|
walaupun i xundi pn KB..hihi...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau perlakon sapik kyle yg menyerlah dgn beberapa drama hitz dia tahun nie fenomena drama sup bunjut atau nur sedangkan bang patah tak ada drama hitz last drama hitz dia cinderella tue lah dan coffee prince lepas kahwin bang patah agak senduu,,tapi iols geli dgn sapik nie sejak kes bird dia bertebangan kt media sosial..
|
|
|
|
|
|
|
|
iols suka sikap humble dia..KB nie mcm tok tie versi lelaki dari segi sikap tak pernah iols nampak dia berlagak atau poyo dgn rakan2 artis walaupun dia lagi femes dari diorg cuma part nyanyian boleh improve lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow wow wow! Iols pun undi KB chuols.. harap dia menang tahun ni. Hrp menang juga kat APM dua2 kategori tu..hikkss.. iols undi sampai jari kematu.. |
|
|
|
|
|
|
|
seri_mawr replied at 18-9-2018 05:20 PM
gigih kan....
Yass kaka.. Kaka very gigih.. Apa kata, Kaka suruh la anak kaka vote jua guna fon ayah. Boleh dpt byk vote. Kira jalinan kerjasama ibu dan anak laa..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Yokot replied at 18-9-2018 05:42 PM
Yesss..iols pn nk KB mnang tahun ni. Iols masih percaya pada bakat nyayiannnya plus iols trpikat ...
iols pun percaya. Walaupun masih byk yg perlu diperbaiki. Dia pun bkn drpd realiti show yg dpt ilmu byk. Pelan2 kayuh. iols harap adalah rezeki dia berguru nnt |
|
|
|
|
|
|
|
masdiana-ana replied at 18-9-2018 05:51 PM
iols suka sikap humble dia..KB nie mcm tok tie versi lelaki dari segi sikap tak pernah iols nampak ...
Yasss. Very humble. Rendah diri tak bertempat pun,ye. promote diri sndiri pun payah. Nasibla dpt penyokong yg jenis laju je share2 post.
iols teringat pasal ost cinta tiada ganti tu. Dia pergi post clip cerita tu dgn caption 'saksikan drama cinta tiada ganti......' gitu je.. Apooo? Promo drama sajo. Mcmla dia yg blkon. Tak kabo pun dia nyanyi ost. Last2, kena tegur ngan fans.. Haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
unguaurora replied at 18-9-2018 08:22 PM
Wow wow wow! Iols pun undi KB chuols.. harap dia menang tahun ni. Hrp menang juga kat APM dua2 kateg ...
Wahhh.. Seppp juaa |
|
|
|
|
|
|
|
.
Lain pula undian kat twitter.. xramai mana kaka faz punya fans tapi kalau buat poll kat forum ni for sure menang mudah ni xkira atas tajuk apa je poll tu pasti menang.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
anak kecik lagi...dia x guna phone sendiri....
|
|
|
|
|
|
|
|
DatinDhira replied at 19-9-2018 06:34 AM
.
Lain pula undian kat twitter.. xramai mana kaka faz punya fans tapi kalau buat poll kat forum n ...
Buruk nau muka fakezura tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jol kena punish kerana tak layan heroine tiamo.....dan balek berpaut di pohon Gaya Tree
Capik kerana bibir donald duck dia yg buat acik2 , akak2 dan adik2 rembes.....
apak capik sebok berkempen untok anak nya....sampai rebah
|
|
|
|
|
|
|
|
Maya karin kan legend.... dgn filem munafik2 top top meletoppps sekarang kemungkinan besar dia angkat trophy pelakon pilem.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dan restu kalo dia menang ABPPH nih ... selain sikap rendah diri beliau tu bila tgk IG story pun tak lah upload yg merepek2 .... elok je dok layan peminat nyanyi live , tak pun balik kpg atau aktiviti kerja dia ... harap dia kekal dgn sikap ini dan berusaha perbaiki nyanyian beliau supaya jd lebih baik dan mantap .. byk kelemahan dlm nyanyian beliau yg penting belajarlah dan jgn putus asa ..
|
|
|
|
|
|
|
|
kemain mummy nya afiyah ....
|
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 22-9-2018 04:12 PM
kemain mummy nya afiyah ....
Tiada segan silu lagi yachhh.. imej gadis lipis sudah jauh dibuang..he3 |
|
|
|
|
|
|
|
SITI Nurhaliza berzumba bersama Sitizoners pada program #FANtastik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Istana Budaya. - Foto Mahzir Mat Isa
KUALA LUMPUR 22 SEPTEMBER 2018. Penyanyi, Siti Nurhaliza membuat persembahan ketika hadir pada sesi zumba program #FANtastik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) di Istana Budaya. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.
SITI Nurhaliza melayan peminatnya ketika hadir pada sesi zumba program #FANtastik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) di Istana Budaya. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
SITI Nurhaliza bersama Kelab Peminat Sitizoners membuat persembahan pada sesi zumba pada program #FANtastik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) di Istana Budaya. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
prev
next
Siti pamer busana, trofi ABPBHOleh Hanisah Selamat
[email protected]
KUALA LUMPUR: Penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, menjadikan acara #FANtastik bersempena Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 sebagai medan berkongsi memoriabilia sepanjang menghadiri malam kemuncak majlis pengiktirafan berprestij itu.
Katanya, walaupun tidak bertanding selepas tujuh kali menggenggam trofi Bintang Paling Popular, beliau sentiasa menyokong BH selaku penganjur dengan kali ini mempamerkan beberapa persalinan digayakan pada malam kemuncak dan trofi dimenangi.
"Saya melihat ABPBH sebagai gelanggang yang bukan saja menyatukan seluruh penggiat seni, malah mendekatkan artis dengan peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam kerjaya kami.
"Seperti hari ini, saya enggan melepaskan peluang berada pada acara #FANtastik ini sebagai tanda terima kasih saya kepada peminat, terutama Sitizoner selain BH yang sedari dulu menghargai karyawan menerusi ABPBH.
"Lebih istimewa apabila kali ini, buat julung kali beberapa helaian yang pernah saya gayakan pada malam kemuncak ABPBH serta trofi bermakna dalam kerjaya seni saya dipamerkan untuk dikongsi bersama khalayak.
SITIZONER, Azwan Hashim menyusun trofi yang pernah dimenanginya di APBH pada program #FANtastik di Istana Budaya. - Foto Rosela Ismail
"Secara peribadi, bagi saya sendiri akhbar BH dan ABPBH membawa impak cukup besar terhadap perkembangan kerjaya saya selama ini," katanya kepada BH Online.
Memperuntukkan hampir tiga jam pada acara yang berlangsung di Laman Santai Istana Budaya di sini, Siti turut bersama kira-kira 20 anggota kelab peminatnya menyertai pertandingan zumba yang turut disertai lapan lagi kelab peminat lain.
Akui penyanyi yang tampil dengan single baharu berjudul Anta Permana itu lagi, keterujaan untuk melakukan aktiviti bersama penyokong tegar membuatkannya sanggup mencari masa sekali gus mengeratkan lagi silaturahim.
"Sebenarnya semua ahli Sitizoner sudah mula berlatih tarian zumba ini sejak seminggu lalu manakala saya hanya berpeluang bersama mereka semalam, itu pun hanya untuk beberapa jam. Namun semangat setiakawan membolehkan zumba kami 'menjadi'," katanya lagi.
Sementara itu, acara santai membabitkan peminat dan artis itu diadakan bagi menghangatkan lagi penganjuran ABPBH kali ini yang akan mencapai kemuncaknya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 7 Oktober depan.
BH menghimpunkan kira-kira 20 kelab peminat artis yang menyediakan pelbagai acara menarik termasuk pertandingan zumba, flashmob dan sorak antara kelab peminat artis.
|
|
|
|
|
|
|
|
#FANtastik: Sitizone, KBE menang besar
SABTU, 22 SEPTEMBER 2018 @ 8:05 PM
PENGARANG Eksekutif BH, Datuk Zaini Kamaruzzaman (belakang, lapan dari kanan) bersama Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil (tengah) dan Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir (belakang, sebelas dari kanan) bergambar bersama juara Flashmob dan FC Paling Havoc, Khai Bahar Empire, pada majlis #FANtastik santai bersama artis dan kelab peminat di Istana Budaya. - Foto: Rosela Ismail
PENYANYI, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menyertai kelab peminat Siti Zone membuat persembahan pada pertandingan zumba sempena acara #FANtastik ABPBH 31 di Istana Budaya. - Foto: Nurul Syazana Rose Razman
KUALA LUMPUR: Latihan keras selama empat hari membuahkan hasil buat kelab peminat (FC) Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sitizone, apabila mereka diumumkan sebagai juara pertandingan zumba sempena acara santai #FANtastik di perkarangan Istana Budaya, di sini hari ini.
Acara yang menghimpunkan pelbagai kelab peminat terbabit diadakan sempena penganjuran Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, yang akan mencapai kemuncaknya pada 7 Oktober depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bukan hanya mengungguli acara zumba, Sitizone juga diumumkan sebagai pemenang FC Paling Infiniti, iaitu tema anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu, kali ini.
Sememangnya, kelab peminat penyanyi nombor satu negara itu dilihat cukup bersemangat menjayakan acara berkenaan bersama persediaan penuh rapi, selain sanjungan tinggi terhadap bintang kesayangan mereka.
Menurut Pengurus Siti yang juga antara orang kuat di sebalik kelab peminatnya, Rozi Abdul Razak, penyanyi berkenaan memang bertuah memiliki penyokong setia yang dikenali sebagai Siti Zoner.
“Semangat Siti Zoner memang lain macam. Seperti dikatakan oleh Siti sendiri, sekalipun beliau sudah tidak lagi bertanding pada ABPBH, namun sokongan kelab peminatnya tidak pernah surut.
“Kami sendiri cukup seronok melihat mereka giat menjalani latihan tanpa mengira waktu. Latihan secara intensif diadakan selama empat hari di sebuah studio di Cheras, sejak pertengahan bulan ini.
“Siti bertuah mempunyai peminat seperti mereka. Ia sekali gus seiring dengan hala tuju ABPBH sendiri yang memartabatkan kuasa undian peminat,” kata Rozi.
Tempat kedua acara zumba dimenangi oleh kelab peminat Haiza iaitu Haiza Troopers, manakala Sky Lovers yang juga kelab peminat Syafiq Kyle di tempat ketiga.
Sementara itu, Khai Bahar Empire (KBE) diangkat sebagai pemenang acara ‘flashmob’ yang berlangsung pada sebelah petang.
KBE membenamkan impian tiga lagi kelab peminat, Sitizone, Zizan Razak True Fans dan The Nizer (gabungan kelab peminat Emma Maembong serta Wany Hasrita).
Bukan sekadar memenangi acara terbabit, KBE juga diumumkan sebagai FC Paling Havoc. The Nizer pula menerima anugerah FC Paling Sempoi.
Kedua-dua pertandingan berkenaan diadili oleh wartawan BH, Nurulhisham Abdul Latiff, Zul Husni Abdul Hamid dan Farihad Shalla Mahmud.
Pada hari sama, bertempat di Lambang Sari, majlis pengumuman prakemuncak ABPBH 31 turut diadakan dengan berkongsi butiran mengenai pengacara, artis yang bakal membuat persembahan dan penyampai trofi pada malam kemuncak nanti.
Selain persembahan oleh artis terkenal seperti Lan Solo, Sufian Suhaimi, Khai Bahar dan Aman Aziz, tetamu juga dihidangkan dengan pertunjukan fesyen oleh pereka, Razman Razmi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yeayyy.. kbe menang byk |
|
|
|
|
|
|
| |
|