|
yeahhhh!!!...tu diaaa...!! dah carry carry dahhh!!!
a'ah ek...sapa la yg speku pasal stering tu smpi kitorang semua percaya...ish ish ish.. |
|
|
|
|
|
|
|
haaaa kan dah betul, stereng tu si zolaikha......
next..nextt |
|
|
|
|
|
|
|
baby, sambung lagi.. x sabar nak tahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 199# haner
thanks haner....=) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 203# norza79
sorry...lambat sikit, baru balik cuti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by babyanah at 23-6-2010 00:21
Episod 25
Hari ini makan malam kat Restoran Seri Angkasa di Menara Kuala Lumpur (KL Tower). Restoran berputar yang famous tu… yang kedudukannya pada 282 meter dari aras bawah. Oleh kerana ketinggian itulah membolehkannya meraih kedudukan ke-empat tertinggi di seluruh dunia dan yang pertama di Asia Tenggara. Wow…. Bayangkanlah restoran itu berputar perlahan supaya anda boleh menikmati makanan kat situ, sambil melihat pemandangan sekitar KLCC pada 360 degree. Seronok tak? Aku seronok giler…
Masa naik lif tadi aku cuak sedikit. Maklumlah naik straight ke tingkat berapa entah. Tak berhenti kat mana-mana. Mana ada tingkat lain kat situ melainkan yang paling atas sekali yang biasa dikunjungi oleh pelawat-pelawat yang cuma ingin menikmati pemandangan sekitar KLCC dan Klang Valley. Aku dah gayat semacam. Aku dan Hafizz naik bersama satu pasangan mat saleh. Masa nak melangkah masuk tadi pun aku terkejut gak sebab mat saleh yang bersama-sama kami tadi kena tahan, aku ingatkan kenapa…rupa-rupanya kalau nak makan kat sini tak boleh pakai seluar pendek..so mat saleh tadi tu dibekalkan dengan kain pelikat….. ha ha… memang lawak .
Sebenarnya makan malam kat sini adalah sempena hari lahir Hafizz yang ke dua puluh sembilan tahun. Hafizz sebayalah dengan aku, cuma dia tua beberapa bulan jer. Oh! Lupa pula, makan malam ni Hafizz yang belanja. Kasihan birthday boy yang kena keluarkan duit belanja sempena hari lahir diri sendiri. Keh! Keh! Keh! Kalau aku yang belanja, paling-paling pun makan kat restoran fast food jer.
“Aku nak kenalkan kau pada seseorang. Antara orang-orang yang paling aku sayang.” Erk?! Hati aku berdebar-debar tiba-tiba. Apa maksudnya? Dia nak kenalkan aku dengan bakal orang rumah dia ker? Maknanya inilah harinya aku akan bertemu dengan wanita yang bakal memiliki Hafizz. Oh tidak!!! Aku menjerit dalam hati. Kejutan apa lagi yang si Hafizz hendak lakukan. Masa inilah dia nak buat semua tu, dah lah tak bagi aku warning apa pun. Aku meneguk air liur.
“Selain my parents and you.” Sambungnya. Aik? Aku pun termasuk dalam senarai juga ke?
Aku yang gundah mendengar kata-kata Hafizz menurut ajer langkahnya mencari tempat yang sudah ditempah, berhampiran dengan muzik arena dan meja empat kerusi yang letaknya di tepi dinding kaca. Sementalah menunggu giliran mengambil hidangan yang disediakan secara buffet itu, aku dan Hafizz mengambil tempat masing-masing. Aku tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat keindahan panaroma sekitar Kuala Lumpur City Centre dan Klang Valley pada malam hari. Terpukau sejenak aku melihatnya. Maklumlah aku tak pernah sampai kat restoran berputar ini lagi apatah lagi makan kat sini. Pengalaman ni….memang tak boleh dilupakan.
Ketika aku berpaling, kelihatan seorang wanita muda dan anggun sedang mengatur melangkah menuju ke arah meja yang sedang kami duduki. Dia ker? Beberapa pasang mata menoleh mengekori langkah wanita itu. Macam iklan minyak wangi aje aku lihat.
“Abang.” Hafizz yang sedang membelakangi menoleh. Bukan main lebar lagi aku lihat senyuman yang terukir dibibir Hafizz. Inikah orangnya? Fuh!!! Cun gila minah ni. Mini dress dipadankan dengan legging hitam, trend masa kini. Manakala rambut hitam lebat dan lurus dibiarkan melepasi bahu. Mekapnya natural, tak berlebih-lebih disertakan dengan senyuman yang manis. Memang cantik dimata aku. Memukau. Bak kata orang mesti ‘cair’ lah pada sesiapa yang memandang.
“Dah sampai pun, macamana flight tadi?”
“Okey, like always. Abang macamana? Sihat?” Uh! Ber ‘abang’-‘abang’ tu yang tak tahan. Mesra sungguh kedengaran.
“Sihat, Alhamdulillah.”
“Lupa lak, kenalkan inilah Zulaikha.” Inilah Zulaikha? Hafizz pernah cerita pasal aku kat awek ni ker? Aku memaksa diri supaya tersenyum. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dan aku menyambutnya. Tak naklah aku di cap sombong pula, lagipun aku bukanlah jenis yang macam tu.
“Zulaikha, kenalkan ini…” Belum sempat Hafizz menjawab aku sudah menyampuk. Tak sanggup aku mendengar Hafizz menyebut nama wanita kesayangannya itu.
“Tahu….selamat berkenalan.” Hafizz dan wanita itu nampak hairan tapi peduli apa aku.
“Hi, kak.” Dia panggil aku kakak? Nampak sangat ler aku dah berumur.. Hu-hu…macam jatuh jer standard aku, aku rasa.
“Err… Hi.” Aku membalas. Kalau tak layan nanti dikatakan cemburu pula.
“Jemputlah duduk.” Pelawa aku pula. Dia tersenyum sebelum melabuhkan punggung pada sebuah kerusi kosong bersebelahan Hafizz. Meja bersaiz segi empat, jadi aku dan dia duduk bertentangan.
Aku pandang lagi minah tu. Tak puas rasanya meneroka wajahnya. Kalau aku pun rasa macam tu, apatah lagi insan yang bergelar lelaki. Tiba-tiba aku rasa menyesal kerana ber setuju untuk menemankan Hafizz hari ini. Dahlah bergegas balik dari pejabat macam tak sempat-sempat, sampai kat rumah mandi ala kadar, bersiap pun ala kadar. Kalau aku tau yang macam ni jadinya, memang aku takkan setuju untuk turut sekali. Terasa macam mengganggu privacy mereka berdua pula. Tak nak lah aku jadi orang ketiga. Aku melepaskan pandangan ke luar. Mengalihkan perasaan resah yang bertandang.
“Abang, saya tak boleh lama ni….ada janji dengan orang lain.” Serta-merta aku menoleh ke arahnya, pelik. Boleh buat temu janji pada hari lahir kekasih sendiri? Aku pandang Hafizz pula, nak tengok reaksi dia. Uik! Macam tak kisah jer?
“At least, tunggulah abang potong kek dulu. Dahlah nak jumpa bukan main susah.” Hafizz bersuara. Oh! Ingatkan tak ada respon.
“Okey, I’ll wait for the cake.” Seketika kemudian seorang pelayan restoran membawa sebiji kek dengan 29 batang lilin yang sedang menyala diatasnya. Menandakan umurnya sudah menjejak 29 tahun. Aku dan awek tadi berpandangan sesama sendiri kemudian tanpa dirancang mula mendendangkan lagu Selamat Hari Lahir bersama-sama.
Habis jer lagu, Hafizz meniup lilin. Aku dan dia (awek tadi, atau wanita kesayangan Hafizz – aku tak tahu nak panggil dia apa) bertepuk tangan. Hafizz pun memotong kek tersebut. Dia membawa sekeping kek yang dipotongnya tadi sambil memandang aku. Oh! No! No way! Jangan, jangan suapkan aku pula. Apa kata si dia nanti? Tapi, Hafizz terus bangun menghampiri aku dan menyuakan potongan kek tersebut ke mulut. Aku teragak-agak tapi dalam masa yang sama membiarkan saja potongan kek itu masuk ke dalam mulut aku. Kemudian Hafizz berpaling menghadap si dia dan menyuapkan baki kek tersebut padanya. Aku menjadi sedikit resah, tak berani memandang wajah bintang hati Hafizz itu. Rasa bersalah menyerang. Tak patut betul Hafizz mendahulukan aku dari si dia.
“Nah, ni untuk abang.” Dia menyerahkan sebuah bungkusan yang sudah dibalut kemas pada Hafizz yang kelihatan senang hati menerimanya. Aku pula tak sediakan apa-apa. Malu mula bersarang dihati. Tapi, aku kan baru-baru ni tak sihat. Jadi, bolehlah dimaafkan kut.
“Happy Birthday!!” Lepas jer dia ucap gitu, dia terus cium pipi si Hafizz. Aku agak terkejut. Advance nya awek ni? Tapi aku diam tak berkata apa-apa. No komen. Aku tengok Hafizz macam okey jer? Agaknya itulah cara dia memberitahu aku yang Hafizz ni milik dia kut. Hmm…tak perlu buat macam itupun aku akur. Takkanlah Hafiz tu nak pilih aku. Aku sedar siapa aku. Hu-hu….sob! sob! Menangis dalam hati jer laa…..
“Okeylah abang, I have to go now. So, both of you carry on.” Wah! Sportingnya si dia. Boleh pula Hafizz ditinggalkan bersama aku. Dia tak jeles ker? Aduhai, Zulaikha! Lupa lak, nak jeles apanya. Aku dan dia bagai langit dengan bumi. Aku ala-ala pompuan kampung yang tak cukup syarat…serba sederhana…masak pun tak khatam lagi. Dia gadis kota yang ranggi, anggun dan elite gitu. Kalau bunga jadi perbandingan, dia bolehlah masuk dalam kategori bunga orkid dan aku pula setakat bunga raya jer…. Argh!! Melampau betul aku nih. Aku tak nak lah jadi bunga raya. Tapi bila difikir-fikirkan, bukankah bunga raya itu bunga kebangsaan, bunga kebanggaan. Harusnya aku bangga jadi bunga raya.
“Kerja apa?” Aku bertanya pada Hafizz setelah dia berlalu meninggalkan kami berdua.
“Stewardess.” Oh! No wonder lah. |
|
|
|
|
|
|
|
“Minta perhatian. Minta perhatian para tetamu.” Tiba-tiba satu suara menganggu pendengaran. Segera si penyumbang suara mengambil alih perhatian.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.”
“Di sini pihak restoran ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada Encik Hafizz Bin Abdullah. Atas permintaan birthday boy today, kami dengan segala hormatnya menjemput pasangan beliau, Cik Zulaikha Binti Zahar untuk tampil ke atas pentas dan mempersembahkan sebuah lagu khas untuk beliau sempena hari bersejarah ini.”
Ya Allah! Pantas aku pandang Hafizz yang sedang tersenyum. Semua orang sedang bertepuk tangan. Hafizz menguis kaki aku. Aku membeliakkan mata. Hii…mengada-ngadalah Hafizz ni! Tau ler awek kau dah pergi, janganlah melepaskan perasaan pada aku pula. Tak pasal-pasal aku pula yang kena.
Aku naik ke atas pentas yang kecil dan tak tinggi itu. Aku pandang pianist sambil meneguk air liur. Aku bukannya pandai menyanyi sangat pun. Layak untuk studio bilik air jer. Hii… Takut pecah pula dinding kaca ni kalau aku mengalunkan suara. Baru tragis dan sadis jadinya. Apa nak jadi jadilah. Aku segera menghampiri pemain piano tadi lalu membisikkan sesuatu. Dia sekadar mengangguk.
Aku pandang para tetamu yang aku nampak macam nak telan aku. Aku teguk air liur lagi sebelum memejamkan mata. Bila aku buka mata, aku membayangkan cuma aku seorang aje kat restoran itu. Sebaik saja piano mula dipetik dan intronya selesai aku terus berlagu sepenuh jiwa dan raga. Macam biasa aku buat kat bilik air. Penuh perasaan.
Desir pasir di padang tandus,
segersang pemikiran hati,
terkisah ku di antara cinta yang rumit.
Bila keyakinan ku datang,
kasih bukan sekadar cinta,
pengorbanan cinta yang agung,
ku pertaruhkan.
Maafkan bila ku tak sempurna,
cinta ini tak mungkin ku cegah,
ayat-ayat cinta bercerita,
cintaku padamu.
Bila bahagia mulai menyentuh,
seakan ku bisa hidup lebih lama,
namun harus ku tinggalkan cinta,
ketika ku bersujud.
Ketika ku bersujud…
Sebaik saja habis aku menyanyikan lagu itu, tepukan gemuruh kedengaran menyedarkan aku. Biar betul dorang ni? Siap ada yang mengesat air mata. Aku pun tak sangka akan menerima feedback yang macam gitu. Meleret senyuman aku sampai ke telinga. Mata pun jadi sepet, mulut dan pipi aku pun dah naik kebas kerana senyuman yang tak habis-habis ni apatah lagi mendengar puji-pujian dari penonton.
Aku menghela nafas panjang setelah melabuhkan punggung ke atas kerusi. Panas. Hafizz aku lihat masih tak berhenti memandang aku. Dari atas pentas sampailah ketika aku tiba di meja dan kini selamat duduk berhadapan dengannya. Pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
“I love you.” Ujarnya sepatah dalam suasana hingar bingar dengan bunyi tepukan yang masih bersisa. Aku terkebil-kebil memandangnya terkejut. Berdetak hatiku seketika. Macam tak percaya. Dia sedar ke dengan apa yang diucapkan? Aku menggelengkan kepala beberapa kali. Aku yang biul kut, membayangkan yang tidak-tidak. Atau mungkin ucapan itu sekadar ucapan yang tidak mempunyai makna selain untuk menyatakan tanda terima kasih. Apapun, kata-kata itu sedikit sebanyak berjaya mencuit hatiku bergetaran. Sampai ke waktu tidur aku bagaikan terdengar-dengar suara Hafizz mengucapkan perkataan itu. Sungguh! Hai...tak lelap ler nampaknya aku malam ini..., diserang angau! |
|
|
|
|
|
|
|
angau2 si ika
itukan adik si apiz
main redah jer ika ni
huhuhuh
n3 lg? |
|
|
|
|
|
|
|
angau kau!..hahaha..org nak introduce..pepandai wat conclusion sendiri! lak..
nak lagi baby!!! |
|
|
|
|
|
|
|
mana ni baby tak cambuung22 lagi ni...jenuh duk nunggu..... sabar222 |
|
|
|
|
|
|
|
“Zulaikha, kenalkan ini…” Belum sempat Hafizz menjawab aku sudah menyampuk. Tak sanggup aku mendengar Hafizz menyebut nama wanita kesayangannya itu.
pompuan nih adik hafizz kan .... |
|
|
|
|
|
|
|
sonyap jeee baby......... hang pi man ni |
|
|
|
|
|
|
|
apala ika ni tula x dgr hafiz nak kenalkan sapa tu tadi.. baby cepat sambung lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 210# wwannurr
sorry kengkawan, busy.... |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 26
“Hah?! Nama bakal suami sendiri pun kau tak tahu?” Begitu reaksi Hafizz bila dia bertanyakan nama pengantin lelaki dan aku menjawab ‘entah’. Marah sungguh dia dengan statement aku itu.
“Serius?” Dia bertanya lagi tak percaya. Aku mengangguk takut-takut. Macamana aku tak naik takut, suara dia dah tukar tune di tambah pula dengan wajah yang merah menyinga. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup petang itu di pantai Port Dickson nyata tidak mampu menyejukkan suasana.
“Macamana dengan kau ni?” Dia panggung kepala sambil memandang tepat padaku. Kering darah aku dibuatnya. Dia kemudiannya menggosok-gosokkan rambut dibelakang kepalanya walaupun tak terasa gatal.
Aku menggigit tepian bibir. Mata aku alihkan ke bawah. Akulah yang silap, yang aku gatal sangat bagitahu dia yang aku akan kahwin hujung tahun ni apasal? Huh! Dalam bulan yang sama pulak tu dia nak kahwin. Sekali clash tarikhnya….sapa nak jawab bila masing-masing tak dapat hadir menyaksikan hari bersejarah masing-masing. Tapi takkanlah sebab itupun dia nak naik angin.
Hiih…. Mak akulah semalam telefon bising-bising bila nak balik, sapa nak urus benda alah ni semua…takkan nak harap si Adli tu….Mak tak larat buat sorang-sorang, begitu keluh-kesah mak aku. Betul juga cakap mak. Tapi, masalah juga bagi aku…. nak ambil cuti satu hal dan nak tempah tiket balik kampung pun satu hal…kena menyeberangi lautan tu…hai!
Minggu sebelumnya mak hantar borang nikah menggunakan poslaju. Borang kosong pulak tu, tak diisikan pun dengan nama-nama yang hendak bernikah. Aku pulak dengan bijaknya menghantar borang tu balik pada mak aku dengan tandatangan buta, siap dengan butir-butir peribadi aku. Kalau adalah pihak yang nak dajalkan aku, memang nayalah aku jawabnya. Tapi, laku ker borang nikah itu tanpa proses akad nikah di antara kedua-dua pihak?
“This is your life we are talking about.” Fikiran aku yang melayang sebentar tadi terencat semula.
“Tahu tak ikatan perkahwinan itu bukannya ikatan yang boleh dibuat main-main.”
“Takkanlah kau nak hidup dengan sembarangan orang.”
“Takkanlah kau nak kahwin dengan entah siapa-siapa, tak selidik pun asal-usul, baik budi, latar belakang orang tu?” Laju jer ayat si Hafizz meluncur keluar, tak bagi peluang pun untuk aku mencelah.
Aku tunduk semula sambil kaki aku yang sebelah kiri menguis kaki yang sebelah kanan. Kalau boleh aku tak nak dengar semua ni, buat hati aku sebak semacam. Kalau ada remote control yang boleh aku gunakan dah lama aku fast forward kan pergerakan si Hafizz ni. Takpun aku berhentikan jer masa, sebelum aku lari jauh-jauh. Malangnya itu semua hanya satu harapan yang tak mungkin akan terjadi melainkan ada orang yang berjaya mencipta alat sebegitu rupa. Pasti penciptanya akan dianugerahkan dengan Hadiah Nobel untuk alat ciptaan yang sangat-sangat berinovasi.
“Boleh ker kau hidup dengan orang yang kau tak kenal?” Belajarlah! Apa susah, desis hati aku membantah. Lagipun , apa salahnya kahwin dulu. Kalau dikira soalan yang ini sama jer dengan soalan yang tadi cuma dalam bentuk yang lain.
“Ini bukan hidup macam hidup dengan kengkawan perempuan kau, tahu.”
“Buatnya dia perogol bersiri, pembunuh upahan ker….wanted in somewhere else ker? Apa kau tak fikir ker semua tu?” Tak! Jawabku dalam hati. Kalaulah terlepas keluar ayat tu dari mulut aku, Tuhan aje yang tahu apa akan terjadi selepas itu. Entah-entah muka dia yang merah tu bertukar jadi warna hijau.
“Apa kena dengan kau ni?” Dia bersuara lagi tak puas hati. Aku pejamkan mata sedetik. Entahlah! Aku sendiri pun tak tahu apa nak jadi dengan aku dan hidup aku ni. Hati aku meronta-ronta ingin membalas, tapi akalku kata jangan! Orang kata , jangan mencurah minyak ke atas api yang tengah marak. Kiranya sekarang ini, Hafizz tu umpama api yang sedang menyala.
“Kalau kau nak tahu sangat, biar aku call mak aku tanya.” Akhirnya itu yang keluar dari mulut aku.
“Tak payah!! Sepatutnya kau yang kena ambil tahu sebab ia melibatkan hidup kau.” Aku pelik sangat-sangat apahal pula si Hafizz nak marah over tahap gaban ni? Sakit betul hati aku mendengar syarahan yang berjela-jela ni. Nak aje aku angkat kaki terus blah tapi minda aku macam beku jer nak instruct kaki aku tu supaya bergerak. Aku dah jadi macam patung cendana tercegat kat situ.
Hafizz menghembus nafas panjang dan berat. Lepas itu masing-masing senyap melayan perasaan. Sebentar kemudian, Hafizz mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan berganjak jauh sedikit dari tempat aku berdiri. Nak telefon sapa entah. Selepas menghabiskan masa lebih kurang 3-4 minit di talian, dia kembali ke tempat aku.
“Zulaikha….Zulaikha…” Dia menyebut namaku beberapa kali. Tapi kali ni dengan nada yang lembut. Aku, bila orang yang tengah marah lepas tu tiba-tiba mood bertukar ke ala-ala caring, ambit berat… aku jadi lemah….emo…silap-silap tabung airmata aku boleh pecah.
“Aku bukannya apa, aku tak nak kau ended up with someone you don’t love. Someone you don’t have heart with.” Suaranya makin lama makin lembut. Bergetar sedikit hatiku mendengarnya. Mata aku pula sudah mula bergenang dengan air jernih. Menunggu masa untuk gugur. Entah kenapa aku rasa sebak semacam jer.
“Hidup macam kena paksa dan terpaksa. Ada tak kau terfikir macamana perasaan orang itu andainya dia tahu kau menerima pinangannya atas dasar terpaksa.” Huh! Macamlah dia tahu aku terima pinangan tu sebab terpaksa atau atas alasan apa sekalipun. Walaupun, memang ya aku memaksa diri aku supaya pasrah.
“Aku tak mahu kau menyesal di kemudian hari… dengan keputusan yang terburu-buru macam ni. Aku agak masa kau buat keputusan untuk kahwin, kau bertindak dengan terburu-buru tanpa memikirkan implikasinya, betul tak?” Aku terburu-buru ker? Memang part tak memikirkan implikasi atas tindakan aku itu tidak terlintas di fikiran.
“Kenapa kau buat macam tu?” Hidung aku sudah mula berair. Kepala masih aku tundukkan sebab aku tak nak dia perasan yang aku sudah mula mengalirkan air mata. Andai kau tahu sebabnya ….. Argh! Tiba-tiba rasa pilu datang menyerang.
Kenapa aku buat begitu? Aku mengulang soalan itu diminda. Sebab aku nak cipta satu firewall untuk menghalang rasa cinta itu dari bercambah dan terus subur. Sebab aku tak mahu membina harapan palsu untuk mahligai yang hanya ada aku sebagai permaisurinya.
“Zulaikha…” Makin lama makin ke bawah aku menundukkan kepala.
“Please….” Gementar tubuhku mendengar nada suaranya yang gemersik. Dia memegang kedua-dua belah bahu aku sebelum menggoncangnya perlahan memaksa agar aku mendongakkan kepala tapi sengaja aku pejamkan mata, mengelak dari memandang wajahnya.
“Ika… please….” Pintanya lagi. Perlahan aku angkatkan kelopak mata seraya menentang matanya yang bersinar redup. Aku mengelipkan mata menyebabkan setitis air mata jatuh menuruni pipi. Dia menatap mata aku dalam-dalam. Bergetar seluruh jiwaku dengan pandangan itu. Sukar untuk ditafsirkan.
Perlahan dia keluarkan sapu-tangan dari saku seluar sebelum mengesat air mata yang jatuh setitis demi setitis ke pipi aku sebelum meneruskan. Aku biarkan saja.
“Aku nak kau tahu yang ….”.
“Aku sayang sangat-sangat pada kau…”
“Walau apapun yang atau bakal terjadi lepas ini aku harap kau tak akan menyesal.” Apa maksudnya? Aku tak berapa nak faham.
Apa yang aku tahu menyesal pun sudah tidak berguna. Nasi sudah menjadi bubur. Pinangan sudah pun diterima oleh mak bagi pihak aku. Kalau betul dia sayangkan aku, kenapa dia nak kahwin dengan orang lain? Hmmm….. Mungkin sayang Hafizz pada si dia melebihi sayang dia pada diri aku. Mungkin juga maksud sayang yang dikatakan itu tidak lebih dari sayang seorang sahabat kepada seorang sahabat.
“Faham?” Aku tak faham pun aku mengangguk juga mengiyakan.
“Walau apapun yang terjadi…” Ulangnya lagi sekali. Aku mengangguk lagi sekali. Dia menghembus nafas lega.
“Since kau pun dah nak kahwin, aku pun dah nak kahwin…apa kata kita ambil kursus kahwin sama-sama.” Boleh pula datang idea luar alam si Hafizz ni? Apahal aku nak ambil sekali dengan kau? Pergilah ambil dengan bakal isteri kau. Nak jer aku muntahkan ayat tu keluar tapi aku tak mampu setelah serangan bertubi-tubi ditambah pula dengan nasihat-nasihat yang meruntun jiwa. Tak terluah, beb!
“Err… Kau pun tak ambil lagi kan?”
Senja semakin berlabuh menggamit para pengunjung untuk segera meninggalkan kawasan pantai termasuklah aku dan Hafizz. Perlahan kami mengatur langkah ke kawasan meletakkan kereta. Seketika sepi menyelubungi suasana. Masing-masing alpa melayan merah mentari yang hampir terbenam menyebarkan warna ke seluruh alam sebelum giliran malam menghadirkan diri.
“Aku nak tanya sesuatu?” Dia berpaling padaku ketika hendak menghidupkan enjin kereta.
“Kau bukan terima pinangan tu sebab aku nak kahwin kan?” Dia senyum segaris.
“Hafizz?!” Panas terasa menyerbu pantas ke wajah. Merah padam muka aku jadinya.
“Atau kau memang tak ada orang lain selain aku, sebab tu kau terima pinangan tu kan?”
“Argh!!” Aku tutup kedua-dua belah telinga aku.
“Anyway, aku rasa orang yang meminang kau tu tak akan menyesal beristerikan kau.” Huh! Itu mesti ayat memujuk sekadar untuk menyenangkan hati aku. |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu nak lg baby
best ni |
|
|
|
|
|
|
|
mana EN3333????????curse: |
|
|
|
|
|
|
|
tidak syak lagi..hafiz yg pinang ika |
|
|
|
|
|
|
|
mesti si hafiz pinag si ika...
hafiz marah sbb ika xtahu lagi yg hafiz pinang ika... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|