CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafizi

AT TAQWA - SYARAT, RUKUN DAN JALANNYA

[Copy link]
hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 4-4-2005 01:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 5-4-2005 08:21 AM | Show all posts


昜color=Purple] Kalau hendak menjatuhkan hukuman, hendaklah hukuman itu setimpal dengan kesalahan. Kalau kesalahan itu patut dihukum 50 darjah, janganlah sampai dihukum 100 darjah. Berpada-padalah dalam menjatuhkan hukuman. Dalam Islam salah kerana tidak menghukum adalah lebih ringan daripada tersalah hukum. Apatah lagi hukuman yang berat seperti hukuman mati dan sebagainya. Lebih-lebih lagilah kena diteliti betul-betul.


Perlu ambil tahu alamat dan tempat tinggal anak buah Ini penting untuk perhubungan apabila berlaku bencana alam dan kecemasan seperti sakit, kemalangan, kematian dan lain-lain. Mudah pula untuk kita menziarah dan mem-beri bantuan.


Keadaan rumah dan tempat tinggal mesti juga diperhatikan. Apakah selesa atau tidak. Apakah bahaya atau selamat. Apakah perlu dipindahkan atau dibantu.


Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2005 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 5-4-2005 08:21 AM:


昜color=Purple] Kalau hendak menjatuhkan hukuman, hendaklah hukuman itu setimpal dengan kesalahan. Kalau kesalahan itu patut dihukum 50 darjah, janganlah sampai dihukum 100 darjah. Berpada-p ...



kat akhir zaman ni mana nak cari pemimpin yg adil cam Umar Abd Aziz tu yer....

apasal lama tak sambung....tak sempat scan ker?... :stp:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 9-4-2005 09:14 PM | Show all posts
                           BAB 7   Ekonomi Hadhari


                       Seluruh aset, bahan mentah, sumber dan
                         tenaga yang digunakan dalam menjana
                           ekonomi itu adalah milik Allah semata-mata.
                           Hanya Tuhan telah memilih kita untuk
                        mengendalikannya untuk kebaikan sesama
                       manusia sesuai dengan peraturan dan syariat
                            yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 9-4-2005 09:25 PM | Show all posts
Ekonomi adalah keperluan manusia. Bahkan ekonomi adalah nadi kehidupan lahiriah manusia, sesebuah masyarakat dan sesebuah negara. la memenuhi tuntutan lahiriah manusia. Oleh itu, ekonomi tidak dapat dipisahkan dari kehidupan. Bahkan ekonomi adalah sebahagian dari kehidupan.


Justeru itu, ia mesti dihadharikan iaitu ia mesti dikendalikan dengan cara yang patut, adil, saksama, penuh belas ihsan dan kasih sayang. Seperti mana juga dalam keperluan-keper-luan hidup yang lain, Tuhan tidak boleh diketepikan dalam kita melaksanakan dan mengendalikan ekonomi. Kalau Tuhan diketepikan, maka natijah dan hasil dari ekonomi itu akan memakan diri manusia sendiri. la akan rosak dan merosakkan.



Disebabkan Tuhan telah diketepikan, sistem ekonomi yang diamalkan sekarang di negara kita telah diseleweng dan dirosakkan oleh berbagai-bagai fahaman ciptaan akal manusia terutama sistem kapitalis. Timbul riba, monopoli, oligopoli, kartel dan mencari untung yang berlebihan. Untung itu dijadikan matlamat. Justeru itu maka timbullah penekanan, penindasan dan ketidakadilan. Lahirlah krisis, perbalahan, kesusahan, kerosakan dan perpecahan.


Dalam Islam, berekonomi dan berniaga bukan semata-mata untuk mencari duit dan untung. Kalau duit dan untunglah matlamatnya, pasti akan ada rebutan. Krisis dan pergaduhan pasti tidak dapat dielakkan. Ekonomi dan perniagaan Islam adalah berteraskan kasih sayang.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 9-4-2005 09:26 PM | Show all posts
Dalam Islam, berekonomi dan berniaga adalah ibadah bahkan ia termasuk di dalam jihad fisabilillah. Firman Allah :

Maksudnya: "Akan ditimpa kehinaan di mana kamu berada kecuali kamu tegakkan dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. " (Ali Imran: 112)



Hubungan dengan manusia di sini termasuklah berekonomi, berniaga dan memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat dan rakyat. Ada Hadis yang mengatakan:

Maksudnya: "Orang yang berekonomi mengikut sya-riat itu jihad seperti jihad fisabilillah. "



Ekonomi yang hadhari adalah untuk mendapat taqwa. Modalnya adalah taqwa untuk menambah taqwa. Modal wang dan keuntungan itu perkara mendatang. Berbeza dengan sistem ekonomi kapitalis. Modalnya adalah wang dan matlamatnya adalah untuk mendapat lebih banyak wang.


Hasil dari ekonomi Hadhari yang berasaskan taqwa, akan lahirlah ukhuwah dan kasih sayang, kemesraan, bertolong bantu, bersopan santun, bertolak ansur, mendahulukan kepentingan orang lain dan berbagai-bagai lagi sifat-sifat yang luhur dan terpuji.


Hasil-hasil pengeluaran dari sumber-sumber yang haram seperti riba, pelacuran, judi dan dengan cara-cara lain yang tidak halal adalah tertolak. Bahkan dari sumber yang makruh pun seperti hasil tembakau disuruh hindarkan.


Ekonomi Hadhari adalah ekonomi yang berdikari. Maksud-nya, ia boleh berdiri sendiri tanpa meminta sedekah atau berhutang atau bergantung dengan pihak lain. Lebih-lebih lagi dengan musuh-musuh Islam. Bahkan sepatutnya, ekonomi yang Hadhari itu mempunyai lebihan harta dan wang yang melimpah-limpah yang boleh disalurkan ke negara umat Islam yang lain.

BERSAMBUNG


[ Last edited by hafizi on 11-4-2005 at 09:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 11-4-2005 09:44 PM | Show all posts
HAKIKAT EKONOMI HADHARI

Hakikat ekonomi Hadhari perlu difahami sepenuhnya supaya kita tidak tertipu dengan dunia. Kita mesti faham bahawa seluruh aset, bahan mentah, sumber dan tenaga yang diguna-kan dalam menjana ekonomi itu adalah milik Allah semata-mata dan bukan milik kita. Hanya Tuhan telah memilih kita untuk mengendalikan dan mengelolakan aset-aset dan sumber-sumber tersebut untuk kebaikan sesama manusia dan untuk memenuhkan keperluan dan kemaslahatan manusia sesuai dengan peraturan dan syariat yang telah ditetapkan oleh Tuhan.



Dengan kata-kata yang lain, kita berekonomi adalah se-bagai pengabdian diri kepada Allah demi untuk mendapat redha dan kasih sayang-Nya. Melalui kegiatan ekonomi, se-seorang muslim itu akan mendapat pahala di dunia dan juga pahala di Akhirat.


Pahala di dunia adalah keuntungan yang halal dan berkat hasil dari berekonomi dan pahala di Akhirat adalah ganjaran yang Allah telah sediakan baginya di Syurga. Ini dapat dalam sepotong ayat Al Quran:


Maksudnya: "Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja, maka rugilah dia kerana di sisi Allah di-sediakan pahala (balasan) dunia dan Akhirat. Dan ingat-lah, Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat." (An Nisa': 134)

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 13-4-2005 01:30 AM | Show all posts
Panjaaaaaangnya definasi Islam Hadhari ...... semua tu dari Quran Hadith ke? .... kalau selari dengan QUran Hadit OK lah .... semuanya betul.

Done with all the talking ....anyone can interprate and say what should be done .... now show me how Pak Lah and Ust Ashaari akan memperbaiki keadaan umat Islam sekarang kearah Islam mengikut kehendah Quran/Hadith. Apakah comment dan tindakan yang akan diambil terhadap suara2 lantang yang mengaku Islam tapi berlawanan arus dengan tafsiran ulamak2 terdahulu tanpa hujjah2 jelas dari Quran/Hadith.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 13-4-2005 03:26 PM | Show all posts


ASAS PENGURUSAN EKONOMI HADHARI

Pengurusan ekonomi dalam konteks Islam Hadhari bermakna roh atau spirit dari ajaran Islam itu sendiri yang mahu di-terapkan di dalam sistem ekonomi.

Menurut Islam, asas bagi tegaknya sesuatu sistem ialah manusia itu sendiri. Justeru ekonomi, asasnya juga adalah manusia bukannya wang ringgit atau hal yang lain. Ekonomi dalam Islam, asasnya bukan aset, juga bukan barangan bahkan bukan modal tetapi manpower atau tenaga manusia.



Mengapa manpower itu dianggap asas ekonomi Islam? Sebab yang hendak menggerakkan ekonomi itu adalah manusia. Manusialah yang menjadi faktor utama dalam menjana ekonomi dengan berkesan. Secara logiknya, katalah sesebuah negara itu, asetnya banyak atau bahan-bahan mentahnya banyak tetapi tenaga manusia tidak ada, bagaimana hendak diuruskan dan diproses bahan-bahan itu? Bahan-bahan mentah yang begitu banyak belum menjadi aset ekonomi selagi ianya belum diproses oleh tenaga manusia. Kalau ada tenaga manusia pun, ia ada hubungan pula dengan kepakaran. Kalau ramai rakyat (manusia) di dalam sesebuah negara itu tetapi tidak ada kepakaran, bagaimanakah emas, bijih, perak, minyak dan lain-lain bahan galian hendak dijadikan aset yang bernilai? Tidak ada ertinya juga. Negara itu kaya dengan khazanah tetapi hanya benda terpendam yang belum menjadi aset ekonomi dan kekayaan negara.


Selanjutnya, kalau pun ada tenaga manusia, yang ada kepakaran sehingga mampu memproses bahan-bahan semula-jadi yang Tuhan beri kepada sesebuah negara, untuk bangsa negara itu, hingga hasil itu dapat dijadikan kekayaan, kalau-pun berhasil, ada masalah lain pula. Mungkin nanti cara rnengagihkannya tidak betul. Kalau pun bahan mentah itu mampu dijadikan kekayaan, masih akan jadi masalah kepada negara atau kepada rakyat sebab pengagihan tidak seimbang. Maka jadilah golongan yang kaya semakin kaya manakala yang miskin semakin menderita. Khazanah atau kekayaan negara hanya dibolot oleh beberapa orang sahaja. Tuhan tidak zalim. Bahan mentah yang ada dalam sesebuah negara itu sebenar-nya cukup untuk keperluan setiap rakyat sekiranya diagihkan dengan sistem yang tepat dan mengikut cara yang Tuhan mahu. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Tidak ada sesuatu yang melata di bumi melainkan ke atas Allahlah rezekinya dan Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat menyimpannya. Segala yang tersebut itu ada di dalam Kitab yang Nyata." (Surah Hud: 6)

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 14-4-2005 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by Gapodio at 13-4-2005 01:30 AM:
Panjaaaaaangnya definasi Islam Hadhari ...... semua tu dari Quran Hadith ke? .... kalau selari dengan QUran Hadit OK lah .... semuanya betul.

Done with all the talking ....anyone can interprate  ...


Ulamak memimpin umarak...

Bila ulamak diletakkan di tempat yg sesuai di dalam kepimpinan sesebuah negara dan ulamak tersebut adalah ulamak yang pure iaitu ulamak yang merupakan pewaris nabi dan pewaris rasul maka ketikalah itu maruah islam yg berpandukan Al quran dan hadis akan cemerlang, gemilang dan terbilang...seperti contohnya di zaman umar abdul aziz ....
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 14-4-2005 04:55 PM | Show all posts

Dengan kata lain, setelah menggali bahan-bahan mentah itu lalu menjadi kekayaan, ada sistemnya lagi yang perlu di-ambil kira iaitu sistem dalaman diri manusia. Mereka yang mengendalikan kekayaan itu, bolehkah mengagihkan kekayaan tersebut secara adil kepada rakyat? Kalau ketika itu di dalam dirinya datang rasa tamak, maka kekayaan hanya terkumpul pada beberapa individu sahaja, lalu rakyat dan masyarakat akan terbiar. Negara itu dilihat kaya tetapi hanya namanya sahaja yang masyhur sebagai negara yang kaya. Lantaran tiada pengagihan yang baik, maka rakyat tetap miskin. Cara pengagihan yang tidak betul ini adalah kerana dua sebab iaitu:

1. Kerana sistemnya.
2. Sebab manusia itu sendiri.



Justeru itu dapatlah dirumuskan di sini bahawa ada empat faktor utama yang perlu diambilkira dalam asas pengurusan ekonomi sesebuah negara, iaitu:

1. Sumber manusia
2. Kepakaran dan kemahiran
3. Sistem yang diguna pakai
4. Pembinaan insan


Kejayaan mengurus ekonomi negara bergantung kepada sejauh mana sumber manusianya mampu mengendalikan sis-tem ekonomi negara tersebut dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab. Dengan kata lain, bagaimana setiap individu sama ada pemimpin, pengendali ekonomi, pelabur dan pekerja dapat menjadikan Tuhan sebagai Pemantau bagi segala gerak-gerinya.


[color=Green]Di dalam menghayati konsep Islam Hadhari dari sudut pengurusan ekonomi ini, kita tidak dapat lari dari merujuk kepada sejarah Rasulullah SAW dan Khulafa' ur Rasyidin. Apa yang kita lihat, oleh kerana bijaksananya Baginda Rasulullah SAW dan Khulafa' ur Rasyidin, sebelum memikirkan kekayaan, mereka fokuskan insaniah masyarakatnya terlebih dahulu sebab kekayaan itu ditentukan oleh insaniah. Sejauh mana mereka cinta dan takutkan Tuhan, sejauh itulah mereka mampu mengagih-agihkan kekayaan. Bukan sahaja mengagih-kan kerana kewajipan menunaikan zakat semata-mata bahkan kerana insaniah mereka begitu murni dan kerana cinta dan takut mereka kepada Tuhan maka mereka sentiasa mencari jalan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolongbantu dalam membuat dosa dan kezaliman." (Al Maidah: 2)


Memang kita akui, perkongsian pintar yang diamalkan selama ini merupakan unsur asas yang telah berjaya membina persekitaran ekonomi negara yang berdaya saing, tetapi kita juga harus yakin dengan konsep Islam Hadhari iaitu roh atau spirit dari bertolong bantu iaitu demi mendapatkan kasih sayang Tuhan akan lebih memberi kepuasan jiwa serta me-nambah nilai keberkatan dari Tuhan untuk kita. Tentulah amat berbeza bertolong bantu serta bekerjasama atas nama Tuhan dibandingkan dengan kerjasama yang menginginkan pem-balasan dan pulangan material.


BERSAMBUNG


[ Last edited by hafizi on 14-4-2005 at 05:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 14-4-2005 06:42 PM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 2005-4-14 04:50 PM:


Ulamak memimpin umarak...

Bila ulamak diletakkan di tempat yg sesuai di dalam kepimpinan sesebuah negara dan ulamak tersebut adalah ulamak yang pure iaitu ulamak yang merupakan pewaris nabi  ...


Sangat2 setuju .... lagi sekali itu cuma cakap2...

Sapa kah ulamak yang dikatakan tu .. adakah Tuan Sri Abdullah Badawi atau pun Ust Al Shaari, ataupun Sdr Astora?.

Dan apakah cara dan action yang patut kita ambil utk meletakkan ulamak ditempat yang sesuai?
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 15-4-2005 04:28 PM | Show all posts
SUMBER-SUMBER KEWANGAN NEGARA

1. Sumber taqwa



Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya dia dilepaskan dari masalah hidup dan diberi rezeki dari sumber yang tidak diduga." (At Thalaq: 2-3)

Firman-Nya lagi:
Maksudnya: "Kalau penduduk satu kampung itu beriman dan bertaqwa, kami (Allah) akan bukakan barakah dari langit dan bumi." (Al A'raf: 96)



Dengan janji-janji Tuhan yang pasti ini, maka dalam negara yang orang-orangnya majoriti bertaqwa kepada Allah, nescaya terdapat rezeki-rezeki yang Allah datangkan dengan cara-cara yang tidak disangka-sangka. Di samping itu, segala usaha akan diberkati yakni usaha yang sedikit akan mendatangkan hasil yang banyak apalagi kalau usahanya itu besar. Misalnya, tanaman-tanaman subur dan memberi hasil yang lumayan. Binatang-binatang ternak gemuk dan membiak dan menghasilkan susu dan daging yang banyak. Nelayan pulang dari laut membawa bekas yang sarat berisi hasil tangkapan. Itulah negara yang diberkati.


Ekonomi di sudut ini sudah dilupakan orang sekalipun para ulama bahkan orang akan ketawakan pula kerana dikatakan tidak logik dan tidak masuk akal. Kita harus faham, kerja Tuhan tidak perlu pada logik dan bukan hasil dari buah fikiran akal.


Untuk itu, pemerintah dan pemimpin perlu mengambil berat soal taqwa mereka dan juga taqwa rakyat jelata. Kerana taqwa adalah rahsia utama dan perkara asas bagi kejayaan ekonomi Hadhari dan negara Islam. Pencapaian taqwa mesti dijadikan dasar dalam sistem pendidikan di sekolah dan untuk orang dewasa dan rakyat jelata.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 20-4-2005 07:40 AM | Show all posts
2. Hidup secara sederhana

Pemerintah dan rakyat yang bertaqwa mesti mampu hidup secara sederhana dan merasa cukup dengan kesederhanaan itu. Taraf hidup pemerintah dan rakyat sama sahaja. Umpama anak dengan ayah yang tinggal dalam sebuah rumah, tentu tidak ada beza apa-apa. Kecuali mungkin keperluan ayah lebih sedikit dari keperluan anak-anaknya. Juga kemudahan hidup ayah lebih dari keperluan hidup anak-anaknya kerana ayah itu memerlukan kemudahan dalam mengurus dan mengendalikan tanggungjawabnya untuk kepentingan anak-anaknya. Itu sahaja bezanya.



Dalam ekonomi Hadhari, tidak ada pemerintah atau orang kaya yang hidup bermewah-mewah dan berfoya-foya. Mereka semua hidup sederhana. Lebihan harta mereka (kalau ada) adalah untuk mengisi tabung-tabung jihad dan kebajikan untuk kegunaan rakyat yang memerlukan. Kekayaan orang-orang kaya adalah untuk menampung keperluan negara dan rakyat yang susah. Bukan untuk menampuk-nampuk dan mengumpul harta untuk berfoya-foya dan membuang harta dengan sia-sia.


Had hidup sederhana yang dimaksudkan itu ialah hidup dalam keadaan cukup keperluan asas dan kemudahan-kemudahan hidup. Keperluan asas ialah tempat tinggal, makan minum yang asas, pakaian dan seumpamanya yang secara sederhana yakni tidak berlebihan dan tidak pula kurang. Kemudahan hidup pula ialah seperti kenderaan, eletrik, air paip, telefon, alat-alat dapur, perabot rumah dan lain-lain yang berguna untuk memudahkan melaksanakan tanggung-jawab dan memberi faedah kepada rakyat.



Dalam keadaan pemerintah dan rakyat hidup sederhana, maka kekayaan akan terkumpul untuk digunakan oleh negara dalam projek-projek pembangunan milik rakyat bersama. Negara dan rakyat akan jadi makmur dan maju tanpa perlu minta sedekah dan berhutang sana-sini. Hutang akan melenyapkan kemerdekaan serta menjatuhkan maruah agama, negara dan bangsa.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Alhakim This user has been deleted
Post time 20-4-2005 10:04 AM | Show all posts

betul apa yg hafizi tuliskan..

semua yg hafizi tuliskan itu betul... kerana itu semua adalah pekara yang baik dan pekara yang baik itu datangnya dari Allah... saya setuju...itulah sebenarnya yg dikatakan islam hadari... cubalah baca, fikirkan dan amalkan... semoga kita berjaya...
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 23-4-2005 06:15 PM | Show all posts
Originally posted by Alhakim at 20-4-2005 10:04 AM:
semua yg hafizi tuliskan itu betul... kerana itu semua adalah pekara yang baik dan pekara yang baik itu datangnya dari Allah... saya setuju...itulah sebenarnya yg dikatakan islam hadari... cubalah  ...


Assalamualaikum alhakim,

terimakasih.

Ia dari minda ustaz Ashaari Muhammad.

Semuga ada manafaatnya utk kita semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 23-4-2005 06:17 PM | Show all posts
3.        Tiada pembaziran

Pembaziran sangat ditentang. Menghabiskan harta kekayaan dengan sia-sia juga sangat ditentang. Ertinya dalam negara Islam yang Hadhari, tidak ada dari kalangan pemerintah atau orang kaya yang hidup bermewah-mewah, boros, berjudi, minum arak, berfoya-foya dan membazir. Mereka hidup secara sederhana.



Kelengkapan rumah atau hiasan yang haram, sia-sia, mem-bazir dan tidak berfaedah juga tidak dibenarkan oleh Islam. Pembaziran seperti ini haram hukumnya seperti yang Allah Taala firmankan:

Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang membazir, mereka itu adalah saudara syaitan. Dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya." (Al Isra': 27)


Harta kekayaan mereka yang lebih sebaiknya diinfakkan kepada negara dan agama, kepada kebaikan, kebajikan, fakir miskin dan untuk rakyat yang memerlukan.


4. Sumber zakat

Zakat, baik zakat fitrah, zakat harta, zakat perniagaan, ternakan dan tanaman adalah juga sumber kewangan negara. Perkara ini diwajibkan oleh Islam. Zakat membersihkan harta dan jiwa. Sistem zakat sangat berperanan dalam membantu lapan asnaf yang layak menerima zakat. Ini dapat meringankan beban negara di samping dapat memupuk kasih sayang dan keharmonian di kalangan masyarakat.



Zakat dikeluarkan apabila sampai haulnya setiap tahun sekali pada kadar dua setengah peratus. Apabila wang zakat ini dapat diagihkan kepada lapan asnafnya dengan betul, nescaya beban negara akan berkurangan. Kehidupan fakir miskin dapat dilegakan dan akan berlaku bermacam-macam kebaikan dalam masyarakat dan negara.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 26-4-2005 08:31 AM | Show all posts
5.        Sumbangan orang kaya


Dalam ajaran Islam, juga dalam konsep Islam Hadhari, sesiapa yang mempunyai kelebihan dari orang lain, mereka mem-punyai tanggung jawab dan kewajipan yang lebih pula kepada masyarakat dan negara. Orang kaya yang mempunyai banyak harta dan wang ringgit mempunyai lebih kewajipan dan tanggung jawab. Kewajipan itu dinamakan wajib aradhi atau wajib yang mendatang.

Wajib hukumnya bagi orang kaya menunaikan tanggung jawab dari kekayaan mereka untuk keperluan semasa yang mendatang atau yang mendesak seperti berikut:



Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 29-4-2005 10:04 AM | Show all posts

BAB 8

                             Perundangan, Keadilan dan Kehakiman                 

                             Tidak ada sesiapa pun yang berada di
                       atas undang-undang atau kebal dari undang-
                       undang. Tidak ada sesiapa yang akan terlepas
                         dari perhukuman bilamana dia bersalah dan
                         tidak ada sesiapa pun yang akan terhukum
                                     jika dia tidak bersalah.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 29-4-2005 10:08 AM | Show all posts
SISTEM MAHKAMAH

Perlaksanaan hukum Allah dalam Islam Hadhari dibuat di mahkamah oleh Majlis Keadilan dan Kehakiman Islam. Majlis ini akan menyelaraskan hukum-hukum hudud dan ta'zir supaya ia dijatuhkan kepada semua pesalah di semua mahkamah di seluruh negara.

Di dalam masyarakat Hadhari, mahkamah tidak dibezakan kepada mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Hanya ada satu bentuk mahkamah yang menjatuhkan hukum hudud dan ta'zir terhadap segala bentuk kesalahan. Kesalahan sivil dan kesalahan syariah tidak diasingkan atau dibezakan.



Mengkategorikan mahkamah kepada mahkamah majistret, mahkamah sesyen atau mahkamah tinggi tidak salah kerana hakim boleh dikelaskan mengikut kemampuan. Yang penting setiap hakim menghukum dengan hukum Allah.


Semua mahkamah dikendalikan oleh Majlis Keadilan atau Majlis Kehakiman. Majlis ini adalah badan bebas yang dilantik oleh Ulil Amri atau khalifah (pemerintah). Majlis ini tidak tunduk kepada sebarang pengaruh sekalipun kepada pemerintah. Kalau pemerintah sendiri yang bersalah, Majlis Keadilan ini akan tetap mengadilinya. Bahkan kalau salah se-orang dari ahli majlis tersebut yang bersalah, dia akan diadili oleh ahli majlis yang lain.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.085975 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list