|
Muzakarah bersama Ah_Kwan seputar Dalil-Dalil berkaitan siapa yang layak berdakw
[Copy link]
|
|
Edited by SenangMaju at 3-1-2021 07:46 PM
Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?
(Al-Munaafiquun 63:4)
Inilah realiti yang sedang berlaku dizaman ini. Dan adanya nasihat dari Allah s.w.t ketika berhadapan dengan mereka. Selalunya, jika mereka ini mula membicarakan sesuatu, ianya lebih kepada makna rezeki-Nya langsung dimungkiri akan janji terhadap mereka yang dizaliminya, sesudah memanfaati rezeki yang diperolehinya menerusi jalan kebatilan. Mereka-mereka inilah, yang akan berkata "nak menceritakan ilmu-Nya perlu belajar dengan guru" sedangkan, apa yang dibincangkan sama sekali bukan berkenaan mereka, melainkan Allah s.w.t menzahirkan ketakutan itu dikeranakan dosa-dosa yang dirinya lakukan.
Pastilah, Allah s.w.t ciptakan mereka ini, untuk dikenali oleh mereka yang benar-benar mahu beriman. Dan ketahuilah, orang yang benar-benar beriman, akan berpaling meninggalkan mereka dari mendengar apa yang mereka ucapan (kerana mereka itulah, sebenar perosak agama sedangkan mereka menyangka, Allah s.w.t tidak menceritakan hal ehwal mereka dan mereka menyangka, mereka melakukan kebaikkan).
Moga-moga bermanfaat. Moga-moga, Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa orang yang mahu kembali beriman kepada-Nya
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SenangMaju at 3-1-2021 08:08 PM
Mari kita kaji adab dalam memberikan nasihat.
Katakanlah, si A, punya masaalah yakni menipu si C. Katakanlah si B sedang berbicara permasaalahan dengan si C. Sekiranya, apa yang diriuhkan itu, datang dari si B, langsung si A menyangka urusan-urusan kebatilan yang ditegakkan menurut neraca kebenaran itu berkaitan dengan dirinya, pastilah, sekalipun hal ehwal yang dibincangkan itu sekalipun tidak berkaitan dengan si A, tetap juga akan dihalangi oleh si A kerana (takut rahsia kejahatannya diketahui), langsung memberikan nasihat yang kebanyakkannya ini "kita nak ajar agama ni, perlu rujuk guru agama", sedangkan dirinya sendiri tidak beradab dalam beragama yang sebenar-benarnya. Alangkah menariknya adab yang mereka tunjukkan, sedangkan mereka itulah perosak adab dalam beragama tanpa sesiapa menyedarinya melainkan sedikit.
Mereka itu sebenarnya takut lalu menjadikan urusan agama sebagai perisai mereka. Itulah pengertian yang dimaksudkan-Nya terhadap mereka.
Saya jumpa ramai, cuma saya belajar untuk faham, mengenai mereka. Langsung, sebahagiannya, saya nyatakan urusan-Nya dan sebahagian yang lain, saya biarkan mereka. Ianya bergantung kepada amalan Islam yang mereka lakukan.
Ada diantara mereka menyangka, bila orang-orang yang benar-benar beriman itu berjumpa para guru yang dimaksudkan Kekasih Allah, akan menjadikan orang yang beriman itu kasih kepada mereka, sedangkan mereka menurut sangkaan cuma. Saya pernah berjumpa para guru yang titlenya Kekasih Allah (yang disembunyikan-Nya), mereka amat berbelas-kasihan orangnya ketika saya mendatangi mereka.
Saya juga pernah berjumpa jenis-jenis ini, langsung bila saya nyatakan ayat-ayat-Nya, mendiamlah mereka kerana mereka tidak memahaminya, sambil muka mereka pucat ketakutan yang bersangatan dikeranakan-Nya. (Tiada unsur perli)
Sekadar berkongsi ilmu. Kita hanyalah hamba-Nya.
Wallahu'alam. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.... izinkan saya mencelah sedikit di sini kerana saya lihat ada persoalan yang dilontarkan...
Berkaitan makna sebenar kalimah Laa ilaha illallah... sudah pun jelas dari segi bahasa. Cumanya dari segi makna mendalamnya, kena berbalik kepada Al-Quran dan Sunnah, dan perjalanan hidup Rasulullah SAW (sirah). Cari lah guru yang dilihat sebagai ikut Al-Quran dan Sunnah, InshaAllah akan bertemu jua jika niat ikhlas
Urusan-urusan dakwah ni, urusan orang yang fakih lagi faham ilmu. Urusan-urusan nasihat, secara umum tak boleh terlalu khusus melainkan jika ada keperluan. Urusan-urusan hukum, mereka yang fakih makna sebenar Lailahaillah. Diri mereka memang benar-benar faham makna itu, punya ilmu yang luas lagi mendalam dalam mengeluarkan semua fatwa, mereka antara yang jelas dibawah perlindungan-Nya dan Redha-Nya, maka laksanakan tanggungjawab itu kerana Allah. Urusan ajar Alquran, hadis, itu guru-guru yang faham urusan itu sahaja. Tak boleh guru-guru itu keluarkan fatwa sendiri. Tak layak membicarakan soal dakwah, jika dalam berdakwah, masyarakat mempergunakan agama dalam keadaan fasik. Dan yang terakhir, tak perlu Ustaz-ustaz atau Ustazah-ustazah segera untuk berdakwah. Jika nak ketengahkan Ustaz-ustaz atau Ustazah-Ustazah, cari yang mana, masyarakat setempatnya kesemuanya suka kepadanya. Jika yang bukan Islam tak suka, tak ada masaalah. Akan tetapi, jika 1 orang Islam dalam kawasannya, belum benar-benar Islam (tak solat), urusan dakwah (luar khariah) tak layak untuk dirinya nyatakan, melainkan urusan nasihat secara umum sahaja. Tak boleh lebih dari itu kerana mendatangkan fitnah.
Itu pandangan saya, makanya, boleh tolak jika tak memenuhi nafsu.
Ada benarnya dari pandangan ini, jika dikaitkan dengan BERHUKUM. Apabila berhukum atau mengeluarkan hukum, maka yang ahli (arif) dalam bidang agama sahaja yang lebih berhak menyampaikan. Para fuqaha... yang faham dalam bidang fiqh...
Namun, dalam urusan dakwah, sudah termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, dan sudah menjadi hal yang umum. Skop dakwah sangat LUAS, dan ada bahagian yang umum dalam dakwah yang mana orang awam boleh libatkan diri.
Contoh medan dakwah:
Ta'lim/Mengajar/Secara ilmiah - para Alim Ulama yang wajar di bahagian hadapan
Jihad Fi Sabilillah - para mujahid yang wajar di bahagian hadapan
Khuruj Fi Sabilillah - Ulama/Mujahid/Orang Awam
Saya hairan, kenapa nak import pendakwah luar khariah, apa yang duduk dalam sesuatu khariah tak ada imam yang layak untuk berdakwah ka?
Sekian, harap maaf ya.
Berbalik kepada Al-Quran, Sunnah dan Sirah.
Dalam medan dakwah, hanya ada 2 golongan: samada yang hijrah (keluar) atau nusrah (bantu). Zaman Nabi, yang keluar berhijrah itu golongan Muhajirin. Yang menerima/sambut/beri bantuan itu golongan Ansar. Apabila ada hijrah dan nusrah, maka hidayah akan tersebar.
وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Orang-orang yang terdahulu lagi yang awal (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka taman-taman (syurga) yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah, 100)
Dari intipati ayat di atas maka ada khuruj fi sabilillah (keluar di jalan Allah, seperti golonagan Muhajirin) dan usaha tempatan (seperti golongan Ansar yang memberi nusrah/bantuan). Apabila tidak berada dalam khuruj fi sabilillah, maka sebaik-baiknya libatkanlah diri dalam usaha tempatan seperti golongan Ansar, yang memberi bantuan untuk urusan agama, moga-moga Allah terima kesemua usaha baik dalam mengajak manusia mentaati perintah Allah ikut cara Nabi....
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 replied at 3-1-2021 11:02 PM
Salam.... izinkan saya mencelah sedikit di sini kerana saya lihat ada persoalan yang dilontark ...
Alhamdulillah.
Sebenarnya banyak yang nak dinyatakan sebentar tadi. Tiba-tiba page lost 2 kali. Mungkin bukan rezeki untuk dinyatakan kali ini. Atau untuk menjaga aib.
Menyentuh soal kalimah tauhid, untuk makluman, saya pernah utarakan terus kepada mufti wilayah beberapa tahun lepas, lalu disaring oleh moderatornya. Berdasarkan jawapan dari moderator bagi pihak mufti, "tiada jawapan" atau "no response". Yang jelasnya, sebahagian makna kalimah tauhid yang disarankan oleh saya sesudah itu ditukar kepada "tiada Ilah selain Allah", akan tetapi tetap tiada jawapan sebahagian yang lain.
Makanya, jangan bersangka sesuatu yang tidak difahami, akan tetapi sekadar memahami selain itu ya.
Jika kita membicarakan adab, maka beramallah apa yang dimaksudkan adab agar berakhlak. Dengan Akhlak, melahirkan nasihat.
Zaman ni, ibarat zaman Islam baru mula dikembangkan. Janganlah memberikan nasihat agama lalu disamakan dengan zaman kebangkitan dan kegemilangan Islam sebelum ini. Kerana, ramainya orang yang ICnya Islam dizaman ini, tak melaksanakan rukun Islam yang ke dua.
Apapun, saya kembalikan segala urusan kepada Allah s.w.t. DIA Maha Mengetahui |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mnm77 at 4-1-2021 09:27 AM
Alhamdulillah....
Zaman ni, ibarat zaman Islam baru mula dikembangkan. Janganlah memberikan nasihat agama lalu disamakan dengan zaman kebangkitan dan kegemilangan Islam sebelum ini. Kerana, ramainya orang yang ICnya Islam dizaman ini, tak melaksanakan rukun Islam yang ke dua.
Apapun, saya kembalikan segala urusan kepada Allah s.w.t. DIA Maha Mengetahui
Berkaitan urusan dakwah, skopnya sangat luas. Ada beza pendapat... Mungkin saudara lihat dakwah itu nasihat untuk perbetul orang lain, sedangkan setiap ajakan kepada kebaikan itu juga merupakan islah (baiki) diri sendiri.
Apabila melihat skop dakwah untuk beri nasihat perbetul orang lain, maka sebab itu lah ada tentangan terhadap usaha dakwah kerana orang yang 'berdakwah' itu dilihat sebagai 'tidak layak'. Jika isu ini timbul, maka tiada siapa pun yang layak, hanya Nabi-nabi yang maksum sahaja yang layak.... dan Ulama Haq yang mana yang tidak sehaluan dengan aliran yang diidamkan juga dihentam atas alasan-alasan yang diada-adakan...
Akan tetapi bila melibatkan usaha dakwah dengan islah / niat baiki diri / tazkiyah (dan pada masa yang sama ajak kepada kebaikan), ini merupakan usaha yang dituntut.
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ
Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya. Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat.
(Al-A'la, 14-15)
Dan dalam berdakwah bukan semestinya kena jadi mufti dulu, satu ayat pun boleh sampaikan....moga ada manfaat yang boleh diambil dari penyampaian itu...
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً “Sampaikanlah dariku walau satu ayat”
(Sahih Bukhari)
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 replied at 4-1-2021 09:24 AM
Alhamdulillah....
Alhamdulillah.
Hakikatnya, realitinya dan adab setiap sesuatu itu berbeza meskipun seakan-akan serupa. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rantaikendoq at 9-1-2021 06:56 PM
belajar campur aduk mcm2 jadinya
siddiq tu sifat, sebelum sifat tu wajib ada nur, cahaya
nur siddiq tu mahai...
nur siddiq dan siddiq tu maseh berbeza
sbbtu mertabat diukur dlm ilmu...
dlm ilmu Islam cara Islam, ada LAPIK ADAB, ...
bermula...bukan dgn nafsu
menaip bukan dgn nafsu, atas niat takrod takyin
kena jelas bersih, baru tiada bau bau ego
manusia ni ramai kalah dgn ego liar...
bukan mudah nak faham alquran dan sunnah nabi saw
perlu BERSENDI BERLAPIK adab...
sbb nabi membawa syariat berhakikat menjunjung makrifatullah
Allah tu tetap kekal qodim sejak dulu sampai bila2...
ilmu qudrat irodatNya berdiri SENDIRI..
siapapon takkan dapat Dia..
sekadar biasan cermin saja...
maka rendahkanlah hati dan ego
utk sama2 meraih jalan selamat
berbbincang musyawarah, hati kena BERSIH
TANPA SYAK WAHAM HASAD...
hasad itu ...halus berseni...
ditambah dgn rencah2 bisikan kejahatan..
Salam jumaat, sollun ala nabi saw...
|
|
|
|
|
|
|
|
ni nama baru abangcute@dovob kot
dah mula masuk nooo
hahaha...maseh bersaki baki idea2 dlm kepala saraf...
dah jupa mursid ke belom?
susah nooo...
|
|
|
|
|
|
|
|
rantaikendoq replied at 9-1-2021 06:58 PM
ni nama baru abangcute@dovob kot
dah mula masuk nooo
hahaha...maseh bersaki baki idea2 dlm ...
Oh ya, adakah kamu rasa, Uwais Al-Qarni itu Mursyid?
Atau kamu menafikan ketetapan-Nya menerusi Rasullullah s.a.w tanpa menggunakan akal yang waras?
Begini sahajalah ya. Jika rasa-rasa, urusan agama yang kamu lakukan selama ini adalah pada makna Taqwa, mustahil kamu tak memahami apa yang dinyatakan melainkan DIA tidak memberi kamu kefahaman atas apa yang dinamakan KETETAPAN Allah s.w.t dan Sunnah Baginda Rasullullah s.a.w.
Cuba kamu wahai ahli yang mempelajari ilmh-ilmu dunia duduk berfikir barang sebentar ya. Mengapakah wujudnya Ulama, yang LEBIH mengingati Waliyullah yang gila berbanding ilmu yang dirinya miliki? Jauh bezanya, akan tetapi, yang mahu mencari keampunan-Nya menerusi ilmu-Nya sahaja yang pasti mencari Waliyullah dan bukan pula selain dari itu.
Title ulama hanya wujud bila ulama itu sendiri MENYENANGI keberadaan Waliyullah.
Akan tetapi, ramai yang lupa, mengenai keutamaan kewalian seseorang mengatasi pengertian mursyid itu sendiri.
Nasihat dari saya untuk semua, jangan bila Allah s.w.t matikan 1 orang Waliyullah, sedangkan seorang Imam itu memusuhinya ketika hidupnya, selama-lamanya Allah s.w.t datangkan hal yang sama seperti yang dilakukan ke atas imam itu hingga dihilangkan kelayakkan untuk menjadi imam (pemimpin).
Saya suka bagi nasihat. Tapi ramai yang degil. Cuba buka, info 3 tahun yang sudah berlalu. Apa yang berlaku kini, sudah diingatkan sebelum berlaku.
Moga-moga, Allah s.w.t berbelas-kasihan sebelum terbitnya matahari dari arah Barat kelak, dan pastilah, tanda-tanda dari-Nya tersangatlah dekat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SenangMaju at 10-1-2021 12:07 AM
Oh ya, kepada yang nak tahu, apa yang sudah saya pelajari selama berforum?
Sesi pertama merupakan perkenalan diri saya,
yakni saya belajar soal gila
Sesi keduanya merupakan perkenalan diri saya, yakni saya belajar soal nafsu
Sesi kali terakhir merupakan perkenalan terakhir diri saya, yakni saya belajar sebelum datang ketetapan-Nya yang terakhir.
Makanya, ianya bukan fantasi, ianya realiti. Berhati-hatilah dalam memikirkan sesuatu, kerana DIA tidak lupa untuk memberitahu, sebelum ianya dipertikaikan oleh mereka-mereka yang mencari selain Allah s.w.t, lalu Allah s.w.t terjemahkan mereka, sedangkan jawapan dari-Nya sudah dinyatakan tanpa perlu dipertikaikan oleh mereka.
Mudah-mudahan, cepat-cepatlah menyedari, Allah s.w.t itu amat berbelas-kasihan samaada kamu itu jahat ataupun baik. Kelak nanti, diakhirat kelak, jangan memberi ALASAN, "kami tak tahu" sedangkan sudah diberitahu langsung dijadikan olok-olokan secara langsung menghina secara terang-terangan hukum dan ketetapan-Nya ke atas apa yang sudah dimaklumkan-Nya disini TANPA PRASANGKA.
"Sama sahaja, samaada kamu memberikan nasihat dan petunjuk kepada mereka, mereka tetap berpaling dari menurut jalan lurus. Mereka-mereka itulah penghuni neraka jahannam, sedangkan mereka tidak menyedarinya".
Wallahu'alam
|
|
|
|
|
|
|
|
Okeylah semua. Saya sudah selesaikan tugas yang terakhir disini. Sisanya, kamu semua fikirlah apa yang rasa patut atau tidak patut.
Maksudnya, selepas saya bagi nasihat kali yang terakhir ini, tiada lagi pilihan sesudah saya lengkapkan apa yang belum lengkap.
Ini adalah KETETAPAN yang terakhir untuk yang terakhir. Maknanya, tiada akan datang lagi KETETAPAN, melainkan tiada pilihan atas KETETAPAN.
Moga-moga, Allah s.w.t tidak menghilangkan Alquran dari dalam dada dan seluruh dunia kelak. Menjadilah apa yang ditunggu-tunggu itu, kerugian cuma.
Wassalamualaikum w.b.t
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn dok perasan iman dan taqwa tu kamu punya
belaja lagi ya...cari mursid.
jgn dok main dlm tempurung kepala gelap tu
|
|
|
|
|
|
|
|
dok terakhir banyak kali sgt
dok tukar nama mcm2
org iman taqwa ada pendirian, bukan tukar2 nama
elok la cari mursid cepat2
masuk tarekat la senang nasehat lama dah kan...
toksah dok penin2
selagi tiada mursid, tiada laluan pembukaan
kena faham tu....
byk fikir byk membaca pun tak tembus...
|
|
|
|
|
|
|
|
belajar tak abis lagi tu
Allah nak ajar supaya kamu pi cari mursid
dah lama pesan kan
|
|
|
|
|
|
|
|
rantaikendoq replied at 15-1-2021 11:19 AM
belajar tak abis lagi tu
Allah nak ajar supaya kamu pi cari mursid
dah lama pesan kan
Alhamdulillah.
Saya ni, memang belajar tak pernah habis. Jika kamu rasa, kamu dah belajar habis, Saya ucapkan "Wow!!! Terrornya kamu!".
Ada apa-apa lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
rantaikendoq replied at 15-1-2021 11:18 AM
dok terakhir banyak kali sgt
dok tukar nama mcm2
org iman taqwa ada pendirian, bukan tukar2 nama ...
Rasa-rasa awak nak pergi cari musyid tu, maklumkan sahaja nama musyid kamu itu ye.
Nanti, saya nak tanya musyid kamu, kamu layak masuk syurga ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SenangMaju at 15-1-2021 11:48 PM
Ini antara jawapan dari Mursyid yang soleh untuk semua kenyataan liar yang dilontarkan. Rasa-rasanya, cukuplah bagi Allah s.w.t yang meninggalkan peringatan-Nya.
https://youtu.be/_Lir7OUhO-0
Sila ambik nota : Saya pernah bertanya kepada Mursyid ini, soalan yang tak dipelajarinya selama ini. Ini jawapannya "maaf, saya tak tahu jawapannya". Memandangkan sifat ilmu yang ditanya bersifat hikmah, makanya Mursyid akan merendahkan diri kerana ihsannya kepada Rabb-nya.
Ada masaalah lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SenangMaju at 16-1-2021 12:01 AM
Bila saya tengok cuaca hari ini pun, saya dah boleh agak, ada sesuatu yang sepatutnya disuruh untuk diri sendiri lakukan, bukan pula menyuruh saya melakukannya.
Jangan bimbang, semua mursyid-mursyid bagi semua jawapan, atas semua soalan-soalan saya selama ini. Tak perlu rungsing urusan saya dalam mengenal Allah s.w.t. DIA perkanalkan diri-Nya, kepada sesiapa yang DIA kehendaki menurut cara-Nya. Awak hanya perlu rungsing urusan awak dan DIA sahaja buat masa ini. Tak perlu sibukkan hal yang tak mendatangkan pahala (memberikan nasihat-nasihat kepada Saya) malah ianya sia-sia diakhirat kelak.(jika awak tak amalkan apa yang awak perkatakan).
Kekadang, dalam ucapkan teks disini, perlu taip bila perlu sahaja. Tak perlu lebih-lebih ya. Bukannya apa, jangan tonjolkan kenyataan seakan-akan Allah s.w.t bodoh lagi tolol atas apa yang DIA ciptakan menerusi kata-kata awak, sekalipun ilham itu milik Allah s.w.t.
Sekadar mengingatkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuatu nasihat, bila dah dipesan, lalu mendustakan Allah s.w.t sesudah itu, maka berhati-hatilah. Allah s.w.t amat cepat hitungan-Nya urusan ini |
|
|
|
|
|
|
|
https://youtu.be/Ya9b6Cor3kk
Amanah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|