CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Wau

[Copy link]
Post time 21-1-2009 01:51 PM | Show all posts
xde dengar pon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2009 03:23 AM | Show all posts


Festival Layang-layang Antarabangsa ke-14 bermula dari 17-22 Februari yang di adakan di Pasir Gudang, Johor Bahru mendapat sambutan yang hangat dari peserta tempatan dan antarabangsa termasuk peringkat sekolah.

+ eorang kat area pasir gudang & yg sewaktu dengannya bleh aa terjah
eh eh hari ni last day sudaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 05:37 AM | Show all posts
Sekitar Festival Layang-layang Antarabangsa ke-14 (17-22 Februari), Pasir Gudang Johor





















+ credits : bernama.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 01:27 AM | Show all posts
encik kitul join gak kat pesta lelayang pasir gudang nih? ape jadik?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 01:53 PM | Show all posts
bestnya tengok layang2 nih
agaknya kan nino camana gaya ak aikkan layang2 besar ni erk
boleh ke handle sorang
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 12:17 AM | Show all posts

Reply #205 dilaOHdila's post

kalau layang2 3d senang naik sebenonyer..angin kuat sket pun dia dah 'gedik-gedik' nak terbang sendiri
kecuali yg komplicated tu kene la ade beberapa org tolong adjust2..tali sorang jek pegang kecuali yg stunter berbilang
yg 2d tu mmg kene dua org..sorang lambung, sorang handle tali


best dila...rasa mcm muda kembali jek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2009 06:11 PM | Show all posts
Aksi kanak-kanak di Festival Layang-layang
+ kosmo


Murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tinggi mengunjungi Festival Layang-layang Antarabangsa
di Taman Layang-Layang, Pasir Gudang kelmarin.



CERIA. Dalam permainan layang-layang, golongan yang paling teruja menikmati permainan tradisional tersebut ialah kanak-kanak.

Selepas merengek meminta dibelikan layang-layang, banyak kanak-kanak tersenyum bangga tatkala melihat layang-layang mereka terbang megah di udara.

Pada Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang 2009 kali ke-14 baru-baru ini, ratusan kanak-kanak daripada pelbagai tadika tidak melepaskan peluang memeriahkan festival berkenaan.

Mereka tidak mahu ketinggalan menyaksikan acara berprestij yang diadakan setahun sekali itu.


+ olorrr shomel bangat aa bebudok neh .. lelayang barbie!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 06:17 PM | Show all posts
Raja layang-layang
+kosmo

Festival Layang-layang Pasir Gudang mengumpulkan bukan calang-calang pemain. Wartawan AZIZI MAJID melaporkan hobi tersebut yang membawa mereka ke serata pelosok dunia.



BAK burung terbang bebas di awangan, begitulah juga perasaan sesiapa tatkala menerbangkan layang-layang di udara. Apatah lagi dengan pelbagai bentuk dan warna, kepuasan serta keseronokan sukar diungkap dengan kata-kata.

Mungkin sebab itulah permainan layang-layang yang dipercayai bermula sejak lebih 500 tahun lalu bukan saja dimain oleh budak kampung di Malaysia, malah turut popular di seluruh dunia.

Layang-layang ditafsirkan berbeza mengikut budaya dan masyarakat berbilang bangsa di dunia. Malah, ia dapat dilihat melalui reka bentuknya yang pelbagai.



Justeru pelbagai pertandingan dan festival dianjurkan di seluruh dunia bagi mengumpul pencinta layang-layang agar dapat bersatu di padang.

Di Malaysia, Festival Layang-layang Pasir Gudang yang dianjurkan sejak 1995 berjaya menghimpunkan Raja Layang-layang dari serata dunia. Antaranya termasuklah Peter Lynn dan Clyde Cook dari New Zealand serta Tan Xin Bio dari China.

Selain mereka, Ron Gibion dari Chile, Michael Alveres (Australia), Wolfgang Schimmelpfenning (Jerman), Agus Firano (Indonesia) dan ramai lagi tidak melepaskan peluang untuk beraksi.

Di arena tempatan, nama-nama seperti Norman @ Abd. Hamid Yahya, Mohd. Fadzil Ali, Mustafa Marzuki, Wan Muhd Naquidin Wan Muda, Mohd. Khairon M. Zin dan beberapa nama lain berjaya merangkul kejuaraan layang-layang dan wau di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Bagi Mohd. Fadzil, meskipun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) minatnya terhadap permainan layang-layang tidak pernah pudar.

Dia yang kini berkhidmat di Jabatan Agama dan Kaunseling di Bukit Aman berkata, minatnya terhadap permainan layang-layang bermula pada tahun 2003 ketika bekerja di Johor.


MOHD. Fadzil menaikkan layang-layangnya yang tertera perkataan Rakan Cop.


"Pada masa itu saya diajak oleh seorang rakan karib yang juga anggota polis yang sememangnya aktif dengan permainan layang-layang.

"Bermula dari situ saya mula meminati permainan ini secara profesional," katanya ketika ditemui.

Ujarnya, dia tidak mahu mensia-siakan minatnya itu begitu saja tanpa memberi sebarang manfaat kepada masyarakat sehingga timbul satu idea untuk membuat sesuatu melalui khidmat Rakan Cop.

"Sejak itu saya akan membuat layang-layang yang tertera nama dan maklumat tentang Rakan Cop.

"Setiap kali mengadakan program di kawasan komuniti saya akan menyerahkan layang-layang tersebut kepada orang ramai.

"Bagi saya, itu salah satu cara yang berkesan untuk menarik minat orang ramai mengenali Rakan Cop secara lebih dekat," katanya yang pernah menyertai festival dan pertandingan layang-layang di beberapa buah negara seperti Perancis, India, Kemboja, Thailand dan Indonesia.

Menurut Mohd. Fadzil, peristiwa paling manis apabila dia menjadi johan bagi kategori Dragon Kite atau Layang-layang Naga pada Festival Layang-Layang Pasir Gudang tahun lalu.

Layang-layang naganya yang mampu mengeluarkan asap di mulut berjaya mengenepikan pesaing-pesaing lain yang hanya menampilkan layang-layang naga biasa.


PASANGAN dari Jepun turut memeriahkan Pesta Layang-Layang Pasir Gudang, Johor.


Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya untuk kategori Rokkaku Challange.

Selain festival yang dianjurkan di dalam negara, Mohd. Fadzil turut menyertai beberapa festival dan pertandingan layang-layang di luar negara.

"Pada tahun 2003 saya pernah mendapat jemputan untuk membuat persembahan layang-layang di Yogyakarta, Indonesia.

"Selain itu, saya juga pernah menjadi juara salah satu kategori di sebuah pertandingan di Medan pada tahun 2007 dan naib juara di Bintulu, Sarawak tahun lalu," ceritanya lagi.

Sementara itu, bagi pelayang dari China, Tan Xin Bio, minatnya pada permainan layang-layang sudah tersemai sejak kecil lagi.

Bukan itu saja dia juga mempunyai sebuah kilang membuat layang-layang di negaranya.

Kilangnya yang terletak di sebuah kawasan dikenali sebagai Weifang itu mempunyai seramai 150 pekerja mahir bagi menghasilkan layang-layang biasa dan bersaiz gergasi.

Lebih membanggakan, pelayang terkenal dari New Zealand, Peter Lynn turut menempah layang-layang berbentuk ikan pari dari China kerana kos yang lebih murah.

Selain itu, layang-layang keluaran kilangnya turut menggunakan kain sutera yang tahan lasak dan dijual pada harga RM1,000 bagi layang-layang gergasi.

Menurut Xin Bo, meskipun pernah memenangi beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa, dia lebih suka menganggap permainan layang-layang sebagai mengisi masa lapang.

"Saya mula mengikuti festival dan pertandingan layang-layang di peringkat antarabangsa sejak tahun 2000.

"Bagi festival di Pasir Gudang saya sudah mengikutinya sejak tahun 2002 sehingga kini," katanya yang pernah menjelajah bersama layang-layang naganya ke Korea, Australia, Amerika Syarikat (AS), Perancis, India, Thailand dan beberapa negara lain.

Bagi peserta dari New Zealand, Clyde Cook, 63, dia mula menyertai festival dan pertandingan layang-layang secara profesional sejak 1994 di Singapura.

"Bermula dari situ saya dan rakan senegara, Peter Lynn menjelajah ke seluruh negara untuk menyertai setiap festival dan pertandingan layang-layang di peringkat antarabangsa.

"Bagi saya kepuasan menaikkan layang-layang gergasi ke udara lebih memuaskan hati meskipun pernah memenangi beberapa pertandingan," katanya yang bekerja sebagai pembuat kabinet dapur itu.


PELBAGAI aksi pemain layang-layang ketika menaikkan layang-layang unik mereka.


Selain itu, ujar Clyde apa yang lebih membanggakan, isteri dan dua anaknya turut mempunyai hobi yang sama.

Permainan layang-layang juga sedikit sebanyak menjadi pengikat kasih sayang dengan keluarga.

Antara jenis layang-layang gergasi yang dibawa ke Festival Layang-layang Pasir Gudang kali ini termasuklah berbentuk sotong, ikan pari, dan jerung.

Seorang lagi pelayang negara, Norman @ Abd. Hamid Yahya, 55, berkata dia tidak menyangka tugas menghantar seorang anak lelakinya untuk berlatih bermain layang-layang akhirnya menarik minatnya.

Beliau yang mula aktif bermain layang-layang secara profesional sejak tahun 1995 turut dikenali oleh pelayang lain dengan gelaran Norman Lollypop Drop.


PASUKAN Nona Manis dari China turut mencuri tumpuan di atas padang permainan.


"Ini kerana setiap kali menyertai mana-mana festival atau pertandingan layang-layang, saya pasti membuat layang-layang khas.

"Layang-layang khas tersebut diisi dengan gula-gula sebelum dinaikkan ke udara. Semasa naik, gula-gula tersebut akan jatuh. Sebaik jatuh, kebiasaannya pengunjung terutama kanak-kanak akan berebut untuk mengambilnya," katanya yang tinggal di Taman Rinting, Johor Bahru.

Menurut Norman, dia mula menyertai Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang pada 1997 dan telah memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan termasuklah kategori Rokkaku Challange tahun lalu.

Selain menjadi salah seorang tetamu khas ke festival yang dianjurkan di luar negara, dia juga pernah memenangi beberapa pertandingan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2009 09:16 PM | Show all posts

Reply #206 ninoZ's post

hehhehehe NINO
aku teringin sungguh nak main layang2 cam ni
hehehhehehhee
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 11:31 PM | Show all posts
kita tak pergi main tawun ni. sibuk sket. kita kirim orang main jee layang kita. satu kategori ajee yang menang dapat No 2. Jadi laaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2009 04:14 PM | Show all posts

Reply #210 kitul's post

yg tema hidup sihat tu untuk apa?
dah siap buat ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 07:28 AM | Show all posts
bila dah tahu tak jadi pergi, terus tak jadi buat wau ciptaan tu )
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 02:50 AM | Show all posts
Originally posted by kitul at 2-4-2007 12:08
macam i kata; orang dulu2 guna pisau tebuk lipat cenggini aje
http://www.agrussell.com/var/storage/original/image/phpSO9l3D.jpg

tapi sekarang guna cenggini plak
http://www.uvprocess.com/prod ...

lihat posting lama-lama saya untuk sediakan peralatan membuat wau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2009 12:08 PM | Show all posts
:handshake: :pompom:   yeahhhh... ada org nak ajar me n my friends buat wau....

Insya Allah nanti tempek gambar wau yg berjaya dibuat....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 12-4-2009 12:08
:handshake: :pompom:   yeahhhh... ada org nak ajar me n my friends buat wau....

Insya Allah nanti tempek gambar wau yg berjaya dibuat....


orang mana? orang mana?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 09:34 AM | Show all posts

Reply #215 kitul's post

eh encik kitul..this saturday ade pesta lelayang kat klang yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2009 04:27 PM | Show all posts

Reply #215 kitul's post

pak cik dr utara...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 18-5-2009 09:34
eh encik kitul..this saturday ade pesta lelayang kat klang yer?

ade ke?

tak tau le pulok!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 03:30 PM | Show all posts
jom main wau!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 09:22 AM | Show all posts
:handshake: :pompom:   yeahhhh... ada org nak ajar me n my friends buat wau....

Insya Allah nanti tempek gambar wau yg berjaya dibuat....
fleurzsa Post at 12-4-2009 12:08


bilanyaa yang nak tepek gambar wau yang dibuat tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.069932 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list