|
duyong95 posted on 2-10-2014 01:04 PM
apa brg pegi lombok...takut nau org nak kidnap aku nnt aku pegi makassar/ambon teros hujung ...
makassar bkn dah dkt dgn lombok ke? ko pi sana wat per? pencerahan pleaseee....
ko ada skodeng lombok online tak? terkesima aku weih... tapi aku pasti xbleh kalah perhentian kita worrr....
|
|
|
|
|
|
|
|
adnil posted on 2-10-2014 03:42 PM
makassar bkn dah dkt dgn lombok ke? ko pi sana wat per? pencerahan pleaseee....
ko ada skode ...
lombok tu dekat ngan bali lerrr.....
biasa lah aku...pegi diving. aku ada nengok2 jugak lombok...mmg cantik la. ombak dia ada sikit kuat |
|
|
|
|
|
|
|
duyong95 posted on 2-10-2014 04:24 PM
lombok tu dekat ngan bali lerrr.....
biasa lah aku...pegi diving. aku ada nengok2 jugak lombok. ...
ekekek... haah jauh ek.. 800+km. aku xreti nyelam aku terdamporr jer lah bleh nyer pun... ahahhaha...
haa nanti cam biasa post JBR yea... nak gak tau makassar nih best x untuk golongan terdamporr cam aku nih....
|
|
|
|
|
|
|
|
Berjalan di dasar laut
Terumbu karang di pulau peranginan negara ini sememangnya cantik dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Biasanya pelancong hanya dapat melihat dari jauh di permukaan air apabila melakukan aktiviti snorkeling manakala mereka yang mahir dapat mendekati terumbu karang menerusi selam skuba.
Namun, kini pelancong berpeluang mendekati terumbu karang dan pelbagai spesies hidupan laut dengan berjalan di dalam air menerusi aktiviti ‘scuba walker’ yang baru diperkenalkan di beberapa pulau peranginan di negara ini.
Sebagai tarikan terbaru di Pulau Lang Tengah yang terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu, pencinta laut dapat mendekati keindahan ciptaan Tuhan itu dengan mudah tanpa memerlukan kemahiran asas seperti berenang.
Pengarah Summer Bay Lang Island Resort, Chong Fah Ming berkata, aktiviti rekreasi dasar laut di pulau berkenaan diperkenalkan tahun lalu dan mendapat sambutan ramai.
“Scuba Walker amat mudah dikendalikan kerana pelancong hanya memakai topi keledar yang disambung dengan tangki oksigen dan bernafas seperti biasa menggunakan hidung sambil berjalan di dasar laut sambil melihat pelbagai spesies hidupan laut.
“Jika menyelam di Pulau Lang Tengah, mereka akan dibawa melihat terumbu karang asal dan projek pemuliharaan terumbu karang yang ditanam dalam pelbagai dekorasi.
“Pelancong juga dapat melihat kelibat ikan nemo dan pelbagai spesies hidupan laut lain bermain di habitat mereka,” katanya.
Menurutnya, projek serampang dua mata itu bukan sekadar mahu mempopularkan Pulau Lang Tengah sebagai destinasi pelancongan dengan keindahan pesisir pantai yang memutih dan halus tetapi menyemai kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga terumbu karang.
Pihaknya bekerjasama dengan Miss Scuba Malaysia baru-baru ini mengadakan projek pemuliharaan terumbu karang di jeti Summer Bay Lang Island Resort dan kawasan sekitarnya bagi mewujudkan sebuah habitat marin yang bersih.
“Pulau Lang Tengah turut menawarkan panorama indah kepada pelancong, antaranya melihat matahari terbit dan terbenam di pesisir pantai selain melakukan pelbagai aktiviti seperti berkanu, bermain bola tampar dan jelajah hutan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Projek Terumbu Karang Miss Scuba Malaysia, Cheah Chong Beng berkata, terumbu karang adalah sejenis haiwan yang melakukan proses fotosintesis dan hidupan itu memerlukan cahaya matahari untuk pembesaran.
Pihaknya memilih Pulau Lang Tengah sebagai projek pemuliharaan terumbu karang kerana pulau itu amat sesuai dengan kedudukannya yang agak tersembunyi dan bersih selain kurang dikunjungi pelancong.
“Terdapat pelbagai punca menyebabkan kemusnahan terumbu karang, antaranya faktor alam seperti cuaca panas, peralihan monsun dan ombak kuat pada musim tengkujuh selain masalah nelayan yang meletakkan sauh di dasar laut sehingga terkena terumbu karang, kecurian terumbu karang serta sikap ambil mudah pelancong yang menyentuh hidupan marin,” katanya.
Menurutnya, menyedari terumbu karang adalah aset besar kepada ekosistem laut, pihaknya melaksanakan program rehabilitasi sumber dengan cara peletakan pelbagai jenis tukun tiruan dan penanaman semula karang di kawasan yang terjejas.
Katanya, usaha itu bagi menambah hidupan karang yang menjadi habitat baru bagi pelbagai hidupan marin.
Pengarah Miss Scuba Malaysia Joan Neo berkata, pertubuhan itu yang mempunyai jaringan dengan lebih 25 negara berperanan mempromosikan aktiviti pelancongan skuba dan pemuliharaan hidupan marin.
Katanya, ia juga berperanan bagi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat awam mengenai kepentingan dan faedah menjaga serta memulihara sumber marin di negara ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam ada yg baru balik dari d'coconut lagoon? Sekarang resort ni ok tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|