CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RED 666

Rasa Tuhan Tersangat Tak Adil

  [Copy link]
Post time 14-7-2019 03:30 PM | Show all posts
Alhamdulillah TT dah ok. Glad to know that. Bro, ko tau tak berapa lama Leonardo Dicaprio pg audition? 2 tahun and tak dapat apa2 job yg besar. Kdg dapat, Kdg x dpt. Tapi, bapak dia ckp 'Stick with it. One day , you'll have your day'. Resilience always pays.

Allah beserta dgn org yg bersabar. I love all the positive ideas here on Cari. This is how we help each other without even knowing each other. May Allah make ease for us all. Moga kita semua kuat dan tenang utk hari2 yg datang. InsyaAllah , ameen.

and to @MsPercy, tahniah for the job.

God works in mysterious ways.  It's only when we feel, we've had enuv, pertolongan Allah pun sampai.

to Mod : Tkasih byk bagi credit!


back to silent reader mode.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2019 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mujer_in_espejo replied at 14-7-2019 02:34 PM
Bahagian awak belum sampai lagi tu..
Saya pun pernah rasa yg sama.. rasa Allah tak adil,, knpa org ...

sama lah kita, hanya mampu suruh diri sabar je lah dan jgn fikirkan sgt hal tu serta hidup mcm biasa je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2019 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
maggisedap replied at 14-7-2019 03:30 PM
Alhamdulillah TT dah ok. Glad to know that. Bro, ko tau tak berapa lama Leonardo Dicaprio pg auditio ...

insya allah, semoga segala urusan hidup kita semua dipermudahkan dan rezeki semakin bertambah, amin
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 08:37 PM | Show all posts
RED 666 replied at 14-7-2019 03:29 PM
Mmg tak lupa buat tu semua dan kalau ada rezeki lebih mmg kongsi sama mcm belanja mereka makan bes ...

kalau dah semua perintah Allah ko dah buat.. tapi doa belum makbul.. kena sabar banyak2 dek ..
kita stress sebab kita nak semua cepat2.. semua nak kena ikut perancangan kita.. sedangkan Allah dah susun elok2 perjalanan hidup kita, bila dan bagaimana dia nak beri pada kita apa yang kita nak.. dan segala pemberian n kurniaan Allah yang kita tak minta pun kita boleh dapat.. tapi serahkan dan tawakkal 100% pada Allah.. janji kita dah ikhtiar dan doa sungguh2.. insyaAllah masanya akan tiba.. tapi tu lah jangan putus asa dengan Allah.. Allah murka..

Allah berfirman:
وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَىٰ بِجَانِبِهِ ۖ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَئُوسًا
Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.
(Al-Israa’: 83)
Allah juga berfirman:
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.
(Ar-Ruum: 36)
Allah juga memfirmankan tentang mereka:
لَّا يَسْأَمُ الْإِنسَانُ مِن دُعَاءِ الْخَيْرِ وَإِن مَّسَّهُ الشَّرُّ فَيَئُوسٌ قَنُوطٌ
Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.

Allah juga berfirman:
وَلَئِنْ أَذَقْنَا الْإِنسَانَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَئُوسٌ كَفُورٌ
Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa (atas apa yang sedang terjadi padanya) lagi kufur (ia lupa dan tidak berterima kasih atas rahmat yang dahulu diberikan padanya).

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
MsPercy replied at 11-7-2019 06:38 PM
hi TT, harap u dh ok hari ni. I pon nak share I punya story. Feeling down mcm yg u rase sebijik mcm  ...

Alhamdulillah...semoga Allah permudahkan urusan u n untuk bantu parents u lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
To tt...marilah kita sama2 usaha utk redha..
Untuk saling memaafkan...

Aku pon tgh cube nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2019 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 14-7-2019 08:37 PM
kalau dah semua perintah Allah ko dah buat.. tapi doa belum makbul.. kena sabar banyak2 dek ..
ki ...


mmg kena sabar je la, itu je apa yg mampu dibuat selepas semua usaha dah dilaksanakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2019 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 15-7-2019 09:02 PM
To tt...marilah kita sama2 usaha utk redha..
Untuk saling memaafkan...


nak maafkan org mmg x mudah, senang2 buat2 x tau je sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tweety_Senrose at 16-7-2019 06:03 PM

Awak. Saya sangat memahami perasaan awak. Tapi awak jangan sampai cakap tuhan tu tak adil. Sedangkan adil itu adalah salah satu nama Allah dari 99 namaNya.

Tu Al-Adl yg bermaksud Yang Maha Adil.

Awak kena banyak bersabar walaupun dah bertahun2 awak tahan perasaan yg awak rasa tu. Allah pasti mendengar keluhan awak, cuma ganjaran yang dia beri mungkin bukan sekarang, tapi yang penting pasti ada satu hari nanti.

Awak cakap awak dah banyak doa, solat, baca Al-Quran tapi belum ada diberi yang awak nak tu. Awak kena ingat konsep DUIT iaitu:
D- Doa
U- Usaha
I- Istiqomah
T- Tawakkal

Awak dah berdoa, so lepas ni kena usaha apa yg awak nak tu. Samada usaha dari segi perbuatan atau teruskan berdoa. Kemudian kena Istiqomah yg bermaksud kena berpegang teguh dengan pegangan awak. Jadi jangan putus asa, teruskan buat usaha2 awak tu, jangan berhenti berharap. Last sekali tawakkal. Tawakkal kepada Allah. Berserah kepada Allah. Janji Allah itu pasti. Macam yg saya cakap tadi, kalau bukan sekarang, mungkin nanti, yang penting pasti ada.

Awak ada cakap lebih baik buat jahat sebab dorang untung, contoh mencuri dapat duit banyak pastu taubat je Allah maafkan. Yang untung mereka. Itu dah salah. Mindset awak dah salah. Awak ingat orang yang buat jahat tu takde balasan ke? Ok fine di dunia takde balasan, tapi di akhirat? Lebih menakutkan tau seksaan di akhirat nanti dari penerangan dalil2 yang tertulis di dalam Al Quran. Sure Allah maafkan kalau diorang bertaubat, tapi balasan tetap jalan untuk perbuatan2 yang mereka lakukan.

Lebih baik awak kekalkan buat kebaikan walaupun banyak dugaan yg awak hadapi. Tapi ganjarannya di akhirat besar. Dibandingkan awak nak buat jahat untuk keuntungan. Di akhirat dah kena lalui seksaan2 oleh perbuatan jahat yg terkumpul tu pastu baru nak dapat ganjaran. Tak berbaloi langsung.

Kalau awak tak puas hati sebab ada orang yang lebih nikmat dari awak, tapi cara dia salah then jangan mengeluh. Buat masa ni sure awak rasa marah, rasa tak adil sangat macam ni sampai fed up penat sangat nak rasa semua ni. Tapi awak kena ingat betul2, ini hanya sementara. Nikmat orang tu nanti akan pergi jua, lagi2 kalau dia dapat dengan cara yang salah, tambah dosa. Berbaloi ke? Tak.

Oh lupa juga. Pasal awak dah doa, solat semua tu, kena pastikan juga, awak buat ikhlas kerana Allah atau hanya semata2 untuk meminta? Maksud saya tu bukanlah tak boleh meminta, cuma niat dalam hati tu. Kalau solat, berdoa hanya kerana niat nak nikmat, tapi niat kerana Allah tu takde memang tak jalan lah semua ibadah tu.

Kena ingat. Allah tu macam 'link' atau 'tali' untuk kita. Apa2 kerana Allah. Kalau niat kerana Allah, semua ibadah kita pasti kita akan buat dengan ikhlas, dan pasti kita akan takut nak buat dosa. Iman tu kena kuat. Dengan kuatnya iman kita, mudah kita nak ikhlas dalam beribadah.

Dalam awak solat dan berdoa tu, selain meminta permintaan, jangan lah lupa untuk kuatkan iman awak, jauhi awak dari perasaan lalai, dengki, iri hati, semua penyakit hati agar awak dapat lalui hari2 awak dengan tenang. Awak doa lah semoga hari2 yang awak lalui dipenuhi dengan Rahmat Allah, perlindungan Allah, kasih sayang Allah, kemaafan Allah, semoga awak menjadi hamba nya yang Soleh/Solehah, kuat melalui dugaan2 nya.

Mungkin dengan dugaan awak ni, walaupun dah lama awak tahan, manatau satu hari nanti ganjarannya teramat lah besar. Semakin lama awak mampu hadapi dugaan ini dengan sabar, semakin besar lah ganjaran Allah berikan. Yang penting kena ingat sangat, ganjaran mungkin bukan sekarang, tapi pasti.

Saya doakan semoga awak dapat lalui dugaan ini dan semoga diberikan penyelesaiannya dengan baik In Shaa Allah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry saya post lepas baca separuh page je. Sekarang ni baru tau TT dah semakin ok. Alhamdulillah. Cuma nak bagitau je, TT, saya nak awak tahu, kalau awak rasa keseorangan, ingat awak ada Allah. Dan juga awak ada kiteorang forumers kat sini akan sentiasa support awak Jadi kalau ada apa2 masalah boleh luahkan kat sini. Jangan stress sendiri2, kita kan sesama muslim tolong menolong
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 12:15 PM | Show all posts
istiqamah diri anda dahulu sbelum salah kan Tuhan..adakah anda menjaga solat? tu paling penting.. if anda menjaga 5 waktu, InshAllah semua dipermudahkan..selepastu  buat yg sunat etc solat dhuha..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 10-7-2019 10:27 PM
Akhirnya..semua yang kita takut itu cuma bayang bayang aje



"Akhirnya..semua yang kita takut itu cuma bayang bayang aje"

Boleh bang aji eloborate lagi part ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 06:17 PM | Show all posts
insaf baca thread ni..baik2 je nasihatnyerrr, kdg seketoi-seketoi kena kat muka ni haaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2019 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 17-7-2019 05:32 PM
"Akhirnya..semua yang kita takut itu cuma bayang bayang aje"

Boleh bang aji eloborate lagi part ...

Akhirnya yang kita takut itu hanya bayang bayang.

We live in a MAKE BELIEVE world apam

So called truth ..hanya a belief jek

Kita takut kalau silap pilih...sebab REALITY yg jadi dlm hidup ni tragic klo dgn apa kita pilih tu..misalan ler

U make a belief gitu..

But does it always gitu? Pilihan tu gak ada kisah happy ending realiti nya sudahhhhh camna ni?

So senang u tolak semua so called reality n move on dgn ur own BELIEF

Bleh faham apam?

No such thing truth or real..semua mula dari a BELIEF..sebab tu brain n human mind my pebret reading..ok?

Think non literal always..kurangkan thinking literally about anything ok?








Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 10:04 AM | Show all posts
Edited by adila39 at 19-7-2019 02:08 AM

apa masalah TT yang sampai rasa mcm ni ya....masih boleh bernafas, masih mampu bukak forum and masih boleh surf internet...x berlapar.

Kena twist mind tu, masalah yg tuhan beri kat kita semua level yg kita mampu handle. How you dealing with ur problems je bezanya cemana and outcomenya.

Cuba try, smile depan cermin. And say to yourself...i can do this and i can ...xkan nak give up just sbb rasa life is unfair. Xke kita yang kena work for it to change our life...so jgnla blame Tuhan. ooo okay, TT dah feel better...sory tak baca semua...


Just keep pushing yourself. Anggap gini, u terjatuh kat lumpur. Susah payah cemana u kena bangun jugak sbb takkan nak duk dalam lumpur tu lelama...u try your best utk keluar...tarik kaki you satu persatu..push ur energy to your limit. Sbb kat dunia ni...u hanya ble rely pd diri u sahaja...Tuhan tu maha mengetahui. Jangan give up..is the best and greatest gift Tuhan beri pada kita. Never ever give up no matter what.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 12:08 PM | Show all posts
selalu beristighfar TT
semoga Allah mudah kn segalanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2019 03:08 PM | Show all posts
iols kan, kalau bab berjaya dlm kerjaya, iols suka tengok artis2 yg dah berjaya skrg. (atas sbb kerjaya yer, not personal). salah sorang yg iols suka tgk hael husaini. kalau try jejak usaha dia dari dulu, bukan senang dik. dia bermula dgn mentor (mesti ada yg x perasan kan). Jac n Dayang antara mentor, Hael protege nya. lepas tu AF lg..  siap dah berduet jadi Azhael, lagu glamer sikit yg "akuuu uuu...cinta padamuu uuuu...", dia sendiri x cukup glamer. smpai la dia buat solo, dan rezeki dia lagu jadi hit n menang AJL. buat lagu utk Jac, now, partner dgn Dayang..lagi dan lagi kejayaan dia skrg ni. meletop2 laku sana sini. bukan setahun dua dia nk berjaya yer. bayangkan kalau dia berputus asa dan stop setakat duet dulu tu jek, ada x kita boleh dengar lagu2 best dia skrg ni?..tak kan..macam tu la..walau mcm mana pun, usaha, usaha, usaha..jgn putus asa ok. pasti ada masanya utk kamu dan kita semua..

iols jugak pernah kagum dgn lagu akim masa dia nyanyi lagu cornetto tu..nampak dah bakat dia. tapi masa tu dia x lepas masuk ajl. but after years, dia buat lagu lain lagi, n finally dia pun boleh menang ajl.

next artist yg iols tunggu Naim Daniel. lagu2 dia sebelum2 ni pun not bad sedap2.  baru2 ni jek lagu Sumpah naik baru dia diberi perhatian. dia pun bukan baru dlm industri. lama dah.. iols doakan dia jugak berjaya.

sorry la iols jadikan artis sbg contoh kt sini. bukan la iols idola kan mereka, cuma iols kagum atas usaha mereka. semoga kita2 kt sini jgn mudah putus asa. berusahala semampu mungkin, selebihnya, berserah kepada yg Maha Esa. Sabar dan Redha itu kunci utk ketenangan hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 04:58 PM | Show all posts
nak kongsi akak selalu amalkan doa2 ni masa dalam perjalanan nak pergi kerja.. alhamdulillah rezeki akak agak murah. baru2 naik gaji masyuk jugak syukur sangat.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm pernah dengar je statement ulama cakap org kaya yg bersyukur lebih baik dari org miskin yg bersabar. senang2 je la org kaya tu dapat pahala byk mcm tu banding dgn org miskin yg kena bersabar menghadapi kesusahan hidup
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 12:27 PM | Show all posts
rezeki yg banyak atau sedikit itu bukan jawapanya
rezeki yg memberi manfaat itulah rezeki kita yg sebenarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.095972 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list