CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jin9708

Participant in LIMA Airshow - Info Berkaitan Pesawat dan Perlatan...

[Copy link]
Post time 4-12-2009 01:17 AM | Show all posts
SAPURA CyberEye 2














QUADROTOR SAPURA







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2009 01:25 AM | Show all posts
CTRM ALUDRA SR-08





































Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 01:40 AM | Show all posts
200# gancity

YABHON-ALUDRA UAV









LENGTH:
5m
HEIGHT:
2.12m
WINGSPAN:
6.56m
EMPTY WEIGHT:
320kg
MAX TAKEOFF WEIGHT:
500kg
FUEL CAPACITY:
214lt
ENGINE:
Aviation Engine
PAYLOAD WEIGHT:
30-50kg
MAX. ENDURANCE:
30hrs
DATALINK RANGE(LOS):
>150km
DATALINK RANGE(Satellite):
500km

CTRM/UST/Joint Venture ADCOM SYSTEMS - UAV produk range:

100-500km
YABHON-ALUDRA
100km
ALUDRA MK1
50km
FULMAR-ALUDRA
40km
ALUDRA SR-12
15km
ALUDRA SR-08

50km
INTISAR 600
15km
INTISAR 300
10km
INTISAR 150
1km
AGAST 2
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 01:56 AM | Show all posts
koleksi seminggu..


















GGK











Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 07:48 AM | Show all posts
Sukhoi simulators 'flying' soon

MARHALIM ABAS
Thursday, December 3rd, 2009 11:55:00

LANGKAWI: The Royal Malaysian Air Force (RMAF) Sukhoi Su-30MKM simulator system is expected to be
operational by February.

The simulator system includes two high-fidelity Tactical Operational Flight Trainer (TOFT) and computerbased
trainer (CBT).

Heitech Padu Bhd developed it with input from the Sukhoi Design Bureau, the designer of the 30MKM and Irkut, the manufacturer of the plane.

“Following testing and commissioning, we expect both the TOFT and the CBT to be operational by February,” Heitech president Safiee Mohammad told The Malay Mail at the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2009 (LIMA '09).

He said the TOFT had been developed for full mission training using the Distributed Mission Training concept.

This means that the training mission can be done using more than one simulated aircraft simultaneously,
as if in the actual environment.

The system will also be able to achieve high-level training fidelity to simulate the aircraft flight model, sensors, radar, displays and weapon control system.

The CBT will be used as a basic training tool for pilots to familiarise themselves with the aircraft avionics and train the ground crew in maintenance and aircraft troubleshooting.

The simulator system is currently being installed at the Gong Kedak air base in Terengganu, where the Sukhoi squadron is based.

RMAF has taken delivery of 18 Sukhoi Su-30MKM aircraft that was procured in 1999 for RM3.4 billion. The aircraft is the darling of LIMA '09, displaying its phenomenal display during the daily air show.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 07:58 AM | Show all posts
Sapura UAV ni sama ke dgn company Sapura yang kat Mines, Seri kembangan tuh? hmy3:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2009 08:04 AM | Show all posts
Aksi mendebarkan polis marin pukau penonton

AKSI hebat dan mendebarkan Polis Marin di Awana Porto Malai, semalam memukau pengunjung Lima '09 yang setia menanti pertunjukan itu meskipun terpaksa berpanas terik.

Pengunjung teruja dengan ketangkasan pasukan itu selain dikejutkan oleh beberapa das tembakan yang dilepaskan Polis Marin dalam persembahan membabitkan operasi menyelamat mangsa tebusan kapal yang ditawan sekumpulan lelaki.

Persembahan dimulakan apabila Pasukan Gerakan Marin mengarahkan dua bot Rigid Hull Fender Boat (RHFB), dua jet ski dan sebuah bot kelas Watercat bersama 12 anggota Unit Gempur Marin (Ungerin) untuk menggempur bot dirampas penjenayah dan membebaskan tebusan selepas menerima maklumat.

Operasi membabitkan 69 komando, Unit Udara Polis dan Pasukan Gerak Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dalam menangani kes jenayah maritim.

Dalam persembahan penuh aksi itu, pengunjung dapat menyaksikan aset Polis Marin di laut, udara dan darat apabila Pasukan Gerak Marin melalui jalan laut manakala 69 komando pula melalui udara digunakan untuk operasi itu.

Sebaik saja merapat dan menaiki bot pelancong yang ditawan, pihak penyelamat dicabar penjenayah berkenaan dengan melepaskan tembakan, sekali gus menggegarkan sekitar Awana Porto Malai.

Berikutan itu, pasukan penyelamat bertindak tangkas membalas tembakan seterusnya berjaya menembak mati kesemua penjenayah dan merampas sejumlah senjata api serta membebaskan tebusan.

Menerusi maklumat diterima daripada mangsa tebusan, terdapat empat penjenayah bersenjata bersembunyi di pulau berdekatan dan merancang melakukan aktiviti jenayah.

Hasil maklumat itu, dengan menggabungkan Pasukan Gerak Marin, 69 komando, Unit Udara Polis dan Pasukan Gerak Am, satu operasi membanteras penjenayah dilakukan.

Bot Watercat dan anggota Ungerin melakukan serangan melalui air manakala 69 komando dengan dibantu pesawat helikopter Unit Udara Polis membuat serangan udara.

Kaedah Helocusting digunakan oleh 69 komando untuk membantu Ungerin membuat serangan daripada permukaan air manakala Pasukan Gerakan Am membuat kepungan di persekitaran pantai berdekatan.

Ketika operasi dijalankan, pasukan penyelamat dicabar penjenayah dan berlaku aksi berbalas tembakan, akhirnya semua penjenayah berjaya ditembak, tebusan dibebaskan dan tempat persembunyian dimusnahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:05 AM | Show all posts
Zahid saksi pemeteraian kontrak, empat MoU

LANGKAWI: Menteri Pertahanan Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam menyaksikan pemeteraian satu kontrak, empat Memorandum Persefahaman (MoU) dan penyerahan peralatan bernilai RM16.26 juta.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Abu Bakar Abdullah dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin.

Kontrak berkenaan ialah bagi pemerolehan sistem simulasi pelbagai guna untuk Institut Latihan Pengangkutan Maritim, Jabatan Kastam bernilai RM10.7 juta.

Ia dimeterai antara HJS Maritime Sdn BHd dan Kongsberg Maritime As Norway.

MoU pertama ialah bagi program latihan teknikal di bidang perkapalan dan teknologi maritim di Institut Latihan Industri Labuan antara Labuan Shipyard and Engineering Sdn Bhd dengan Jabatan Tenaga Manusia.

Ia disusuli kerjasama penyelidikan, pembangunan dan komersial dalam bidang berkaitan teknologi satelit antara Astronautic Technology (Malaysia) Sdn Bhd dan Swedish Space Corporation.

MoU ketiga pula ialah antara BHIC Defence Technologies Sdn Bhd dan MTU Services (Malaysia) Sdn Bhd bagi kerjasama dan pembabitan dalam perkara berkaitan produk MTU.

Terakhir ialah antara Innopeak Sdn Bhd dan MAN Engineering Solutions Ltd, United Kingdom bagi penyediaan perkakasan bungkusan.

Pada majlis sama, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia turut menerima satu unit 16.5 Fast Interceptor Craft bernilai RM5.56 juta daripada Destination Marine Services Sdn Bhd.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2009 08:06 AM | Show all posts
Muhyiddin saksi 10 MoU CTRM

Oleh NIZAM HAMID
pengarang@utusan.com.my

LANGKAWI 3 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyaksikan 10 memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Composites Technology Research Malaysia (CTRM) dengan beberapa syarikat yang terlibat dalam industri komposit dan pertahanan.

Majlis itu berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini sempena berlangsungnya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi CTRM, Datuk Syed Ali Alhabshee; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam: Ketua Pegawai Kewangan CTRM, Burhanudin Hilmi yang turut menandatangani MoU berkenaan bagi pihak CTRM serta wakil-wakil syarikat yang terlibat.

Antara syarikat terlibat ialah 1Malaysia Racing Team Sdn. Bhd. (1MRT) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Riad Asmat. Hadir sama Presidennya, Datuk Seri Tony Fernandez.

MoU itu melibatkan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan termasuk menghasilkan komponen untuk kereta lumba pasukan Lotus F1 yang diterajui oleh 1MRT.

Ketua Pegawai Eksekutif CTRM, Datuk Rosdi Mahmud berkata, syarikatnya berbangga kerana dapat bekerjasama dengan 1MRT dan Lotus F1 Racing Team untuk menghasilkan kereta lumba negara yang akan mengambil bahagian dalam perlumbaan pada tahun depan.

‘‘Kerjasama ini meningkatkan lagi peranan strategik kami dalam membangunkan industri berteknologi tinggi di negara ini selepas aeroangkasa serta komposit dan kini dalam perlumbaan motor pula,” ujarnya.

CTRM juga menandatangani MoU dengan ADCOM dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam membangunkan teknologi untuk pesawat pengawasan tanpa pemandu (UAV) yang turut dibangunkan oleh syarikat tersebut.

Melalui anak syarikatnya, CTRM Aviation, syarikat itu juga hari ini menyerahkan pesawat Cessna Caravan 208 milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah dibaikpulihnya.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri turut melawat pesawat Amfibi Bombardier 415MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang mengambil bahagian dalam pameran statik dan juga gerai-gerai pameran di MIEC.

LIMA 2009 dibuka dengan rasmi kelmarin dan akan berlangsung sehingga Sabtu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:10 AM | Show all posts
Pelbagai MoU dimeterai pada LIMA 2009

LANGKAWI 3 Dis. - Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 yang memasuki hari ketiga terus menyaksikan penjanaan terhadap ekonomi industri pertahanan apabila pelbagai memorandum persefahaman (MoU) dan kontrak ditandatangani.

Antaranya melibatkan pemeteraian empat MoU dan satu kontrak serta satu penyerahan peralatan yang melibatkan urus niaga berjumlah RM16.26 juta.

Antara MoU yang ditandatangani hari ini adalah program latihan teknikal dalam bidang perkapalan dan teknologi maritim di Institut Latihan Industri Labuan antara Jabatan Tenaga Manusia dan Labuan Shipyard & Engineering Sdn. Bhd.

Selain itu, Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. memeterai perjanjian dengan Swedish Space Corporation bagi menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan komersial dalam bidang berkaitan teknologi satelit.

Jalinan kerjasama dan penglibatan berkaitan produk turut ditandatangani antara BHIC Defence Technologies Sdn. Bhd. dan MTU Services (M) Sdn. Bhd manakala Innopeak Sdn. Bhd. dan M.A.N Engineering pula memeterai MoU bagi penyediaan perkakasan bungkusan.

Dalam pada itu, satu kontrak bernilai RM10.7 juta antara HJS Maritime Sdn. Bhd. dan Kongsberg Maritime AS Norway dimeterai bagi perolehan sistem simulasi pelbagai guna untuk Institut Latihan Pengangkutan Maritim, Jabatan Kastam Malaysia.

Sementara itu, penyerahan seunit 16.5 Fast Interceptor Craft bernilai RM5.56 juta juga diadakan antara Jabatan Kastam dan Destination Marine Services Sdn. Bhd.

Majlis menandatangani MoU dan kontrak berkenaan disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis menandatangani MoU dan penyerahan kontrak antara Kementerian Pertahanan dengan syarikat-syarikat dalam industri pertahanan yang melibatkan nilai RM1.2 bilion.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:10 AM | Show all posts
LIMA penganjuran terbaik Malaysia - Hussaini

LANGKAWI 3 Dis. - Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) merupakan penganjuran terbaik Malaysia dalam usaha meningkatkan kerjasama maritim di kalangan negara peserta.

Komander Tugas-Tugas Khas Tentera Laut Pakistan ke LIMA 2009, SA Hussaini berkata, sejak diperkenalkan pada tahun 1991, negaranya tidak pernah terlepas untuk menyertai LIMA.

Menurutnya, ia merupakan platform terbaik khasnya untuk segmen maritim bagi negara-negara yang terlibat berkongsi pendapat dan bekerjasama mengenai aspek ketenteraan di lautan.

"Pada LIMA 2009, saya lihat persidangan dan pameran yang diadakan merupakan sesuatu yang baik untuk setiap negara terlibat berkongsi dan mencari formula bagi menyelesaikan jenayah lanun yang melibatkan perairan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan tengah hari di atas kapal PNS Khaibar milik Tentera Laut Pakistan yang menyertai LIMA 2009 di Awana Porto Malai di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali dan wakil-wakil tentera laut dari negara luar yang hadir menyertai LIMA kali ini.

Hussaini berkata, LIMA juga diiktiraf sebagai pameran bertaraf dunia kerana menjadi destinasi utama di kalangan pengeluar untuk memasarkan peralatan mereka.

"Malaysia berada di kedudukan terbaik untuk mengambil peluang daripada trend pertumbuhan dalam industri maritim dan udara.

"Kedudukan Malaysia yang strategik, kos kompetitif, tenaga kerja mahir dan berbakat serta kemudahan infrastruktur kelas pertama adalah campuran cemerlang untuk pelaburan," katanya.

Menurutnya, LIMA merupakan tempat terbaik bagi pengeluar dan industri yang berkaitan dalam bidang aeroangkasa dan maritim untuk mempromosikan teknologi terkini kepada para pemimpin awam, tentera Malaysia dan negara-negara Asia Pasifik.

"Jadi Pakistan akan terus memberi komitmen untuk menyertai LIMA setiap kali ia dianjurkan," katanya.

LIMA adalah ilham bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mula diadakan pada tahun 1991.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:13 AM | Show all posts
Kapal selam negara jadi tumpuan

LANGKAWI 3 Dis. – Bukan sahaja orang ramai malah tetamu di raja dari dalam dan luar negara turut mengambil peluang untuk melawat kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang berlabuh di perairan Awana Porto Malai.

Kapal jenis Scorpene itu merupakan antara aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di sini yang akan berakhir Sabtu ini.

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah antara kenamaan yang membuat lawatan semalam. Turut kelihatan Laksamana Abdul Aziz Jaafar (kanan).

Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang berada di sini bagi mengunjungi LIMA 2009 turut meluangkan masa melawat kapal selam tersebut.

Baginda diiringi Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar masuk ke dalam kapal selam negara selama kira-kira 40 minit.

Tidak lama selepas itu, pada pukul 10 pagi, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Sultanah, Tuanku Haminah Hamidon turut berangkat untuk menyaksikan sendiri KD Tunku Abdul Rahman dengan lebih dekat.

Ketibaan baginda disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Baginda berdua juga mengambil masa kira-kira 40 minit untuk berada di dalam kapal selam tersebut.

Pada sebelah petang pula, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir juga tidak ketinggalan untuk melawat kapal selam pertama negara itu.

Baginda yang tiba pada pukul 3.10 petang meluangkan masa hampir satu jam melawat KD Tunku Abdul Rahman.

***************

Semalam dlm tv3, dorang tunjuk bahagian dlm kd TAR..sempit yg amat tapi nampak canggih gile..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:27 AM | Show all posts
Hot shower to deter pirates

2009/12/04

LANGKAWI: A Danish company has hit on a novel solution to deter pirates attempting to board ships. Hit them with a very hot shower.

Raphael Khan, chief executive officer of Secure-Globe Pty Ltd, with offices in the Netherlands and Australia, said the system, dubbed Secure Water, is easy to install and does not put additional burden on the ship's resources.

Essentially, it involves installing pipes around the ship's perimeter that shoot out sea water heated up to 90 degrees Celsius.

The overlapping spray provides total coverage and the system gives 24-hour protection.

"It gives the ship's crew a safe and effective deterrent and enables them to escape.

"If it gets hit by a bullet, all it does is create a new nozzle hole for the water," said Kahn.

Another system developed by the company is called Water Knife. This creates a high-pressure curtain of water that will fill up the pirate's attack boat quickly.

Any attempt to board the vessel equipped with this system will also be foiled because the high pressure jet of water can hurt.

"We can also add chemicals to the mix to cause skin irritation and breathing difficulties without causing permanent damage, just enough to deter."

The two systems are ideal for ships carrying explosives or flammable cargo such as supertankers. Another system developed for non-explosive cargo is the Electric Fence. This involves installing a 9,000-volt electric fence around the ship.

Kahn said four ships were already using the water solution. The company has 16 orders on the books. The installation cost for the water solution on a 200m ship is less than E 100,000 (RM509,000).
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:37 AM | Show all posts
Raft of deals at Lima

LANGKAWI: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin witnessed several signing ceremonies between private companies and government agencies during his visit to the Langkawi International Maritime and Aerospace show (Lima) 2009.

Local composites and aerospace firm CTRM Sdn Bhd signed a number of agreements and memoranda of understanding with 1Malaysia Racing Team Sdn Bhd, Composites Testing Laboratory Tastail Teo, design company Adcom, Malaysia Productivity Corporation, Universiti Teknologi Malaysia and Qinetiq of Australia.

A joint-venture agreement was also inked with Aerotech Design Consultants UK, while a refurbished Cessna Caravan and a radome were handed to the Malaysian police air wing unit and the RMAF respectively.

CTRM signed agreements on the manufacturing of components for Lotus F1 cars, commercial composites testing, the development of locally-made unmanned aerial vehicle (UAV), aircraft maintenance and engineering solutions.

Muhyiddin also witnessed the signing ceremony between local technology provider Sapura Group and Universiti Sains Malaysia (USM) for collaboration on technology R&D and human capital development.

Sapura will work closely with USM on the development of UAVs, radiofrequency design, communications and electronic warfare.

Meanwhile, the Malaysian Industry-Government Group for High Technology (Might) said that the aerospace industry was expected to grow at about 8% next year despite the global economic slowdown.

Its senior vice-president (intelligence and research) Kamarulzaman Zainal said on the sidelines of the Might open forum that the encouraging growth was due to the expansion of the aero-manufacturing and maintenance, repair and overhaul sub-sectors.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:38 AM | Show all posts
Anti-piracy boost from France
By ZULKIFLI ABDUL RAHMAN and EMBUN MAJID

LANGKAWI: France is willing to share its expertise with Malaysia to fight piracy, its Defence Minister Herve Morin said.

France, he said, has long and close ties with Malaysia and he was confident that the relationship would be further strengthened with France’s plan to contribute towards Malaysia’s anti-piracy efforts.

“We understand that Malaysia is playing a key role in fighting piracy in this region thus we will give our priority to helping Malaysia achieve it,” Morin told a press conference after visiting the Langkawi Inter­national Maritime and Aerospace (Lima) Exhibition 2009 yesterday.

He said his country had also asked Malaysia to take part in a joint operation – Operation Atlanta – to fight piracy in the waters off Somalia.

He said that the operation launched in December last year was aimed at protecting United Nation’s food aid shipment to Somalia and to combat piracy in the region.

Morin said France and Malaysia have been discussing cooperation to fight piracy and the possibility of having integrated maritime exercises.

To a question on France’s role in Afghanistan, Morin said his country would be involved in training local security forces and institutions.

“If France was to make any additional commitment it will be in the form of training the Afghanistan army, police and the government institutions,” he said.

He was responding to a report that the United States had asked France to send an additional 1,500 troops to the war-torn country.

BAE System, meanwhile, said it was developing a new system to fight piracy that can be fixed on board commercial shipping vessels.

BAE System Group business development director Alan Garwood said the system would be tested on board British patrol vessels between January and March next year.

“This is military technology that we are putting into civil package,” he said, adding that if the trial run worked well, he hoped to promote the system during the Defence Service Asia (DSA) Exhibition in Kuala Lumpur next April.

The system includes a long-range radar that can detect pirates coming from 40km away, a laser dazzle system and a non-lethal electric microwave to paralyse the electronic system on the pirate ship.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:38 AM | Show all posts
Eurocopter inks RM34mil sale agreements and MoU

LANGKAWI: Eurocopter Malaysia Sdn Bhd has sealed two sale agreements and a memorandum of understanding worth US$10mil (RM34mil) during the Langkawi International Maritime and Aerospace (Lima) Exhibition 2009.

Eurocopter Malaysia president Pierre Nardelli said the signing ceremonies were held on Wednesday and yesterday.

“The deals were for the development of the Helicopter Centre at the Malaysian International Aerospace Centre, the sale of EC145 VFR helicopter to Solaire Sdn Bhd and the sale of EC120 B to Skyline Access Sdn Bhd,” he said.

Nardelli said that with the new sales agreement, the company believes it could garner RM500mil in sales by 2011.

The company, he said, was also confident of achieving RM300mil in sales this year as demand for helicopters had started to pick up on the back of gradual recovery of global economic crisis.

“There is a need for helicopters around the region in almost all sectors. Oil and gas, for example, is one of the demanding sectors that is in need of helicopters,” he told reporters here yesterday.

Nardelli said that Eurocopter Malaysia has facilities in Subang, Miri and Kerteh, providing a broad spectrum of services including scheduled and unscheduled maintenance to aircraft modifications as well as logistics support.

Eurocopter, he said, was hoping to leverage on the strength of Lima 2009 to capture more business in the future.

“This will certainly help in increasing our share which currently stands at 50% in civil and 38% in military markets,” he said.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2009 10:07 AM | Show all posts
213# guyfawke

"If it gets hit by a bullet, all it does is create a new nozzle hole for the water,"


Haha tergelak aku baca part ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 10:10 AM | Show all posts
201# standupper

Whoaa..thanks stand..silap2 kalah gamba tempur ambik
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 11:28 AM | Show all posts
Sapura UAV ni sama ke dgn company Sapura yang kat Mines, Seri kembangan tuh? hmy3:
rastablank Post at 4-12-2009 07:58



Memang pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 11:37 AM | Show all posts
217# StealthTuah

itula pasal...wa pun nak tergelak juga....punye la simplify gile explanation die...maybe in jest kot....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.068355 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list