CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 11-2-2011 04:46 PM | Show all posts
neksssssssssssssssssssssssssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 04:57 PM | Show all posts
pasal romantik komedi smiley and detox mmg teror
cmf_blingblings Post at 11-2-2011 07:04



    sama teror je ngan ko blinggg

mana nobel baru,,,, mak janda meletup tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 07:27 PM | Show all posts
cikgu amir wat private class dengan cik pai ayam je.. eh!! puan pai ayam
not for public ye...
kesian student2 lain...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 09:20 PM | Show all posts
cikgu amir dh start kelas biology ker???
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 11:35 AM | Show all posts
akhirnya nikah betul2...
semoga berbahgia
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 01:23 PM | Show all posts
yeay happy ending,,suka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2011 04:27 PM | Show all posts
sweet giler and comey!!!! I LIKE!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 12:34 AM | Show all posts
Reply 2143# merahsilver

bio class kena tangguh kejap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2011 12:35 AM | Show all posts
huhuhuh memang lawak....
darkharis Post at 10-2-2011 16:58


lama tak nampak hero citer blings ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 12:36 AM | Show all posts
Reply 2147# sakura2503

lepas dah nikah, dah boleh gatal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 12:37 AM | Show all posts
pasal romantik komedi smiley and detox mmg teror
cmf_blingblings Post at 11-2-2011 07:04


bila nak buat cerita baru?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 12:38 AM | Show all posts
Oh ya seronok baca cerita budak berdua ni dah nikah. Agak2 apa yg mereka perlu tempuh di masa depan?
norim Post at 11-2-2011 15:09


wallahualam
sedangkan lidah lagi tergigit ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 12:40 AM | Show all posts
cikgu amir wat private class dengan cik pai ayam je.. eh!! puan pai ayam
not for publi ...
merahsilver Post at 11-2-2011 19:27


kalau open for public nanti mod naikkan RA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 12:42 AM | Show all posts
semua dok tunggu kelas biologi ari ni....
adalia Post at 11-2-2011 13:59


apa kata kita panggil farid bagi kelas
dia lagi terror
tambah pula dah pergi narathiwat
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 12:43 AM | Show all posts
apa kata kita panggil farid bagi kelas
dia lagi terror
tambah pula dah pergi narathiwat
sang_arjuna Post at 13-2-2011 00:42


nak Cikgu amir gak........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 12:44 AM | Show all posts
Selesai solat Isya berjemaah, makan malam di hidangkan. Sepra di bentang di ruang tamu. Meja makan berkerusi lapan tak dapat memuatkan semua yang ada. Khairul, Puan Noraziah dan Encik Tarmizi yang tak dapat hadir masa nikah siang tadi turut berkunjung. Rancak perbualan mereka di selang seli dengan tawa. Amir amat bersyukur. Dia terharu dengan sikap Hj Zul yang penyayang dan melayannya bagai anak sendiri. Suasana kekeluargaan begini sudah lama tidak di rasai. Keluarganya jarang makan bersama. Masing masing sibuk menghadiri majlis atau meraikan pelanggan syarikat tidak kira malam atau siang, hari bekerja mahupun hari cuti. Beruntung aku dapat jadi sebahagian dai keluarga ini.

“ Bila Amir dengan Dahlia nak bersanding?” tanya Khairul.

“ Insyaallah, 23 July. Sebulan setengah lagi. Sempatlah nak hantar kad undangan. Minggu depan Lia dengan Amir nak pergi umrah dengan keluarga Amir. Sepuluh hari mereka di sana. Bila balik nanti bolehlah kita buat persiapan. Ramai nak kena jemput. Murid murid dan staf sekolah saja dah berpuluh orang. Kawan kawan Babah dan arwah Mak, jiran  di KL dulu pun kita kena jemput. Kawan kawan Lia lagi. Babah dah book dewan. Rumah ni tak muat”

“ Khai, kau jadi pengapit aku nanti tau” pesan Amir.

“ Betul ke ni? Aku kena tempah baju Melayu baru ikut warna tema. Siapa pengapit Dahlia?”

“ Ellisya kot.“ Dahlia sukar untuk memilih antara dua sahabat karibnya tapi Najwa sendiri menarik diri awal awal. Bakal tunang dia tak benarkan. Ellisya pula memang suka jadi pelakun tambahan. Beres!

“ Ha, mana best friend kau yang dua orang tu? Tak nampak batang hidung pun.” komen Usu.

“ Ha’ ah lah. Babah pun perasan. Charlie’s Angels tak cukup quorum”

“ Lia pun sedih. Dia orang kena chicken pox. Mula mula Sya kena, lepas tu Wawa pula jangkit. ” Dahlia mencebik. Hari bersejarah dalam hidupnya tak dapat di kongsi bersama teman paling rapat. Nak skype pun mereka tak terdaya. Sedih sungguh! Tapi masih ada majlis bersanding dan sambut menantu nanti, Dahlia menyedapkan hati.

Dahlia dan Amir menjadi tumpuan usikan. Macam macam petua di sampaikan Puan Noraziah untuk memikat hati suami. Ada yang boleh pakai, ada juga yang tak masuk akal, Tapi perkahwinannya bertahan 30 tahun jadi mungkin mujarab juga petuanya.

“ Dahlia jangan lupa berhias untuk suami. Orang lelaki tak nak tengok kita pakai baju kelawar  atau T shirt dengan kain batik siang malam , pagi petang. “

“ Humm… Makcik Nor cakap tak serupa bikin. Pakcik tengok hari hari dia dengan baju kelawar.”  dengus Encik Tarmizi

“ Sebab saya ni gemuk, bang. Kalau kurus saya dah bergaya sakan. Hari hari saya pakai skirt ketat atau baju kebaya” Jawapannya mengundang tawa riuh.

“ Lagi satu, kalau dah beranak pinak nanti jangan lupa meluangkan masa berdua. Sekali sekala keluar tengok wayang atau makan malam berdua. Kalau boleh buatlah surprise untuk pasangan. Beli bunga atau masak makanan kegemaran dia. Tak payah beli benda mahal. ” pesan Puan Noraziah lagi.

“ Insyaallah saya tak lupa. Kalau boleh saya nak jadi macam Makcik Nor dan Pakcik Mizi, masih romantic walaupun dah bercucu. ”  jawab Amir sambil mengerling pada Dahlia. Dahlia sudah makin hilang rasa kekoknya.  Redup mata Amir membuat jiwanya terbuai buai. Amir nampak sangat HOT dengan baju Melayu dan kain pelikat.

“ Mir, nak tambah nasi?” dia bertanya bila pinggan Amir hampir kosong.

“ Aikk.. tanya Amir sorang saja? Pinggan Babah pun dah kosong” usik Hj Zul.

“ A’ah. Pinggan saya pun dah kosong Dahlia” Khairul pula mencelah dengan tawa. Dia tumpang gembira bila hajat kawannya tercapai juga setelah pelbagai dugaan di tempuhi. Tegar sungguh Amir untuk menakluki hati Cik Pai Ayam. Akhirnya berbaloi juga.

“ Lia tanya Amir sebab dia duduk jauh dari bekas nasi tambah”

“ Ya lah tu. Lia nampak muka Amir sorang saja. Kita ni dia dah tak peduli” Hj Zul menokok tambah. Muka Dahlia merona. Adehhh! Ini sesi membuli pengantin ka?

“ Its okay Lia, Abang dah kenyang” Amir bangun untuk mencuci tangan.

“ Ha.. lagi satu. Seeloknya Lia  panggilah  Amir Abang ke, sayang ke. Lebih manis” tegur Puan Noraziah. Usu pun turut mengangguk.

Teruk juga sesi orientasi aku hari ni.“ Lia tengah belajar lah ni. Lidah ni dah terbiasa panggil Cikgu Amir”  

“ Mana anak sulung Cikgu Zul yang baru balik dari US?”  Encik Tarmizi menukar topic. Suasana riuh berubah sepi. Hairan, Darina belum lagi pulang. Lepas kenduri tadi, dia mengikut Azlin pulang ke rumah. Dia teringin nak berjumpa dengan bayi Azlin, katanya. Maklumlah dia pun bakal menjadi ibu tak lama lagi.

“ Dia ke rumah sepupu dia. Kejap lagi balik lah tu. ” jawab Babah. Dahlia rasa terkilan yang Darina tidak meluangkan masa untuk bersama mereka sekeluarga.  Macam ada sesuatu yang tak kena. Setahunya,  kakaknya dengan Azlin bukanlah rapat sangat. Waktu muda dulu, Azlin bukan main lagi cemburukan Darina.

Selesai makan malam, tetamu meminta diri untuk pulang. Dahlia membantu Usu anak beranak mengangkat pinggan kotor ke dapur.

“ Letak saja pinggan tu Lia. Kome tu pengantin baru, tak payahlah nak cuci pinggan. Pergilah tidur” kata Suriani, anak sulung Usu. Dahlia terpisat pisat.

“ Tunggu apa lagi, Lia. Dah lewat ni. Pergilah masuk bilik.” desak Usu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2011 12:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 13-2-2011 00:56

Dahlia makin risau. Aku tak suka biologi! Boleh tak pura pura lena sebelum Amir masuk. Derhaka kah itu? Dia menjenguk ke beranda di mana Amir masih berbual dengan Hj Zul dan Pakcik Anas, suami Usu.

“ Babah, Kakak tak balik lagi. Dah lewat malam ni. Lia risau lah”

“ Tak payah nak risau. Dia baru telefon kata dia nak tidur di sana malam ni. Dah penat sangat nak balik ”

“ Kalau dia penat, Lia boleh pergi jemput dia. Bukan jauh sangat pun rumah Kak Lin” Dahlia bersuara. Dia berkecil hati dengan tindakan kakaknya. Macamlah rumah kita tak cukup bilik tidur.

“ Biarkan lah Lia. Your sister needs some space” Kening Dahlia terangkat bila mendengar komen Amir.  Dia kembali tertanya tanya. Apa maksud Amir? Dia buntu. Adakah Amir pernah ada hubungan dengan kakak aku? Oh tidak! Dia terus masuk ke bilik dan melemparkan tubuh ke sofa. Badannya yang letih di regang. Tak sampai seminit kemudian Amir menyusul.

“ Hmm.. wanginya. This is so romantic. Pandailah anak murid Cikgu ni.” Amir mencuit dagu Dahlia. Lilin aromaterapi yang di nyalakan oleh Dahlia  mengisi bilik dengan haruman lavender yang menyamankan. Amir melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Rambut Lia yang di ikat ekor kuda di lepaskan dan di elus.

“ Abang suka tengok Lia lepas rambut. Rambut Lia cantik.” Dahlia membalas dengan senyuman. Kepalanya di lentok atas bahu Amir.

“ Lia nak tanya something.”

“ What’s up? Lia nampak risau”

“ Mir pernah jumpa Kak Darina sebelum ni?  Mungkin Lia terlebih sensitif tapi Lia rasa macam ada benda yang tak kena dengan Kakak. Dia marah kat Lia kah ?” Dahlia menggosok hidung yang tak gatal.

Amir mengeluh perlahan. Nampak gayanya lambat lah nak mula kelas biologi ni.

“ I have something to tell you” Darah Dahlia berderau. Mukanya berubah riak. Janganlah Amir kata sangkaan aku tepat. Aku tak boleh terima kalau Kak Darina bekas kekasih suami aku.

“ Its not what you think. Abang tak pernah ada hubungan dengan Darina. I mean, I was never her boyfriend.” Rasa terkejut dan lega bergabung.  Adusss… pakcik ni boleh baca apa yang tersirat. Tak boleh nak kutuk walaupun dalam senyap.

“Darina  kawan baik Sarah. Dia bukan dari university yang sama jadi abang tak rapat sangat dengan dia. Dulu kita orang panggil dia Rin. Susah Abang nak explain tapi mula kami kenal lagi dia dah tak suka abang. Dia cuba cucuk Sarah supaya tinggalkan abang. Tapi Sarah tak ambil pot pun. Anyway, to cut a long story short, bila Sarah dan abang berpisah sebab Mummy, dia ada datang jumpa abang. Sudahlah abang tengah sedih lepas tu dia pula membebel tak tentu pasal. Memang nak cari nahas. Abang tengking dia sampai dia menangis. Itulah kali terakhir abang jumpa dia hingga pagi tadi. Terkejut  abang bila tahu dia kakak Lia. Lia dengan dia berbeza sangat. ”

“ Kenapa dia benci abang? Kak Darina bukan jenis yang suka cari pasal. Dia baik dan lembut orangnya,”  Dahlia makin musykil. Something is not right.

“ I really don’t know. Anyway dia tak penting pun dalam hidup abang. Ooopps… sorry. Dulu dia tak penting, sekarang dia penting sebab dia kakak Lia. Tak kisahlah kalau dia masih benci abang lagi. Abang tetap akan hormat dia sebagai kakak ipar. ”

“ Mungkin Kak Darina suka kat abang dalam diam”  Naluri nya mengatakan apa di sangkanya benar walaupun Amir mungkin tak sedar. Patutlah Kak Darina lambat kahwin, dia pernah patah hati sebab lelaki yang di sukai bercinta dengan kawan baik sendiri. Agaknya peristiwa itu terlalu pedih hingga dia menutup hatinya untuk waktu yang agak lama. Aku kena slow talk dengan Kak Darina secepat mungkin. Kita kena leraikan masaalah ni. Sedihlah kalau perkahwinan aku menjarakkan aku dengan kakak sendiri.

“ Tak mungkin. Abang tak pernah rasa yang dia ada perasaan kat abang. Orang yang kepala tak betul saja tunjuk perasaan sayang dengan cara Kak Darina. Anyway, dia dah kahwin dan dah nak beranak pun. Tak payahlah kita risaukan dia.” Amir menarik Dahlia lebih dekat.

“ Susahlah jadi isteri jejaka rebutan ramai. Mula mula Aishah Izati, lepas tu Nia Aurora, sekarang kakak, lepas ni entah siapa pula” gumam Dahlia.

Amir melepas tawa “ Oh, dah pandai cemburu. Best nya, abang suka.”

Cubitan hinggap di peha Amir. “ Perasan!”

“ Lia jangan risau lah. Abang cuma tergila gilakan Lia seorang. Abang sanggup buat apa saja untuk rebut Lia. Sampai kena belasah pun Abang tak serik”

Dahlia menyingkap lengan baju Amir. Bekas luka yang masih berplaster di usap lembut. “ Sakit lagi kah?”

“ Sakit sikit saja. Tak menjejaskan kerjaya abang sebagai Cikgu. Kita boleh teruskan  misi penting untuk malam ini.“ Satu kucupan hinggap di dahi Dahlia. Dahlia membiarkan tubuhnya di peluk. Kedinginan malam lesap dengan kehangatan dari tubuh Amir. Dia lemas dalam renungan Amir.

“ Sayang selalu tidur malam pakai baju kurung?” Suara Amir lebih garau dari biasa. Jari Amir singgah di kancing baju kurungnya.

“ Yes, kadang kadang pakai jubah dan purdah” Dahlia tersengih nakal walau debaran di dadanya menggila.

“ Oh.. loyar buruk ya. Kita nak start kelas Biologi. Lia kena ikut dress code sekolah.”  Dahlia terpinga pinga.

“ Dress code apa pula?”

“ Buka almari baju Lia.”

Dahlia menurut. Sepasang baju tidur sutera warna ungu lembut tergantung di situ. Cantik tapi agak sexy.

“ Mana datangnya baju ni ni? Lia tak beli pun”

“ Its my wedding present for you.”

“ Thanks. Lia tak beli apa pun hadiah untuk abang” Dahlia mengambil baju tidur bertali halus di bahu. Mak aihh… sejuklah aku.

“ Dahlia pakai baju tu hadiah paling best untuk abang. Cepatlah salin. Kelas dah nak start. Kalau lambat Cikgu denda.”  Amir ketawa bila Dahlia menjelir lidah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 01:05 AM | Show all posts
Lia lurus bendul malam ini..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 01:12 AM | Show all posts
nexttttttttttttttt
kelas biologi br bermula....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 09:48 AM | Show all posts
rasanya masalah lia akan lebih rumit lg...
skrg ni darina mst x leh trima amir sbg adik ipar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.073492 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list