alhamdulillah kerana telah mendaftar walaupun bunyinya agak sedikit lambat.
pesanan dari salah seorang ustaz yang membimbing semasa kursus asas haji...
menurut beliau, giliran itu cuma dalam sistem Tabung Haji....giliran kita yang sebenarnya adalah atas kuasa Allah swt.
jadi menurut beliau, selepas kita mendaftar ni.....janganlah berputus asa untuk berdoa agar dipercepat dan dipermudahkan giliran kita.
pada akak kita harus berfikiran positif, segala2nya bukan kuasa kita.
kalau kita rasa tak dapat, memang tak dapat jadinya.....wallahualam.
saya umrah 1 apr 2015 aritu. cuaca mcm biasa 38-40 darjah celcius di mekah,
laundry sy amik under hotel yg sy stay, rm5 per piece di madinah, mekah ikut price mcm jubah rm10 sehelai, xsempat nak basuh sendiri, lgpun xde tempat nak sidai, kami satu bilik 4 org gitu.
saya sekeluarga menunaikan umrah tahun lepas..alhamdulillah semua nya berjalan lancar..kami pergi dgn Andalusia.. mmg puas hati dgn servis yg disediakan.. waktu sy pergi cuaca panas tp alhamdulillah masih boleh tahan.. rindunya rasa nak ke sana lagi.. semoga rezeki kami sekeluarga murah 7 sihat2 belaka agar kami dpt ke sana lagi..amin...
alhamdulillah..saya dan keluarga kami suami isteri anak dan ibu saya(3dewasa2kanak-kanak) baru sahaja pulang dari menunaikan umrah dengan pakej andalusia., 1-12Mei2015. mula2 saya nak pilih pakej hilton, tapi tarikh yg kami nak dah full pulak.agent cadangkan ambil pakej Elaf Kinda, alhamdulillah, pakej ni ok juga. hotel ni 80meter dari pintu masuk King Fahd, bersebelahan hotel hilton dan zam-zam tower. harga pun beza dalam seribu je dgn pakej lain di makkah. kami pilih pakrj ni sebab mak saya tak larat jalan jauh, dan anak-anak saya kecil lagi. kami masuk ke Jeddah, terus buat umrah di Mekah, kemudian ke Madinah, dan balik dari Madinah. syukur perjalanan balik kami tak perlu ke jeddah semula.cuaca agak panas tapi masih boleh tahan sebab dalam masjid sangat selesa sejuk dan nyaman. saya buat tawaf dia atas mataf sebab mak naik wheelchair, tapi bila pegi buat umrah dengan anak2 dan isteri ( mak tak join sbb tak berapa sihat) kami buat di bawah..walaupun orang ramai, cuaca panas tapi kuasa Allah memberikan kesihatan kpd kami sekeluarga. inshaAllah, ada rezeki kami akan ke sana lagi. bagi saya, pakej andalusia kali ni banyak improvement dari yang lepas-lepas berdasarkan pengalaman mak saya pergi 3 tahun lepas. Mutawif dia ikut dari KL dan balik sama2 dengan kami. dan mutawif kami sgt cekap, prihatin dan banyak membantu, namanya Ustaz Abu Dzar AlGhiffari.. sapa2 yg kenal ustaz ni mesti setuju dengan saya, memang bagus ustaz ni. oklah..itu shaja yg saya nak cerita..
assalamualaikum, setelah beberapa kali terpaksa cancel perancangan menunaikan umrah disebabkan pelbagai halangan sebelum ini - insyaa Allah saya dan suami berharap hajat kami ke sana Ramadhan ini dikabulkan Ya Rabb - kejap lagi suami akan hantar passport dan segala yg perlu untuk visa. doakan kami ya sahabat..
adnil replied at 29-5-2015 10:24 AM
assalamualaikum, setelah beberapa kali terpaksa cancel perancangan menunaikan umrah disebabkan pelba ...
wsalam... saya doakan semua urusan dipermudahkan... baik kat sini mahupun kat sana nanti..
selamat pergi & kembali.....diberi kesihatan yg baik utk beribadah...
selamat menunaikan umrah. moga mendpt umrah yg makbul dan dipermudahkan segala2nya di sana. byk kan bersabar semasa di sana, jgn lupa minum air zam2 puas2 kat sana. hehehe
trima kasih balqish atas doa mu... insyaa Allah akan cuba sebaik mungkin - peluang nih mmg susah utk kami dapatkan selama ini - harap harap ini akan menjadi permulaan untuk banyak lagi peluang selepas ni.
walaupun dah baca banyak blog, cerita ceriti dan pengalaman dari org yang sudah ke sana baik dari internet mahu pun lisan, tapi masih lagi agak blurr dengan keadaan di sana. semoga Allah mempermudahkan dan melapangkan buat kami berdua.
adnil replied at 1-6-2015 08:45 AM
trima kasih balqish atas doa mu... insyaa Allah akan cuba sebaik mungkin - peluang nih mmg susah u ...
Byk kan tawaf sunat dan iktikaf di masjid. sgt besar pahalanya. dlm keadaan cuaca yg panas di sana pastikan minum air yg cukup. bwk balik air zam2 ke hotel setiap kali ke masjid. bwk botol2 kosong utk dipenuhi air zam2. moga perjlnn dirahmati Allah swt. Amiin.
Pagi tadi dpt lihat video Raja Salman solat di dlm kaabah . Nak masuk ke dlm kaabah mmg xde peluang, dpt tengok video bagaimana keadaan dlm tu pun cukup lah.