datuk Shakir memandang Adham dan Liza berselang seli. “ Liz, kenapa menangis?”
Liza melekapkan tisu ke hidung. “ Tak ada apa apa. I ni emotional sikit sebab nak kahwin. You know lah, banyak nak siapkan. I stress, takut tak sempat.” Matanya merenung Adham meminta simpati.
“ Nice meeting you Datuk. Saya kena pergi dulu, ada hal urgent. Tapi saya harap kita akan jumpa lagi. Terimakasih lagi sekali sebab tolong saya hari itu” Adham bangun kemudian berpaling pada Liza.
“ You have 2 hours and 50 minutes” |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhhhh, aku suka aku sukaaa, best best, padan muka liza |
|
|
|
|
|
|
|
i like ur story very much smiley...lucu, romantik, genius..semua ada...cukup rasa... kreatif btl.. padan muka liza...baru nak mengelabah..suka la watak lelaki genius mcm yem... |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya...sambungla lagi x puas baca n3............................ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply yasmin08
sang - dari sang arjuna
kerispatih - nama band lagu femes dia Tapi Bukan A ...
sang_arjuna Post at 13-6-2010 12:39
TK ... sebab tambahkan pengetahuan am aku..... Aduh Juna.. Kerispatih & Buwono!! ....memanglah aku 'blur'... Apapun, TK jugak sebab ada N3 baru hari ni... macam dapat aiskrim kon yg sodap tuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2148# sang_arjuna
Panjang akai si Yem ni........[size=14.1667px]
tak sabar nak tunggu lagi 2jam 50min.....
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungla lg smiley..nak tahu liza jadi kawin ke tidak.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru tau.... buku bertemu ruas dah |
|
|
|
|
|
|
|
baru tau.... buku bertemu ruas dah |
|
|
|
|
|
|
|
waaaaaa....bgs juna...
biar padan ngan muka liza tu..perosok rumahtangga org.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau arap je muka je lawa tp peranga hampeh wat pe?? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|