Edited by Badigol at 1-11-2018 07:59 AM
korg tgh throwback kan..siapa igt artikel ni..masa keluar artikel ni semua fans fattzura frust..kt ig masa tu semua komen kecam fattah..while pihak sana bersorak gembira time ni...rupa rupanya mlm lepas bagi bunga tu dia melamar..dasyat dasyat.tp kt paper langsung tak mengaku siap deny lagi ye fattah.pandai fattah main tipu tipu sunat ye
------------------------------------------------
“Janganlah… Tak Lebih Daripada Itu” - FattahPELAKON Fattah Amin bimbang jika soalan yang diajukan kepadanya mengenai aktres Nur Fazura akan menimbulkan isu dan kemarahan dalam kalangan netizen.
Ditanya tentang sejauh mana hubungannya dengan Fazura, pelakon tinggi lampai ini seakan-akan cuba mengelak kerana bimbang jawapan itu disalah anggap peminat. Janganlah... nanti jadi isu baru pula! Saya dengan Fazura bersahabat sahaja, tak lebih daripada itu. Sejujurnya, saya selesa dengan dia kerana kami pernah berlakon bersama dan dia juga seorang sahabat yang baik," katanya kepada mStar Online.
Pada hari ulang tahun kelahiran Fazura ke 34, pada 27 September lalu, Fattah menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar. Bagaimanapun, pelakon Hero Seorang Cinderella ini menjelaskan hadiah tersebut merupakan tanda ingatan sebagai seorang sahabat.
Kalau nak tahu, angka 500 kuntum bunga mawar itu tidak membawa apa-apa maksud, itu hanya hadiah tanda persahabatan kami. Kalau saya nak bagi dua kuntum sahaja pun tak ada masalah, tak tahulah macam mana boleh timbul idea nak bagi 500 kuntum tu. Sebelum ini dia pernah buat kejutan semasa hari jadi saya, jadi saya rasa perlu balas semula," katanya.
|