|
Tanaman-tanaman yang memberi manafaat pada kita
[Copy link]
|
|
Salam....
Sedikit info tentang pokok cekur.... mungkin ada yg dah tau dan mungkin ada yg tak pernah dengar pun...
Kalau cari kat pasar biasa memang tak ada, pasar malam pun belum tentu, pasar tani mungkin ada...
Saya tanam sendiri kat rumah dan tanaman ni tak perlukan ruang yg besar pun...
Nama saintifik: Kaempferia galanga Linn
Famili: Zingiberaceae
BOTANI TANAMAN
Pokok: Cekur ialah sejenis herba yang renek yang tumbuh melebar di atas tanah.
Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan tumbuh padat. Daun licin dan berbentuk bujur-tirus. Hujung daun agak runcing. Daun berukuran lebih kurang 16 cm panjang dan 8 cm lebar.
Daun atasan membesar sempurna sementara daun bawahan tinggal sebagai scales. Daun mempunyai sedikit aroma.
Batang: Cekur tidak mempunyai batang.
Bunga: Bunga berwarna putih-ungu tumbuh secara sendirian di tengah-tengah pokok.
Akar/rizom: Rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning-oren. Ubi akar yang
keluar dari rizom adalah panjang, berisi, beraroma dan tidak bercabang.
BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: rizom
PENUAIAN HASIL
Kematangan: 6 bulan
Cara mengutip hasil: Rizom dituai secara manual apabila daun-daun mula kering.
KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL
- Kentut berlebihan: Rizom disapukan pada perut
- Bahan perisa: Rizom dimasak bersama nasi untuk menambah rasa
- Tonik: Air rebusan rizom diminum
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #196 Syd's post
sengkuang cina ni bagi baby sblm baby tu warded..
mase nurse dtg rumah cek baby+mama, die akan ckp baby kuning sket ke etc.
lepas tu trus cari sengkuang cina, kisar dan amik jusnye, suapkan pd baby sikit2, pg+ptg kalu x silap..
insyaallah.. anakbuah saya sume guna sengkuang cina.. cume haseeb mase jaundice, carik sengkuang cina x dpt2.. last2 dok spital 2minggu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pokok Setawa
kegunaan:
Dalam perubatan tradisional melayu setawar digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas. Daunnya yang tebal itu diramas dan dipatahkan dalam air dan air digunakan untuk menjarang atau membasahkan kepala pesakit.Namun ramai yang tidak sedar akan khasiat lain tumbuhan ini. Ia terbukti secara saintifik dapat membantu mencegah kanser.Selain itu ia juga mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit.daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut.Untuk mengubat cirit birit pula dua atau tiga helai daunnya dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air , jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali.Untuk kembung perut pula, 2 helai daunnya dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #201 fidajeff's post
ada terbaca gak.
cekur merah.
daun nye tak la merah betul
tapi kemerah-merahan gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Kandungan kimia dalam kecubung ialah:hiosin,oksalik,lemak dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid.Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.
***Amaran:Semua bahagian tumbuhan ini beracun.Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak.Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.
kegunaan:
Kecubung biasa digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti asma, rheumatik,sakit pinggang dan bisul. Untuk asma,10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. Kaedah ini juga dikatankan dapat merawat resdung.Untuk rheumatik pula daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas.Untuk sakit pinggang dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian yang sakit.
wikipedia;
Kegunaan perubatan
Pokok Kecubung ialah salah satu daripada 50 herba asas yang digunakan dalam herbologi Cina dan dipanggil mereka sebagai yáng jīn huā (洋金花).
Kecubung adalah beracun jika dimakan pada jumlah yang besar. Gejala-gelajanya termasuk kulit yang merah, sakit kepala, halusinasi, dan mungkin konvulsi (iaitu menggigil-gigil dan terkejang-kejang) serta juga keadaan koma. Unsur-unsur toksiknya yang utama ialah alkaloid-alkaloid tropana.
Kandungan kimia dalam kecubung ialah: hiosin, oksalik, lemak, dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid beladona. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #199 Syd's post
Buat mandi untuk mengelakkan kuning. Kalau dah ada kuning sikit pun, lagi digalakkan. Pokok ygtelah direbus boleh direbus beberapa kali sehingga warna rebusan jadi jernih..(ini kes kalau pokok dokong anak ni terhad...kalau ada byk, lepas rebus buang jer, nak mandi lagi rebus yg baru...) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #206 alifinara's post
ohhh mcm tu ye?
kena take note nih.
/- Syd tgh belajar urut orang bersalin, mandi baby bla bla bla. mak bidan, dan nak menuntut ilmu ngan dia. ada badik lain, lom tunjuk minat apa pun |
|
|
|
|
|
|
|
Pokok dukung anak
Pokok dukung anak adalah sejenis herba yang mempunyai khasiat yang tinggi kepada kesihatan dan dalam penjagaan tubuh seseorang. Dhyllanthus niruni merupakan nama botanikal kepada pokok dukung anak. Tumbuhan ini dikenali sebagai dukung anak oleh orang Melayu. Malahan, tumbuhan ini mudah dikenali kerana mempunyai buah pada batang di bawah daun.
Tumbuhan ini mudah didapati, khususnya di kawasan sekeliling rumah dan terbiar. ia juga tumbuh bersama semak samun.
Khasiat utama pokok dukung anak adalah merawat penyakit Hepatitis B kerana ia boleh membersihkan darah dalam badan.Mengambil lima batang pokok dukung anak dan tumbuknya sampai hancur atau lumat. Masukan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #207 Syd's post
Wah, bestnya belajar ngurut org bersalin.....
Tukang urut kegemaran saya dah berumur, risau saya kalau dia meninggal saya nak pi urut dengan siapa lagi sbb dgn makcik tu memang best, tak sakit pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama Tempatan: Lempoyang
Nama Saintifik: Zingiber zerumbet
Nama Lain: Zingeber zerumbet,pinecone ginger,shampoo ginger, Awapuhi kuahiwi (Hawaii)
Famili: Zingiberaceae
Lempoyang
Lempoyang biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ianya dari jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah. Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun
Kegunaan
Antara kegunaan lempoyang ialah untuk membersihkan kulit muka/mencantikkan kulit, menambah selera makan dan juga biasa digunakan untuk mengubat disentri. Isi lempoyang sepanjang ruas ibu jari dibersihkan dan diparut, ianya kemudianya direbus bersama air, ditapis dan diminum airnya.
Airnya boleh juga dicampur gula batu atau madu.
p/s Kalau ada anak kecil yg kurang selera makan, boleh juga bagi minum air lempoyang ni, InsyaAllah selera makannya akan bertambah...saya dah cuba kat anak saya...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #209 alifinara's post
rasanya untung gak
jadik tukang urut
heheheh
sekali urut pun
boleh dapat banyak
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #208 pakupayung21's post
memang banyak benda nih
dalam semak belakang umah
heheheh tapi tak tahu nama apa
masa kekecik
buat sayur main masak2
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #212 Syd's post
actually pokok ni byk kegunaan nyeh..selalo pokok yg semak2 kat tepi jalan tue la yg byk khasiat yg bole wat ubat..cuma kite jek yg xtaw..
dukung anak ni bole wat ubat sakit perut....sbb dulu arwah ayah pp kena santau,sakit perut sbb santau kan dia akan attack kat mana kelemahan kita..mcm arwah ayah dia ada gastrik..bila kitaorg g jumpa haron din, dia duh la cr pokok dukung anak ni..tu yg bole taw nama nye tu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #213 pakupayung21's post
tu lahhh
yang tahu benda2 ni mak
tapi kami mmg tak penah nak amek tahu pun
sbb blom ada lagi yang relate ngan idup
cuma tahu sikit2 je, mak guna tuk orang keguguran ke, baby baru lahir ke
skit2 laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
bunga butang..
Kegunaan
Asma, batuk berdarah, batuk lama, kanak-kanak demam disebabkan radang hati,sakit perut, bronkitis, sakit kepala, melawaskan buang air kecil, masalah keputihan.
Air panas yang mendidih dan dicampurkan dengan kuntuman bunga putih baik untuk
merangsangkan peluh, membantu penghadaman, membuang angin dan merawat rasa pedih ketika membuang air kecil.
Ia juga dapat membantu masalah yang berkaitan dengan bronkitis dan batuk.
Air campuran bunga dapat menghilangkan hingus dan kahak.
Daunnya jika direndam di dalam air mendidih dapat merawat demam, diabetes dan juga tekanan darah tinggi.
Sekiranya mengalami masalah kulit yang berbintik merah akibat demam, tumbuk daunnya sehingga lumat dan tampal pada kulit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alamanda..
Pokok bunga loceng sering ditanam sebagai pagar kebun atau ditaman di sudut-sudut taman sebagai latar belakang kepada lain-lain renek dan bunga-bungaan yang lebih rendah.
Nama saintifiknya Allamanda cathartica L. Di setengah tempat ia dipanggil bunga corong kerana bentuknya seperti corong.
Bunga berwarna kuning mempunyai lima kelopak yang panjang mencorong dari tangkainya. Dengan penampilannya yang terbit di setiap hujung dahan menjadikan bunga ini amat menunjul menyerlahkan warnanya pada cahaya matahari.
Namun disebalik kecantikannya, daun dan batangnmya mempumnyai getah yang beracun. Masyarakat tradisi menggunakan daun yang telah dilumatkan untuk mengubati kudis, gatal-gatal dan kurap.
Getah bunga corong jika dititiskan pada bekas-bekas kecil yang berair seperti piring alas pasu bunga dan lain-lain bekas bunga yang berair boleh mematikan jentik-jentik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pokok ni banyak tumbuh dalam pasu bunga.
Dulu selalu buang. Tapi baru-baru ni ada terbaca dalam satu artikel katanya pokok ni ialah ginseng tanah. Boleh mengubab kanser.
Jadi simpan dalam satu pasu. Dia ni tumbuh sendiri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #218 haniman's post
Wah,untungnya dia hidup sendiri...kena jaga baik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #216 pakupayung21's post
ni pokok bunga kan..
orang dok tanam
kat kampung, tepi umah banyak tul arwah nenek tanam
tapi laa nih...dah pupus semua
|
|
|
|
|
|
|
| |
|