CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Karamina

All About Bali Part II

 Close [Copy link]
Post time 17-1-2008 05:25 PM | Show all posts

Alam KulKul

Saya bukanlah yg terbaik untuk bercerita perkara ini... hanya ingin berkongsi pengalaman dan mengasah minda. Juga secara diam-diam, saya amat mengagumi mereka yg berjaya keluar dari kebiasaan kita yang bekerja di bawah naung orang. Mengerah tulang 4 kerat selagi terkudrat untuk mencari sara diri dan untuk terus hidup... ~ Awan Putih ~:flower:





Hujan emas di Indonesia...

FEISOL Hashim, 63 ~ ~ Ahli perniagaan dari Bandar Baru, Alor Star yang kini menjadi warganegara Indonesia memiliki puluhan hektar tanah di lokasi emas di kawasan pelancongan Bali, Lombok, Pulau Kotok di Kepulauan Seribu dan 3 pulau kecil di sekitar Pulau Komodo, Flores.

Minatnya yg mendalam terhadap pelancongan marin dan pemandangan laut dengan alasan ia merupakan masa depan pelancongan Asia Tenggara menjadikan Feisol ghairah untuk membeli tanah-tanah di lokasi berkenaan.

Sebahagian tanah dan pulau bernilai jutaan ringgit itu telah dibangunkan dengan prasarana pelancongan mewah yg umumnya menjadi tarikan pelancong Eropah, Australia dan Jepun selain tempatan.

Tetapi semasa ditanya nilai kekayaannya, Feisol dengan rendah diri berkata, apa yang dimilikinya tidak seberapa hanya sebesar kuman berbanding apa dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia.

Beliau lebih suka menceritakan falsafah hidupnya selain keindahan pulau dan tanah-tanah yang dimilikinya daripada menghitung nilai hartanya.

"...Adalah sedikit tanah. Di atas sana (Kuta, Bali), ada kawasan bukit yang saya beli tujuh tahun lalu. Masya-Allah indahnya pemandangan dari bukit itu, saya boleh lihat Benoa, Jimbaran, Kuta dan lain-lain.Semasa saya beli nilainya Rp3 juta (RM1,300) bagi 100 meter persegi, saya beli 11 hektar. Sekarang ada orang mahu beli Rp100 juta bagi 100 meter persegi tetapi saya tidak mahu jual, biarkan saja dulu,'' katanya semasa ditemu bual Mingguan Malaysia di restoran miliknya Papa's Cafe di depan Alam Kulkul.

Begitu juga tanah berbentuk U di tepi pantai Lombok Timur (pulau bersebelahan Bali) yang diimpikannya selama ini. Empat tahun lalu beliau membelinya dengan harga RM1.9 juta (AS$500,000) seluas 6 hektar.

"Sangat cantik kawasan ini, pantainya panjang 400 meter. Dua tahun lalu ada orang New Zealand yang mahu menawarkan AS$750,000 tetapi saya tidak lepaskan. Kalau ditawarkan AS$2 juta mungkin saya berfikir semula tetapi inilah seronoknya kita dalam kedudukan untuk berkata tidak,'' katanya lagi.

Semasa bercerita mengenai Alam Kulkul, butik resort yang mempunyai 80 bilik di persisir pantai Kuta, Bali terpancar rasa kebanggaannya kerana kawasan itu dapat turut dinikmati oleh orang lain.

Tahun lalu, kadar penginapan resort mewah yang penuh dengan pokok buah-buahan ini mencatat 90 peratus - pencapaian terbaik untuk sebuah hotel di Bali. Alam Kulkul paling digemari pelancong Jepun dan Australia.

"Tahun pertama (1990) saya di sini, Pak Feisol minta agihan AS$23,000 sebulan. Memang besar tetapi saya dapat berikan. Hotel ini nampak kecil tetapi hasilnya besar,'' kata Pengurus Besar, Alam Kulkul, Aru Santriran rakyat Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhotelan.

Alam Kotok di Kepulauan Seribu, Laut Jawa (berdekatan Ancol, Jakarta), kawasan pelancongan yang pertama dibangunkannya pula menyajikan panorama indah suasana kepulauan dan aktiviti snorkelling mahupun menyelam.

Bersama dengan organisasi pemuliharaan alam sekitar, beliau sedang merancang pembangunan taman nasional Pulau Komodo satu-satunya taman nasional di Indonesia dan di dunia yang pengelolaannya diserahkan kepada pihak swasta.

Feisol turut aktif dalam pembangunan industri pelancongan Indonesia dan diberi kepercayaan memegang jawatan pelbagai pertubuhan pelancongan di peringkat negara dan serantau.

Antara jawatan yang masih dipegangnya ialah Pengerusi Majlis Pelancongan Marin ASEAN, Ahli Lembaga Pengarah PATA, Pengerusi Persatuan Pelancongan Marin Indonesia dan Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa dan Pemasaran Lembaga Pelancongan Indonesia.

Anak saudara bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilantik sebagai Konsul Kehormat Malaysia di Bali pada 4 Februari tahun lalu juga dikenali dekat dengan tokoh-tokoh politik Indonesia dan Malaysia.

Bagaimana Feisol boleh merantau ke Indonesia dan berjaya pula menjadi seorang usahawan disegani yang bukan sahaja mampu membeli tanah-tanah bernilai emas tetapi juga pulau-pulau kecil yang mempunyai potensi pelancongan?

"Saya bermula di Indonesia dengan angka kosong. Saya ke sini dengan tawakal sahaja,'' katanya yang berhijrah ke Jakarta pada tahun 1977 dengan bekerja di sebuah syarikat hartanah Duta Merlin Pty. Ltd. sebagai pengurus besar.

Beliau mengambil keputusan berhijrah ke Indonesia sekembalinya dari New York setelah mendapat banyak halangan untuk berniaga kerana hubungan dekatnya dengan Dr. Mahathir.

Feisol yang peramah, sederhana tetapi vokal ini mempunyai hubungan dekat dengan Indonesia kerana isterinya, Farida Utoyo merupakan aktres popular republik ini yang dikahwininya semasa beliau bekerja di New York.

Perjalanan hidup Feisol penuh warna-warni. Beliau mendalami dunia perniagaan semasa umurnya baru 17 tahun sebagai pelatih di ibu pejabat Pusat Perbelanjaan Robinson, London.

Lelaki yang lahir pada 19 Mei 1942 ini kemudiannya berhenti dan menyambung belajar di sebuah kolej di London dari 1961 hingga 1963 dengan memperoleh Diploma Pemasaran dan Diploma Eksport Antarabangsa.

Beliau kemudiannya pulang ke Malaysia pada tahun 1984 dan bertugas sebagai pengurus pemasaran di Mara dan dalam tempoh setahun dilantik sebagai pengurus besar, iaitu pengurus besar paling muda di Mara dalam usianya baru mencecah 24 tahun.

Feisol kemudiannya menyambung belajar ke peringkat ijazah lanjutan di London dan menyertai Agensi Industri Makanan Malaysia (FIMA) sebagai presiden dan pengurus pemasaran kumpulan untuk Amerika Utara selama empat tahun.

Di Indonesia, Feisol mula menceburi bidang pelancongan setelah mengambil alih 50 peratus saham milik asing sebuah ejen pelancongan PT Natourin pada 1983. Mungkin telah ditakdirkan, dunia pelancongan serasi dengan jiwa bisnes Feisol.

Dalam masa yang singkat, beliau mampu membeli dan membangunkan Pulau Kotok (1986) manakala butik resort di Kuta, Bali pada 1989.

Sejak itu, beliau aktif membeli hartanah untuk aktiviti pelancongan marin dan mengembangkan perniagaan dalam bidang restoran, ejen pelancongan, spa tradisional dan penerbitan majalah, Island Life.

"Saya menceburi bidang ini setelah koma selama beberapa hari semasa bekerja di Duta Merlin. Tiga minggu saya berada di hospital dan kejadian ini menjadi titik mula perubahan hidup saya. Duta Merlin sebenarnya hampir bankrap dan sudah tidak mampu membayar gaji pekerja, saya sendiri dalam beberapa waktu hidup atas wang simpanan. Tetapi dalam waktu empat tahun saya berjaya membawa keuntungan kepada syarikat sebanyak AS$2 juta berbanding kerugian AS$6 juta hingga AS$8 juta. Empat tahun itu, saya bekerja minimum 16 jam sehari dan hampir hendak mati,'' katanya.

Feisol berkata, semasa berada di hospital beliau berfikir mengapa dirinya begitu bodoh mengorbankan hidup untuk mengejar keuntungan, sedangkan keuntungan boleh diperoleh melalui banyak cara yang lebih mudah.

"Apa yang saya lakukan mudah sahaja. Saya berada di Indonesia, saya bukan berada di London, New York atau Malaysia. Tentulah saya tidak boleh bawa budaya pengurusan seperti di tempat itu.

"Saya ubah pemikiran saya. Berfikir secara global dan besar tetapi melakukannya mengikut budaya serta cara tempatan. Selepas saya lakukan cara ini, saya lebih mudah bekerja di Indonesia berbanding Malaysia,'' ujarnya.

Kata Feisol, perkara utama paling berharga yang dipelajarinya di Indonesia ialah bersabar yang tidak diperolehnya semasa bekerja di Malaysia, New York mahupun London.

"Orang Indonesia lebih berkompromi dan pendengar yang baik selain melakukan sesuatu itu bukan sahaja dengan otak tetapi perasaan. Pentingnya kita perlu faham budaya tempatan dan cuba merasai apa yang mereka rasa,'' jelasnya.

Kata beliau, apa yang tidak boleh dilakukan di Indonesia ialah jangan membangun entiti terlalu besar, nanti mudah dicantas dan jangan terlalu kecil kerana tiada siapa yang peduli.

"Apa yang saya terapkan di Indonesia ialah saya didengar tetapi tidak dilihat. Anda boleh melihat bagaimana saya bekerja sekarang,'' katanya yang akan bersuara vokal terhadap sesuatu perkara yang diyakininya boleh diubah menjadi lebih baik.

Ditanya mengenai hasratnya untuk kembali ke Malaysia, katanya, bumi Allah ada di mana-mana walaupun sebenarnya beliau lebih suka tinggal di negara sejuk kerana ada empat musim.

"Saya ada rumah di Malaysia, Jakarta, Pulau Komodo dan Australia. Di Australia, bukan saya hendak tinggal di sana tetapi empat anak perempuan saya belajar di sana,'' katanya yang juga mempunyai kepentingan perniagaan di negara tersebut. - MINGGUAN MALAYSIA - 2005 - ZULKEFLI HAMZAH (Jakarta)

[ Last edited by  anakencana at 17-1-2008 05:42 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2008 11:26 PM | Show all posts

Reply #202 lolita_lempicka's post

lolita, ok jer hotel nih..for me kira puas hati lar...
hum spa dia takla mahal sgt tapi still can get cheaper price from other spa's hehehe
oh adhi dharma ada free shuttle kalau nak pegi area kuta..ada schedule bleh refer kat hotel lobby nanti

HRC tue mmg dlm area kuta so tak jauhla..
neersanco penah jalan kaki malam2, jalan2 area poppy lane 2 dgn poppy lane 1 and terus ke HRC...hehehe dont worry you will be suprised bila tgk jalan dia...sangatla kecik! so semua within walking distance dlm 10-15 mins
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 09:36 AM | Show all posts

Reply #207 anakencana's post

anakencana..., thanx a lotttttt!!! appreciate it...,   my hubby dah booking hotel nih, soh we all akan ke sana march nih,  owner dia muslim , so tak yah risau lah kalu nak makan kat cafe dia yek, mesti 100% halal kan? ni my first ever trip to BALI, tak sabar nyer.... thanks again, kalu ada lagi apa2 info psl hotel nih, tlg bgtau... :handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:17 AM | Show all posts

Reply #209 pokokbunga's post

ppl said ke bali nak makan payah..actually that is not true...byk jugak kedai makanan nasi padang..tapi if you hire a supir, senang jer bleh pegi makan kat tpt2 yg slalu disebut oleh forummers

enjoy your holiday nnt!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 12:44 PM | Show all posts

Reply #208 neersanco's post

ader free shuttle yerr...ok gak tuh....coz last day takder supir...so engatkan nk jln area kuta pegi jln2 sendiri jer laaaa.....thanx a lot for da info....esok dah nk pegi nih.....hehehehe....cant wait for that....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 12:55 PM | Show all posts

Reply #210 neersanco's post

thanx neer..., tak sabar nih...my 8th anniversary nnt, gi berdua jer ngan hubby
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2008 02:43 PM | Show all posts
nak tanya...ada sesiapa pernah stay kat Bali Garden Hotel tak? Bila tengok website dan promo dia mcm best!

pokokbunga, best nyer dapat stay kat Alam Kul Kul..Hari tu I try to book online tp no room available..sedey betul..

Anakencana, ur info pasal Alam Kul Kul tu interesting lar..tak sangka hotel itu dimiliki oleh org kelahiran malaysia...

I nak pergi Bali lagi March ni tp sampai skrg masih lg mencari place to stay..so kalo ada yg penah stay kat Bali Garden tu, beri lar or opinion ya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 04:12 PM | Show all posts

Reply #157 mieciput's post

ciput...

full body massage kt Cozy tu ada mandi2 lulur x??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2008 08:10 PM | Show all posts
marisa sekrg tgh OL dari HRC Hotel Bali...sampai t.hari tadi..check-in & relax jap terus keluar jejalan...xtvt hari ni ialah sightseeing...so round2 Denpasar...Seminyak..Legian...last sekali area kuta...happening gilerr kat sini....   memang best larr...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 08:20 PM | Show all posts

Reply #215 marisa_anuar's post

Bali realtime nih

Marisa....ct pegi next week & dok HRC gak...
hows the weather??tlg usha2 sket spa2 murah kt situ!blk nanti story!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:07 PM | Show all posts

Reply #215 marisa_anuar's post

Hi Marisa...  sempat online dr HRC lagi youuu...Hope you'll have a nice trip and enjoyyyyyy!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:10 PM | Show all posts

Reply #215 marisa_anuar's post

Hi Marisa...  sempat online dr HRC lagi youuu...Hope you'll have a nice trip and enjoyyyyyy!!!!

Sorry guys! terposting  2 kali lak.:geram:




[ Last edited by  Jonesy at 18-1-2008 11:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:49 PM | Show all posts

Reply #216 ct_subang's post

Ct pegi next week ye! Ni yg buat tak sabar lagi ni. Saper la yg tak look forward gi holiday, yer tak, especially tempat macam Bali ni, sun, beaches, nature, kraftangan, scenery, Nasi Padang, Nasi Minang, Ayam Wong, Pak Ary, Pak Isme, Pak Aris, semua ada youuu! J pun nak try juga ni, contact Pak Supir ni bila sampai Bali nanti. Thank you so much to all the forumers yg bermurah hati:flower:  share all their info kat sini. Banyak membantu trip the rest of us ni.

J pulak dng family, insyaallah, pegi end of Mac ni. Trip kali ni just free n easy. J pegi Lombok dulu, plan ambik feri dr Tanjong Benoa. Duk 4 hr sana,baru balik Bali, maybe 3 hari di Ubud 5 hari di Tuban. Dah booked Puri Mas Village Resort kat Lombok.  Dont really know what to expect from Lombok but it'll be interesting to see the differences between Bali and this island sebab Lombok dominasi penduduknya Islam. Kalau sesiapa ada pengalaman di Lombok, share ler yer! Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 02:15 AM | Show all posts

Reply #212 pokokbunga's post

pegi bali 5 jan -8jan ari tu ngan neersanco.. best sgt..
rindu sgt kat bali.. yg pasti n23 nak ke sana lagi!
tak puas ber spa n berehat2 di bali! Mkn seafood yg sedap di jimbaran..hmm yummy bila nak ke bali lagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 02:52 AM | Show all posts
Hari pertama after lunch and check in at hotel..kami just rayau2 sendiri..
Naik free shuttle to town..kami rayau2 sendiri cari spa..
sempat menyepa 2 jam kat Yuli Spa kat Jln Kartika..buat 1 bdn cuma Rp200+ je.
then naik teksi bluebird (make sure naik ni if kat sana ! dia pakai meter)pegi hard rock store,and dinner kat pizza hut.
best pizza hut kat sana..tak mcm kat sini..busan je menunye..after mkn balik zzzz

Adi Dharma Hotel:









[ Last edited by  n23 at 19-1-2008 03:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 03:21 AM | Show all posts
Hari ke dua after breakfast kat hotel,supir bawa kami ke Batubulan,sukawati,Goa Gajah,Tampak Siring,Kebun Kopi,Mount Kintamani,Umuwatu & Jimbaran (pack betul aktiviti)

kami tak soping sakan as more tu nak jln2 je kat sana..anyway ada la beli sikit2 bawa balik

brg2 yg n23 beli kat HRC (t-shirt ,cap & strap),kat sukawati gelang (rp1500),rantai dr kayu (rp2500),kotak kayu (rasa dlm rp 25000 utk 2 kotak tu),bunga2 kayu(rp5000 1 jambangan tu),key chains(rp 4000 1plastik ada 5 kat dlm),hp chain(rp18000 utk 8),handbags(each rp 55k),table mat (Rp55k ) ..tu pun tak dan nak bargain giler..as rushing.. soping dlm 1 jam gitu je..
rush nak jln2 hehhe tak pe next time dtg leh borong byk2  








[ Last edited by  n23 at 19-1-2008 04:02 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2008 03:33 AM | Show all posts
tarian barong di batubulan ambil masa 1 jam..






Goa Gajah
air kat sini org kata bagus utk awet muda..hhehe


Tampaksiring



mandi utk hajat & cleansing..setiap barisan ada patung dewa yg berlainan utk setiap hajat
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 03:45 AM | Show all posts
Kintamani
beautiful mount batur


Ubud -mkn tgh hari di putri minang murah dlm Rp18k-Rp20k termasuk air..depend on lauk
ambil lauk dr kaunter (cam nasi campur) if dihidang ada 10% charge
restoren bersih n most important sedappp ..kami siap mintak kuah extra 1 mangkuk hehhe




Uluwatu
kami just tgk sunset kat sini,tak sempat tgk kecak dance,org dah ramai sgt..
if nak tgk make sure sampai dlm kul 6ptg


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 03:54 AM | Show all posts
dinner at Jimbaran...kat sini pun sedappp!
nasi,sayur,sup,buah diberi percuma..cuma order lauk( kira timbang)
puas hati sedap..sayur sedap,sup sedap,ikan,udang,voila sedapp..
restoren tu siap ada transfer and pick up percuma dr hotel.
antara lauk yg kami mkn:









tamat la hari ke dua kami di bali..to be continue..dah ngantuk zzzzz

[ Last edited by  n23 at 19-1-2008 04:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by Jonesy at 18-1-2008 11:49 PM
Ct pegi next week ye! Ni yg buat tak sabar lagi ni. Saper la yg tak look forward gi holiday, yer tak, especially tempat macam Bali ni, sun, beaches, nature, kraftangan, scenery, Nasi Padang, Nasi ...

CT, contact lah Pak Isme. Dia ni selalu jugak bawak tourist ke Lombok. Boleh tanya dia apa yg best kat Lombok. Dia sure ingat akak, Ibu Rosnani.

Actually dia selalu bwk tourist ke merata2 tempat. Lombok, pergi trekking naik gunung kat Bali and outside of Bali. Ada jugak dia bwk org naik Mt Batur sampai atas. Sesiapa nak naik atas volcano tu jgn lupa bawak telor, boleh rebus telor dgn timbus dlm pasir.

email Pak Isme: [email protected]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.069661 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list