CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: club64

Tolong : Kanser Rahim

[Copy link]
Post time 2-9-2007 10:21 AM | Show all posts
KUATKAN SEMANGAT....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kyroll75 This user has been deleted
Post time 2-9-2007 12:07 PM | Show all posts
tubuh ni kita pinjam... jadi kita wajib jaga.... carilah penyelesaian.... kaedah alternatif kan banyak.... cubalah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 10:29 PM | Show all posts
Pernah dengar tak Buah Mahkota Dewa..Buah ni tak de kat Malaysia nih..banyak terdapat di Indonesia dan mmg kat sana derang buat kapsul utk mencegah
sel2 kanser dari merebak..Ada sape2 tau tak..kalau pernah dengar saya mmg memerlukan buah nih..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 01:48 PM | Show all posts
alahai..mmg sakit ckit cte psl cancer ni
coz dl aku ade mcm ketumbuhan kt breast tau
pastu aku smpan 2 thn
takut xpyh cte la..at last wat gak
bkn cancer..
operation..tp minor operation la
tp sakit gak
airmata xpyh cte la..
skang ok.tp slalu wat check up gak..
skang aku xleh dgr bab cancer ni
coz aku phm perasaan dia.
keep on moving bleo....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 12:45 AM | Show all posts

Tiada penyakit yg tiada ubatnya!

Dengan izin-Nya semua penyakit boleh diubati..
Alhamdulillah setakat ni, dgn perubatan elektronik, byk penyakit kanser yg dah berjaya diubati..
even penyakit kencing manis yg kaki nya dah berlubang pun, boleh diubati sehingga semua sel diperbaharui..
Perubatan elektronik adalah berasaskan fitrah kejadian, dimana kita akan ambil sampel rambut dan darah, dan kita akan customized ubat berdasarkan dna itu. Ubat itu hanya khas utk anda, ianya bertindak utk pulihkan sel-sel yg dah rosak dan mati, dan re-new. Yg paling penting no drugs at all! Perubatan elektronik mempunyai hospital dan klinik yg diuruskan oleh doktor yg terlatih. Pengasasnya adalah org Islam dan org melayu kita sendiri.

Saya hanya menyalurkan maklumat, jika mahu lebih informasi, boleh pergi sendiri ke pusat perubatan elektronik



Wisma Gesundheit
10-12, Jalan 4/4C,
Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur

Phone: 03- 4105 8811 (Hunting Line)
Fax: 03- 4107 8368
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by lafea at 20-8-2007 11:21 AM
saya pun nak berkongsi kesedihan kerana abg saya juga seorang pesakit cancer hati stage 4. Penyakit nya dikesan bulan 12thn lepas dan sehingga ke hari ini hidupnya hanya di atas katil. Dah cuba b ...





Al-fatehah untuk aruah abgku yang telah pun kembali ke rahmatullah pada 5hb Okt.2007 bersamaan 23 Ramadan jam 12.05pagi jumaat.

Doaku agar rohmu sentiasa di rahmati Allah dan di tempatkan bersama orang orang yang soleh dan beriman.

Amin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2007 12:37 AM | Show all posts
takziah Lafea...sedih sangat bila baca kisah abang anda...
semoga tempatnya di kalangan org2 yg soleh..amin
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 06:39 PM | Show all posts

Reply #123 Uncle_K's post

nak hantar sampel kat mana dan berapa bayarannya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2007 07:50 PM | Show all posts

Reply #134 lafea's post

takziah Lafea
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 11:42 PM | Show all posts

UPDATED

updated on my health...pd 10 june 2008,aku kena buat ct scan lg....wahh sedehnya...masa tgh masukkan jarum dalam tgn,staf nurse x dapat nak cari salur darah...inject punya inject,dapatla jumpa urat jugak...tp sakit gila tgn sebab nurse tu x tukar jarum...benda yg x sepatutnya berlaku...lepas wat ct scan,doctor suruh datang balik 1 july, tapi aku register kolej...postponed ke 4 August nanti...takut gak nak ambik result ct scan tu...selalunya lepas result ct scan keluar,mesti berakhir dengan operation ...sebelum balik,doctor refer aku ke pakar physician...aku ada masalah lepas makan mesti sakit..doctor suspek peptic ulcer la pulak...jd, 4 august ni,aku kena wat OGDS ujian yg masuk camera dalam mulut tu...nak tgk perut...mcm2...please pray for me...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 07:08 AM | Show all posts

Reply #1 bleomycin87's post

:pompom: :pompom:bleomycin :pompom: :pompom: :pompom:

u can make it sayang!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 12:42 PM | Show all posts

Reply #138 bleomycin87's post

Adik... kak ani simpati sangat.  Kak ani nak suggest adik makan B'young.  Sorang rakan kak ani kanser rahim which dah 2 kali buat kimo...alhamdulillah sekarang kembali sihat dan masih dapat nikmati kehidupan yg sangat baik.  Kita Berusaha.... bole akak dapatkan contact no. adik.  Duduk alor setar yer...bole akak jumpe adik juga.. mana tau kak ani balik kg.  Kg hubby kat hutan kampung.... please call kak ani yer kalau ade masa....016-9090001
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 05:21 PM | Show all posts
Originally posted by bleomycin87 at 10-7-2008 11:42 PM
updated on my health...pd 10 june 2008,aku kena buat ct scan lg....wahh sedehnya...masa tgh masukkan jarum dalam tgn,staf nurse x dapat nak cari salur darah...inject punya inject,dapatla jumpa ur ...


berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul...
akak doakan adik moga selamat dan jgn patah semangat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by bleomycin87 at 10-7-2008 11:42 PM
updated on my health...pd 10 june 2008,aku kena buat ct scan lg....wahh sedehnya...masa tgh masukkan jarum dalam tgn,staf nurse x dapat nak cari salur darah...inject punya inject,dapatla jumpa ur ...

kenapa tak pegi ke forul tentng pharmacy, di sana ada perbincangan tentang usana, supp yg terbaru utk pesakit kanser dan kronik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 05:26 PM | Show all posts

Balas #138 bleomycin87\ catat

banyakkan berdoa yer..
Insyaallah..doa itu senjata org mukmin
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 11:57 AM | Show all posts
Kenangan bersama arwah ibuku....

Mac xx, 2008

Dimasukkan ke Hospital kerana masalah "appendix" dan pembedahan serta merta telah dilakukan.. setelah beberapa hari berada di hospital beliau beransur sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah

May xx, 2008

Mendapat panggilan dari pihak hospital untuk pemeriksaan kerana dari sampel appendix pihak hospital mengesan adanya "cancer seed".

Semasa pemeriksaan ibuku ditahan kerana mengalami masalah paru-paru berair.

Hasil pemeriksaan... dan melalui x-ray... ibuku disahkan menghidap kanser usus.  Dan temujanji telah dibuat untuk rawatan selanjutnya.

Jun xx, 2008

- Tarikh pembedahan diatur dan 2 org Prof Dr dari U*M & U*M telah ditugaskan untuk pembedahan tersebut.
- Pihak hospital menerangkan tentang tatacara pembedahan.
- Usus ibu ku akan dipotong sepanjang 6 inci mengikut keputusan x-ray

- Sehari sebelum pembedahan ibuku membuat MRI scan....

Jun xx, 2008 12 tgh..

Hari Pertama :-

- Ibuku di masukkan ke wad bedah..
- 2:45pm.. dipindahkan ke ICU

MasyaAllah... ibuku kritikal... tekanan darah melebihi 195 (atas) .... koma.. (memakai alat bantuan hayat)
- 5pm tekanan darah menurun ke paras 165 / 130... alhamdulillah... tapi masih tidak sedarkan diri

Hari Kedua :-

- Masih tidak sedarkan diri... koma.. (memakai alat bantuan hayat)
- tekanan darah masih tidak menentu..
- nadi tinggi
- oksigen level ok

Hari ke-tiga :-

- mula sedar (bukak mata) masih memakai mesin bantuan hayat
- melalui seorang rakan yg bertugas sebagai doktor.. sedikit maklumat diperolehi

MasyaAllah...... ibuku rupa2nya mengalami Advance Cancer.... dan telah merebak dibahagian usus...

- Usus ibuku tidak dipotong..
- pihak hospital (doktor) hanya menutup kembali tempat pembedahan tersebut

- Seluruh adik/beradik dipanggil... perbincangan dilakukan... dan kami sepakat menerima / redha dengan sebarang ketentuan Illahi....

Hari keempat :-

- X-ray dilakukan... ibuku mengalami masalah paru2 berair dan tidak dapat bernafas dengan baik...

Hari kelima :-

- diselubungi tanda tanya kerana pihak hospital belum menerangkan secara rasmi hasil dan tatacara pembedahan

Hari keenam :-

- Masih kritikal.... masih memakai mesin bantuan hayat....

Hari ketujuh :-

- Sama

Hari kelapan -

- Sama

Hari kesembilan : -

- Sama

Hari kesepuluh :-

- Doktor memanggil ahli keluarga... penjelasan diberikan... bahwa ibuku kemungkinan besar tidak dpt diselamatkan...

Hari kesebelas :-

- Masih memakai mesin bantuan hayat tetapi tiub telah dicabut dan digantikan dengan " full mask".

Hari keduabelas :-

- Nampak bertambah baik

Hari ketigabelas :-

- Dipindahkan ke wad HDW - masih memakai mesin bantuan....

(Selamat Harijadi Yang ke-60 wahai IBU ku)...

Semasa di wad HDW :-

Berbagai keranah dan dugaan dihadapi apabila berhadapan dengan kakitangan dan doktor yg bertugas... Allah sahaja yg Maha Mengetahui.. akan perasaan kami...

Rawatan alternatif diusahakan ....

Ibuku mengalami masalah penghadaman... susu yg dimasukkan melalui tiub tidak dapat diproses oleh perut beliau...

Semakin hari semakin cengkung....

Ibuku dipindahkan ke wad biasa tetapi berstatus rawatan rapi :-

Hari kedua ibuku demam... suhu badan meningkat... jururawat dipanggil pada pukul 5pg.... dan sehingga pukul 7 pg tiada sebarang ubat/rawatan diberikan...

Selepas jururawat bertukar syif... baru jururawat berikut memanggil doktor bertugas.... dan ubat diberikan.3

Hari ketiga :-

Masih lagi deman ~ doktor memberi ubat demam seperti biasa.... namun deman tidak jugak berkurangan.... aduan dibuat kepada ketua doktor utk wad tersebut... pemeriksaan dilakukan...

Aduh sakitnya hati.... doktor yang pertama memberi ubat tanpa membaca rekod pesakit dan catitan pada dibuat sebagai deman biasa...

Hari keempat :-

Ibuku semakin lemah...

Hari kelima.... jam 4:30ptg ibuku nazak... ahli keluarga semua membaca Yasiin mengelilingi katil ibuku... dan apabila masuk waktu maghrib ... ibuku kelihatan beransur baik....

Hari keenam

- Kelihatan baik... cuma lenguh-lenguh sendi...pernafasan tidak berapa elok...

Hari ketujuh (July xx, 2008) ~ 30hari selepas pembedahan...

Jam 6:20pg.... ibuku kembali ke Rahmatullah.........  


Sunyi hidup ini...... moga2 ibuku ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh....

Antara masalah yang dihadapi semasa berurusan dengan Hospital Kerajaan :-

a - Pembedahan dilakukan tanpa melihat keputusan MRI scan... kerana melalui MRI scan dapat dilihat dengan jelas kesan2 barah yg telah merebak dan juga kandungan air didalam paru2.

b- Doktor mengambil masa yg terlalu lama utk menghubungi ahli keluarga utk menceritakan status pesakit.

c- Doktor tidak profesional ~ terdapat doktor yg berbual2 sesama mereka dihadapan ibuku dengan menyatakan bahawa bilua tidak ada harapan untuk pulih... dan ini semakin melemahkan semangat ibuku...

d- Jururawat yg tidak mesra ~ bila waktu malam... kebanyakkan mereka suka melelapkan mata...

e- Jururawat / kakitangan hospital suka bercakap berkenaan prosedur tanpa merujuk kepada prosedur sebenar / pekeliling.. apabila ditanya... ianya hanyalah pesanan dari mulut ke mulut..

f- Handphone tidak dibenarkan digunakan didalam kawasan wad... tetapi doktor dan jururawat masih bebas menggunakannya...

g- doktor malas membaca rekod pesakit... dan terdapat bebarapa tarikh dan catatan diubah kerana direkod secara tidak sempurna...

h- ibuku direkodkan meninggal dunia sebagai pesakit appendix dan bukannya penghidap kanser usus / paru2 berair... sedangkan pembedahan terakhir adalah untuk merawat kanser !!

Yang telah pergi tidak akan kembali... tetapi langkah2 yg lebih baik perlu dicari agar kita tidak menjadi mangsa atas kegagalan dan kesilapan yang dilakukan...


Wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2008 03:58 PM | Show all posts

uishh

sayunya hati dgr kisah mcm ni. lain yang sakit lain yang jadi sebab..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 04:10 PM | Show all posts
ya allah...
sedih nyer baca
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 12:27 AM | Show all posts
bengong doktor ngan nurse ni.....
tak hargai nyawa org langsung......
ni la zaman skang.....
keje sebab nk duit n terpaksa,
bukan sebab nk wat amal jariah....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 10:17 AM | Show all posts

Reply #144 nice_72's post

takziah ... atas pemergian ibu tersayang awak.. simpati saya..

saya rasa elok awak tulis surat complaint kepada pengarah hospital tu kalau awak rasa kecuaian telah berlaku.. eg. kenapa MRI results tak diperolehi sebelum pembedahan.. selalunya pihak pengarah akan buat enquiry.. dan siasatan..

personally.. saya rasa MRI results selalunya kalau hosp biasa ambil masa untuk balik.. dan kalau ada tanda2 bahaya .."acute abdomen" selalunya pakar bedah tidak akan tunggu sampai report ni siap.. dia akan bedah dulu.. untuk meyelamatkan nyawa.. dan pembedahan yang dilakukan pada ketika keadaan pesakit masih tidak stabil.. mmg risiko sangat tinggi..some pesakit survive the operation to die few weeks later sebab masalah2 yang bersangkutan.. (infection etc.. sbb immune sys pada masa kritikal mmg lemah)
Selalunya sebelum sesuatu pembedahan dibuat.. doktor akan explain kenapa perlu dan mesti ambil kebenaran utk pembedahan.. kalau pesakit tidak mahu dibedah dan faham akan akibat2nya.. maka dia tidak boleh dipaksa utk. dibedah..

Saya juga mencadangkan kalau anda rasa sikap doktor dan staff nurse kurang profesional.. ambillah nama doktor tersebut dan staff tersebut dan tulislah surat complaint kpd pengarah.. ini penting utk. mempertingkatkan lagi mutu kerja.. kekadang bila terlalu penat.. dan terlalu biasa jumpa org tenat, docs jadi kurang peka dengan sensitivity pesakit..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.202329 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list