CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intuisi

DSLR for beginner or not.. nikon or canon or sony or whatever brand..?

[Copy link]
Post time 26-5-2008 07:35 PM | Show all posts
Originally posted by Shamz at 26-5-2008 05:14 PM

Mr Soulfly,

Kalau soalan saya ni soalan bodoh harap maaf... mmg yg ditanya utuk information lebih jelas..

Nak tanya ckt....Utk dptkan gambar yg cantik...
1)  Biasa nya Image quality setting kat mana?  Fine or std? adakah "std" sudah memadai?
2)  Biasa ISO setting utk indoor dan outdoor yg mana yg lebihafdal...eg siang hari iso 100 ke or 200    indoor 200 ke 400 ke 800 dankenapa?
3)  Image size kalau setting L / M / S akan effect quality tak?
4) Kenapa kdg2 saya setting mode dial A (bukan A kotak) dan main dgn iso dan shutter...button shutter tak blh tekan..
5) Sama setting diatas; bila gunakan control dial utk adjustshutterspeed n aperture (F)  tak blh hanya satu dlm satu masa... or ada carautk adjustkan kedua2nya skali...

Harap ampun maaf kalau byk sgt...

Sekian buat masa ini...TQ


1) Pakai je FINE. Takde masalah. Tapi kalau nak imej yang betul-betul asli shoot pakai RAW... kiranya macam digital negative la... hehehe.

2) ISO ni sensitiviti terhadap cahaya.
ISO rendah = sensitiviti terhadap cahaya kurang
ISO tinggi = sensitiviti terhadap cahaya tinggi

Kalau pakai AUTO setting, tak perlu risau sangat pasal kamera akan ejas shutter speed dan aperture secara automatik untuk menghasilkan exposure yang betul. Pendek kata, bila shooting outdoor, kalau boleh pakai la ISO100. Kalau tak cukup terang, barulah increase kepada ISO200. Sebenarnya tak ada rule yang kata outdoor kena pakai ISO100, indoor kena pakai ISO400...semuanya bergantung kepada jumlah cahaya persekitaran (ambient light). Ini belum masuk shutterspeed dengan aperture lagi nih.

Kalau saya rajin, nanti saya akan tulis tutorial tentang manual exposure setting. Lama dah nak buat, tapi takde masa. Heheu.

3) L/M/S akan affect quality secara tidak langsung. Sebenarnya image sensor A350 tu akan hasilkan gambar 14MP, which is L size. Kalau shoot M, pada asalnya sensor tu akan record gambar 14MP, yang kemudiannya dikecilkan kepada 7MP (rasanya 7MP kot?), dan gambar akan nampak seperti lebih sharp. The same goes to S. Mana-mana gambar digital pun, bila dikecikkan saiz nya mesti nampak macam lebih sharp, kan?

A350 ada digital teleconverter 1.4x dan 2x, yakni crop mode... tapi ni lain cerita daaa.

4) Mode A ni aperture priority. Sebenarnya tak ada kaitan secara langsung dengan shutter (secara tak langsung mungkin ada). Shutter tak boleh tekan mungkin disebabkan oleh focus yang tak lock, atau kamera takleh focus langsung (biasanya kalau shoot subjek yang tak ada contrast macam dinding putih, langit, atau shoot dalam gelap).

5) A mode memang takleh adjust shutterspeed. Dial button tu hanya untuk adjust aperture dan kamera akan calculate sendiri shutterspeed yang betul. Kalau gambar tak cukup terang, atau blur sebab motion, gunakan ISO yang lebih tinggi. Tapi kalau nak adjust exposure compensation, tekan dan tahan button AV sambil pusing dial button.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 09:58 PM | Show all posts
cayalah encik soulfly.macam nilah best..tak kedekut ilmu.thumbs up untuk soulfly:victory:
btw,aku masih dlm proses mengumpul duit.insya-allah kalo takde aral melintang,minggu depan aku angkat sony a200.
dan aku nak belajar dari sifu soulfly
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by soulfly at 26-5-2008 07:35 PM


1) Pakai je FINE. Takde masalah. Tapi kalau nak imej yang betul-betul asli shoot pakai RAW... kiranya macam digital negative la... hehehe.

2) ISO ni sensitiviti terhadap cahaya.
ISO rend ...



Thank very much Mr Soulfly...for the brief explanation..Akan cuba practic kan tips2 diatas   nnt ade soalan lain blh tanya lg tak..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 11:57 AM | Show all posts
aku pun nak try jugak .. walaupun guna kamera yg berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 04:34 PM | Show all posts
apa-apa camera pun, basic nya sama sahaja

exposure = iso + aperture + shutterspeed
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 05:42 PM | Show all posts

Reply #201 soulfly's post

Penerangan yang Soulfly cakap ni apply kepada mana-mana sistem pun... tak kira Sony ke Canon ke Nikon ke...

As long as namanya DSLR fotografi, insyaALlah ilmu ni boleh pakai...

p/s: Kalau beza sikit pun, mungkin tang nama setting2 yang berkaitan... Maybe manufacturers taknak samakan dengan nama kamera keluaran manufacturers lain.... Business maa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2008 09:14 PM | Show all posts
aku dah test tadi ... dapat ambik gambar water drop, macro close up gambar bunga, fuhhh ... tapi outdoor aku fail la .. nak ambik gambar awan tak jadi ..ouput dia macam guna digicam biasa je ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 09:10 AM | Show all posts

Reply #207 metalacademic's post

Nak ambik gambo awan kena tahu sedikit sebanyak dengan teori exposure.... Ni kena tanya Soulfly, konfirm dia boleh cerita detail...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2008 09:56 AM | Show all posts
matdue77, soulfly , aku browse internet .. jumpa info mengenai HDR .. aku rasa HDR method  ni boleh membantu ambik gambar awan kot ?

aku tengah nak download software HDR yg open source punya ..

bila dok usya gambar gambar HDR ni .. memang nak pengsan tengok kecantikannya ..kalau tengok online tutorial ,, nampak macam senang je nak buat HDR image ni .. cuma remeh sikit process dia .. 'Nampak Senang' .. ntah ntah susah .. nak try dulu buat HDR ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 03:33 PM | Show all posts
takyah pakai HDR

aku cadangkan pakai adobe lightroom... mudah sangat. cuma perlu adjust properties macam recovery, clarity, vibrance, saturation, dan selebihnya campur/tolak secukup rasa.

pasti dapat hasil yang serupa macam HDR
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 06:01 PM | Show all posts

Reply #210 soulfly's post

HDR ni satu jer limitation nyer, jangan OVER DO.... Pentingkan kerealitian editing tu... Tapi kalau editing tu ko mmg aim nak dapatkan surreal punye feel, teruskan jer... Bukan apa, kengkadang ada edting yang sampai nak tengok pun sakit mata, kontrast yang extreme....

IMHO, kalau ko leh kuasai teknik HDR nih, mmg cantik.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 07:11 PM | Show all posts
oic .. sifu sifu .. tq .. aku dah try dah hdr .. memang betul... kalau nasib tak baik .. lighting terlalu contrast sampai sakit mata nak tengok ... dan aku kurang bernasib baik tadi ... nanti aku tepek gambar untuk sifu sifu komen ...

aku akan cari adobe lightroom .. thanks beb !
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 08:26 PM | Show all posts
HDR yang pakai bracket exposure tu memang mudah untuk 'overdue' sebab yg kebanyakan buat tu cuma tau combine bracket exposure tu aje.

Kalau aku, aku suggest level adjustments via Lightroom, mudah untuk control hasil.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 10:15 AM | Show all posts
panduan cara mudah menggunakan manual exposure setting kat http://farenms.blogspot.com, entry yg latest.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 11:12 PM | Show all posts

Sony alpha various model comparison

sila klik link di bawah ....

http://www.sony.com.my/product/C ... mp;models=DSLR-A700

okay...memandangkan aku pun kebetulan tgh usha dslr model sony alpha ...then wat comparison spec sheet antara A900/A200/A350/A700....aku saja letakkan range termahal sampai la yg termurah dlm model alpha ni...saja senang korang nak tgk features vs price...so leh le decide dgn bajet korang tapi mengikut features yg korang suka.

price RM
A900 = RM9,999 (body only)
A700 = RM3,899 (body only)
A350 = RM2,999 (twin lenses package)
A200 = RM2,099 (twin lenses package)

p/s: aku mula bergelumang ngan scene photography ni (bermula ngan FZ28) sejak beberapa bulan ni terus rasa nak beralih kepada DSLR pulok doh...so berdasarkan bajet...aku dapati sony alpha series mmg affordable....harga dan kualiti lense pilihan yang ada dalam market pun ada yang murah dan mahal...yg penting kualitinya sama je baik pakai canon,nikon bagai.

insyaallah..bulan depan leh dah nak survey kedai yang juai murah2....skang tgh survey kat lelong n mudah.com.my....try tgk yg 2nd hand punya.

btw, nanti aku nak let go je fz28 tu dalam rege rm1000...warranty bulan mac 2010 baru expired.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by kambeng_masam at 23-5-2009 11:12 PM
sila klik link di bawah ....

http://www.sony.com.my/product/CompareProducts.action?site=hp_en_MY_i&models=DSLR-A900&models=DSLR-A350X&models=DSLR-A200W&models=DSLR-A700

okay...memandangkan  ...


ko ingat tak masa nak beli bridge camera dulu orang dah nasihatkan ambik DSLR aje?
Sekarang ni teringin nak ambik DSLR pulok kan?
sebab photography ni mmg gila..kalau nak di layan!
mula2 dengan PnS camera...
dah syok dan tahu limit nak ambik Bridge Camera pulak..
lepas tu dengan DSLR for beginner..apa2 brand pun boleh
dah tahu limit beginner DSLR+kit lens, nak invest lens dan accesories pulok..
dan dah tahu limit lens dan accesories nak invest ngan PRO dan POPULAR brands pulak sebab lepas baca internet, magazines, asyik2 articles,tips & tricks, 2nd hans lens banyak untuk NIKON dan CANON..
dan nak invest untuk NIKON dan CANON pulok....

so..kalau mcm tu, investlah NIKON dan CANON,
yang terbaik belilah camera yg latest, sebab technology baru, ISO performance bagus, LCD besar 3".
aku recomend kalau CANON tu carilah 500D,
kalau NIKON tu carilah D5000...........

kalau nak atas sikit lagi, 50D for CANON,
D90 for NIKON...........kalau setakat ini aku rasa dah cukup puas hati dah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2009 12:19 AM | Show all posts

Balas #216 loona\ catat

aku dah ingaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 01:18 AM | Show all posts
Originally posted by kambeng_masam at 24-5-2009 12:19 AM
aku dah ingaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat!!!!




takpe..semua orang akan lalui process tuh!
biasanya orang takkan beli DSLR terus kalau dia tak pernah pakai PNS camera..
dan orang takkan beli PRO level terus kalau dia tak biasa pakai beginner level DSLR..
tak kenal maka tak cintan!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 01:29 PM | Show all posts

Balas #218 loona\ catat

disebabkan beng dah mula agak mahir dalam memanipulasikan exp value (shutter speed/aperture/ISO) dan beberapa teknik photography entry level (dgn hanya gunakan FZ28)...lepas ni rasanya langkau jelah level dslr entry level....amik pro nyer terus kot...450D ke...alpha A700 ke...Nikon D90 ke....tunggu bajet cukup sket lagi je nih.
Tingin nak tingkatkan ilmu dan prestasi mencapai hasil seni foto mcm hammohd ....shutterhack...lina....kino...bulat...soulfly...blablablablablablablablabla.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 04:08 PM | Show all posts
kicaptamin, Olympus E510 adalah pilihan yang bijak.

Kalau tak angkat olympus, angkat sony A200... pasti tak menyesal. Lebih banyak advantage kalau nak dibandingkan dengan Canon 350D/400D mahupun Ni ...
soulfly Post at 2-2-2008 21:49


kalo beli model sony A-200 ni , nnt kalo nk letgo, agak2 ramai x org nak, coz setahu me, org lagi demand nikon n canon..satu ag a-200 ni leh masuk x dgn lens brand lain?
TQ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.475503 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list