CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

   Close [Copy link]
Post time 8-4-2010 01:22 PM | Show all posts
200# bunick

Bunick berapa byk pastu dah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2010 01:30 PM | Show all posts
smiley, ko tukar la tajuk cte ni jd keladi
kalau ktorg meraban psl keladi pn xde la mod marah
bunick Post at 8-4-2010 12:20


mod kita mmg baik...dia tahu kita kat sini terlebih peramah...segala cite tak kira rumah..gerenti jadi rojak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2010 01:36 PM | Show all posts

RE: ANDAINYA KAU JADI MILIKKU (KELADI)

200# bunick

toce toce...
akak cuba lagi

title dah tambah.. KELADI ( Kisah Lala dan Ibrahim)
...................................................................................................................................................

“ Betulkah apa yang Yem cakap ni?” Mak Tam mengelap dahinyayang berpeluh. Cuaca sejuk tapi aku berpeluh. Terus rasa nak demam bila mendengarberita Yem.

“ Buat apa Yem nak tipu. Uncle Badri sendiri yang bagi tahu”

“ Takkanlah Fuad dengan Ainul tak tahu. Senang senang saja bagianak perempuan kat orang macam Iskandar tu. Tskk… tskkk.” Makin laju Mak Tammengacau gulai di atas dapur. Dia menoleh pada Adham yang sedang menyuapaiskrim perisa keladi ke mulut. Stok aiskrim kegemarannya sentiasa ada dalampeti ais Mak Tam. Cuma dia seorang yang suka aiskrim keladi yang warnanya ungu.

“ Mungkin Iskandar dah berubah. Kamu dah lama tak jumpa dia”Mak Tam cubamenyedapkan hati. Dari waktu kecil Adik yang paling di sayangi nya antara semuakanak kanak yang sering bertandang ke rumah.

Adham menggeleng “ Masih macam tu juga. Kalau penyakit adaubat tapi benda macam ni susah
nak ubah.Macam macam desas desus sampai ke telinga Yem. Tapi apa Yem boleh buat? Siapanak dengar cakap kita? Alih alih orang kata Yem cemburukan Iskandar.
Lagipun Naj bukan ada kena mengena denganYem..”

“ Betulkah tak ada apa apa? Nampak macam mesra saja korangberdua. Takkan kamu tak suka kat dia?” Mak Tam tersengih melihat muka Adhamberubah riak.

“ Hisshh… buat apa nak suka kat bakal kakak ipar? Berdosa. Buangkaran saja.”
Dalam hati Tuhan saja yangtahu.

Betul juga kata Yem, bisik hati Mak Tam. Keluarga merekasudahlah kucar kacir. Nanti bertambah lagi masaalah kalau Yem ada hati katNajlah. Masaalah lama pun belum selesai timbul pula yang baru.

“ Kamu belum lagi ada kawan perempuan yang istimewa kah? MakTam teringin nak bermenantu”

“ Yem muda lagi lah. Tak terbuka hati lagi nak kahwin. ”Setiap kali balik, mesti Mak Tam buka topic kahwin. Setiap kali juga jawapanstereotype di beri.

“ Yem dah 27 , nak masuk 28. Rumah dah ada, kereta dah ada.Duit dah lebih dari cukup. Elok lah kamu fikir pasal kahwin. Hari tu
Makcik Mariah tanya pasal Yem. Liza tu tungguYem
gamaknya. Makcik Mariah kata dahbanyak kali dia tolak pinangan orang”

“ Dia kawan biasa sajalah. Masa di kolej dulu memang Yemrapat dengan dia sebab tak ramai pelajar Melayu kat sana.Tapi bukan
Yem rapat dengan Liza seorang.Students di sana semua macam adikberadik. Yem tak faham lah orang perempuan ni. Kalau kita baik sikit, dia dahmula berangan kita nak kahwin dengan dia. Susah betul”gerutu Adham

“ Tak baik Yem cakap macam tu. Apa salah kalau Yem pilihdia? Mak Tam tengok dia kerja bagus, rupa lawa. Semua cukup. Adapakej. ”

Adham ketawa “ Adapakej?
Mak Tam, Mak Tam… ni mesti penanganAkademi Fantasia.” Cepat dia mengelak cubitan ibu saudaranya.

“ Kamu jangan nak perli Mak Tam. Aku ketuk dengan senduk.”Acah wanita separuh abad itu. Adham ni memang, dari kecil hingga besar kuatmenyakat, nakal. Pening kepala nak menjaga budak seorang ni. Tapi selama lebih20 tahun Adham lah penyeri hidup dia dan suaminya. Biarlah apa pun orang nakkata, nakal nakal si Adham pun seribu kali lebih baik dari Iskandar. Fikirannya kembali pada Najlah.

“ Mak Tam rasa
baikYem cakap kat Najlah pasal Iskandar. Berdosa kalau kita sembunyi hal macam ini.Kita dah kira bersubahat. Benda ni bukan benda kecil, tapi pasal masa depandia. Kesian Najlah tu , Yem. Masa kecil dulu kamu rapat macam adik beradik. Kamusanggup tengok dia kahwin dengan orang macam Iskandar? Heii… Mak Tam nak cakappun rasa geli”

Adham mengeluh. Dia betul betul tersepit. “ Nantilah. Yemkena cari masa yang sesuai. Najlah tu garang, silap haribulan Yem yang kenabelasah. Dia bukan tahu pun Yem adik Iskandar.”


“ Kenapa kamu tak cakap? Yang kamu nak berahsia ni kenapa?”desak Mak Tam

“ Adalah sebabnya. Yem tunggu masa sesuai. Mak Tam janganbocorkan rahsia tau” kata Adham mengangkat jari telunjuk ke mulut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2010 01:38 PM | Show all posts
Usai solat Asar , Najlah terus ke depan mencari Adham dan Mak Tam. Hatinya di garu rasa ingin tahu hingga solatnya pun tidak begitu kusyuk. Ya Allah ampunilah hamba mu yang lalai.

Kali terakhir dia ke Kuantan, umurnya 6 tahun. Teman sepermainan dia dan arwah kakak ramai tapi yang paling rapat seorang budak lelaki yang kuat mengusik. Kalau tak silap budak nakal tu namanya Ibrahim.  Ibrahim =Yem = Adham? Betulkah konklusi aku?

Najlah melangkah ke ruang tamu. Tak syak lagi,  dia pernah datang ke rumah ini. Tak banyak yang berubah, cuma  perabot dan perhiasan saja yang baru.  Dia menjenguk ke luar. Hujan masih mencurah tapi dia nampak buaian kayu. Dia , kakak dan Yem selalu berebut nak naik buaian. Pernah sekali dia di tolak oleh Yem sampai terluka lutut. “Pingat kehormatan” masih ada lagi sampai sekarang. Kalau betul Yem itu Adham, aku nak balas dendam. Jaga kau!

Hidungnya di geletek bau kari dari dapur. Langkah Najlah terhenti di pintu dapur. Telinganya menangkap sipi sipi bait perbualan Adham dan Mak Tam. Nama Iskandar di sebut. Iskandar ? Rasanya aku tak pernah bagi tahu nama bakal suami aku kat Adham. Mungkin mereka bercerita pasal orang lain. Bukan eksklusif sangat nama Iskandar tu pun.

Mak Tam dan Adham terus diam bila Najlah berdehem. Muka keduanya macam orang bersalah.  Mesti tengah mengumpat aku.

“ Najlah… duduklah. Mak Tam siapkan minum petang” Mak Tam menggelabah. Takut kalau Najlah terdengar perbualannnya dengan Adham.

“ Nak tolong apa apa Mak Tam?” Najlah sudah berada di sisinya

“ Tak payahlah. Semua dah siap. Mak Tam nak bancuh teh. Najlah pergi duduk dengan Yem” Macam lipas kudung dia menceduk gulai ayam. Roti jala  di atur dalam pinggan Arcopal.

Najlah menarik kerusi bertentangan dengan Adham. “Aku ada berita buruk”

“ Apa?” Muka Najlah pucat. Ada apa apa terjadi kat Abah atau Mak ke?

“ Tadi aku dengar laporan cuaca. Hujan lebat sampai malam. Kita kena tidur sini. Besok pagi kita balik “

Najlah menarik nafas lega “ Fuuhh. Ingatkan apalah  tadi. “

“ Aikk… tak rindu kat tunang? Kata tak sabar sabar nak pergi shopping.”

Ya, jugak. Alamak. Kalau Iskandar tak marah pun, jenuhlah aku kena sound dengan Abah. Tapi nak buat macam mana. Ini Act of God.

Kegusaran Najlah hilang sebaik Mak Tam menghidangkan roti jala. Macam tahu saja Mak Tam juadah kegemaran aku.

“ Jemput makan, Najlah. Jangan malu malu” Najlah terus menceduk kuah ke atas dua gulung roti.

“ Mak Tam ni bila jumpa Naj , dah tak pedulikan Yem” Adham menarik muka

“ Ee… kau ingat cute sangat ke buat muka merajuk macam tu” selar Najlah

“ Aku tak cute, aku kacak.” Najlah membuat aksi jolok tekak sambil menjulingkan mata.

“ Mak Tam, Najlah nak termuntah makan roti jala. Dia tak suka lah tu”

“ Jahatt! Tak ada Mak Tam. Roti jala Mak Tam sedap sangat.” Mata nya di jegil. Adham ni lebih lebih pula. Maklumlah dia kat home ground.

“ Kamu dua orang ni masa kecil pun macam ni , asyik gaduh saja. Dah 20 tahun lebih pun perangai tak berubah. Dah lah tu. Tak baik bergaduh depan rezeki.” Celah Mak Tam. Hatinya riang melihat telatah mereka berdua. Adik dan Yem sama padan.  Dari kecil mereka cukup serasi. Walaupun kerap di usik, Adik tetap cari Yem.Yem pun sama, celik mata terus cari Adik. Lepas bergaduh pandai pula Yem memujuk Adik.  Kenapalah Iskandar pula yang jadi pilihan Najlah. Tak sukanya aku! Pandai betul Iskandar menyembunyi rahsia siapa dirinya sebenar. Mak Tam bertekad untuk buat sembahyang hajat.

“ Mak Tam,  Naj ingat lagi rumah ni. Naj dengan kakak selalu main buai kat luar.“

Hati tua Mak Tam terusik. Tragedi yang melanda keluarga Fuad dan Ainul  telah memisahkan mereka semua. Kematian Salwa membawa kesan yang hebat. Tekanan emosi membuat kandungan Ainul yang ketika itu berusia 4 bulan gugur. Dia menghadapi kemurungan dan enggan datang ke Kuantan walaupun untuk menjenguk ibubapanya sendiri. Ibu Adham, sahabat karibnya pun di sisih.

“ Ya, Najlah selalu datang rumah Mak Tam. Rumah tok dan nenek Najlah tak jauh dari sini tapi sekarang rumah mereka dah di jual.  Masa dulu Najlah dan Salwa selalu main dengan Yem. Ada dua tiga lagi kawan kamu yang tinggal dekat sini tapi semua dah pindah.”

“ Adham, you ni Ibrahim kah? Budak nakal yang comot tu?. ” Najlah mengerutkan hidung.

Hishh… minah ni. Macam lah dia tu lawa sangat masa kecil. Macam anak dayak laut jer bila dah berjemur kat pantai. Lebih kurang sama dengan aku.

“ Yes. I’m the one and only Ibrahim Adham. Dulu comot , sekarang mengancam.”  

Najlah tak dapat menahan tawa. Nasib baik tak tersedak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 01:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 8-4-2010 13:45

Nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 01:48 PM | Show all posts
smiley, nk lg abg berahim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2010 01:57 PM | Show all posts
smiley, nk lg abg berahim
bunick Post at 8-4-2010 13:48


Aip...bkn cam tu leeeerrrr... abg YEM baru ummph
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 01:58 PM | Show all posts
Usai solat Asar , Najlah terus ke depan mencari Adham dan Mak Tam. Hatinya di garu rasa ingin tahu hingga solatnya pun tidak begitu kusyuk. Ya Allah ampunilah hamba mu yang lalai.

Kali terakhir di ...
sang_arjuna Post at 8-4-2010 13:38


Waduh..Adham ni ..mengancam konon... TK Arjuna..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2010 02:01 PM | Show all posts
Aip...bkn cam tu leeeerrrr... abg YEM baru ummph
qimi08 Post at 8-4-2010 13:57


akak, bunick dok imejin cte pendekar bujang lapok nih.
taim tu kn ani kena ikat ngan penjahat. pastu dia ckp "abg berahim tolong, tolong abg berahim".
then abg berahim kuar dr pic tuh g lps ani
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 02:06 PM | Show all posts
best nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 02:09 PM | Show all posts
setiapkali baca perkataan YEM..aku terbayang aiskrim keladi jer..
nak n3 lg smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 02:10 PM | Show all posts
rasa mcm x cukup lagi la...

nk lagi...nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 02:16 PM | Show all posts
nak lg
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 02:45 PM | Show all posts
best2.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 02:49 PM | Show all posts
ciput bebenor.... naklagi...eskerim keladi...cite ni best sukahati....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 03:33 PM | Show all posts
smiley,

bestnyer...congrats le bebanyak kerana sudi berkongsi karya melalui e-novel.  hang memang sempoiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2010 03:48 PM | Show all posts
aku nk speku
iskandar kena tangkap khalwat ngan p'puan lain sblm hari nikah..
pastu.. adham a.k.a yem jd bidan terjun ganti pengantin lelaki..
pastu.. iskandar nk rebut najlah semula..

aci x mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 03:50 PM | Show all posts
aku nk speku
iskandar kena tangkap khalwat ngan p'puan lain sblm hari nikah..
pastu.. adham a.k.a yem jd bidan terjun ganti pengantin lelaki..
pastu.. iskandar nk rebut najlah semula..

aci x  ...
midar Post at 8-4-2010 15:48


midar, upin ngan ipin ckp aci kt india la
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 03:55 PM | Show all posts
smiley, nk lg abg berahim
bunick Post at 8-4-2010 13:48


bunick org punyalah panggil adham (glamor nama zaman skrg) tp
ko panggil dgn nama dolu2 (abg berahim)
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 03:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by kaypo at 8-4-2010 16:01

218# bunick

meh sini aku nak nyanyi...sapa tahu..jom janji sama...

         Aci aci buka pintu   
                  Nana balik hai pukul satu
   
                  Jangan takut burung hantu
   
                  Nana bawa tongkat semambu
   
   
   
                  Jangan takut burung hantu
   
                  Nana bawa tongkat semambu
   
   
   
                 Nana nana lekas pulang
   
                  Aci takut tinggal seorang
   
                  Belakang rumah ada jembalang
   
                  Mata sepet hidungnya belang
   
   
   
                  Belakang rumah ada jembalang
   
                  Mata sepet hidungnya belang
   
   
   
                Aci aci jangan takut
   
                  Nana ada hai parang kontot
   
                  Hantu syaitan semua kecut
   
                  Nampak parang gerenti cabut
   
   
   
                  Hantu syaitan semua kecut
   
                  Nampak parang gerenti cabut
   
   
   
                 Kalau  nana bilang begitu
   
                  Baru senang rasa hatiku
   
                  Kalau datang syaitan dan hantu
   
                  Aci pukul dengan penyapu
   
   
   
                  Kalau datang syaitan dan hantu
   
                  Aci pukul degan penyapu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.153580 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list