CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/11/24)

[Copy link]
 Author| Post time 2-7-2019 06:37 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 30-5-2020 08:51 AM

sambungan dari page sebelah

Zul menghampiri pontianak itu dan kemudiannya membacakan sesuatu pada telinga pontianak tersebut.

Aku: Aduhh…aku dengar mende camni pun dah boleh buat sakit perut tau.
Leman: Rileks lah…aku tak abis cerita lagi ni. Gaya dia bacakan kat telinga pontianak tu betul2 romantis tau, macam pasangan kekasih.
Aku: Tak mampu aku nak romentik2 dengan makhluk macam tu.

Leman pun menyambung ceritanya, tiba2 saja pontianak itu mengilai2 sambil badannya menggeletar dan kemudiannya bertukar rupa menjadi cantik. Lirikan mata pontianak itu setelah menjelma jadi perempuan cantik sangat2 lah menggoda. Apatah lagi bila Zul membukakan pakaian pontianak itu tadi, kulitnya gebu, putih mulus. Lain2 tu dah cerita orang dewasa, korang budak2 lagi kan?


*Kembali kepada kami di warung Pak Itam, Leman sedang menyalakan rokoknya. Aku pula menoleh ke sebelah kiriku.

Aku: Eh Pak Itam…bila masa join kat sebelah?
Pak Itam: Cerita best ni…18sx
Ramli: Nak try boleh?
Aku: Kau jangan nak mengada2 lah…tu je kisahnye Leman? Kau skodeng Zul beromen?
Leman: Hahaha…aku sampai ke sudah tak mampu nak bangun lepas tengok pontianak tu keluar. Memang hati kering si Zul tu.

Selepas mendengar cerita tak berfaedah dari Leman itu, kami pun pulang ke rumah. Aku membawa Ramli mandi di perigi belakang rumah. Ramli menanyakan aku soalan2 yang mental seperti betul ke pontianak boleh jadi cun? Pak Itam ada sakit apa2 tak? Aku malas nak melayannya, hari pun sudah hampir senja. Tapi soalan2 mental Ramli tu tak berhenti di situ. Sedang kami makan malam

Ramli: Pakcik ada cerita seram?
Aku: Koff2…woi, kau dah kenapa tanya ayah aku cerita seram?
Ayah: Haha…biornye ler. Malam2 macam ni memang best cerita2 seram. Kamu tau ke pasal hantu tinggi yang mengaco Pak Abu dulu?
Aku: Tau jugak…dulu arwah Pak Tahir pernah bagi tengok. Tapi Pak Abu udah meninggei lama dah kan?
Ayah: Sampai ke sudah makhluk tu tak bertuan…satu hari tu aku baru balik dari masjid, tiba2 menatang tu ade kat laman rumah. Aku pun apa lagi hiaappp…papp… (membuka langkah silat sambil menepuk lengan dan pehanya)
Mak: Hang dengaq la pak hang punya cerita. Dia berhambat pi naik ke rumah adalah, pastu 3 malam demam.
Ayah: Alaahh…mak kamu ni tak sporting lah.
Aku: …… (geleng2 kepala, malas nak melayan)


Malam yang Panjang

Malam itu kami tidak lepak di tangga rumah kerana ayah dah spoiledkan kami dengan cerita seramnya, maka kami pun tidur agak awal. Ramli tidur di dalam bilikku, sepatutnya tempat tidurnya dah dibentangkan toto di tepi katil. Tapi sebab dia dah takut, jadi dia tidur berhimpit di katil bujangku. Tadi dia jugak yang tanya pasal cerita seram kat ayah aku, last2 aku juga yang jadi mangsa keadaan.

Aku terjaga di tengah2 malam kerana tidak selesa tempat tidur sempit sangat. Aku nak pergi minum kat dapur pun payah juga sebab nak melepasi si Ramli masa tu. Aku hanya mampu mengeluh panjang…dalam aku asyik termenung mengenangkan nasib itu, aku terdengar bunyi di sebalik tingkap bilikku. Bunyi seperti orang patah2kan pokok yang tumbuh liar di tepi bahagian rumah. Aku pun macam pelik, takkan ada budak2 kampung nak skodeng rumah aku? Kalau rumah Pak Itam tu lain la, dah jadi hotspot…sampai naik stress orang tua tu. Aku membuat keputusan untuk memanjat dinding di sebelahku dan mengintai di ruang angin atas jendela.

Aku nampak kepala botak bergerak2…aku tergamam seketika. Agak tak logik level kepala botak tu sama dengan lubang angin tu, apatah lagi dia buat kerja merosakkan2 pokok kat bawah rumah tu dalam posisi menyangkung. Kakiku terasa lemah, menyebabkan aku terjatuh ke atas Ramli yang sedang sedap tidur dan sekaligus kami berdua jatuh katil. “Aduh…dari langit mana kau jatuh ni?!”, marah Ramli kepadaku. “Shhhh…senyap2”, aku cuba mengawal keadaan tapi ayah aku pula join the club masuk ke bilik aku. “Eh? Tak tidor lagi kome ye? Aku tumpang hisap rokok kat tingkap kau ye…tapi jangan bagitau mak kamu pula”, katanya kepadaku sambil menuju ke jendela. Tak sempat aku menghalang tangannya kerana kakiku masih lagi menggeletar, ayahku telah membuka satu2nya jendela di bilik aku itu.

Maka terlihatlah akan kami bertiga makhluk yang di sebalik tingkap tersebut. Maka tergamamlah kami, makhluk  itu perlahan2 menoleh le arah kami. Ayah pun menarik kembali daun jendela itu dan mengunci engselnya. Tanpa mengatakan apa2 dia pun keluar dari bilik kami. Aku tanpa berlengah lagi, mengambil bantal dan toto tidur di ruang tamu diikuti oleh Ramli. Dalam aku cuba untuk tidor di ruang tamu, aku pun berfikir sendirian, “tak boleh ke balik kampung tanpa ada insiden2 macam ni? Yang makhluk tu pun biasa boleh je bagi orang tak nampak dia…kenapa pulak nak tunjuk dirinya yang tak hensem tu malam2 macam ni”.

Tiba2 Ramli memegangku sambil mengatakan ayat keramatnya, “teman aku pergi tandas”. Degupan jantung aku masih lagi tak tenteram, budak ni ajak aku teman dia pergi ke tandas pulak. Sebelum2 ni dapur di tingkat bawah sekali dengan tandasnya, tapi ayah dah renovate tambah dapur di tingkat atas. Jadinya ruang di tingkat bawah tu macam terabai, dinding mula tertanggal satu per satu. Last2 toilet dah jadi macam kat luar rumah dan si mamat ni pula nak ke toilet time2 macam ni. “Aku teman kau tapi aku tunggu kat tangga je tau”, aku cuba bernegotiate dengan Ramli tapi dia pula menggeleng2kan kepalanya. Apahal pulak kau geleng2 kepala? Kau ingat ni demokrasi ke?

Last2 keputusan dibuat dengan o-som, disebabkan aku kalah maka menunggulah aku kat depan pintu toilet dengan torchlight. Kalau bukan disebabkan suasana seram tadi, aku akan enjoy melihat suasana malam. Kalau zaman2 habis sekolah dulu, time2 macam ni masih lagi lepak di warung Pak Itam dengan Leman dan Rashid. Dulu warung Pak Itam meriah, budak2 kampung lain pun datang melepak walaupun tak ada karaoke. Sedang asyik fikiranku melayang2, torchlightku tersuluhkan kaki. Berderau darahku, nampak gaya kaki ni macam tak jejak tanah tapi tak payah la aku nak pastikan dengan menonggeng di situ pulak kan? Aku pun tutup lampu torchlight dan perlahan2 berjalan ke arah tangga dengan harapan aku tak berlaga muka dengan makhluk tu dalam gelap.

“John…kau ade kat luar lagi kan?”, jerit Ramli. Rasa nak melompat keluar semua bulu2 badanku tiba2 saja dia memanggilku. Bunyi burung nyampuk masa tu pun sangat2 lah tak membantu keadaan, nyaris2 lagi aku nak jatuh terduduk. Sedang aku perlahan2 merangkak menaiki anak tangga, tiba2 atap zink tandas itu pula berbunyi2. “John, kau panjat bumbung ke?”, tanya Ramli lagi. Kemon la Ramli, takkan lah aku nak bergurau senda dengan kau malam2 macam ni? “kekekekekekekekeke……”, kedengaran suara dari atas bumbung tandas.

“Orang cakap kalau bunyi macam tu langsuyor…ater burung kuang kuit idak ler nak bagi warning dulu?”, kataku di dalam hati sambil menyalahkan burung kuang kuit. Akhirnya aku sampai juga di depan pintu, perjalanan panjang yang ku rasa waktu itu. Si Ramli tu pun punyalah lama dalam tandas, berak batu ke apa. “Fuhhh…lega. Hoi…kau dah naik tangga dulu!”, jerit Ramli di depan pintu. Aku malas nak melayan perangai budak sekor time macam2 makhluk ada kat luar ni. “Kekekekekekeke……”, sekali lagi bunyi itu kedengaran, Ramli dengan pantasnya melompat2 melangkaui anak  tangga, seterusnya memasuki rumah dan sekaligus aku menutup pintu serta mengunci engselnya.

“Dam…dam…dam”, bunyi pintu diketuk dari luar. Takkan lah kami nak buka pula kan? Memang saja cari pasal la jawapnya. Kami terbaring kepenatan di ruang tamu dan tak sedar bila kami terlelap, sedar2 saja ibuku mengejutkan kami, “bangun2…solat subuh, ayah kamu demam menggigil…entah apa dibuatnya tengah2 malam semalam sampai demam macam tu”.
Aku nak membahan pun tak sampai hati pula, kami pun nyaris2 mati sakit jantung dibuatnya. Tapi aku lega melihat ibuku beransur2 baik moodnya, tambahan pula aku sudah nak balik ke KL tengahari itu dan esoknya flight ke Australia.

Semasa kami bersiap2 hendak pulang ke KL, ibuku memberi pesan dengan panjang lebar kepadaku, “sana solat jangan lupa, puasa apa semua, jangan bawa perempuan balik rumah, mak tak nak menantu mat saleh…tapi kalau kau nak juga cari la yang matanya biru (eh?), satu lagi yang penting…mak nak set correlle, pyrex, kuali tefal, bla3…”. “Mak aih…kopak lah aku”, kataku di dalam hati. Perjalanan pulang kami lancar tanpa apa2 insiden, tapi Ramli kena marah dengan pakcik jiran sebelah sebab flashed anak daranya kat KFC hari tu. Tamatlah cerita hantu kat Malaysia, kita main cerita2 hantu kat Australia pulak ye? Hahaha…gurau2 je



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2019 06:39 PM | Show all posts
juliesha replied at 30-6-2019 10:08 PM
Untung fendi terus dpt awek mat saleh siap pakej cakap melayu ekekeeke

hahaha...student exchange ke Malaysia. Fendi yang banyak ajar dia cakap melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2019 06:44 PM | Show all posts
palmolive replied at 1-7-2019 09:51 PM
Awek mat saleh tu ada rupa mana2 artis x?
Dense2 pun awek lawa berkenan.. Sesuatubetul

tu lah pasal...awek yang poli tu dah ada iras2 Mila af tapi tinggi la. Awek mat saleh dia tu susah sikit nak cakap rupa artis mana, macam Kristen Stewart kot? tapi bila gelak gg dia macam Keira sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 2-7-2019 06:22 PM
Baru sebulan lebih aku bekerja di Kuala Lumpur, tapi aku telah ditawarkan untuk bekerja di Australia ...

tq TT update..
Ya Allah lawak nya Ramli... bhahahahahHa
mesti biru muka die depan aweks KFC.. wakakakakaakka
sampai hati ko TT p tinggal Ramli menghadap eksiden tu sensorg...dejei btl..
hahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 01:53 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 2-7-2019 06:44 PM
tu lah pasal...awek yang poli tu dah ada iras2 Mila af tapi tinggi la. Awek mat saleh dia tu susah ...

apa fendi tu rupa mcm robert pattinson ker?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh..bestnye kursus sampai ostolia..
Mak ayam Kim time postgrad tak bagi Kim pi obersi..boleh gigit jari jelah tengok member2

Ok juga TT tak describe upacara dan mentera2 tu. Semalam Kim baca pasal penanggal, dah la kita sebut nama dia, dia tau. Sekali tu narator artikel tu bagi sekali mentera, aku pon terbaca separuh. Apa lagi malam kompom kena kacau. Cilako boto..mentera memanggil plak tu. Prank konon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu cerita mod zulkha zaman jadi solja muda dalam hutan, ponti datang ajak berprojek juga
Kat benang highland tower
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 3-7-2019 01:53 PM
apa fendi tu rupa mcm robert pattinson ker?

harus lah tidak...macam along kamarudin tu mungkin la kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 3-7-2019 02:01 PM
Ada satu cerita mod zulkha zaman jadi solja muda dalam hutan, ponti datang ajak berprojek juga
Kat  ...

ooo...dulu2 macam ada pernah baca juga tapi tak berapa ingat. Mende bukan2 macam tu banyak si Leman ni buat macam titi pokok pisang time senja la, baca mantera sambil bertapa kat busut pun ada, ambil tali kain kapan pun ade
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 02:34 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 28-6-2019 07:22 PM
Fendi dalam keadaan tercengang2, dia tidak tahu kami mahu membawa dia ke mana. “Kita nak pergi mana ...

Makin menarik cite ni, rasa cam nak wat drama tv lak
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 3-7-2019 02:16 PM
ooo...dulu2 macam ada pernah baca juga tapi tak berapa ingat. Mende bukan2 macam tu banyak si Lema ...

tt org perak kan? Sy suspek Leman baca mentera panggil langsior yg Pawang diraja perak buat waktu nak bunuh Birch.. Sy pernah terbaca dan mmg datang.. Huhuhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 05:23 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 30-5-2020 02:22 PM

Dah dekat 5 tahun aku tinggal di Australia, aku cuma buat kerja2 harian ku di sana seperti biasa. Cuti pun ikut cuti sana, jadi takde raya2…biasanya ibu, ayah dan adik2 (mangsa angkat barang2 yang ibu shopping) yang datang melawat aku dengan tiket yang aku sponsor. Bila ibu ada, baru lah dapat merasa makan makanan melayu tapi beras mahal juga di sana. Apa lagi rempah2 dari asia macam serbuk kunyit, kari, cili kering dan lain2 lagi. Kalau dimakan kari diorang memang tak tertelan…lain macam rasanya. Dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun makin kurang pula aku dengar apa2 dari syarikat aku di Malaysia. Tapi gaji tu masih jalan ikut rate Australia, jadi aku membuat keputusan untuk call boss aku.

Aku: Hello Mr Steven, saya ni M*** A*****…
Bos: Hah? Siapa?
Aku: Errrr…saya John.
Bos: Ooo…John. Sudah lama tak dengar berita, U dekat mana sekarang?
Aku: …… (dalam hati: biar betul bos ni?). Err…bos, kan U hantar I dekat Australia dulu?
Bos: Eh? U masih sana ka?
Aku: …… (dalam hati: omaigooooodddd)
Bos: Oh ya…itu bos sana suka U punya kerja, tu pasal dia tak ada send apa2 e-mail mau hantar U balik. Visa semua OK kan? Ka U suda kawen amoi sana dapat PR? Hahaha
Aku: Aiyooo bos, jangan main2 woo. Sudah mau masuk 5 tahun saya dekat sini.
Bos: Oh ya aaa…nanti I kasi check sama HR pasal U punya status and request U balik sini balik.

Setelah aku salin barang2 yang bos kirim kat aku suruh belikan sebelum balik ke Malaysia, dapat lah aku letter of transfer yang dinanti2kan itu. Bos bagi aku cuti seminggu untuk uruskan rumah sewa apa semua. Aku pun contact la si Ramli, suruh ambil aku di KLIA dan tumpang kereta dia balik ke Perak. Kami pun berborak panjang setelah hampir 5 tahun tak berjumpa.

Ramli: Banyaknya barang2 kau? Barang untuk aku takde?
Aku: Hmmm…keychain je kot? Dengan door gift masa si Fendi kawen dulu, nak?
Ramli: Kau ni tak patut, 5 tahun seketui keychain je bagi kat aku? Patutnya sebulan 1 barang kau beli simpankan untuk aku.
Aku: Eh? Apahal pulak beriya aku nak belikan untuk kau? Eh, kau duduk rumah sewa dulu ke? Ada kosong lagi tak? Kosong tu bukanlah maksudnya ada 14 orang tapi kau kata masih boleh masuk lagi.
Ramli: Kebetulan brader bilik sebelah tu hujung bulan ni last, kau boleh ambil bilik sewa dia tu. Sebelum dia keluar tu kau duduk lah bilik aku dulu. Kalau kau nak sewa terus bilik aku pun boleh je macam dulu.
Aku: Hisshhh…tak sior aih. Udah ler kencing atas tilam, flashing di khalayak ramai pulak tu. Hahahaha.
Ramli: Hoi…ni dah dikira kurang ajar ni.
Aku: Alah…gurau2 je. Kau kenapa tak datang Fendi kawen?

Ramli: Gila kau jauh kat Perth sana…kopak la duit aku. Belah sini tu aku pergi lah…tak sangka last2 jadi juga dia dengan awek mat saleh tu. Kau tau tak aku bengang dengan si Fendi sebelum dia kawen?
Aku: Hah? Kenapa?
Ramli: Awek hot sebelah rumah tu boleh sangkut dengan Fendi...masa tu Fendi datang nak bagi aku kad jemputan kawen. Gila tak bengang aku? Kau tau je la awek sebelah tu iras2 Rose Mcgowan zaman2 cerita Charmed dulu, dress pun singlet dan short je biasanya, bla3…
Aku: Zzzzzz (malas nak melayan si Ramli ni)

Setelah 2 jam lebih aku biarkan si Ramli membebel sorang2, kami pun tiba di kampungku. Tidak banyak perubahan pada pemandangannya, tapi lebih ramai lagi orang2 tua kampung yang dah tiada. Ramli meneruskan perjalannya ke Ipoh kerana ada kursus keesokan harinya atau dalam erti kata lain, dia tak nak kena macam 5 tahun sudah. Oleh kerana mak aku sangkut membawang di rumah adiknya, jadi aku terus ke warung Pak Itam atau sudah dipanggil warung Minah Janda oleh orang2 kampung. Yang ada di warung ketika itu ialah Rashid.

Aku: Assalamualaikum Rashid…wah2 aku dengar kau dengan Leman asyik berpassing2 awek kat Singapore?
Rashid: Wa’alaikummusalam, shhhh…jangan cakap kuat2. Kau tau kan aku dah lama tunggu si Minah ni solo?
Aku: Lantak kau lah Rashid…Minah, bagi aku nasi lemak dan kopi o.
Rashid: Kau balik terus ke? Ke balik Australia balik nanti?
Aku: Tinggal KL balik macam dulu.
Rashid: Orang kampung kita ni makin lama makin kurang dah orang2 yang kita kenal. Yang handal2 pun macam dah takde dah, macam Pak Tahir, Pak Mud pun dah 2 tahun meninggal, Pak Itam pun…
Aku: Kau ada masa Pak Mud meninggal dulu?
Rashid: Mana maunye? Kampung dia kan jauh dari sini? Tapi macam2 cerita juga yang aku dengar.


Kisah Pemergian Pak Mud

Dari cerita Rashid, ada banyak versi cerita tentang Pak Mud meninggal dunia. Sehinggakan menjadi misteri bagi orang2 kampung. Kalau meninggal, kuburnya pun tak ada. Anak2 Pak Mud sendiri pun masing2 menjawap, “no komen” apabila ditanyakan kepada mereka. Tapi kalau dari cerita imam kampung tersebut, beberapa hari selepas isteri Pak Mud meninggal dunia, Pak Mud pun terus ghaib tidak dapat dikesan. Selipar, kasut, pakaian, dompet semua ada tak berusik. Ada beberapa orang kampung yang pulang dari haji dan umrah, bercerita yang mereka ternampak Pak Mud di Mekah dan Madinah. Jadi agak susah juga bagi aku bila ada orang tanya Pak Mud ni masih ada lagi atau tidak.

Rashid: Dah alang2 kau kat kampung ni, moh la ngikut aku ke…
Aku: Wooopppp…cukup. Aku taknak ikut projek tak berfaedah kau atau Leman, silap2 korang sama macam si budak Zul kampung sebelah tu nanti.
Rashid: Eh, Zul pun dah lama meninggal…orang jumpa dia mati kat pokok2 pisang dalam hutan. Mayat dia kering macam takde darah langsung.
Aku: Ooo…eh? Kereta ayah aku dah sampai…aku beransor dulu ye..? Ni kau bayorkan lah ye? Bukan selalu kau dapat peluang belanja aku.
Rashid: Iye ler…ade je trick kau nak lari.

Aku pun bersalaman dengan ayah dan ibuku di samping adik beradik dan anak2 buahku menyerbu beg2ku untuk mencari ole2 mereka. “A**, hang mai duk sini sat…mak ada benda penting nak habaq kat hang”, kata ibuku sambil menepuk2 kusyen di sebelahnya. Jeng3…


Bersambung…




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 05:26 PM | Show all posts
sarah82 replied at 3-7-2019 03:57 PM
tt org perak kan? Sy suspek Leman baca mentera panggil langsior yg Pawang diraja perak buat waktu  ...

hahaha...tak sure pulak aku. Tapi Leman tu idok ler berani benor nak seru2 makhluk lain ni...yang dia baca2 tu untuk tarik duit tu ade la
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 3-7-2019 05:26 PM
hahaha...tak sure pulak aku. Tapi Leman tu idok ler berani benor nak seru2 makhluk lain ni...yang  ...

Ada bukunya TT.. Ada detail ttg mentera2 yg pawang diraja perak guna.. Mat saleh yg catit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat arwah Zul.. Ermmm.. Mmg habis la darah kalau dah bersubahat dgn jin.

Kalau kepercayaan cina pulak..kena ikat benang merah kat pokok pisang dan ikat juga jat ibu jari kaki.. Tgh mlm hantu/pontianak akan mai tukar jadi wanita cantik dan tido bersama...tapi biasanya.. Manusia yg buat mcm tu akan mati perlahan sebab darah habis disedut
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2019 05:50 PM | Show all posts
aje gila, along kemarudin kawen ngan kristen steward...hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2019 12:31 PM | Show all posts
gile cun tu kristen stewart
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2019 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti mak suh kawin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 4-7-2019 03:10 PM
Mesti mak suh kawin

idak ler...dia suruh belikan gula dengan kicap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2019 04:36 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 30-5-2020 02:36 PM

Aku pun duduk di kusyen sebelah ibuku dengan perasaan saspen, dikelilingi adik beradikku yang lain. “Tadi mak jumpa maksu hang, dia ada calon untuk hang…anak kawan dia, kerja di KL macam hang juga”, ibuku membuka bicara.
“Hah? Tak pernah nampak pun?”, aku berseloroh.

“Hang sat gi aku piat telinga tu baru tau…loyar buruk pulak dia”, ibuku meninggikan suaranya sedikit.

“Alah…gurau2 je…ater? Mana gambornye?”, aku bertanya kembali kepada ibuku.

“La ni mana ada orang bagi gambaq dah? Hang pi la tengok sendiri kat pesbuk dia. Tanya adik hang apa pesbuk dia, aku mana tau pasai pesbuk2 ni”, jawap ibuku. Dia kemudiannya bangun dan berjalan menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam.


Majlis Perkahwinan

Aku skip ke malam pernikahan aku, majlis berjalan dengan lancar dan pada malam itu…saudara mara orang rumahku sedang sibuk memasak lauk untuk kenduri esoknya. Tiba2 anak buah orang rumahku memberitahu, “ada awek cun tak pakai bra nak jumpa aku”. Membuatkan aku kena jelingan maut dari orang rumah. Kalau lah berlaku keretakan rumah tangga aku malam itu, budak tu lah kepala puncanya. Aku tertanya2 di dalam hati, “siapa datang malam2 ni? Tak tau ke majlisnya esok? Bikin rosak ana punya program saja”.

Nak gugur jantungku apabila melihat Haryati yang terpacak di hadapan pagar rumah, berpayung di malam2 buta dan berbaju kebaya. Habis lubang libu aku dibuatnya, nak pergi ke dia, macam tak kena. Kalau nak masuk rumah balik buat dono pun tak boleh jugak. Lalu aku mula membuka langkah dengan perlahan2 sambil membaca ayat untuk memagar diriku.

Aku hanya mampu berdiri sejauh lebih kurang 5 meter dari Haryati dan kemudiannya aku bertanya kepadanya, “apa lagi yang kau mahukan dari aku?”. Haryati hanya tersenyum...habis tegak bulu romaku melihatnya dan kemudiannya dia berkata, “bukankah aku sudah bilang yang urusan kita itu belum selesai”. Gaya percakapan Haryati ni macam orang2 lama dulu, jadi pandai2 korang lah ye.

“Urusan apa lagi? Aku bagi amaran kepada kau, jangan kau ganggu kami di sini”, aku cuba memberi amaran dengan nada tegas. “Haha…amaranmu hanyalah cakap2 kosong saja. Di ketika ini, tidak ada siapa2 yang dapat membantumu. Kamulah yang telah menggagalkan rancanganku malam itu, sepatutnya kamu berdualah mangsa aku”, Haryati berkata kembali kepadaku.

Aku cuba memarahinya kembali tetapi belum sempat aku mengeluarkan kata2 dari bibirku, dia telah menghayunkan tangannya ke arahku, walaupun tidak mengenai tubuhku namun aku terpelanting jauh ke belakang lalu terseret di atas tanah serta memuntahkan darah.

“Hahahaha…kan aku sudah bilang? Kamu itu manusia yang lemah…masakan kamu mampu bertanding denganku”, kata Haryati sambil berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah. Dalam masa yang sama ribut melanda di dalam perkarangan rumah itu sehingga menyebabkan khemah, meja dan kerusi makan terbalik dek angin yang kencang. Suasana menjadi kacau bilau apabila api pada kawah menyambar pakaian tukang masak, namun api sempat dipadamkan dengan cepat. Jadi tiada yang tercedera kecuali aku.

Saudara mara yang lain beramai2 membawa aku kembali ke dalam rumah dan masing2 bertanyakan soalan yang aku tidak ada jawapannya. Mula timbul perasaan gusar di dalam diriku apa yang akan terjadi selepas ini. Malam itu setelah keadaan kembali tenang, aku termenung saja di tangga rumah. Sehinggalah aku terdengar suara memanggilku dari tepi tangga. “Eh? Siapa pula psst2 aku malam2 ni?”.

“Akulah yang memanggilmu”, kata lembaga itu dengan suaranya yang dalam. “Kau siapa?”, aku bertanyakan kepadanya. Perlahan2 lembaga itu melangkah ke dalam lingkungan cahaya lampu, maka terlihatlah aku akan rupa sepenuhnya. Selama dalam episod2 penampakan aku sebelum ini, inilah pertama kali aku melihat makhluk yang bertanduk. “Hanya aku saja yang mampu menolongmu”, katanya sambil tersengih. Aku yang masih lagi terkejut kerana melihat akan rupanya itu dan sekali lagi menanyakan soalan yang sama dengan nada yang menggeletar, “kau siapa?”

Dia tertawa mendengar soalanku, lalu berkata, “aku dikenali dengan pelbagai nama, tapi…aku tahu kau tahu akan namaku. Jadi sebutlah…apa namaku?”.

Aku tergamam sebentar…dan berkata, “syaitan?”.


Bersambung…

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.981786 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list