CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abgboroi

Tamar Jalis manusia misteri-Bercakap dgn Jin

[Copy link]
Post time 13-6-2012 12:30 PM | Show all posts
best la mandi embun.. sejuk tp best..
halimi78 Post at 13-6-2012 11:43 AM


dok kampung leh la nk merasa mandi embun ke..mandi telaga ke.. dulu2.. zaman skrang ada ke agak2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2012 12:31 PM | Show all posts
eh.. tak adalah...bukan sebab tak dapat tacang  hari tu En. Manjalara tak da siri 246.. tu ...
zadzamusa Post at 13-6-2012 11:44 AM


  ok... rasa mcm dh nk smpai 100 page tue.... kalo kaka rajin.. bukak la baru kalo dh smpai 100 page...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 12:32 PM | Show all posts
dia ikut atuk dia mandi embun setiap pagi sebelum waktu subuh, masa hari tengah gelap lagi ...
pasuoren Post at 13-6-2012 12:20 PM



    machih ngan pencerahan,....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 12:42 PM | Show all posts
hai zaza...wahh..tak sangka..zaza pun ikut gak siri BDJ tamar jalis...
pasuoren Post at 13-6-2012 12:26


memang minat pung.. Kat MPS ada tread tuk peminat2 cerita SBDJ... ari tu sempat hupdate sampai 239.. pastu 7teen tolong sambungkan... Insya Allah nanti zad hupdate..

http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=408688&page=99
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 12:48 PM | Show all posts
memang minat pung..  Kat MPS ada tread tuk peminat2 cerita SBDJ... ari tu sempat hupda ...
zadzamusa Post at 13-6-2012 12:42



    tengkiu zaza.....pasu senang-senang nanti, pasu lepak kat thread yang zaza bagi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 12:50 PM | Show all posts
ok... rasa mcm dh nk smpai 100 page tue.... kalo kaka rajin.. bukak la baru kalo d ...
BabeYSHa Post at 13-6-2012 12:31


Bahek mod bicha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2012 12:51 PM | Show all posts
tengkiu zaza.....pasu senang-senang nanti, pasu lepak kat thread yang zaza bagi tu...
pasuoren Post at 13-6-2012 12:48


ur most welcome.. maceh gak sudi lawat tread tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 12:51 PM | Show all posts
machih ngan pencerahan,....
BabeYSHa Post at 13-6-2012 12:32



kebetulan pasu teringat bab ni..

dalam gelap tu, TJ ikut atuk dia kuar merayau dalam semak..
atuk dia usap daun kayu yang ada titisan embun tu..pastu sapu kat kulit badan...ala-ala tayammum..
bukan mandi embun tu pakai gayung tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2012 03:04 PM | Show all posts
dok kampung leh la nk merasa mandi embun ke..mandi telaga ke.. dulu2.. zaman skrang ...
BabeYSHa Post at 13-6-2012 12:30


ada lagi.. kalo nak mandi embun boleh kot.. tp kalu nak mandi telaga payah la sket..
sbb kat kg pong dah pakai ayaq paip..

*@ least x dpt mandi embun.. mandi air yg diembun 1 mlm pong orait gak.. kalu dok umah teres la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 03:54 PM | Show all posts
layan tengah2 malam sorang2 pn best ni..haha..baru feel tu ade..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 07:27 AM | Show all posts
bagi saya novel tamar jalis atau tok awang ngah bukanlah novel seram, tapi novel fiksyen yang lari dri tajuk cinta.
pada akhir 80an banyak novel mistik yang diterbitkan dan ada antaranya mencedok 99.99% novel dari Indonesia
Tetapi SBDJ dan Tok Awang Ngah adalah dua karya yang bagi saya asli dan merupakan masterpiece.
SBDJ ni epic
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 10:12 AM | Show all posts
aku dah pegi beberapa kedai buku2 terpakai cri buku ni tp yelekkk... wlaupun aku dah baca kesemua buku2 dia tp dah hilang sbb pindah randah... sendih tul la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 10:15 AM | Show all posts
Tamar Jalis pinjam nama jin




Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM




SELAMA 30 tahun Ahmad menyembunyikan identiti Tamar Jalis.




NOVEL mistik, Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) telah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an.

Sebanyak 284 siri novel itu disiarkan majalah Variasari terbitan Kumpulan Variapop selama lebih 23 tahun bermula dari bulan April 1981 hingga Januari 2005.

Ia adalah siri terpanjang dan paling lama disiarkan dalam majalah di Malaysia. Disebabkan SBDJ, Variasari pernah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan.

Tetapi penulisnya, Tamar Jalis kekal misteri selama 30 tahun sehinggalah beliau mendedahkan identiti sebenarnya Jun lalu.

Beliau ialah Ahmad@Mohd. Radzi Mahmud, 73, yang berasal dari Beruas, Perak. Menurut Ahmad, nama Tamar Jalis diambil daripada nama jin dalam Hikayat Inderaputera iaitu sebuah kesusasteraan Melayu lama.

Walaupun beliau seorang penulis cerita hantu terkenal, penampilan Ahmad semasa ditemui di sebuah kompleks beli-belah di Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini tidak seaneh yang dibayangkan.

Beliau selesa memakai baju kemeja dan berseluar jean. Di sebalik kedutan pada wajahnya, beliau kelihatan sihat dan kuat.

“ Pada mulanya SBDJ cuma cubaan untuk menaikkan jualan Variasari yang agak lembap pada masa itu tetapi tidak sangka pula ia mendapat sambutan hangat pembaca sehingga majalah itu diulang cetak sebanyak beberapa kali, ” jelas Ahmad yang pernah bekerja sebagai buruh dan peniaga malah wartawan sebuah akhbar.

Beliau yang kini menetap di Kota Damansara berkata, idea untuk menulis siri novel itu timbul selepas beliau berusia 40 tahun.

“ Biasalah orang muda, semasa usia 20 atau 30-an, kita kurang serius terhadap pelbagai perkara termasuk kehidupan.

“ Namun, selain untuk melariskan jualan Variasari, saya merasakan pengalaman mengikuti datuk saya perlu diceritakan,” ujarnya mengenai datuknya, Kulup Muhamad Diah atau lebih dikenali dengan panggilan Long Mat Piah.

Long Mat Piah ialah seorang pengamal perubatan tradisional. Ahmad banyak mengikut datuknya itu mengubat orang yang mengalami gangguan jin sehingga membawa beliau ke semua daerah di Perak.


Muncul


Keluarga Ahmad tinggal berdekatan dengan rumah datuknya. Beritahu Ahmad, mungkin disebabkan beliau cucu yang paling disayangi jadi beliau sering diajak oleh datuknya untuk mengubat.

“ Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea untuk saya menulis.

“ Pada mulanya saya agak takut tetapi disebabkan ilmu yang ada pada datuk menyebabkan saya yakin dan berani, ” kata Ahmad.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Ahmad ialah semasa mengikuti datuknya menghalau hantu seorang wanita yang telah meninggal dunia tetapi tetap mengganggu keluarganya.

“ Wanita itu mengamalkan satu ilmu hitam iaitu nasi tangas untuk membuatkan suaminya tunduk dan taat kepadanya.

“ Selain itu, wanita itu juga ingin suaminya yang juga seorang kaki judi berubah, ” ceritanya.

Ahmad memberitahu, disebabkan mengamalkan ilmu yang salah itu, roh wanita itu sering mengganggu keluarganya.

“ Syukur datuk saya berjaya menghalau hantu wanita tersebut daripada terus mengganggu keluarganya, ” ujar beliau.

Namun, beliau mengaku tidak pernah dirasuk atau diganggu makhluk halus sehingga sekarang.

Ahmad memberitahu, beliau mampu menyiapkan satu siri novel SBDJ dalam tempoh sehari.

“ Saya sendiri pernah melaluinya jadi lebih mudah untuk menulis. Memang ada penambahan cerita tetapi tidak terlalu terpesong daripada cerita sebenar, ” katanya.

Namun, mengapa pada usia lebih 70 tahun baru Ahmad terfikir untuk menonjolkan diri ?

“ Cukuplah, asalkan nama jin Tamar Jalis popular, ” ujarnya.

Jelasnya lagi, beliau juga mengetahui artikel penulis bertajuk Tamar Jalis Manusia Misteri yang tersiar dalam Kosmo ! Ahad keluaran 24 Januari 2010.

“ Saya masih menyimpan artikel itu. Rakan saya A. Jalil Miran (dikatakan juga pemilik nama Tamar Jalis) banyak membantu saya dalam menghasilkan SBDJ.

“ Jasanya tidak mampu dibalas walaupun beliau telah meninggal dunia, ” jelas Ahmad.

Sebelum beredar, penulis bertanya kepada Ahmad sekiranya beliau mendedahkan identitinya lebih awal, beliau mungkin lebih terkenal dan mampu menjadi lebih kaya berbanding sekarang.

“ Tidak mengapa, cukuplah rezeki yang ada, ” katanya.

Kini, novel SBDJ bakal diadaptasi ke dalam bentuk drama televisyen.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nafiela, Syamreen Azam Shafei yang sekarang menerbitkan novel SBDJ, usaha itu sedang giat dijalankan termasuk mencari barisan pelakon yang sesuai.

“ Saya berharap dengan adanya drama SBDJ, cerita seram ini akan ada kesinambungannya, ” ujar Syamreen.



- Kosmo -








Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 12:05 PM | Show all posts
ini ke orang Nye. akhirnya dapat tahu juga setelah sekian lama misterius
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 03:15 PM | Show all posts
kalau baca dengan khusyuk, banyak ilmu orang dulu2 yang bagus untuk kita jadikan amalan. Saya suka baca tapi masalahnya lepas baca tak boleh lupakan sebab dia cerita detail sangat. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 05:06 PM | Show all posts
Fuh .. 2010 ..  aku bookmarking.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2013 10:01 PM | Show all posts
aku pernah baca cerita pasal Nasi Tangas tu. memang seram. rasa macam kita pun ada sama kat tempat tu. dari segi penceritaan, aku suka gaya penceritaan TAmar Jalis ni sebab bila kita baca, macam dapat bayangkan suasana & keseraman sesuatu situasi tu.

tapi dari segi keilmuan, aku lagi suka Tok Awang Ngah. sebab dia tak ada pakai jampi serapah & bantuan dampingan. kalau korang ikuti siri2 SBDJ ni, korang sure perasan yg atuk Tamar tu kadang2 ada gunakan bantuan harimau & isteri bunian dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 02:18 PM | Show all posts
pernah jumpa dengan tamar jalis ni..orgnye sgt humble.dah bertanya dah pasal semua kisah2 yg die ceritakan tu..dapat la bersembang dgn dia walaupun sekejap.aku respek sgt beliau ni!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak de keberanian nak baca setelah aku baca citer siri bercakap dgn jin dulu dulu tu.... berhari hari aku seram
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 04:20 PM | Show all posts
masih aktif lagi...
tu sapa yg nak copy baik copy
skrg ni banyak website dah delete citer ni
sebab isu copy right
even group kat fb pun org dah x join
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.082761 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list