|
Originally posted by Browneyes at 3-2-2007 08:16 AM
aries.. ian... v....
BLOG WARTAWAN
HORMATILAH RUANG PERIBADI ORANG
Oleh
Hanim Mohd Saleh
GAMBAR-GAMBAR artis yang dirakam untuk album peribadi sudah sering kali dicerobohi dan di ...
ala....Reporters ni semua as if dorang ni smua baik ke?
ngan cerita2 sensasi luar dalam celebrities la dorang carik makan lariskan apa media dorang jual |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NBI86 at 3-2-2007 11:17 PM
credit to vm....

spore pun ada gini, ada kes apek tu tipu agen, bawak keluar vietnam girl tu seminggu, then kasi balik...
apek eksyen kaya, padahal takde duit
then the girl tu abis dah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blackmore at 4-2-2007 12:15 AM
...aku dah banyak kali ketemu ngan lelaki melayu yang berkawin ngan pompan2 dari vietnam...china...pilipin dan even burmese...
...so far ek...cuma sorang jer mamat melayu dan isterinya yang d ...
u got see the prc eat bak ke black?
nama dia tukar islam or what? kawin sivil kot |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 5-2-2007 09:44 AM
MAN LIES DEAD IN HOUSE FOR A WEEK MUM AND BROTHER CARRY ON AS USUAL INSIDE SAME HOUSE
FOR almost a week, a man lay dead, face up on the floor in front of the toilet in his home, while his ...
sedeh nye, anak meninggal dah seminggu, mak fikiran terganggu tak buat apa2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 6-2-2007 07:25 AM
Mudah cetak | E-melMAHU KES CABUL AMAH DIBICARA Oleh
Khalid Khamis
SEORANG Staf Sarjan polis, Muhammad Idris Basiran, 46 tahun, yang dituduh mencabul amahnya mahu kesnya dibicara.
Perbi ...
seramnye aku................
ada maid lelaki tak? butler? hah gitu lagi bagus....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 6-2-2007 11:40
u got see the prc eat bak ke black?
nama dia tukar islam or what? kawin sivil kot ...bukan setakat got to see jer dia makan bak tu...aku siap ingatkan laki dia yang diet bini dia containing bak...but hubby dia selamba jer cakap..."yeah...we noe"...
...so...bila dah dia cakap gitu...aku takmo amik pusing lagik lerr dia kawin sivil ke atau kawin ikut cara islam...cos ngan perbuatan dia tu...tak de gaya pon macam orang islam....
...eerrr...she retained her maiden name... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 6-2-2007 11:43 AM
seramnye aku................
ada maid lelaki tak? butler? hah gitu lagi bagus.......
tak pasal2 pulak nanti bini atau anak2 tuan rumah buat laporan kena moles |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 7 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
DIJEL KERANA MENCURI DI MASJID Oleh
Khalid Khamis
BIASANYA orang ke masjid untuk menunaikan solat, tetapi Rohizan Osman ke sana untuk mencuri.
Akibat perbuatan mencuri telefon bimbit dan dompet dua jemaah kelmarin, Rohizan terpaksa meringkuk tujuh bulan dalam penjara.
Rohizan, 34 tahun, mengaku bersalah atas dua tuduhan mencuri itu di hadapan Hakim Daerah Liew Thiam Leng di Mahkamah Rendah semalam.
Mahkamah diberitahu Rohizan mengunjungi Masjid Angullia di Serangoon Road dengan niat mencuri.
Mangsa pertamanya ialah Encik Mohamed Aziz Ghulam Mohd, 48 tahun.
Encik Mohamed Aziz meletakkan dompet dan telefon bimbitnya dekat sisinya sekitar 8.30 malam.
Tetapi dengan secara senyap, Rohizan mengambil dompet dan telefon itu sebelum meletakkannya dalam sakunya lalu beredar.
Dompet tersebut mengandungi wang tunai $200, kad-kad ATM dan barangan peribadi bernilai sekitar $710.
Semasa berada di luar pekarangan masjid sekitar 10 minit kemudian, Rohizan mencuri pula telefon bimbit jenis Sony Ericsson bernilai $350 yang diletakkan di atas sebuah motosikal.
Dia melakukan perbuatan tersebut tanpa menyedari bahawa pemiliknya, Encik Kamaron Ahmad, 56 tahun, sedang berada hanya sekitar satu meter daripada kenderaannya.
Melihat akan perbuatan Rohizan itu, Encik Kamaron terus menangkapnya. Apabila diperiksa, telefon bimbit dan dompet yang dicuri daripada Encik Mohamed Aziz turut ditemui.
Semasa di mahkamah, Rohizan kelihatan letih tetapi bersahaja. Dia merayu supaya hakim memberinya hukuman ringan.
'Saya menyara hidup ibu bapa saya. Saya merayu dijatuhi hukuman ringan,' katanya.
Sebelum ini, Rohizan pernah didenda kerana mencuri dan dipenjara kerana mengambil dadah sejak sekitar 1990.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 7 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
CEMAS KEGUGURAN TIBA-TIBA Oleh
Soraya Salim
APABILA perut Cik Aisha Jantan terasa amat sakit Rabu lalu, beliau tidak begitu mengendahkannya. Namun, beberapa minit kemudian beliau terkejut besar apabila melihat seluarnya kuyup dibasahi darah.
Cik Aisha, 37 tahun, yang ketika itu sedang menunggu anak keduanya selesai sekolah di Jurong West Street 91, terus berasa cemas apabila menyedari beliau sedang mengalami keguguran.
'Seorang kanak-kanak di sebelah saya tiba-tiba terpekik 'eeee apa itu?'. Saya juga berasa ada cecair mengalir di seluar saya.
'Apabila saya toleh ke bawah, saya nampak seluar saya kuyup dengan darah. Saya terus panik dan perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah kandungan saya gugur,' katanya menyingkap kejadian itu.
Ketika itu, Cik Aisha belum mendapatkan kepastian doktor tentang kehamilannya, tetapi beliau pasti sedang mengandung kerana telah mengalami petanda seperti rasa loya, pening dan lemah badan.
Semasa kejadian itu mujur ada sekumpulan lima ibu yang juga sedang menunggu anak-anak mereka di luar Sekolah Rendah Xingnan dan mereka segera membantu Cik Aisha.
Seorang daripada mereka bahkan lari ke rumahnya untuk mengambil pakaian salinan sementara yang lain menguruskan Cik Aisha dan anaknya, Mohd Mas Rafiq, lapan tahun.
Cik Aisha kemudian bergegas ke Hospital Universiti Nasional (NUH) bersama suaminya, Encik Mohamad Masre Saroni, 40 tahun, dan doktor mengesahkan keguguran kandungan berusia dua bulan itu disebabkan rahim yang lemah.
'Saya amat sedih kerana saya dan suami telah cuba selama lapan tahun untuk mendapatkan anak ketiga. Kedua-dua anak saya juga hendak seorang adik.
'Malah, ini bukan tragedi pertama untuk kami. Anak pertama saya lahir mati setelah tali pusat terlilit di lehernya,' katanya, yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia 14 tahun.
Bagi membolehkan Cik Aisha berehat di rumah, kumpulan ibu tadi bergilir-gilir membantu menghantar dan mengambil anaknya dari sekolah setiap hari, di samping membelikan sarapan dan memasakkan untuknya.
'Mereka juga sanggup belikan saya jamu, pati ayam dan makanan kesihatan lain kerana ingin saya cepat pulih. Syukur saya bertemu insan berhati baik seperti mereka. Jasa mereka amat saya hargai,' katanya.
Seorang daripada mereka Cik Rujiah Rosbi, 45 tahun, yang menghantar dan mengambil anak Cik Aisha dari sekolah, berkata beliau menghulurkan bantuan dengan ikhlas.
'Saya kasihan melihat dia begitu lemah selepas kandungannya gugur. Saya nasihatkan dia supaya rehat, biar saya bantu masakkan untuknya.
'Lagipun, apabila saya bekerja sambilan Aisha bantu saya mengambil anak saya dari sekolah juga. Kini giliran saya pula membantunya,' katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Luar Negara : 7 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
BOMOH DIHUKUM 18 TAHUN PENJARA KERANA ROGOL PELAJAR
MUAR: Seorang bomoh yang dikenali sebagai 'Ustaz Zul' akhirnya terpaksa meringkuk dalam penjara selama 18 tahun selain dikenakan 14 sebatan selepas Mahkamah Tinggi di sini mendapati dia bersalah merogol seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).
'Ustaz' Zul atau nama sebenarnya Zulkifly Mustafa, 44 tahun, didakwa merogol pelajar berusia 22 tahun itu di Gunung Ledang Resort, Tangkak, pada 2 Februari 2006.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz memerintahkan hukuman dijalankan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 7 Februari tahun lalu.
Awal daripada itu, Zulkifly dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan dia mempunyai tanggungan isteri dan lapan anak serta kes itu kesalahan pertamanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwaraya, Encik Mohd Ashrof Adrin Kamarul, mengemukakan hujah bahawa mahkamah perlu menjatuhkan hukuman berat kerana kesalahan tertuduh adalah serius dan tidak menunjukkan rasa bersalah terhadap kesalahan yang dilakukannya.
Siswi IPTA itu dikatakan dibawa ibunya sendiri untuk bertemu tertuduh di Tanjung Agas di sini, pada 2 Februari tahun lalu.
Dalam pertemuan itu, ibu mangsa menyatakan hasratnya kepada lelaki berkenaan supaya membantu anaknya supaya terang hati dalam menghadapi pelajarannya.
Dia kemudian bersetuju untuk membantu dan meminta wanita berkenaan meninggalkan anak gadisnya sambil menyuruhnya pulang. Bagaimanapun, lelaki itu membawa mangsa ke resort itu dengan alasan untuk rawatan sebelum merogolnya. - BHM, Harian Metro.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #206 blackmore's post
ye la, tapi agama tak bleh lupa ek...
sedih lak dengar..
anyway, bagus ko at least ko tegur dia pasal menu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #208 iansuryani's post
ha ah mamat ni, nak mampos pegi curik barang2 jemaah kat mesjid...
aku penah kena kebas barang kat mesjid, siap beg aku kena buang dalam toilet lagik, siot, celaka betul sapa punye keja! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #210 iansuryani's post
ustaz zul??
nak mampos pakai agama...
pakai la nama Pedo Zul ke hapa ke, baru sajak. |
|
|
|
|
|
|
|

Singapura : 8 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
HARAPKAN KERETA, KERETA MAKAN HATI Oleh
Nazri Hadi Saparin
BELIAU membuat keputusan membeli kereta yang lebih besar dan gah kerana berhasrat mengembangkan perniagaan kenderaan sewanya.
Namun, sejak membeli kereta terpakai jenis BMW 318, hidup pasangan Encik A. Zaini Abu Bakar dan Cik Nurrul Izzah Abdullah bertukar menjadi mimpi buruk.
Mereka dan syarikat kereta, Worldmotor Enterprise, kini terbabit dalam pergelutan guaman setelah kedua-dua pihak mempertikaikan harga kereta itu.
Segalanya bermula Jun tahun lalu, apabila Encik Zaini dan Cik Nurrul menggantikan kereta BMW 316 kepada BMW 318 di syarikat tersebut.
Pasangan itu baru membuka syarikat pembekal khidmat andaman dan sewa kereta khusus untuk pengantin dua bulan sebelumnya dan ingin memasarkan kereta BMW lebih besar itu sebagai antara tarikan khidmat mereka.
Cik Nurrul, 30 tahun, berkelayakan profesional dalam bidang andaman pengantin.
'Sejak kami mula berniaga, perniagaan kami alhamdulillah. Banyak tempahan kami terima. Jadi kami fikir nak tukar kereta yang lebih besar untuk disewakan. Tapi kini kami menyesal,' kata Encik Zaini. Kereta itu didaftar di bawah nama isterinya.
Sambil menunjukkan dokumen persetujuan antara isterinya dengan syarikat itu, Encik Zaini, 34 tahun, berkata harga yang dipersetujui ialah sekitar $26,800 bagi kereta model 1991 itu.
Worldmotor Enterprise pula bersetuju membeli kereta lamanya, BMW model 1992, dengan harga sekitar $17,000.
Setelah melunaskan pinjaman bagi kereta itu, nilai kereta itu sekitar $7,200 dan syarikat tersebut berjanji akan menolak jumlah itu daripada harga kereta BMW 318 yang dibeli pasangan tersebut.
Menurut pasangan itu, persetujuan tersebut tercatat dalam dokumen perjanjian yang diserahkan kepada mereka.
Segala urusan kewangan berhubung jual beli kereta itu diuruskan World Leasing, sebuah syarikat kewangan dalaman Worldmotor Enterprise.
Berdasarkan perjanjian itu, Cik Nurrul menandatangani sekeping dokumen pinjaman kosong yang disediakan syarikat tersebut.
Apabila ia diserahkan semula keesokan harinya, pasangan yang tiada anak itu terkejut kerana harga kereta tercatat sebagai $34,895.
'Kami terperanjat. Dari ditolak $7,000 lebih, jumlah itu ditambahkan kepada harga yang dipersetujui.
'Saya kesal tandatangan dokumen kosong. Tetapi kami ada dokumen yang menyatakan harga sebenar kereta itu,' kata Cik Nurrul.
Pasangan itu telah pun membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Singapura (Case), tetapi menurut mereka syarikat tersebut enggan menghadiri sesi pengantaraan yang telah diatur.
Berita Harian cuba beberapa kali untuk bercakap dengan pengurus Worldmotor Enterprise, tetapi diberitahu mereka tiada di pejabat.
Seorang jurujual syarikat itu berkata pihak pengurusannya enggan memberi sebarang komen kerana kes itu kini diuruskan peguam mereka.
Encik Zaini dan Cik Nurrul telah membuat laporan polis dan membelanjakan hampir $5,000 untuk khidmat guaman.
Sementara menunggu kes dihuraikan, perniagaan mereka tergendala kerana kereta itu tidak dapat disewakan.
Akibatnya, Encik Zaini kini bekerja sebagai pembersih dan isterinya sebagai pegawai tiket syarikat penerbangan.
'Kami arahkan mereka dapatkan insurans kereta sewa, tapi mereka dapatkan insurans untuk kegunaan peribadi pula,' keluh Encik Zaini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 8 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
ANCAMAN BOM PALSU
PEGAWAI NS DIJEL 3 BULAN DAN DIDENDA $4,000 Oleh
Khalid Khamis
SEORANG pegawai perkhidmatan negara (NS), Lin Zhenghuang, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan didenda $4,000 kerana kesalahan menguar-uarkan ancaman bom palsu dalam Internet dengan menggunakan rangkaian Internet ji rannya.
Perbuatan Lin, 21 tahun, bukan sahaja menyebabkan kecemasan, malah jirannya, seorang penuntut wanita berusia 22 tahun, ditahan polis dan keluarganya turut disoal.
Bekas penuntut Politeknik Ngee Ann di fakulti teknologi maklumat itu sebelum ini mengaku bersalah atas 10 tuduhan.
Satu tuduhan di bawah Akta Telekomunikasi dan sembilan tuduhan Akta Penyalahgunaan Komputer.
Sekitar 51 lagi tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer diambil dalam pertimbangan.
Sekitar Julai 2005, Lin, yang terasa bosan dan tidak boleh tidur, telah menggodam rangkaian Internet jirannya daripada komputernya.
Tanpa memikirkan kesannya, Lin menghantar mesej ke ruangan forum laman teknologi popular, Hard wareZone: 'Berita tergempar - Toa Payoh diserang bom'.
Secara kebetulan mesej itu disebarkan sehari selepas serangan bom di London.
Mesej itu mencetuskan rasa cemas di kalangan salah seorang pengguna forum yang melaporkan kejadian itu menerusi laman pemerintah eCitizen.
Hakim Daerah, Encik Francis Tseng, berkata mungkin keterlaluan jika menjatuhkan hukuman penjara kepada pesalah muda yang tidak berniat membahayakan orang lain.
Tetapi mahkamah perlu memberi isyarat bahawa perbuatan tersebut tidak boleh diterima, kata hakim.
'Dia melakukan kesalahan menguar-uarkan mesej palsu dalam masa kebodohannya tanpa niat jahat dan kesannya tidak begitu serius,' katanya sebelum menjatuhkan hukuman.
Dalam menjalankan siasatan, pihak polis mengambil setahun untuk menjejaki Lin yang menggunakan nama 'krisurf' dalam mesejnya.
Baru-baru ini, seorang remaja berusia 17 tahun dikenakan 18 bulan probesen dan dilarang daripada menggunakan Internet kerana menggunakan rangkaian Internet jiran untuk bermain permainan di ruang siber.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 8 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
DIJEL 6 BULAN SEBAB TUMBUK MATA TEMANITA
SEORANG lelaki menyerang teman wanitanya kerana terlalu marahkan kekasihnya itu yang menasihatinya supaya tidak membuang masa di kedai kopi dan bercampur dengan rakan-rakan yang 'kurang baik'.
Saravanan Mohan, 27 tahun, bekas pegawai keselamatan kebakaran, dipenjara selama enam bulan selepas mengaku bersalah terhadap pindaan tuduhan ke atasnya itu.
Dia mengaku memukul Pengurus Sumber Manusia, Cik Wateceilia Varso, 27 tahun.
Mahkamah Rendah semalam diberitahu bahawa Mohan mengunakan tangan kanannya untuk menumbuk mata kiri Cik Varso sehingga menyebabkan keretakan.
Kejadian tersebut berlaku di Yishun Avenue 11 pada 2 Mei tahun lalu.
Dia menumbuk teman wanitanya itu selepas Cik Varso menamparnya semasa berlaku pertengkaran.
Mahkamah juga diberitahu bahawa mangsa terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat matanya yang bengkak dan daya penglihatannya yang kabur.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Luar Negara : 8 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
'TERIMA KASIH KERANA CURI DARI SURAU KAMI...'
SEREMBAN: Imam Surau Temiang Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, Haji Dahlan Mohamad, kelmarin menunjukkan kain rentang yang dipasang khas anggota jawatankuasa surau sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap kes kecurian yang sering berlaku di surau itu.
'Terima kasih kepada pencuri-pencuri barang-barang surau ini sehingga habis semuanya hilang. Tapi ingat balasan Tuhan pasti akan tiba. Tunggu! Ya Allah berilah petunjuk kepada mereka ini... Amin,' demikian kata-kata pada kain rentang itu.
Menurut Haji Dahlan, sejak dibuka pada 1980 lebih 10 kali kejadian pecah masuk dan kecurian berlaku di surau itu - tiga kali tahun lalu.
Harta surau yang dicuri termasuk kepala dan batang paip, mangga kunci, rantai besi, tong gas, periuk, kuali dan tangga.
Malah, radio, televisyen, pembesar suara, amplifier dan tabung duit sumbangan orang ramai turut dikebas. - Utusan Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #216 iansuryani's post
tulah tumbuk ppuan lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapore's birth trend outlook remains dismal: sociologist.
SINGAPORE: About 600 more babies were born last year.
Preliminary birth figures from the birth registry at Immigration and Checkpoints Authority put the number of babies born in 2006 at 38,232. But a sociologist said the marginal increase in newborns would do little to lift Singapore's total fertility rate from its record low of 1.24 in 2004. Besides aggressive immigration policies, bolder changes in family policies are needed to help Singapore replace its rapidly ageing and dwindling population. Even with 600 more babies born in 2006 than the previous year, Singapore's total fertility rate, which has hovered around the all-time low of 1.24 for the last two years, is likely to remain one of the world's lowest. The Total Fertility Rate is the lowest among Singapore Chinese women, just 1.08 babies per resident female in 2005. To grow the Singapore population, the government ramped up its foreign talent programme last year to encourage talented people to migrate to Singapore. Dr Angelique Chan, Sociologist, National University of Singapore, said: "I think dual citizenship is something we should consider in the Singapore context, particularly if we're interested in maintaining the numbers in the Singapore population." But she added that immigration is only a short-term solution. And in the long run, Singapore needs to look at policies that enable families to grow and policies which help families to better balance work with family life. Countries like France have shown that family-friendly policies like a 40-week paid maternity leave for the third child, cheap childcare and free nurseries go a long way in reversing falling birth rates. On top of free public transport, grants, allowances and tax breaks |
|
|
|
|
|
|
|
I saw his legs sticking out | Man pinned under fallen crane, but escapes serious injury |
FIRST there was calm. Then a loud bang.
The usually quiet Pandan Loop factory area was jolted when a 10m-long crane toppled on its side yesterday afternoon.
The crane operator, a Chinese man in his 40s, sustained shoulder injuries and was rushed to the National University Hospital after being rescued by the Singapore Civil Defence Force (SCDF).
His injuries would have been more severe if not for quick-thinking fellow-workers and other workers in neighbouring areas who swiftly called for the ambulance after the accident.
Recalled a Mr Tan, who works in the ice cream distribution company next to the site of the accident: 'I heard a very loud bang. I came out and was shocked to see the crane had fallen sideways.
'I noticed immediately that there was a pair of legs sticking out from the operator's cabin. I immediately called the ambulance. I was very worried about the man.
'I wanted him to be safe. I saw the workers around him calming him down while waiting for help.'


SHOULDER INJURIES
The SCDF spokesman said they received a call after 4pm and arrived at the site and found a male Chinese man in a state of shock and pain stuck in the operator's cabin of the crane.
The crane had fallen in such a way that the operator's cabin was right on top.
He added: 'After establishing that the crane was in a stable condition, we lifted the injured man out.
'The man, who was conscious, sustained some injuries on his shoulder and was rushed to the National University Hospital.'
Said Mr Tan: 'The site has been vacant for two months. Only yesterday, the workers came in and started loading goods and this had to happen.'
Mr Tan, who has been working at the ice cream distribution company for nine years, added: 'Nothing like this has ever happened here before. And I hope this is the last.' |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|