|
Bayar 10 sen cegah lepak di tandas
Oleh Hamirul Hairi Moh Noh
[email protected]
JOHOR BAHRU: Tindakan pihak Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent, di sini, mengenakan bayaran 10 sen kepada murid yang memasuki tandas kali ketiga pada waktu kelas, bertujuan untuk mengelakkan mereka melepak di situ.
Malah, guru besar sekolah itu, Azizah Ahamad Tan menafikan pelaksanaan bayaran itu bertujuan untuk menampung kos ubah suai tandas sekolah berkenaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Beliau berkata, pelaksanaan itu hanya sebagai program percubaan dan bersifat sementara berikutan kekerapan murid pergi ke tandas pada waktu kelas, yang didapati mengganggu tumpuan ketika pembelajaran.
揌anya kira-kira RM79 dikutip sepanjang seminggu tempoh percubaan program itu dan mustahil jumlah kutipan itu dapat digunakan untuk menampung kos ubah suai tandas seperti yang didakwa sesetengah pihak.
揚rogram itu dijalankan untuk mendisiplinkan murid supaya menghargai waktu di dalam kelas, |
|
|
|
|
|
|
|
4 beranak merempat
Oleh Mohamad Hussin dan Siti Azura Abdul Rahman
[email protected]
SENTUL: Empat beranak terpaksa merempat di kaki lima Perumahan Awam Sri Perak di Bandar Baru Sentul selepas diusir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari rumah yang disewakan di situ kerana didakwa pendatang tanpa izin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, pada 19 Mei lalu, Abdul Ghafor Mohamed, 40, sekeluarga diarahkan berpindah oleh DBKL kerana didakwa pendatang asing dan cuba menceroboh masuk ke flet berkenaan.
Dia mendakwa rumah berkenaan dimiliki ibu angkatnya Siti Fatimah @ Jaharah Daud, 60, yang kini menetap bersamanya sejak sepuluh tahun lalu.
揑bu angkat saya baru kematian suami pada Mei tahun lalu dan dia berhasrat memberikan rumah sewa ini kepada saya.
揝aya ada berjumpa dengan pegawai DBKL bagi mendapat kepastian sama ada penyewa asal boleh menukar nama rumah ini dan diminta membuat surat perakuan pertukaran nama, |
|
|
|
|
|
|
|
Kebas kad RM1,200
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
[email protected]
KUANTAN: Sepasang kekasih dipercayai rakyat Pakistan yang berpura-pura hendak membeli kad prabayar telefon bimbit bertindak melarikan berpuluh kad itu bernilai kira-kira RM1,200, tengah hari kelmarin.
Dalam kejadian di Jalan Lim Hoe Lek, di sini, pasangan berkenaan yang dikatakan kurang fasih berbahasa Melayu masuk ke kedai menjual telefon bimbit berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (I), Superintendan Nordin Mustapa, berkata pasangan berusia lingkungan 30-an kemudian meminta pekerja itu berusia 20 tahun menunjukkan kad prabayar, tetapi kemudian membatalkan niat membeli kad prabayar itu.
揧ang menghairankan, pekerja berkenaan tidak menyedari berpuluh keping kad prabayar bernilai RM1,200 dilarikan pasangan terbabit, |
|
|
|
|
|
|
|
Dikejar 5 Gajah
Oleh Rashidi Mohd Yusuf
[email protected]
LENGGONG: Beratus-ratus penoreh getah di beberapa kampung di sini, tidak berani menoreh di kebun masing-masing sejak Selasa lalu selepas seorang ibu dan anak dikejar sekumpulan lima ekor gajah di kebun mereka.
Kejadian cemas di Kampung Luat itu mengakibatkan mereka kerugian serta hilang pendapatan berikutan sebahagian besar penoreh terbabit bergantung kepada kegiatan itu sebagai pendapatan utama.
Menurut ibu berkenaan, Rodiah Idin, 50, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika dia dan anak menoreh di kebunnya kira-kira dua kilometer dari laluan Kuala Kangsar-Lenggong di sini.
揔etika sampai di kebun, saya dan anak memulakan kerja menoreh tetapi terkejut apabila terdengar tempikan gajah dan apabila menoleh kami dapati lima gajah dewasa merenung ke arah kami.
揕ebih menakutkan lagi, semua gajah terbabit tiba-tiba bergerak ke arah kami dan kami bernasib baik kerana dapat menyelamatkan diri, |
|
|
|
|
|
|
|
Taktik pandu uji
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
[email protected]
SUBANG JAYA: Seorang penjenayah licik menggunakan taktik `pandu uji |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihmu Ibu
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]
GEORGETOWN: 揔asihnya ibu membawa ke syurga, tanpa ibu dunia ini tiada makna dan saya ingin mencium ibu serta memohon maaf kepadanya, |
|
|
|
|
|
|
|
Hamba nafsu Mat Kerbau
Oleh Nazarali Saeril
[email protected]
KAJANG: Memasukkan pil khayal dalam minuman, rogol, rakam gambar dan ugut adalah empat taktik digunakan seorang bekas tentera yang dikenali sebagai `Mat Kerbau |
|
|
|
|
|
|
|
Patah jari dibelasah 5 pelajar dua hari berturut-turut
Oleh Asrol Awang
[email protected]
KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah berasrama di Rompin, patah jari kelengkeng tangan kanan dibelasah lima pelajar, termasuk seorang dari sekolah lain, pada 19 dan 20 Mei lalu.
Muhammad Alif Shahbudin, 13, dari Taman Sri Pantai, Kuala Rompin, mendakwa hanya menyedari jarinya patah ketika mendapatkan rawatan di klinik swasta di Kuala Rompin, Rabu lalu.
Dia menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam.
Muhammad Alif berkata, pada mulanya, dia menyangka jari tangan kanannya hanya terseliuh akibat dibelasah lima pelajar terbabit dua hari berturut-turut.
揝ebab itu, saya hanya meminta seorang pengawal keselamatan di sekolah mengurut jari kanan selepas kejadian kedua, 20 Mei lalu. Tetapi, saya terkejut apabila doktor mengesahkannya patah.
揝elama lima hari saya di asrama, saya belajar seperti biasa sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Rompin kelmarin (Rabu lalu), |
|
|
|
|
|
|
|
Empat Indon rompak berkaki ayam giat diburu
Oleh Masni Ros Pakir Mohamad
[email protected]
MELAKA: Sekumpulan lelaki dipercayai warga Indonesia menggunakan taktik berkaki ayam dengan mengikat kasut di pinggang kononnya boleh memukau mangsa samun di kawasan perumahan di negeri ini, kini diburu polis.
Kumpulan itu dipercayai terbabit dalam tiga kes samun dalam tempoh dua minggu lalu.
Ketika menyamun mereka sering menutup muka dengan kain dan membawa kayu beluti untuk menakutkan mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata selain membawa kayu beluti, empat penyamun itu turut membawa pemotong besi bagi memudahkan mereka memotong jeriji sebelum masuk ke dalam rumah.
Katanya, mereka yang berumur antara 25 hingga 35 tahun itu dipercayai meletakkan kenderaan jauh dari rumah mangsa sebelum berjalan kaki ayam untuk menyamun.
Dalam kejadian terbaru kelmarin, seorang ejen insurans di Parit Perawas Sungai Rambai dekat sini kerugian RM14,970 apabila barang kemas, wang tunai RM1,700, jam tangan dan telefon bimbitnya disamun.
Katanya, banglo dua tingkat mangsa dimasuki empat lelaki warga Indonesia yang menutup muka dengan kain kira-kira jam 2.30 pagi.
Selain ejen insurans berusia 25 tahun itu, banglonya turut didiami empat wanita, termasuk seorang warga emas.
Penyamun itu memaksa mereka masuk ke dalam bilik dan mengikat tiga daripada wanita itu dengan wayar pengecas bateri telefon bimbit.
Warga emas berumur 82 tahun itu tidak diikat.
Mereka kemudian menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil barangan berharga di banglo itu.
Penyamun berkenaan dipercayai masuk ke rumah berkenaan dengan mengumpil tingkap tanpa jeriji dan terus membuka pintu utama untuk memasukinya.
Ejen insurans itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Rambai pada jam 5.30 pagi sebaik berjaya melepaskan ikatan. |
|
|
|
|
|
|
|
300 penghuni gempar flet bergegar
Oleh Ahmad Saufi Mansor
[email protected]
BUKIT MERTAJAM: Kira-kira 300 penghuni Flet Taman Permata di sini, bertempiaran keluar dari kediaman selepas berlaku beberapa gegaran di dua blok empat tingkat berkenaan, semalam.
Kejadian pertama dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari diikuti gegaran lain dan kali terakhir sekitar jam 5 petang.
Berikutan itu, penduduk diarah keluar dari rumah masing-masing oleh anggota polis kira-kira jam 3 petang bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Seorang penduduk, Yusof Islam, 58, yang menghuni tingkat dua Blok A, berkata dia sedang berehat apabila tiba-tiba merasai gegaran di rumahnya selama beberapa minit kira-kira jam 12 tengah hari.
Menurutnya, kira-kira jam 3 petang kejadian sama berulang dan dia bagaikan tidak percaya melihat besi penghadang koridor turut bergegar.
揝aya mula takut lalu meminta semua penghuni keluar kerana bimbang mungkin berlaku gempa bumi di negara jiran.
揑ni kejadian kedua selepas tragedi tsunami pada Disember 2004, malah ada penduduk mendakwa mereka pening akibat gegaran terbabit.
揚enduduk mulanya tak mahu turun kerana gegaran tidak dirasai di dalam rumah tetapi apabila beberapa gegaran lain menyusul, mereka mula bimbang, |
|
|
|
|
|
|
|
Hadapi pertuduhan persetubuhan luar nikah
Oleh Zalifah Mohd Yatim
[email protected]
JOHOR BAHRU: Satu pasangan yang mendakwa bernikah di Thailand selepas si wanita mengandung anak tidak sah taraf baru-baru ini akan didakwa Jabatan Agama Johor (JAJ) kerana melakukan persetubuhan luar nikah.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Yosree Ikhsan, berkata pasangan itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 (1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
Katanya, mengikut seksyen itu, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau sebatan enam kali atau ketiga-tiganya.
揔ini, siasatan kes itu sudah selesai dan ia dirujuk kepada Ketua Pendakwa Syarie untuk tindakan selanjutnya.
揚asangan itu dikenakan bon jaminan percaya dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan Ketua Pendakwa Syarie untuk membawa kes itu untuk dibicarakan, |
|
|
|
|
|
|
|
23 ditahan bersama anggota ATM
Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
KUALA LUMPUR: Tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara 23 pengunjung yang ditahan polis kerana disyaki mengambil dadah dalam serbuan di dua disko di ibu kota, awal pagi semalam.
Tiga anggota terbabit yang dipercayai mengambil ganja ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dalam serbuan serentak di disko di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Doraisamy, kira-kira jam 2 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Othman Harun, berkata operasi membabitkan 45 anggota polis itu ditumpu di dua disko terkenal itu selepas mendapat maklumat pusat hiburan terbabit menjadi tumpuan penagih mendapatkan bekalan dadah sambil berhibur.
Katanya, dalam serbuan pertama di disko di Jalan Sultan Ismail, polis menahan lebih 200 pengunjung sebelum mengarahkan semua mereka menjalani ujian air kencing.
揌asil ujian itu, 10 pengunjung didapati positif dadah, termasuk tiga anggota ATM.
揃agaimanapun, tiga anggota ATM berusia sekitar 30-an itu memberi kerjasama kepada polis, |
|
|
|
|
|
|
|
Selina cari ayah atasi masalah tiada penjaga
JOHOR BAHRU: Masa depan seorang kanak-kanak perempuan terumbang-ambing kerana kemungkinan hilang tempat bergantung berikutan ibunya yang menghidap penyakit kronik semakin tenat.
Selina Abdullah@ Gina Peh, 10, kini ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas pelbagai usaha mengesan bapanya gagal.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim, berkata JKM mengharapkan kehadiran bapa kandung kanak-kanak itu untuk menyelesaikan beberapa kekeliruan yang timbul.
Katanya, Selina membesar di bawah jagaan ibunya, Sofia Ngoh@ Ngoh Fey Min, 29, selepas wanita itu berpisah dengan bapanya yang dikenali sebagai Pen Hanry, dipercayai warga Singapura.
揂nak tunggal dalam keluarga itu dikatakan pernah menetap di Sarawak beberapa tahun sebelum berpindah ke Kluang (tempat asal Sofia) dan akhirnya tinggal di daerah Johor Bahru bersama ibu dan bapa tirinya.
揃agaimanapun, ibunya disahkan menghidap penyakit kronik dan peluang untuk pulih sangat tipis. JKM bersedia membela kanak-kanak itu jika ibunya ditakdirkan meninggal dunia, namun pelbagai prosedur perlu dipenuhi dan kehadiran bapanya penting bagi menyelesaikannya, |
|
|
|
|
|
|
|
Penganjur konsert punk menangis
Oleh NAZARALI SAERIL
SUBANG JAYA: Seorang penganjur konsert punk yang mengumpul kira-kira 1,000 peminat muzik itu, termasuk dari luar negara, menangis selepas persembahan dirancang di sebuah hotel lima bintang di Subang Jaya, petang semalam, dibatalkan pihak berkuasa.
Penganjur berusia lingkungan 30-an itu yang mengeluarkan modal kira-kira RM30,000 sebagai bayaran kepada kumpulan pemuzik punk dari United Kingdom terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa membatal konsert itu berikutan tidak mempunyai permit.
Lelaki terbabit sebelum itu dilihat merayu hampir tiga jam kepada pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) supaya membenarkan persembahan dianjurkannya diteruskan.
Difahamkan setiap pengunjung konsert 慻ig |
|
|
|
|
|
|
|
Dua kali terbakar
ALOR STAR: Seorang kontraktor terkejut apabila rumahnya sekali lagi terbakar selepas kali pertama mengalaminya empat tahun lalu.
揚ada 2002, rumah saya di Kampung Seberang Terus, Mergong terbakar, lalu saya berpindah ke sini. Kini kejadian sama berulang, |
|
|
|
|
|
|
|
200 warga emas rugi RM50,000
Oleh MARY VICTORIA DASS
JOHOR BAHRU: Seramai 200 penghuni di Rumah Pangsa Sri Indah, Tampoi, di sini kerugian lebih RM50,000 apabila sebahagian peralatan elektrik di rumah mereka rosak akibat berlaku gangguan voltan tinggi elektrik, kira-kira jam 7 pagi kelmarin.
Penduduk yang tinggal di tiga blok itu mula merasakan gangguan elektrik di kediaman masing-masing kira-kira jam 5 pagi dan pada mulanya tidak menjangka ia mengakibatkan kerosakan peralatan elektrik di rumah mereka.
Seorang warga emas kurang upaya, Sayun Kechik, 75, berkata dia dan isterinya hanya bergantung kepada cahaya lilin sepanjang malam kelmarin sehingga awal pagi semalam apabila suis utama elektrik di kediaman mereka rosak dalam kejadian itu.
揔ami terputus bekalan hampir 30 jam sehingga jam 10 pagi ini (semalam) dan terpaksa mendapatkan bantuan ahli keluarga bagi membaiki suis utama di rumah kami. Kami juga risau jika kejadian seperti ini berulang lagi, |
|
|
|
|
|
|
|
Anak yatim terima layanan VIP
Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
KUALA LUMPUR: Seramai 49 anak yatim dari Yayasan Anak-Anak Yatim Malaysia amat teruja apabila diberi sambutan seperti VIP ketika dibawa melawat Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2006, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
Semua anak yatim terbabit yang diraikan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) juga disambut dengan memotong kek sempena meraikan kedatangan mereka dan diberi peluang menaiki kenderaan mewah.
Kakitangan SMA turut membawa mereka mengelilingi dewan pameran dan diberi penerangan mengenai setiap model kereta yang dipamerkan.
Ketua Pegawai Eksekutif SMA, Bastamam Hamzah, berkata ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat terhadap masyarakat yang kurang bernasib baik.
揔ami mahu mereka memanfaatkan peluang untuk melihat model kereta terbaru. Ia pengalaman manis bagi mereka, |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita derita selepas samun
Oleh ROSLIZA MOHAMED
KOTA BHARU: Seorang wanita mengalami pendarahan teruk pada kemaluannya akibat ditusuk dengan besi pembuka tayar kereta, kayu dan buluh oleh dua lelaki di Kampung Batu 6, Jalan Jedok di Tanah Merah, Khamis lalu.
Berikutan itu Salina Abdullah, 37, tidak sedarkan diri, selain kerugian apabila rantai emas baru dibelinya bernilai kira-kira RM2,000 disamun dua lelaki berkenaan.
Sebelum kejadian, mangsa didatangi dua lelaki yang berpura-pura membaiki motosikal mereka di bengkel milik suami mangsa. Bagaimanapun, menyedari suami mangsa tiada di bengkel terbabit ketika itu, mereka terus bertindak kejam.
揝aya sudah beritahu lelaki itu jangan buat begini (sentuh badan) kerana sudah bersuami, sebelum dia naik berang lalu memukul kepala dan menumbuk dada beberapa kali.
揗alah, kemaluan saya turut dicederakan dengan menggunakan sesuatu, menyebabkan saya tak sedarkan diri, |
|
|
|
|
|
|
|
Gunung Merapi makin aktif
YOGYAKARTA: Selepas dilanda gempa bumi pagi semalam, penduduk pulau ini dibelenggu satu lagi kebimbangan apabila Gunung Merapi disahkan bertambah aktif.
Bandar ini yang terletak di Jawa diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sejak beberapa minggu lalu berikutan Gunung Merapi dikesan aktif, tetapi keadaan gunung berapi itu tidak seburuk, semalam. Yogyakarta terletak kira-kira 25 kilometer (km) di utara Lautan Hindi dan 440 km ke timur Jakarta.
Seorang pakar gunung berapi berkata, gempa bumi yang berlaku semalam bukan disebabkan oleh gunung berapi berkenaan, tetapi Merapi didapati semakin aktif selepas bencana alam yang mengorbankan ribuan nyawa itu.
揝elepas gempa bumi pagi tadi (semalam) kita mengesan lebih banyak asap keluar dari puncak Gunung Merapi, |
|
|
|
|
|
|
|
Igauan tsunami
Gempa bumi 6.2 richter landa Yogyakarta
YOGYAKARTA: 揝aya terjaga apabila katil bergoncang dengan kuat. Perabot kemudian jatuh dan keadaan sungguh menakutkan apabila konkrit mula runtuh, menyebabkan semua orang bertempiaran lari menyelamatkan diri masing- masing dengan hanya berpakaian tidur.
揔etika itu saya mendengar jeritan orang ramai dan tangisan kanak-kanak. Gegaran yang berlaku cukup kuat dan berdasarkan penduduk tempatan, ia yang terkuat pernah mereka rasai, |
|
|
|
|
|
|
| |
|